Salam Ukhuwwah

Friday 12 December 2014

BISNES ONLINE: KENAPA PILIH SHAKLEE?

Kenapa pilih Shaklee? Ada yang bertanya sedemikian pada saya. Dalam banyak-banyak bisnes online kenapalah kau pilih Shaklee...


Bagi saya rasa sangat menyesal sebab tak terlibat awal dengan bisnes Shaklee tetapi nak tahu tak kenapa saya pilih Shaklee dan percayakannya untuk bisnes online saya:




1. Nama Shaklee
Nama brand Shaklee sahaja dah lama saya mendengarnya iaitu masa mula-mula saya kerja dulu dan produk vitamin pertama yang saya ambil kalau tak silap untuk kesihatan mata. Masa tu masih lagi menggunakan botol kaca. Dan setelah berbelas tahun saya kembali bertemu Shaklee dan saya tahu produk ini dah lama bertapak di Malaysia dan sudah semestinya ia suatu produk yang baik dan saya begitu percayakannya.

2. Produk halal
Perkara yang pertama yang kita nak  adan pastikan apabila nak ambil sesuatu produk tu ialah tentang kehalalannya kan? Dan sudah semestinya ianya halal dan mendapat pengesahan JAKIM. Boleh klik sini untuk mengetahui  maklumat pengesahan sijil kehalalan Shaklee.

3. Selamat diambil
Sudah pasti kita mencari produk yang selamat untuk diri dan famili kita ambil. Kita tak nak produk yang ada racun tersembunyi atau yang boleh memberi kesan yang buruk kepada kita. Shaklee terbukti telah menjalani lebih 83,000 ujian QC setiap tahun. Menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan-bahan botani terbaru utk mengesan logam berat, racun perosak atau mana-mana bahan cemar yang berbahaya serta 100% kepuasan dijamin.


4. Terjamin semulajadi
Salah satu sebab saya pilih Shaklee adalah kerana segalanya berunsurkan yang semulajadi. Kenapa penting pilih yang semulajadi? Sebab kita tahu kalau pilih produk yang cara pembuatan dan pemprosesannya yang banyak menggunakan bahan chemical kelak di kemudian hari ia akan memudharatkan diri kita kan.

5. Berkesan
Boleh dikatakan saya dah mengamalkan lebih dari 10 suplemen Shaklee dan Alhamdulillah ianya begitu serasi serta berkesan pada diri dan keluarga saya. Kesan pada kulit, pada tenaga, pada sistem pembuangan saya dan yang paling ketara sudah jarang menggunakan ubat-ubatan. Alhamdulillah atas kurniaan ini dan keberkesanannya keatas keluarga kami.

6. Berkongsi pengalaman
Setelah kita amalkan sesuatu dan ianya memberi kesan yang baik sudah tentu kita nak kebaikannya kepada orang lain juga. Nak tolong orang lain yang alami masalah supaya lebih sihat dan jalani hidup yang lebih ceria.

7. Bonus adalah suatu bonus
Ya...bonus Shaklee adalah suatu bonus bagi saya. Sebabnya saya membeli dan mengamalkannya dan membeli untuk keluarga sekali dan ia suatu bonus bagi saya dan keluarga apabila mendapat kesihatan yang baik dan Alhamdulillah bonus juga yang saya dapat dari Shaklee hasil pembelian yang lebih. Bonus dapat berjumpa sahabat-sahabat baru yang begitu baik. Sebenarnya banyak bonus yang saya dapat dari penglibatan saya Shaklee. Bonus dapat kumpulan sokongan yang hebat, yang banyak memberi motivasi kepada saya supaya lebih mendekatkan diri padaNYA. Saya rasa itulah BONUS yang paling HEBAT yang saya dapat bila bersama SHAKLEE.


8. Bisnes sesuai untuk surirumah
Alhamdulillah selama ini saya mencari suatu bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak, yang tak memerlukan saya menyimpan stok yang banyak dan akhirnya saya berjumpa dengan Shaklee yang tidak memaksa saya mencari orang bawah dan bonusnya juga dibayar mengikut kerajinan kita melalui bank dan bukan kepada leader.


Alhamdulillah saya tak tersilap pilih. Pilihan saya pada SHAKLEE memberi peluang untuk saya lebih dekat padaNYA. Syukur sangat-sangat atas penemuan ini. Sebab itulah SHAKLEE menjadi pilihan saya. Bukan mengejar duit semata-mata tetapi mengajar saya erti mengimbangi yang duniawi dan yang paling penting yang ukhrawi...


Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin



No comments:

Post a Comment