APA yang menyebabkan ibu-ibu ini fobia untuk bersalin? Kalau Kita dengar pengalaman daripada ibu-ibu, macam-macam pengalaman mereka alami menjadikan mereka fobia untuk bersalin. Ada yang fobia dari seawal kehamilan lagi.
Antara fobia yang ibu-ibu alami:
Alahan teruk seawal kehamilan
Ibu-ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tiada daya untuk bangun, makan dan minum. Ada yang alami sehingga 3 bulan sahaja dan yang paling teruk sehingga melahirkan bayi.
Alami masalah kesihatan ketika hamil
Ada ibu-ibu merasa fobia untuk bersalin apabila mereka menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjadikan hospital sebagai rumah kedua. Ibu-ibu yang mendapat penyakit yang memberi risiko kepada ibu dan bayi perlu sentiasa mendapat pemantauan dari doktor pakar. Antara penyakit yang biasa ialah penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tekanan darah rendah. Disebabkan penyakit-penyakit tersebut membuatkan ibu-ibu fobia untuk bersalin.
Alami masalah sukar untuk bersalin
Kepayahan serta kesukaran ibu-ibu untuk bersalin seperti terlalu lama merasa sakit bersalin, ibu-ibu yang terpaksa di 'induce' untuk bersalin, ibu terpaksa bersalin menggunakan kaedah vacum atau forcep ataupun terpaksa menjalani pembedahan untuk bersalin adalah punca kepada fobia ibu-ibu.
Cara jahitan selepas bersalin
Antara pengalaman yang saya alami adalah apabila saya dijahit selepas ubat kebas dah hilang rasa kebasnya dan sakit yang saya alami, Allahu hanya tuhan sahaja yang tahu bila ubat kebas dah tak ada. Dan cara jahitan yang kasar memberi kesakitan dan kesulitan buat saya semasa dalam tempoh nak baik tu.
Alami sembelit ketika berpantang
Suatu pengalaman yang perit bagi ibu-ibu yang ialah alami sukar membuang ketika berpantang. Takut luka jahit terbetas. Ibu-ibu berpantang perlu minum air masak sebanyak mungkin dan banyak mengambil sayuran bagi mengelakkan sembelit. Alhamdulillah saya tak alami masalah sembelit. Amalan banyak makan sayur sawi, banyak minum air masak dan amalkan makan buah Oren Sunkist banyak membantu saya elak daripada sembelit ketika berpantang.
Alami luka jahitan lambat sembuh
Luka yang lambat sembuh menyukarkan pergerakan ibu-ibu. Ada sesetengah ibu mengalami bentan luka jahitan sampai bernanah dan sebagainya. Luka jahitan perlu dijaga rapi untuk mengelak berlaku jangkitan kuman. Perlu mengambil sumber makanan yang tinggi zink dan vitamin c bagi mempercepatkan proses baiknya.
Set Hamil dan Set Bersalin Shaklee sebenarnya amat membantu ibu-ibu yang biasa mengalami masalah awal kehamilan dan ketika dalam pantang. Keperluan ibu hamil dan ketika berpantang kepada nutrisi amat penting dan amat membantu ibu-ibu.
Set hamil yang secara asasnya terdiri dari Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex dan ditambah lagi dengan Omega Guard serta ESP amat membantu ibu-ibu hamil dari segi tenaga, kawalan emosi, keperluan asid folik, kalsium serta membantu menstabilkan tekanan darah dan hemoglobin. Ia bukan sahaja baik untuk IBU Malayan baik juga untuk tumbesaran bayi.
Set bersalin Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex, Zinc Complex dan ditambah lagi dengan Alfalfa serta ESP akan membantu ibu-ibu untuk jalani proses berpantang dengan lebih baik, lebih bertenaga, luka yang cepat baik, elak sembelit juga sebagai milk booster ketika penyusuan.
Apa sahaja masalah yang dialami oleh ibu-ibu baik ketika hamil mahupun semasa bersalin anggaplah sahaja ianya sebagai pengampunan dosa daripada Allah. Amat besar pahala yang ibu-ibu dapat dari awal kehamilan sehingga ke bersalin. Amalkan surah-surah amalan juga doa ketika hamil dan juga ketika hendak bersalin. Lakukan solat-solat sunat supaya dipermudahkan urusan ibu-ibu...insyaaAllah tak perlu lagi rasa fobia untuk bersalin...
Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH
Segalanya... bermula disini....
Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah
No comments:
Post a Comment