Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Sunday, 8 February 2015

ISTERI HAMIL MENJERIT TENGAH MALAM KEJANG KAKI SEMASA TIDUR

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, memang menyeksakan dan sakit yang amat bila terkena kejang kaki semasa tidur. Sekali dia menangkap, mak ai!!! Usah di cerita... Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya...

Kejang kaki semasa hamil biasanya berlaku ketika terutama di trimester kedua dan ketiga.
Ianya berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot ibu-ibu menjadi kejang.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit. Tetapi kekejangan tidaklah sampai merosakkan otot betis ibu-ibu.

Antara sebab mengapa berlaku kekejangan waktu malam adalah:

• Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan ibu-ibu.
• Uterus (rahim) ibu yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki ibu.
• Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuatkan otot kita letih, begitu jugalah dengam kandungan ibu yang semakin sarat.



Kesian ibu-ibu kan... Jadi para suami perlulah peka dengan kesakitan isteri pada waktu malam. Bantu isteri dengan membuat regangan pada kaki, gerak-gerakkan kaki ke dalam, urut betis isteri bagi mengurangkan kesakitan... Kalau boleh tinggikan sedikit kaki ibu semasa tidur macam lapik bantal ke bagi elak kekejangan.

Yang paling senang dan TERBAIK amalkan pengambilan kalsium magnesium OSTEMATRIX Shaklee bagi melengkapkan keperluan kalsium magnesium ibu-ibu semasa hamil.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....









Thursday, 5 February 2015

DERITA TUMIT MENYUCUK DAN SAKIT TAPAK KAKI WAKTU PAGI

Pernah tak alami bila bangun dari tidur, tumit kita menyucuk-nyucuk dan sakit pada tapak kaki. Sakit yang menyucuk dan kadang-kala berdenyut. Sampai ada masanya memang sakit sangat nak berjalan. Ketaranya wanita yang ramai mengalami masalah ini. Dan sedikit sebanyak mengganggu rutin kerja seharian kita.


Sakit tumit ia sebenarnya lebih dikenali sebagai plantar fasciitis di mana ia merupakan bengkak atau radang terhadap tisu yang menyokong lengkungan kaki yang dikenali sebagai sascia.

Apa sebenar sebabnya? Kalau ikut apa yang saya baca antara sebabnya ialah:
• Terjadinya radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
• Terdapat tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki akibat:
• Berat badan berlebihan
• Ibu hamil (ini kerana pertambahan berat badan menyebabkan tekanan dan sakit tumit kaki)
• Proses penuaan yang mana telah menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
• Kecederaan tulang seperti retak ( segera berjumpa doktor)

Tetapi kenapa waktu paginya lebih ketara?
Sewaktu kita tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘reskaki
otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba.

Ini boleh menyebabkan kecederaan dan berkemungkinan luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?

• Kita perlu rehatkan diri dari terus melakukan aktiviti yang banyak memberi tekanan kepada tapak kaki. Elak dari mengangkat beban yang berat.

• Tidur dengan cara memberi sokongan kepada kaki

• Lakukan regangan kaki dan tapak kaki yang sesuai sekurang-kurangnya 3 kali sehari terutama sebelum mula memijak pada waktu pagi

• Menggunakan pelapik kasut bagi mendapatkan keselesaan ketika berjalan

• Sebolehnya pilih kasut yang sesuai bagi mengurangkan sakit tumit

• Sentiasa menjaga berat badan

• Mengambil suplemen kalsium & magnesium secara konsisten

Kesan jika dibiar sakit terlalu lama sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian seseorang.
Kita juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki menbawa kepada perubahan cara berjalan anda.

OSTEMATRIX SHAKLEE 



Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. [sumber: Shaklee website]

Kelebihan OsteMatrix :

• 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
• 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
• 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Penyerapan Yang Terbukti Secara Klinikal

Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

Sebaiknya bila dah rasa tak selesa pada kaki kita, kenalah ambil tindakan yang sepatutnya. Moga diri kita lebih sihat untuk menjalani aktiviti harian kita...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang OSTEMATRIX

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....


Thursday, 25 December 2014

PERASAAN FOBIA NAK BERSALIN

Setiap ibu pasti akan merasai fobia atau perasaan takut nak bersalin. Lebih-lebih lagi bersalin anak sulong atau anak kembar. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kita masa tu kan... Sejuk, panas, menggeletar semua ada. Tapi kita sebagai umat Islam hanya berserah sepenuhnya pada Allah.




APA yang menyebabkan ibu-ibu ini fobia untuk bersalin? Kalau Kita dengar pengalaman daripada ibu-ibu, macam-macam pengalaman mereka alami menjadikan mereka fobia untuk bersalin. Ada yang fobia dari seawal kehamilan lagi.

Antara fobia yang ibu-ibu alami:


Alahan teruk seawal kehamilan


Ibu-ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tiada daya untuk bangun, makan dan minum. Ada yang alami sehingga 3 bulan sahaja dan yang paling teruk sehingga melahirkan bayi.


Alami masalah kesihatan ketika hamil
Ada ibu-ibu merasa fobia untuk bersalin apabila mereka menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjadikan hospital sebagai rumah kedua. Ibu-ibu yang mendapat penyakit yang memberi risiko kepada ibu dan bayi perlu sentiasa mendapat pemantauan dari doktor pakar. Antara penyakit yang biasa ialah penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tekanan darah rendah. Disebabkan penyakit-penyakit tersebut membuatkan ibu-ibu fobia untuk bersalin.


Alami masalah sukar untuk bersalin


Kepayahan serta kesukaran ibu-ibu untuk bersalin seperti terlalu lama merasa sakit bersalin, ibu-ibu yang terpaksa di 'induce' untuk bersalin, ibu terpaksa bersalin menggunakan kaedah vacum atau forcep ataupun terpaksa menjalani pembedahan untuk bersalin adalah punca kepada fobia ibu-ibu.


Cara jahitan selepas bersalin



Antara pengalaman yang saya alami adalah apabila saya dijahit selepas ubat kebas dah hilang rasa kebasnya dan sakit yang saya alami, Allahu hanya tuhan sahaja yang tahu bila ubat kebas dah tak ada. Dan cara jahitan yang kasar memberi kesakitan dan kesulitan buat saya semasa dalam tempoh nak baik tu.


Alami sembelit ketika berpantang
Suatu pengalaman yang perit bagi ibu-ibu yang ialah alami sukar membuang ketika berpantang. Takut luka jahit terbetas. Ibu-ibu berpantang perlu minum air masak sebanyak mungkin dan banyak mengambil sayuran bagi mengelakkan sembelit. Alhamdulillah saya tak alami masalah sembelit. Amalan banyak makan sayur sawi, banyak minum air masak dan amalkan makan buah Oren Sunkist banyak membantu saya elak daripada sembelit ketika berpantang.


Alami luka jahitan lambat sembuh
Luka yang lambat sembuh menyukarkan pergerakan ibu-ibu. Ada sesetengah ibu mengalami bentan luka jahitan sampai bernanah dan sebagainya. Luka jahitan perlu dijaga rapi untuk mengelak berlaku jangkitan kuman. Perlu mengambil sumber makanan yang tinggi zink dan vitamin c bagi mempercepatkan proses baiknya.


Set Hamil dan Set Bersalin Shaklee sebenarnya amat membantu ibu-ibu yang biasa mengalami masalah awal kehamilan dan ketika dalam pantang. Keperluan ibu hamil dan ketika berpantang kepada nutrisi amat penting dan amat membantu ibu-ibu.




Set hamil yang secara asasnya terdiri dari Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex dan ditambah lagi dengan Omega Guard serta ESP amat membantu ibu-ibu hamil dari segi tenaga, kawalan emosi, keperluan asid folik, kalsium serta membantu menstabilkan tekanan darah dan hemoglobin. Ia bukan sahaja baik untuk IBU Malayan baik juga untuk tumbesaran bayi.




Set bersalin Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex, Zinc Complex dan ditambah lagi dengan Alfalfa serta ESP akan membantu ibu-ibu untuk jalani proses berpantang dengan lebih baik, lebih bertenaga, luka yang cepat baik, elak sembelit juga sebagai milk booster ketika penyusuan.

Apa sahaja masalah yang dialami oleh ibu-ibu baik ketika hamil mahupun semasa bersalin anggaplah sahaja ianya sebagai pengampunan dosa daripada Allah. Amat besar pahala yang ibu-ibu dapat dari awal kehamilan sehingga ke bersalin. Amalkan surah-surah amalan juga doa ketika hamil dan juga ketika hendak bersalin. Lakukan solat-solat sunat supaya dipermudahkan urusan ibu-ibu...insyaaAllah tak perlu lagi rasa fobia untuk bersalin...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



SEMBELIT PADA WANITA BAHAYA TAK?

Setiap diri kita pasti pernah melalui situasi sembelit kan... Amatlah siksa jika kita tak dapat menunaikan hajat kita. Rasa macam tak keruan hidup kita bila beberapa hari tidak dapat menunaikan hajat secara sempurna.




Sembelit dikatakan sebagai gejala dan ianya bukanlah penyakit.

Antara simptom-simptom sembelit ialah:

  • Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras
  • Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
  • Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.
  • Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.

Sembelit adalah derita buat kaum wanita. Perut akan terasa membuncit dan segah apabila tidak dapat melakukan proses pembuangan secara sempurna selama berhari-hari. Wanita yang berusia 18-55 tahun biasanya akan cenderung mengalami masalah pencernaan terutama sembelit.

Antara sebab wanita sering mengalami sembelit:

● Wanita mempunyai salur sfinkter dan otot perut yang lebih lemah berbanding dengan lelaki. Ia merumitkan wanita untuk buang air besar

● Wanita lebih cenderung menahan untuk membuang air besar ketika di tempat awam di sebabkan rasa tidak selesa dengan kebersihan serta perasaan malu dan apabila sampai di rumah keinginan membuang telah hilang. 

● Wanita dan diet secara berlebihan. Tetapi mengabaikan tentang pengambilan serat. Gerakan peristaltik dari usus seakan terabai dengan pola diet yang tidak benar. 

● Perubahan hormon ketika haid dan ketika hamil. Perubahan hormon progsterone juga mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan, seterusnya tidak dapat melakukan penghadaman dengan lancar dan boleh mengakibatkan najis menjadi keras. Kebanyakan wanita hamil mengalami sembelit ketika hamil. Terutama apabila kehamilan mencapai trimester tiga atau sekitar 7 bulan.

● Fobia membuang air besar ketika awal kehamilan. Ini terjadi kerana ibu-ibu terfikir takut nantinya akan menyebabkan janin ikut serta keluar sehingga berlaku keguguran. Sebabnya terdapat anggapan meneran semasa buang air besar sama dengan meneran semasa persalinan. 

● Bentuk pinggul wanita yang lebar untuk mengeluarkan janin membuat usus boleh menjadi tidak stabil. Lemak tubuh dan darah juga terkumpul di pinggul. 

● Sembelit ketika hamil juga disebabkan oleh tekanan janin terhadap saluran darah (vena) pada dubur.

● Kawasan abdomen wanita lebih padat kerana ada rahim dan ovari.

● Tekanan akibat sindrom usus (IBS) kerana usus menjadi diputarbelitkan, kemudian menyebabkan halangan, sehingga najis terperangkap di sana.


Tips Mengatasi Masalah Sembelit

● Awasi diet kita. Pastikan diri kita mengambil air putih yang secukupnya serta melakukan rutin senaman

● Banyakkan makan makanan yang tinggi seratnya seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.

● Minum banyak air atau jus buah-buahan. Sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari.

● Lakukan senaman. Berjalan, berenang, berbasikal atau yoga semuanya membantu mengurangkan sembelit dan menjadikan kita lebih cergas dan sihat.

● Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. Pilih pemakanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.

● USAH  BERTANGGUH! Segera ke tandas apabila terasa hendak membuang air besar. Jangan jadikan sibuk atau malu sebagai alasan untuk tidak ke tandas.

Bahaya dan Kesan Sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Sekiranya mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.
Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.

Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan.

Tetapi jika terasa diri kita sukar untuk mengamalkan diet pemakanan yang betul serta gaya hidup yang sihat, antara suplemen yang boleh membantu ialah HERBLAX, OSTEMATRIX , ALFALFA dan PEPPERMINT GINGER PLUS

 Herblax - Ambil sebelum tidur kerana ia memudahkan proses membuang




 Alfalfa - Melembutkan najis


 Ostematrix - Membantu melawaskan sistem penghadaman serta memudahkan untuk membuang
(sesuai untuk ibu hamil dan menyusu bayi)



 Peppermint Ginger - Buang angin, perut kembung



Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....










Saturday, 29 November 2014

TESTIMONI SEGAR SIHAT SEMASA BERPANTANG

Sesuatu yang biasa kalau lepas bersalin badan kita sangat lemah. Tetapi kita nak yang luar biasa kan? Walaupun lepas bersalin dan semasa dalam proses berpantang, badan kita tetap segar bugar dan cergas.

Ibu-ibu dalam pantang perlukan kecergasan terutama yang bersalin tetapi dalam masa yang sama perlu menguruskan anak-anak yang lain juga. Apa-apa hal perlu ibu juga untuk uruskan perkara-perkara yang ringan. Dan bertambah lagi jika kita tiada pembantu untuk menguruskan rumahtangga. Saya faham dan biasa alami suasana sedemikian.

Untuk kekal sihat dan cergas semasa dalam pantang, ibu-ibu perlu kepada makanan yang cukup nutrisi dan protinnya. Makanan yang berkhasiat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup. Perlu ambil banyak air terutama ketika proses penyusuan. Bukan sahaja untuk keperluan ibu tetapi untuk bayi yang menyusu juga.

Suplemen penting bagi menampung keperluan nutrisi yang mungkin ibu-ibu tak dapat secukupnya dari makanan seharian. Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, Zinc Complex dan ESP yang mana ia banyak membantu ibu-ibu dalam memberi tenaga, mengelak sembelit, membantu mengelakkan susu kering, cepatkan sembuh luka bersalin serta memperkuatkan sistem imunisasi ibu dan juga bayi. Yang bestnya Set Berpantang Shaklee boleh diambil sama ada bersalin normal atau caesarean dan boleh ambil terus sejurus selepas bersalin untuk menambah tenaga. Itulah kelebihannya, semulajadi dan selamat.




Alhamdulliah, kepada yang dah mengamalkan set berpantang secara berterusan dan konsisten dah pun alami keberkesanannya...











Apa yang penting ialah ibu-ibu tidak merasa stress dan sedih kerana bila badan ibu-ibu lemah ia memberikan tekanan kepada ibu-ibu. Ibu-ibu boleh jalani hari berpantang dengan tenang dan gembira serta sihat walafiat buat ibu dan bayi.

Suplemen hanya membantu ibu-ibu bagi mencukupi apa yang diperlukan oleh badan kita. Tetapi ibu-ibu perlu juga kepada rawatan tradisional seperti berurut atau berbengkung bagi memastikan badan ibu-ibu akan tetap sihat dan awet muda. Sebab kitakan nak pakai lama badan kita. Bukan sihat untuk hari ini sahaja tetapi insyaaAllah untuk sepanjang hayat...




Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang Set Bersalin/Berpantang

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....


Sunday, 28 September 2014

OSTEMATRIX SHAKLEE ~ KEPENTINGAN KALSIUM

APA ITU KALSIUM?

Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalsium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.

Wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.

Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

Sumber: http://farmasianis.tripod.com/kalsium.htm


FUNGSI KALSIUM
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melenturkan otot
  • Menormalkan tekanan darah
  • Mengatasi kram, sakit pinggang, buasir, dan reumatisme
  • Membantu menguatkan gigi dan mencegah pendarahan akar gigi
  • Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
  • Melenturkan otot
  • Mencegah penyakit jantung
  • Menjaga keseimbangan cairan tubuh
  • Mencegah osteoporosis (reput tulang)
  • Menurunkan risiko kanser usus
  • membantu pertumbuhan tulang dan gigi

Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti :

~  fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)

~  fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam proses pembekuan darah

~ kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.


OSTEMATRIX ~ KEISTIMEWAAN KALSIUM/MAGNESIUM SHAKLEE

Kita bukan sekadar hanya memerlukan kalsium untuk membina tulang yang kuat.  Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium fosforus dan vitamin D, zinc, kumprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Kalsium membantu membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
Selain itu ia :-

* membantu membina gigi yang kuat dan sihat
* membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
* membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran saraf
* membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti kembung, kekejangan, retensi air mudah meradang dan kemurungan


OSTEMATRIX SHAKLEE MEMBEKALKAN
  1. 1,000mg (100% Pengambilan Harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
  2. 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  3. 400IU (100% Pengambilan Harian) Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium



MENGAPA PILIH OSTEMATRIX?

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

BAGAIMANA NAK PILIH KALSIUM YANG BAIK?

• pilih kalsium yang ada VITAMIN D dan MAGNESIUM
• ELAKKAN kalsium yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
• ELAKKAN mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...
FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Wednesday, 24 September 2014

LENGUH, SAKIT BADAN DAN KREM ~ OSTEMATRIX PILIHAN TERBAIK

Sebagai WAHM (WORK AT HOME MOM) huhu...siapa kata tak bizi kan? Rutin seharian yang penuh dari pagi hingga ke malam dan mesti bijak dalam mengatur masa dan jadual. Bermula dari sebelum Subuh sehingga anak-anak dah tidur semua barulah kita boleh berlunjur kaki dan masa tu pulak masa untuk saya uruskan hal-hal bisnez ni...

Perghhh...bizi tu...kalah CEO...Badan sudah pasti la terasa kepenatannya...dengan kaki yang lenguh dan kadang-kadang krem, tidur pun nak menentu...kepala pun dah "gelong"..haha kata orang utara... Tapi itulah yang saya kena lalui almaklumlah suami pun bekerja jauh jadi semuanya sendiri...Sebab itu saya kena kuat badan dan inginkan sentiasa sihat walafiat...

Tapi saya puas sebab dapat lakukannya sendiri dan anak-anak sentiasa di depan mata...

OSTEMATRIX....Suplemen yang banyak membantu saya...untuk sakit badan, krem kaki, lenguh-lenguh kaki, tangan, dan buat saya tidur lena walaupun tidur lambat, dapat perlahankan degup jantung saya yang ada penyakit darah tinggi dan of coz bangun pagi tak sakit badan dan yang paling best senang membuang pada paginya...

Bagi yang tak suka minum susu macam saya ni ia adalah sesuatu yang baik kerana mudah untuk mengambilnya. Hanya 2 biji Ostematrix sebelum tidur menyamai dengan 2 gelas susu sehari.

Wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.







Pengambilan OSTEMATRIX sebelum tidur boleh membantu kita  untuk tidur yang lebih lena. Tapi kalsium bukan ubat tidur ya...

Akan datang kita cerita pula apa akan berlaku jika kekurangan KALSIUM terutama bagi wanita yang makin meningkat usia.....



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...
FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Tuesday, 16 September 2014

SUPLEMEN TERBAIK WANITA 40an

Hari ini kita bercerita Wanita dan Usia ke "4 siri". Bila sebut nak masuk ke usia angka 4 ni ramai wanita yang gerun kan? Sebab masa ni akan berlaku perubahan pada berat badan yang semakin meningkat, perubahan pada kulit, rambut yang kian nipis, kerap letih, mengantuk dan pergerakan pun tak sepantas dahulu.

Macam saya...insyaaAllah kalau Allah masih panjangkan umur tahun depan dah masuk usia 40 tahun. Perubahan pada badan dah tentulah adakan...lagi-lagi kita dah beranak pinak ni. Saya mula jaga pemakanan saya bila masuk 35 tahun. Kurangkan pengambilan karborhidrat, gula dan kawal pengambilan garam dan banyakkan minum air putih.

Sejarah keluarga saya ada kencing manis, darah tinggi dan mak saya strok. Bila ada sejarah keluarga macam tu lagi lah kena berjaga-jaga kan...

Boleh dikatakan hampir semua wanita mengalami gejala yang sama cuma berbeza tahapnya.  Dan saya suka dan rasa kagum bila nampak wanita yang memasuki usia 40-an tetapi masih bergerak cergas, nampak awet muda dan masih tajam pemikiran.

Menurut Dr Pakar Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Suhaimi Isa, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita berusia 40 tahun ke atas. Mereka akan mengalami penuaan, perubatan seperti diabetes, darah tinggi serta kanser dan risiko kanser termasuk kanser payu dara dan rahim. Golongan ini juga berisiko tinggi mengalami osteoporosis.

Faktor ketidakseimbangan hormon, kekurangan vitamin D dalam badan, diet serta gaya hidup yang tidak sihat dan perubahan bentuk badan antara sebab kenapa wanita melebihi usia 40-an perlukan LEBIH SUPLEMEN. Seperti yang kita tahu suplemen ni bukanlah ubat tetapi nutrien yang akan membantu badan kita bagi memenuhi keperluan nutrien yang tak cukup.



CADANGAN SUPLEMEN UNTUK WANITA 40an




1. KALSIUM/MAGNESIUM
Wanita akan memerlukan lebih kalsium apabila usia menjejaki usia 40an kerana kadar laktosa kian menurun apabila usia semakin meningkat. Kalau nak tahu, selepas umur kita 30 tahun proses pereputan tulang berlaku dengan lebih cepat. Wanita akan terdedah kepada penyakit osteoporosis jika kekurangan kalsium dalam badan. Pengambilan kalsium mestilah bersama Vitamin D dan juga magnesium bagi mempertingkatkan kadar penyerapan kalsium ke dalm badan lebih berkesan.

OSTEMATRIX SHAKLEE (KALSIUM/MAGNESIUM)
- vitamin yang mengandungi kalsium
- istimewanya "Ostematrix" ini ianya lengkap dengan mineral magnesium, vitamin D, baron, zinc kuprum dan vitamin K.
- semua nutrien ini penting dan perlu ada dalam tablet kalsium bagi memastikan penyerapan 99% didalam badan.
- berfungsi bagi menguatkan tulang, gigi, mencegah pereputan tulang, fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut dan kebas), fungsi otot yang baik (merawat kekejangan pada waktu malam), elakkan proses pembekuan darah, membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.

Wanita berusia 40 tahun keatas memerlukan 800 - 1000mg kalsium sehari iaitu sekurang-kurangnya 2 gelas sehari. Bagi wanita yang tak gemar akan susu bermasalah la sikit. Ambil 2 biji Ostematrix sehari, Insyaa Allah membantu melengkapkan keperluan kalsium badan anda. Dan berita baik bagi wanita yang tak suka susu...senangkan...

2. OMEGA (MINYAK IKAN)
Bila menginjak usia 40 an sebagai wanita kita kena berjinak dengan minyak ikan ni sebab ianya amat penting untuk kesihatan jantung supaya tetap sihat. Penurunan Estrogen semasa pra-menopouse menyebabkan jantung kurang perlindungan dari masa sebelumnya. Minyak ikan akan membantu memberi perlindungan tambahan dan membantu mengurangi risiko serangan jantung dan menurunkan risiko kanser payudara. Bagus untuk kuatkan ingatan sebab kandungan DHA dan EPA didalamnya.

OMEGA GUARD SHAKLEE
- diekstrak dari ikan laut air sejuk (mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun
- ia bukan dari hati minyak ikan
- 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan berbanding dengan produk Omega di pasaran
- minyak ikan yang paling tulen di dunia
- mengandungi rangkaian penuh 7 asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA ALA dan banyak lagi
- satu hidangan Omega Guard membekalkan 990mg asid lemak 3 EPA dan DHA
- berfungsi bagi membantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, membantu jadikan kulit licin dan kemerah-merahan, mencegah penyakit saluran darah dan strok, menentang kanser, memelihara fungsi-fungsi sendi, mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan.

Jangan pandang remeh akan pengambilan Omega Guard ini kerana ia sangat-sangat membantu mengawal kolestrol dan kesihatan jantung kita...

3.  MINYAK BORAGE
Hormon mulai tidak seimbang apabila usia masuk ke 40an. Pada masa ini, pengeluaran hormon Estrogen semakin berkurang dan muncullah  gejala pra-menopouse. Akibat dari ketidakstabilan hormon hidup wanita akan lebih huru-hara. Perasaan cepat marah, hilang nafsu makan, selalu rasa cemas, insomnia sering melanda wanita 40 dan ke atas. Minyak borage ini merupakan sumber asid gamma linolenik membantu menjaga keseimbangan hormon tubuh, mengurangin simptom PMS, mengurangi penggumpalan darah yang menyebabkan krem serta membantu mengendalikan hormon-hormon seksual estrogen dan testosteron.

GLA (GAMMA LINOLENIK ASID) SHAKLEE
- merupakan kombinasi minyak borage yang menagndungi Asid Gamma Linolenik (GLA), Asid Linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E
- mengandungi lebih dari kandungan 2 kali Ganda GLA dalam EPO
- 3 Kali Ganda Labih Mudah Diserap oleh badan (bioavaibality)
- 3 Kali lebih Berkesan dari EPO
- setiap kapsul mengandungi 300mg GLA merupakan sumber terbaik Omega
- berfungsi sebagai pelembap kulit dan anti penuaan, menguatkan kuku dan rambut, membantu mengurangkan berat badan, athritis, menstabilkan hormon, melambatkan menopause, menentang kanser, menghalang tekanan darah tinggi, menghalang kompilasi diabetes, mengawal selia hormon Estrogen dan Testosterone

Pengambilan GLA secara konsisten boleh membantu Anda menstabilkan hormon dan menjadikan hidup lebih teratur dan ceria...


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...