Sembelit dikatakan sebagai gejala dan ianya bukanlah penyakit.
Antara simptom-simptom sembelit ialah:
- Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
- Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras
- Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
- Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.
- Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.
Sembelit adalah derita buat kaum wanita. Perut akan terasa membuncit dan segah apabila tidak dapat melakukan proses pembuangan secara sempurna selama berhari-hari. Wanita yang berusia 18-55 tahun biasanya akan cenderung mengalami masalah pencernaan terutama sembelit.
Antara sebab wanita sering mengalami sembelit:
● Wanita mempunyai salur sfinkter dan otot perut yang lebih lemah berbanding dengan lelaki. Ia merumitkan wanita untuk buang air besar● Wanita lebih cenderung menahan untuk membuang air besar ketika di tempat awam di sebabkan rasa tidak selesa dengan kebersihan serta perasaan malu dan apabila sampai di rumah keinginan membuang telah hilang.
● Wanita dan diet secara berlebihan. Tetapi mengabaikan tentang pengambilan serat. Gerakan peristaltik dari usus seakan terabai dengan pola diet yang tidak benar.
● Perubahan hormon ketika haid dan ketika hamil. Perubahan hormon progsterone juga mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan, seterusnya tidak dapat melakukan penghadaman dengan lancar dan boleh mengakibatkan najis menjadi keras. Kebanyakan wanita hamil mengalami sembelit ketika hamil. Terutama apabila kehamilan mencapai trimester tiga atau sekitar 7 bulan.
● Fobia membuang air besar ketika awal kehamilan. Ini terjadi kerana ibu-ibu terfikir takut nantinya akan menyebabkan janin ikut serta keluar sehingga berlaku keguguran. Sebabnya terdapat anggapan meneran semasa buang air besar sama dengan meneran semasa persalinan.
● Bentuk pinggul wanita yang lebar untuk mengeluarkan janin membuat usus boleh menjadi tidak stabil. Lemak tubuh dan darah juga terkumpul di pinggul.
● Sembelit ketika hamil juga disebabkan oleh tekanan janin terhadap saluran darah (vena) pada dubur.
● Kawasan abdomen wanita lebih padat kerana ada rahim dan ovari.
● Tekanan akibat sindrom usus (IBS) kerana usus menjadi diputarbelitkan, kemudian menyebabkan halangan, sehingga najis terperangkap di sana.
Tips Mengatasi Masalah Sembelit
● Awasi diet kita. Pastikan diri kita mengambil air putih yang secukupnya serta melakukan rutin senaman
● Banyakkan makan makanan yang tinggi seratnya seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
● Minum banyak air atau jus buah-buahan. Sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari.
● Lakukan senaman. Berjalan, berenang, berbasikal atau yoga semuanya membantu mengurangkan sembelit dan menjadikan kita lebih cergas dan sihat.
● Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. Pilih pemakanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.
● USAH BERTANGGUH! Segera ke tandas apabila terasa hendak membuang air besar. Jangan jadikan sibuk atau malu sebagai alasan untuk tidak ke tandas.
Bahaya dan Kesan Sembelit
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.Sekiranya mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.
Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.
Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan.
Tetapi jika terasa diri kita sukar untuk mengamalkan diet pemakanan yang betul serta gaya hidup yang sihat, antara suplemen yang boleh membantu ialah HERBLAX, OSTEMATRIX , ALFALFA dan PEPPERMINT GINGER PLUS
Herblax - Ambil sebelum tidur kerana ia memudahkan proses membuang
Alfalfa - Melembutkan najis
Ostematrix - Membantu melawaskan sistem penghadaman serta memudahkan untuk membuang
(sesuai untuk ibu hamil dan menyusu bayi)
Peppermint Ginger - Buang angin, perut kembung
***************************************
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Alfalfa - Melembutkan najis
Ostematrix - Membantu melawaskan sistem penghadaman serta memudahkan untuk membuang
(sesuai untuk ibu hamil dan menyusu bayi)
Peppermint Ginger - Buang angin, perut kembung
Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH
Segalanya... bermula disini....
Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah
No comments:
Post a Comment