Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts

Saturday, 11 April 2015

KOKURIKULUM KAFA - BILA ANAK BERANI DAN YAKIN DI PENTAS

Alhamdulillah hari ni Ahmad Adam Azri terpilih untuk mewakili sekolah untuk acara azan.



Dulu-dulu selalu berangan dan berimpian bila dengar anak-anak azan kat surau, suatu hari nanti nak jugaklah anak lelaki yang sorang ni boleh laungkan azan macam tu jugak. Bukan apa nak suruh dia sentiasa beranikan diri dan yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

Masa dia balik dari sekolah bagitau Adam wakil sekolah untuk azan...Alhamdulillah...rasa macam tak percaya pun ya jugak... Sebelum ni dia macam takut-takut gitu. Eh! Betul ke...tak pernah la pulak dia azan kat rumah ni. Biasa kalau suruh azan kat rumah pun dia malu-malu. Sekali bila suruh Adam azan dia yakin je buat... Mungkin sebab Adam berani dan yakin jadi dia terpilih...

Doa azan pun hanya hafal utk satu malam aje...Risau gak ibu takut tak ingat tapi Alhamdulillah berkat kesungguhan dapat ingat terus. Salah satunya mungkin selalu ambik Omega guard untuk otak yang cerdas.....

Tahniah buat anak-anak yang lain jugak sebab berani tampilkan diri untuk bersyarahan, berpidato, bertilawah, nasyid. Bukan semua ada bakat dan keberanian untuk tampil berdepan dengan orang ramai. InsyaaAllah moga anak-anak semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Teringat pulak zaman ibu kecik2 dulu...pernah wakil tilawah Al-quran masa sekolah rendah dan menengah. 

Apa-apapun Selamat Berjaya anak ibu...Ahmad Adam Azri...bukan untuk hari ini sahaja tapi untuk kehidupan dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh...

Luv Sharing... Noni
Pengedar Shaklee Kulim
0195553667

Tuesday, 6 January 2015

UJIAN PADA HAMBANYA TANDA ALLAH SAYANG

Pengakhiran 2014 negara kita di timpa banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Hati kita begitu terkejut melihat banjir yang menimpa Kelantan dan begitu luluh perasaan kita melihat kesan pasca banjir.




Allahu berat mata kita memandang tapi berat lagi bahu mereka yang memikul. Tetapi jangan sekali-kali kita menyalahkan Allah kenapa turunkan bah sedemikian rupa. Allah sekali-kali tidak akan menyusahkan hambanya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (surah al-baqarah:216)




Mungkin kita yang ditimpa musibah, kesusahan, kesukaran, sakit, atau perkara lain tidak menyukai hal itu. Namun, banyak di antara perkara yang kita rasa perit dan susah itu, sebenarnya banyak hikmah di sebaliknya, kerana Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui.

Ujian Allah kepada hambaNYA bagi menguji tahap keimanan kita. Samada untuk menerima ujian ini dengan penuh berhikmah atau sebaliknya juga untuk menunjukkan kebesaranNYA.

Sebagaiman firman Allah...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan. Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur." (As-Shuraa, 42: 32-33)

Di dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia sememangnya tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Setiap ujian memberikan kita lebih tabah dan lebih kuat dalam menghadapi kehidupan yang mendatang serta lebih beriman kepada Allah.

”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

Tetapi ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan.

”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Allahuakbar siapalah kita untuk menidakkan kekuasan Allah kan...Apa yang penting di sini terima dugaan dan ujian dengan penuh berhikmah agar kita tidak kufur sebaliknya terus bersyukur. Kerana Allah sekali-kali tidak akan menyusahkan hambaNYA...




Wallau a'lam...

Credit to: facebook bicara-hidayah ujian dan dugaa tanda Allah sayang



Monday, 5 January 2015

RESOLUSI 2015

Apa ke benda Resolusi ni? Aha...kalau nak tahu...kita set kan apa yang kita impi dan nak capai utk tahun 2015 dan set kan bila waktu kita nak capainya...




Penting ke resolusi? Ya, amat penting untuk kita capai impian kita. Biasanya kalau orang nak berjaya memang dia akan buat resolusi ni. Tak kira la student ke, pekerja awam ke, orang bisnes ke...semua mesti ada resolusi...




Resolusi saya?

1) Dah tentu nak tingkatkan amal ibadah dan tingkatkan diri tuntut ilmu agama
2) Alhamdulillah by April 2015 dapat berat badan ideal
3) Dapat perbaiki rank dalam Shaklee pada Dec 2015
4) Nak umrah satu family
5) Istiqomah dalam melakukan kebaikan

Kalau ikutkan banyak lagi tu...hehe

Apa yang penting kita kena rajinlah untuk capai resolusi kita tu... Pokok pangkalnya diri kita sendir yang kena usaha, lebih positif dan tak bertangguh dalam membuat sesuatu perkara. Kalau bertangguh apa kerja pun tak akan tepat pada masa dan susah la untuk kita capai target kita...

Jom kita bermula dari awal tahun lagi gear kita...jangan nanti orang dah maju ke depan kita baru nak baiki enjin kita...lambatlah kalau gitukan...
Go fighting untuk diri dan kawan-kawan semua...




Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin


Thursday, 1 January 2015

TAHUN BARU, LEBIH USAHA LEBIH SEMANGAT CAPAI IMPIAN

Alhamdulillah...masih dipanjangkan usia untuk menjangkau ke TAHUN 2015. Pelbagai suka duka yang kita lalui sepanjang 2014. Jadikan ia sebagai pengalaman, tauladan dan ingatan buat kita...



Melangkah dengan lebih bersemangat serta lebih berani pada tahun ini sudah semestinya dengan usaha yang lebih juga untuk terus maju untuk capai impian.

Macamana dah ada impian masing-masing? Aha...jangan lupa bila dah ada IMPIAN KITA, tuliskan besar-besar dan lihat setiap hari akan impian kita itu...InsyaaAllah tak mustahil untuk kita mencapainya!!



Kalau tahun 2014 kita banyak bertangguh dengan impian kita, untuk tahun 2015...usah bertangguh lagi...JOM...kita usaha secara positif untuk setiap impian kita...

Saya NAK...Kawan-kawan nak? Jom...

SELAMAT TAHUN BARU 2015...

SEMOGA LEBIH BERJAYA!!!







Wednesday, 31 December 2014

HARI INI CLOSING SHAKLEE

Closing!!! Kalau kita duduk dalam bahagian akaun, hari ini memang hari yg paling sibuk... Suatu masa dulu saya pernah bekerja di bahagian perakaunan dan fuyyo!!! Memang busy giler... Month end closing, Year End Closing...


Dan setelah menjadi WAHM dan berbiz dengan Shaklee, saya juga sibuk closing lagi... Tekanannya pun terketar-ketar jugak bila sikit aje lagi point UV tak cukup...huhu...memang mendebarkan jugak... Sebab tu awal-awal lagi telan b-complex...utk kawal stress tu hehe...tapi takde la stress mana pun...namanya WAHM...kita enjoy!!!

Apa yang penting kita usaha dan usaha dengan zikrullah jugak...itulah yang paling penting. Apa-apa pun kita minta pada Dia. Segala usaha kita, hasil yang kita dapat semuanya terpulang padaNya utk memberi. Alhamdulillah... dalam group Shaklee kami diajar untuk call DIA banyak² usaha dan call... DIA lah sebaik-baik pemberi...dan untuk closing hari ni pun DIA yang Maha Pemberi telah memberi rezeki yang saya minta...Syukur atas segala pemberianNYA...




Kawan-kawan nak rasa rezeki yang boleh kita kongsi sama-sama dengan mereka yang lain juga...Jom lah join saya menjana pendapatan bersama SHAKLEE... Alhamdulillah, menyesal tak join dari awal... Saya dapat segalanya disini...Ilmu dunia dan ilmu akhirat juga...



Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin





Friday, 12 December 2014

BISNES ONLINE: KENAPA PILIH SHAKLEE?

Kenapa pilih Shaklee? Ada yang bertanya sedemikian pada saya. Dalam banyak-banyak bisnes online kenapalah kau pilih Shaklee...


Bagi saya rasa sangat menyesal sebab tak terlibat awal dengan bisnes Shaklee tetapi nak tahu tak kenapa saya pilih Shaklee dan percayakannya untuk bisnes online saya:




1. Nama Shaklee
Nama brand Shaklee sahaja dah lama saya mendengarnya iaitu masa mula-mula saya kerja dulu dan produk vitamin pertama yang saya ambil kalau tak silap untuk kesihatan mata. Masa tu masih lagi menggunakan botol kaca. Dan setelah berbelas tahun saya kembali bertemu Shaklee dan saya tahu produk ini dah lama bertapak di Malaysia dan sudah semestinya ia suatu produk yang baik dan saya begitu percayakannya.

2. Produk halal
Perkara yang pertama yang kita nak  adan pastikan apabila nak ambil sesuatu produk tu ialah tentang kehalalannya kan? Dan sudah semestinya ianya halal dan mendapat pengesahan JAKIM. Boleh klik sini untuk mengetahui  maklumat pengesahan sijil kehalalan Shaklee.

3. Selamat diambil
Sudah pasti kita mencari produk yang selamat untuk diri dan famili kita ambil. Kita tak nak produk yang ada racun tersembunyi atau yang boleh memberi kesan yang buruk kepada kita. Shaklee terbukti telah menjalani lebih 83,000 ujian QC setiap tahun. Menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan-bahan botani terbaru utk mengesan logam berat, racun perosak atau mana-mana bahan cemar yang berbahaya serta 100% kepuasan dijamin.


4. Terjamin semulajadi
Salah satu sebab saya pilih Shaklee adalah kerana segalanya berunsurkan yang semulajadi. Kenapa penting pilih yang semulajadi? Sebab kita tahu kalau pilih produk yang cara pembuatan dan pemprosesannya yang banyak menggunakan bahan chemical kelak di kemudian hari ia akan memudharatkan diri kita kan.

5. Berkesan
Boleh dikatakan saya dah mengamalkan lebih dari 10 suplemen Shaklee dan Alhamdulillah ianya begitu serasi serta berkesan pada diri dan keluarga saya. Kesan pada kulit, pada tenaga, pada sistem pembuangan saya dan yang paling ketara sudah jarang menggunakan ubat-ubatan. Alhamdulillah atas kurniaan ini dan keberkesanannya keatas keluarga kami.

6. Berkongsi pengalaman
Setelah kita amalkan sesuatu dan ianya memberi kesan yang baik sudah tentu kita nak kebaikannya kepada orang lain juga. Nak tolong orang lain yang alami masalah supaya lebih sihat dan jalani hidup yang lebih ceria.

7. Bonus adalah suatu bonus
Ya...bonus Shaklee adalah suatu bonus bagi saya. Sebabnya saya membeli dan mengamalkannya dan membeli untuk keluarga sekali dan ia suatu bonus bagi saya dan keluarga apabila mendapat kesihatan yang baik dan Alhamdulillah bonus juga yang saya dapat dari Shaklee hasil pembelian yang lebih. Bonus dapat berjumpa sahabat-sahabat baru yang begitu baik. Sebenarnya banyak bonus yang saya dapat dari penglibatan saya Shaklee. Bonus dapat kumpulan sokongan yang hebat, yang banyak memberi motivasi kepada saya supaya lebih mendekatkan diri padaNYA. Saya rasa itulah BONUS yang paling HEBAT yang saya dapat bila bersama SHAKLEE.


8. Bisnes sesuai untuk surirumah
Alhamdulillah selama ini saya mencari suatu bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak, yang tak memerlukan saya menyimpan stok yang banyak dan akhirnya saya berjumpa dengan Shaklee yang tidak memaksa saya mencari orang bawah dan bonusnya juga dibayar mengikut kerajinan kita melalui bank dan bukan kepada leader.


Alhamdulillah saya tak tersilap pilih. Pilihan saya pada SHAKLEE memberi peluang untuk saya lebih dekat padaNYA. Syukur sangat-sangat atas penemuan ini. Sebab itulah SHAKLEE menjadi pilihan saya. Bukan mengejar duit semata-mata tetapi mengajar saya erti mengimbangi yang duniawi dan yang paling penting yang ukhrawi...


Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin



Thursday, 11 December 2014

JANA PENDAPATAN: KALAU DUIT AKU BERKEPUK, SEMUA ORANG AKU SUPPORT

Perlu ke kita Jana pendapatan sendiri? Sama ada yang dah sedia bekerja atau yang surirumah. Kalau sebagai surirumah, adakah kita hanya bergantung pada gaji suami Kita sahaja untuk segala perbelanjaan?



Hidup pada zaman yang segala-galanya memerlukan duit walaupun untuk air masak segelas memang perit kalau hanya bersandarkan pada duit gaji sahaja. Kalau gaji memang dah sedia besar, Alhamdulillah. Tetapi kalau gaji hanya cukup bayar hutang memang perit rasanya.

Ada tak terdetik rasa cemburu dalam diri kita bila nampak orang yang berduit ni boleh buat amal jariah banyak-banyak, bila-bila masa sahaja orang minta tolong atau adik-beradik minta tolong tak ada sebarang masalah pun untuk mereka tolong dan tak berkira pulak. Alahai! Cemburunya rasa kan? Kalau kita duit berkepuk, memang semua orang susah kita tolong aje...

Saban hari kos sara hidup kita terus meningkat, akhir sekali bila tak sampai tengah bulan dompet dah kempis.




Bagaimana kita nak mengatur perbelanjaan bulanan kita kalau asyik tak cukup aje kan?




Sudah tiba masanya untuk kita berubah. Cari pendapatan sampingan samada yang bekerja ataupun surirumah. Jadilah seorang surirumah yang boleh membantu meringankan beban suami dan dalam masa yang sama meningkatkan taraf hidup kehidupan keluarga kita.




Bila dah ada pendapatan sampingan, kita bebas berbelanja, bebas bersedekah, bebas hutang, boleh tolong siapa sahaja tanpa berkira kan? Mak ayah serta adik-beradik minta tolong, bila-bila masa sahaja kita boleh tolong tanpa berkira.

Perlukan idea untuk menambah pendapatan?




Saya memulakan pendapatan saya dengan Shaklee. Jika berminat untuk bersama kami menjana pendapatan bolehlah sertai kami!!!


Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin






Sunday, 19 October 2014

Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak

Salam hujung minggu. Seminggu kita sibuk bekerja membuatkan masa bersama anak-anak sangatlah terhad kan?

Bagi ibu yang bekerja dari rumah atau surirumah mungkin akan ada masa yang lebih bersama anak-anak. Inilah suatu kelebihan bagi ibu-ibu bekerja dari rumah. Terutama bila anak-anak kita makin meningkat remaja. Tumpuan dan perhatian perlu lagi lebih.

Cara yang terbaik mendekati anak-anak yang makin meningkat remaja ini ialah dengan menghabiskan masa berkualiti bersama. Bukan masa kecil sahaja kita kena tumpukan pada anak-anak dan bila anak-anak dah meningkat dewasa kita biarkan mereka membawa haluan sendiri. Kasih-sayang yang berterusan, pengawasan perlu untuk mereka. Ditambah dengan keadaan yang dilingkungi pelbagai gajet.

Bawa mereka keluar menikmati alam semulajadi, joging bersama, berkelah dan yang penting solat berjemaah adalah antara yang perkara yang mendekatkan kita dengan anak remaja. Dengar cerita mereka, luahan, aktiviti mereka bersama kawan-kawannya disekolah dan bagi respin yang baik kepada mereka. Usah cepat mengkritik perlakuan mereka tetapi sebaiknya nasihat dan cakap secara berhemah.





Generasi Z ini perlukan jawapan bersama alasan sekali dari kita andai ada persoalan. Dan jawapannya perlu terperinci bersama dengan buktinya sekali...berbeza dengan cara kita dahulu...

Yang penting bual bicara kita dengan anak-anak tak pernah putus. Sentiasa mengingati dan berikan panduan yang baik buat mereka.
Moga anak-anak kita semua senantiasa dilindungi olehNya dan berjaya dunia dan akhirat.

Disamping itu jangan lupa berikan suplemen yang baik untuk kesihatan dan kecerdasan mereka ya... Mereka berhak untuk mendapatkan yang terbaik dari kita...



Hidup biar selamba dan sihat...

Segalanya... bermula disini.... 



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Friday, 17 October 2014

Segalanya... Bermulanya disini....

Tiada ALASAN untuk berjaya!!!

Seorang surirumah yang sentiasa berkejar ke sana ke mari mengambil anak-anak ke sekolah dan memenuhi aktiviti anak-anak dan aktiviti kemasyarakatan serta menjaga ibu yang strok tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai matlamat saya di dalam Shaklee.

Maka di sinilah saya bermula...dengan Shaklee...







Tiada alasan bagi saya untuk mencipta kejayaan seperti mereka. Mereka boleh berjaya dan boleh lakukannya kenapa tidak dengan saya kan...?




Jom...sesiapa yang mahukan pendapatan sampingan, orang kata pada duduk saja kat rumah tu ada juga duit masuk....jom sertai kami dengan Shaklee... Yurannya hanya RM65 seumur hidup...
Boleh contact saya untuk maklumat yang terperinci...


Segalanya... bermula disini.... 



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Friday, 10 October 2014

ILMU FARDHU KIFAYAH YANG PERLU KITA TAHU

Petang ni Taman KuliM Hitech 2 meneruskan lagi sambungan Kursus Pengurusan Jenazah. Alhamdulillah... Bersemangat tenaga pengajar, begitu juga dengan anak-anak murid.

Sekurang-kurangnya jika berlaku kematian pada keluarga terdekat ilmu sikit-sikit dah ada dan tau apa yang perlu di buat. Tak lah nanti terkontang-kanting...

Syabas buat kaum ibu walaupun sibuk dengan rumahtangga tapi masih dapat luangkan masa untuk ambil ilmu...

Kejar dunia kejar jugak tapi ilmu agama mesti kita tambah setiap hari.....







***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Monday, 6 October 2014

Muafakat Aidil Adha

Alhamdulillah...berkat muafakat Taman kami majlis korban dapat dijalankan dengan lancar. Berkat kerjasama penduduk taman, kami sama-sama bergotong-royong menyiapkan juadah daging korban.
Seronok buat kerja gotong-royong macam ni...teringat masa kecik-kecik dulu suasana kenduri di kampung.
Aha...macam-macam ada tu...daging bakar, sup tulang, perut rebus, cicah air asam.
Tapi kena lah beringat bila banyak makan daging ni ya...kolestrol tinggi tu...terutama lemak-lemak daging...

Jadi siap sedia lah dengan Suplemen Turunkan all lelemaks...
Syukuri nikmat kesihatan...

Segalanya Bermula Di sini...


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....








Sunday, 5 October 2014

Legakan Stress Dengan Shopping

Betul ke shopping dapat legakan stress? Tapi biasanya sebagai wanita memang seronok sangat kalau dapat shopping kan?
Kadang tu window shopping je...bukannya borong apa pun...dah rasa macam hilang segala masalah buat seketika...
Cerita pasal shopping, pagi kelmarin saya temani kakak ipar saya datang dari jauh shopping jualan pinggan mangkuk dari kilang. Perghh!!! Punya la ramai...bukan kaum ibu aje, kaum bapa pun ramai. Sakan lah masing-masing memborong sebab harganya yang amat murah.
Agaknya memang betul la kan hilang stress dengan shopping sebab masing-masing kelmarin ceria aje bila dah dapat apa  yg dihajati...

Hidup biar selamba dan syukur...

Segalanya bermula di sini...