Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Set Kulit Jeragat. Show all posts
Showing posts with label Set Kulit Jeragat. Show all posts

Tuesday, 7 April 2015

GLA COMPLEX SUPLEMEN WAJIB UNTUK WANITA


Sebab apa saya katakan Gla Complex adalah suplemen wajib untuk wanita... sebabnya minyak borage yang mengandungi Asid Gama Linolenik (GLA) dan Asid Linolenik berfungsi untuk menstabilkan hormon wanita.

Masalah yang dialami oleh wanita kebanyakannya dipengaruhi oleh ketidakstabilan hormon wanita. Masalah period tak tetap, senggugut, jerawat, jeragat, sukar hamil, simptom pra haidh, muka berminyak, masalah berat badan semuanya ada kaitan dengan hormon wanita



Kandungan borage seed, blackcurrent, minyak bunga matahari, evening primrose oil serta vitamin E membantu dalam menstabilkn hormon wanita, meredakan PMS, menjaga kesihatan kulit, kuku dan rambut, menjaga paras tekanan darah, menjaga kesihatan tubuh, melindungi kesihatan jantung, meningkat kesuburan wanita serta membantu membakar lemak juga.

Secara ringkasnya kita sebagai wanita memang perlu menjaga kestabilan hormon. Jika hormon wanita lebih stabil maka tiadalah atau kuranglah masalah yang dihadapi oleh kita. 

Dibawah ini saya kongsikan apa yang dialami oleh mereka yang dah mengamalakan GLA COMPLEX. 



Jika kawan-kawan mahukan kestabilan hormon dan mengalami masalah kulit kusam, muka berjerawat atau berjeragat bolehlah mulakan dengan Gla Complex dan ESP.


Luv Sharing - Noni

Saturday, 20 December 2014

SUMBER MAKANAN YANG KAYA VITAMIN E

Kalau hari ini bila sebut vitamin untuk cantikkan kulit antara yang di sebut ialah Vitamin C, Vitamin E dan juga kolagen. Ketiga-tiga ini memang sangat membantu untuk kita yang menghadapi masalah kulit.



Pada entri saya yang lepas-lepas, saya dah menulis mengenai Vitamin C dan juga kolagen. Dan untuk hari ini kita sembang pula mengenai Vitamin E.


APA ITU VITAMIN E?


Vitamin E iaitu merupakan sejenis vitamin yang mudah larut dalam lemak tubuh sehingga membuat tubuh lebih sihat jika pengambilan mencukupi. Untuk pengetahuan, 60-70% dari Vitamin E akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.



Vitamin E ialah antioksidan yang memberi perlindungan terhadap sistem imun tubuh dalam melawan radikal bebas seperti pencemaran dan amat penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Akan tetapi kita tak boleh terlebih sangat ambil Vitamin E ini dan janganlah terlalu kurang juga. Andaikata kita kurang ambil Vitamin E dalam badan ia akibatnya kulit kering dan kusam, kita terdedah kepada penyakit kardiovaskular serta kanser dan jika terlalu berlebihan pula akan menyebabkan badan kita mengalami pendarahan yang berlebihan dan jika terlebih sangat-sangat mengambilnya ia akan mengakibatkan keracunan. Jadi, apa-apapun kita perlu bersederhana dan ambil ikut keperluan tubuh kita.


SUMBER MAKANAN YANG KAYA VITAMIN E


Vitamin E yang kita tahu tadi, merupakan vitamin larut lemak ini secara semulajadinya boleh diperolehi daripada sayur-sayuran, buah-buahan mahupun sumber haiwan. Sebenarnya bagus sangat-sangat kalau kita dapat pastikan menu seharian kita mempunyai sumber Vitamin E.




Ok, jom kita tengok makanan apa yang kaya dengan Vitamin E. Mula-mula kita kenali sayur apa yang mempunyai sumber Vitamin E.

Sumber sayur-sayuran:

1. Bayam
Bayam menyimpan antioksidan yang cukup tinggi disamping Vitamin E, kalsium dan asid folik juga terdapat dalam sayur bayam.

2. Brokoli
Brokoli merupakan sayur yang paling kaya dengan pelbagai zat vitamin. Mengandungi sumber Vitamin E yang tinggi dan juga makanan pendetoks tubuh yang baik.

3. Sawi
Wah!! sawi ni memang selalu kita ambil dan mudah didapati kan... Aha, jangan kita pandang remeh pada sawi ini ya, sebab sayur sawi ini memang tinggi kandungan antioksidan dalam melawan radikal bebas.

4. Karot
Selain kaya dengan sumber Vitamin A, karot juga kaya dengan Vitamin E. Di dalam setiap 46 gram karot ia mengandungi 0.5mg Vitamin E.

5. Tauge
Tauge memang dipercayai kaya dengan kandungan Vitamin E dan antara makanan yang dicadang untuk kesuburan.

6. Tomato
Selain kaya dengan Vitamin C, ia juga kaya dengan Vitamin E, zat besi dan serat. Patutlah orang yang gemarkan tomato mempunyai kulit yang cantik kan...


Sumber buah-buahan

1. Ceri
Ceri adalah sangat tinggi dalam besi dan flavonoid untuk melawan penyakit. Ia mengandungi kalium, magnesium, vitamin C dan E, folat dan karotenoid untuk pelindung hati. Buah ceri mengurangkan keradangan, sakit artritis, kolesterol yang tidak baik dan risiko kanser. Satu cawan buah ceri mempunyai 88 kalori.

2. Avokado
Merupakan sumber tinggi Vitamin E. Sesetengah buah avokado secara semulajadinya menyediakan lebih dari 2mg Vitamin E.

3. Mangga
Mangga juga kaya dengan sumber Vitamin E dan sebiji mangga tanpa biji iaitu anggaran seberat 207g dianggarkan mengandungi 2.3mg Vitamin E

4. Aprikot
Adalah sumber yang baik untuk vitamin A, C dan E, kalium, zat besi dan karotenoid. Lycopene yang terdapat dalam aprikot membantu melindungi mata dan mencegah penyakit jantung, pengoksidaan kolesterol LDL dan kanser tertentu (terutamanya kanser kulit). Serat yang terdapat dalam aprikot membantu melegakan sembelit. Sebiji aprikot mempunyai hanya 19 kalori.

5. Buah Beri(Berries)
Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap stroke, kanser dan banyak penyakit lain.
  • Blueberries merupakan buah-buahan yang utama dalam senarai buah-buahan antioksidan. Selain memberi manfaat kesihatan yang lain, Blueberries membantu menghalang tekanan darah tinggi, marcular degeneration dan kerosakan otak yang membawa kepada penyakit Alzheimer. Satu cawan blueberries mempunyai 81 kalori dan 4 gram serat.
  • Blackberries mempunyai 74 kalori dan 10 gram serat secawan.
  • Raspberries mempunyai 60 kalori dan 8 gram serat secawan.
  • Strawberries mempunyai 50 kalori dan 4 gram serat secawan sekiranya dihiris.
6. Anggur Merah
Buah ini mengandungi zat besi, kalium, serat dan antioksidan yang kuat untuk melawan banyak penyakit. Anggur berwarna gelap mengandungi sumber flavonoid, anthocyanin dan resveratrol untuk membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Satu cawan buah anggur merah mempunyai 60 kalori.

Sumber-sumber lain

1. Almond 
Almond adalah salah satu sumber vitamin E alami terkaya. 100 gram almond menyediakan 26.2 mg Vitamin E. Apa yang terbaik adalah kita ambil almond dalam keadaan mentah, tapi kita juga boleh mengambilnya dalam bentuk minyak almond atau susu almond.

2. Biji bunga matahari
Merupakan sumber vitamin E yang yang sangat baik. Hanya seperempat cawan biji bunga matahari memberikan 90.5 % dari keperluan vitamin E harian kita.

3. Kacang Tanah
Merupakan sumber yang kaya vitamin E dan salah satu sumber antioksidan yang kuat dalam 
melawan radikal bebas.

4. Gandum
Gandum juga merupakan bahan makanan yang kaya akan Vitamin E. Walaupun dikatakan bahawa gandum yang telah diproses sudah kekurangan nutrisi penting, tetapi ia masih merupakan sumber yang kaya vitamin E.

5. Biji Anggur
Suatu sumber kaya dengan vitamin E, flavonoid dan asid linoleik. Ia mengandungi anti-pengoksidaan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan.

6. Oat
Oat juga merupakan sumber vitamin E, vitamin B, potassium dan zinc yang membuat tubuh dan fungsi otak berfungsi pada kapasiti penuh.

7. Minyak safflower
Mengandungi vitamin E yang tinggi. Bermanfaat dalam menurunkan berat badan, menjaga kesihatan jantung, serta merawat kesihatan kulit dan rambut.


VITAMIN E SHAKLEE

Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Membekalkan vitamin E SELENIUM semulajadi bagi membantu tubuh menyerap vitamin E dengan lebih baik.




Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang penting untuk:
  • menyingkirkan radikal bebas
  • mengurangkan radang (inflammatory)
  • membantu kesihatan otak, kulit dan mata 
  • membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
  • mencegah masalah kalenjar prostat
  • melambatkan proses penuaan

Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang VITAMIN E

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....










.



Friday, 19 December 2014

VITAMIN C BUKAN SEKADAR UNTUK CANTIK

Biasanya banyak kita dengar Vitamin C ini untuk dunia kecantikan. Nak kulit putih, nak bebas jerawat, jeragat, kulit berseri semuanya bertumpu dengan pengambilan Vitamin C sama ada dengan cara makan mahupun cucuk.




Tetapi sedar tak kita, bahawa Vitamin C bukan sahaja berkepentingan dalam dunia kecantikan semata-mata bahkan untuk kesihatan keseluruhan juga. 

APAKAH  ITU VITAMIN C?

Jom kita kenali secara ringkas mengenai Vitamin C. Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Merupakan vitamin larut air ataupun water soluble vitamin, yang bermaksud bahawa badan kita tidak menyimpannya. Kita perlu mendapatkannya daripada makanan, termasuk buah-buahan sitrus, brokoli dan tomato. Pengambilan Vitamin C secara berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.

Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis.

KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN C SETIAP HARI?

Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C. Sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh melalui air kencing dan juga peluh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu. Sesetengah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c. Bukan itu sahaja malah Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi serta meningkatkan imun badan supaya terhindar dari sebarang penyakit.

KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK KITA

Antara kepentingan Vitamin C di dalam tubuh kita:-

Pembentukan Kolagen
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Menjaga Salur Darah
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Antistress
Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurngan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Skurvi
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Sistem Imun
Pengambilan vitamin dan mineral yang seimbang perlu bagi memastikan sistem imun kita berfungsi dengan baik dan mencegah jangkitan dan penyakit. Sistem imun adalah penting untuk mencegah kanser. Sel darah putih memainkan peranan dalam sistem imun kita untuk mengenalpasti sel-sel tumor dan memusnahkan sel-sel ini dengan mengubah membran permukaan sel tersebut. Vitamin C meningkatkan paras imunoglobulin, iaitu protein darah yang bertindak sebagai antibodi penentang penyakit, yang dihasilkan daripada sistem imun.

Melawan Kanser
Sebagai anti-oksident ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksident, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.

Kesihatan Jantung
Pengurangan kandungan Vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid berkurangan. Ini akan menyebabkan pertambahan kandungan kolestrol. Pengurangan Vitamin C menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan penguranganVitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolestrol akan melekat dan menyekat saluran darah.

Penyembuhan Luka
Salah satu tanda penyakit kudis adalah luka yang tidak dapat disembuhkan atau luka lama yang muncul kembali. Oleh itu Vitamin C akan meningkatkan pengeluaran kolagen, yang akan menyembuhkan luka. Vitamin C akan membantu lebih cepat sembuh jika memiliki luka, goresan, patah tulang, melecur dan sebagainya. Untuk pembedahan, biasanya kita memiliki kadar vitamin C yang rendah. Untuk membantu menyembuhkan dan melawan jangkitan, kadar vitamin C dalam tubuh haruslah tinggi. Pengambilan Vitamin C membantu untuk lebih cepat sembuh kerana kolagen di bawah kulit kan menjadi lebih kuat.

Selsema
Vitamin C dapat membantu menyembuhkan lebih cepat dari selsema, bronkhitis atau pneumonia. Jika kita yang sihat ini mengamalkan pengambilan Vitamin C, gejala penyakit demam selsema mungkin tidak akan memberi kesan yang teruk kepada kita. Mereka yang berusia juga yang banyak mengambil Vitamin C semakin baik untuk kesihatan mereka. Tubuh kita memerlukan banyak Vitamin C iaitu untuk sel-sel tubuh melawan penyakit. Pengambilan sebanyak 1000mg sehari akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menurunkan Kadar Kolestrol
Penelitian menunjukkan bahawa orang yang mengambil Vitamin C memiliki kadar kolesterol yang rendah. Mereka juga memiliki kadar kolesterol LDL rendah (kolesterol jahat) dan kolesterol HDL yang lebih tinggi (kolesterol baik).

Menurunkan Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi (di atas 140/90) adalah faktor risiko besar untuk penyakit jantung dan stroke dan juga untuk penyakit buah pinggang. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang tinggi kadar pengambilan Vitamin C memiliki tekanan darah yang sedikit lebih rendah berbanding mereka yang mengambil vitamin C dengan kadar rendah. Jika mempunyai tekanan darah yang tinggi, pengambilan Vitamin C, bersama dengan berolahraga, menurunkan berat badan, dan berhenti merokok boleh membantu anda menurunkan tekanan darah.

Diabetis
Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C pun masih lagi mengalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan Vitamin C. Pesakit kencing manis juga mendapati kandungan kolagen mereka yang kurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan 'free radicals' menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atherosclerosis, kerosakan saraf dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan vitamin C dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas.

Melawan Alergi
Alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem imunisasi badan bertindak balas terhadap alergen iaitu bahan yang membangkitkan reaksi iaitu dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair juga gatal, dan ruam gatal. Vitamin C menjaga sistem kekebalan tubuh dengan membuat lebih banyak histamines iaitu bagi membantu mengeluarkan penyebab alergi tadi keluar dari aliran darah dengan lebih cepat.

PENGAMBILAN VITAMIN C

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun keadaan hari ini dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan Vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. 




Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang VITAMIN C

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Tuesday, 16 December 2014

PUNCA KURANG COLLAGEN : RISAU KULIT MENGENDUR PADA USIA MUDA

Kita sebagai perempuan memang fobia bila orang-orang muda senang-senang aje panggil kita Makcik. Padahal usia muda lagi tau... Haha..kalau nak beli barang bila penjual panggil kita "Makcik" boleh letak balik barang tu tau... Huhu betapa sentapnya kita kan...




Nampak tak di situ...sebab apa anak-anak muda panggil kita Makcik bukan Kakak padahal umur tak sampai 30an...

Keadaan wajah kita mungkin faktor mereka panggil kita Makcik. Kenapa dengan wajah Kita? Kulit muka yang mula berkedut mengendur dan tak berseri disebabkan kekurangan kolagen dalam badan walaupun masih muda. Jadi dah tak salah adik tu tadi...


Kewujudan kolagen penting dalam tubuh kita kerana kolagen dan elastini ialah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan yang wajar kepada kulit. Kalau nak tahu... Hampir 70% daripada tisu kita ini terdiri daripada kolagen. Kolagen terdapat pada kornea mata, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfatik.


PUNCA KOLAGEN BERKURANG


Peningkatan Usia


Tahu tak pengurangan penghasilan kolagen berlaku dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar.


Kekurangan Vitamin C


Kurang Vitamin C dalam badan bermakna kita kurang pengambilan makanan yang bersumberkan Vitamin C dalam diet seharian kita. Bila makin berkurang Vitamin C bermakna tubuh kita tidak dapat menghasilkan kolagen yang baru di dalam tubuh. Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang tegang.


Merokok


Bukti epidemiologis menunjukkan bahawa merokok merupakan faktor yang menyumbang kepada beberapa penyakit kulit. Sejak tahun 1970-an kajian telah menunjukkan bahawa merokok mempercepat proses penuaan kulit. Penuaan kulit bererti kulit kendur, membentuk kedutan dan garis-garis halus, menjadi kering dan kasar dengan warna kulit yang tidak rata dan pembuluh darah yang rosak (telangiectasia). Bahkan merokok mengurangkan sintesis kolagen dan pemendapan kolagen matang dalam matriks ekstraseluler. Warna kulit kelihatan kekuningan yang tidak sihat, sangat berkedut dan menjadi kulit kasar.


Sakit Kencing Manis


Pesakit kencing manis juga banyak kehilangan Vitamin C di dalam air kencing dan mendapati kandungan kolagen mereka juga berkurang. Ini menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. 


Terdedah kepada Sinaran UV


Pendedahan kulit kita kepada sinaran UV akan menyebabkan sel-sel kulit kita rosak dan ia memudaratkan kepada kesihatan tubuh, sistem imun dan merosakkan kesihatan kulit dan mata.


Kekurangan Antioksidan 


Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Antioksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu (UV) matahari.Selain daripada cahaya matahari, pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat.


Kurang Minum Air Putih


Penting bagi kita untuk mencukupkan pengambilan air putih. Manusia apabila usia semakin meningkat akan makin berkurangan air di dalam badan. Di tambah pula kita ini bila semakin berusia memang makin kurang minum air sebabnya tak suka bila kerap buang air kecil. Bagi yang kerja pejabat yang duduk di dalam pejabat yang berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Suasana yang sejuk bilik berhawa dingin menyebabkan seseorang itu makin kurang minum air. Kesannya, kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. Jadi, kenalah minum air putih yang secukupnya sebab ia akan membantu kesegaran kulit dan elak dari ambil air soda dan bergas. Kurangkan pengambilan kopi dan teh sebab ia membawa masalah dehidrasi dan kulit kering.

Jadi, nak orang sentiasa panggil kita 'Kakak atau Adik' kenalah tambahkan kolagen yang dah makin berkurang dalam badan kita.


COLLAGEN POWDER SHAKLEE...TERBUKTI BERKESAN!!!! 


Suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietary  (RED SNAPPER SCALE) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga dicampurkan dengan 7 bahan utama seperti ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat.



Khasiat apabila mengamalkannya secara konsisten...

* Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit.
* Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus terutama di sekitar mata
* Kulit lebih bersih, putih, dan licin
* Menguatkan kuku, rambut yang lebih tebal dan bersinar
* Membantu menegang dan menganjalkan payudara dan punggung yang lebih montok gitu...


Usah biarkan kerisauan kulit mengendur pada usia muda. Pengambilan kolagen insyaaAllah membantu untuk kita tampil lebih yakin dan lebih sihat....




Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang COLLAGEN POWDER

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Tuesday, 2 December 2014

GLA COMPLEX : SELAMAT JALAN JERAGATKU!!

Selamat jalan jeragatku dengan GLA Complex... Wah!!! Teringat lagu Selamat Jalan Romeo, lagu Ramlah Ram zaman 90an dulu. Kenapa selamat jalan jeragat... hehe...meh kita selidikinya...




JERAGAT merupakan sejenis penyakit kulit yang tidak merbahaya tetapi akan kulit muka kelihatan tidak sihat, kusam dan tidak sekata serta menjejaskan penampilan dan tahap keyakinan diri. Bintik-bintik hitam atau noda-noda hitam akan tumbuh sekitar hidung dan pipi. Kaum wanita lebih kerap mengalaminya kerana ia juga berkaitan dengan masalah hormon. Juga dikenali juga ssebagai Melasma.

FAKTOR kekurangan nutrien dalam badan, peningkatan usia, perubahan hormon, genetik atau selalu terdedah kepada cahaya matahari antara sebab timbulnya jeragat pada kulit muka. Perkara yang perlu dititik beratkan adalah merawat jeragat ini secara dalam dan juga luaran. Ini kerana jeragat tidak akan hilang jika hanya menyapu pelbagai jenis krim atau sapuan.


GLA COMPLEX DAN JERAGAT




GLA COMPLEX merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses-proses badan yangg normal.

Kandungan GLA Complex iaitu merupakan kombinasi dari minyak borage sebagai bahan utama yang mengandungi gamma-linolenic acid (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan juga vitamin E banyak membantu kesihatan kulit serta memulih dan memelihara kulit.

Oleh kerana faktor utama yang menyebabkan jeragat ini berkaitan dengan hormon, maka GLA Complex ini bertugas sebagai membantu dalam menstabilkan hormon wanita. Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis. Pengambilan GLA dalam jangka yang panjang membantu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.


Bagi wanita lepas bersalin, yang mengalami kecelaruan hormon juga wanita menopause amat disyorkan mengambil GLA Complex kerana jeragat seringkali berlaku dalam keadaan sedemikian. Insyaa Allah jika diambil secara berterusan dan konsisten ia membantu menghilangkan masalah jeragat.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang GLA COMPLEX

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....










Saturday, 15 November 2014

TESTIMONI GLA COMPLEX STABILKAN HORMON

Alhamdulillah berkesempatan lagi meng'update' blog untuk hari ini. Semalam saya dah ceritakan KEISTIMEWAAN GLA COMPLEX terutama bagi wanita kan... Jadi hari ini saya nak share pula testimoni yang dah mengamalkan GLA COMPLEX ni...



Untuk saya sendiri pun, Suplemen yg sentiasa saya bawa walau travel ke mana pun salah satunya GLA COMPLEX. Memang tak tinggal la. Wow! Sayang ketat-ketat gitu. Alhamdulillah sepanjang saya ambil GLA COMPLEX, PMS saya memang boleh katakan dah tak da. Tidak seminggu sebelum period mesti rasa nyeri sangat-sangat payudara. Pastu mood tu macam nak makan orang la selalu. Semasa period pulak dah tak da senggugut cuma lenguh-lenguh aje dan saya balas dengan OSTEMATRIX, memang hilanglah lenguh-lenguh tu. Bab kulit pulak, pori-pori saya makin kecil dah tak terbuka luas macam sebelum ni...tidak huhu malunya...dari jauh orang dah nampak. Yang paling best JERAGAT yang semakin pudar. Aha...! Sebab itulah saya sayang ketat-ketat dengan GLA COMPLEX.

Jom kita tengok apa pula komen daripada mereka yang mengamalkan GLA COMPLEX ni...







Sebagaimana yang kita tengok testimoni, mereka seronok bila kulit muka dah semakin elok dari sebelumnya, hormon yang semakin stabil serta period yang dah tak lagi huru-hara.

Hormon banyak  mempengaruhi kesihatan seseorang wanita. Hormon mengatur fungsi-fungsi penting seperti metabolisma, kitaran bangun tidur, tindakbalas terhadap tekanan, struktur tulang dan pembiakan. Walaupun ia datang dalam jumlah yang kecil dalam badan kita tetapi ia mempengaruhi sebahagian proses dalam badan kita.

TANDA-TANDA MASALAH KETIDAKSTABILAN HORMON

Antara tanda-tanda yang menunjukkan hormon kita tak stabil ialah:
  • perubahan fikiran atau mood swing
  • lesu/gelisah
  • kemerosotan tahap ingatan
  • hilang minat seks
  • masalah berat badan
  • kulit kusam tak berseri/berminyak/jerawat
  • rambut gugur
  • kitaran haid tak teratur
  • susah hamil

Kandungan dalam GLA COMPLEX yang merupakan kombinasi dari minyak borage, blackcurrent, minyak bunga matahari, Evening primerose oil dan vitamin E serta kandungan Gamma Linolenik Asid (GLA) dan Asid Linolenik (LA) di dalamnya akan membantu untuk menstabilkan semula hormon dan bila hormon dah stabil masalah penyakit yang datang dari ketidakstabilan hormon akan hilang seperti muka yang lebih lembap, period yang kian stabil, kesuburan dan senang hamil serta masalah-masalah lain yang berkaitan dengan hormon.

GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....











Thursday, 9 October 2014

GLA COMPLEX...TURUNKAN BERAT?

GLA Complex boleh turunkan berat badan?
Macamana tu? Takkan lah kan?

Iya betul tu...Gla Complex salah satu fungsinya membantu menurunkan berat badan.

Seperti yang sedia maklum GLA amat baik dalam memperbaiki tahap hormon kita. Membantu stabilkan period, kurangkan senggugut, tingkatkan kesuburan, baik utk masalah kulit seperti jerawat, jeragat bahkanbsemua yg melibatkan hormon.

Tetapi apa yang menariknya disini GLA Complex amat berkesan dalam proses turunkan berat badan jugak...



Bagaimana ia bertindak untuk turunkan berat badan?

~> GLA (gamma linolenic acid) adalah asid lemak omega-6. Kandungan omega 6 dalam borage oil inilah membantu meningkatkan metabolisma dan seterusnya membakar lemak dalam badan.

~> Membantu meningkatkan metabolisma iaitu dengan menggunakan brown fat atau tisu  adipose, yang mana ia berfungsi untuk tenaga dan memanaskan badan. Brown fat tidak aktif pada mereka yang overweight, maka GLA akan mengaktifkan brown fat, lalu menyebabkan pembakaran white fat yang terkumpul di bawah kulit.

~> Bertindak meningkatkan hormon serotonin. Hormon serotonin inilah yang membuatkan kita akan rasa sentiasa kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit, kurangkan rasa nak mengunyah dan asyik nak makan aje...

~> GLA bersifat anti-radang dan diuretic (dikenali juga sebagai "water pills" yang membantu badan mengeluarkan lebihan air dan garam dalam badan melalui urin), maknanya walaupun berat kita kurang tapi kulit kita akan sentiasa kekal lembap dan anjal.

Aha...bestkan GLA Complex Shaklee ni...jaga hormon, jaga berat badan kita juga...tapi kita pun kenalah sekali jaga corak pemakanan kita... Jangan main hentam makan mentang-mentang dah makan GLA...nanti badan tak turun GLA jugak yang disalahkan... Apa-apa pun berbalik kepada aktiviti pemakanan dan gaya hidup kita ya...

Berminat untuk dapatkan GLA dan cara pemakanan yang betul untuk turunkan berat badan...insyaaAllah saya akan consult yang terbaik untuk Anda...




***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....