Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, 3 June 2015

ANAK ADALAH CERMIN DIRI KITA

Setuju tak bila saya katakan anak itu adalah cermin diri kita? Cuba kita perhatikan tingkahlaku anak-anak kita. Ada tak dia tiru sikap kita sama ada yang elok mahupun tak elok. Dan itulah yang saya maksudkan anak adalah cermin diri kita.


Macam saya sendiri punyai anak yang paling besar berusia 15 tahun. Wajahnya rata-rata saya jumpa kawan-kawan dia orang cakap yang wajah anak saya sememangnya copy paste dari wajah saya. Dan apa yang saya nampak perilaku anak saya saling tak tumpah macam saya remaja dulu. Orang kata mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Tapi sekarang segala perangainya ikut perangai saya.

Masa inilah baru kita tahu betapa pedihnya hati ibu dulu kalau saya buat perangai. Allahu insaf dan menyesal. Ingatan buat diri saya dan juga kawan-kawan semua yang punyai anak yang masih kecil. Jaga perasaan amarah anda dan kawal perkataan serta tingkahlaku yang tak elok. Sebab contohlah kalau kita suka marah-marah atau yang jenis suka keluar segala mak nenek kalau hati tengah amarah kemungkinan untuk anak ambil sikap tak elok kita itu adalah tinggi.


Melentur buluh biarlah dari rebung. Bila buluh dah besar memang dah keras untuk kita lenturkan. Saya belajar dari kesilapan. Cuba perbaiki diri agar anak yang lain tak ambil sikap buruk kita. Anak adalah anugerah. Kitalah yang membentuk mereka dari sehelai kain putih kepada warna apa yang kita pilih.


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)






Wednesday, 20 May 2015

BANGUN AWAL PAGI REZEKI MELIMPAH RUAH

Pilihan kita di awal pagi ada 2 sama ada nak terus sambung tidur atau kita bangun dan terus lakukan perkara-perkara untuk capai impian kita...



Saya petik coretan dari sahabat saya kak Wan yg saya hormati di FB nya...
"Nenek saya pesan bangun awal sebelum lalat bangun...nanti sihat tak kena penyakit, burung pun bangun pagi...senang dapat rezeki macam burung...!
Dari fikir logiknya pesanan nenek ni kan, lalatkan terbang bawak kuman, kalau kita dah bangun awal pagi, lalat tak sempat hantar kuman pada kita. Burung bangun terus terbang cari makan dan bawak pulang pada anak-anak di sarang. Kita pun rasa sihat, rezeki senang dapat sebab kita bangun awal..."

Aha...kan? Banyak hikmahnya dan banyak kerja yg dapat kita selesaikan bila bangun awal pagi ni.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” 

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. 

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: 
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi) 

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan” 
(Sumber: blog dunia autism Pak Yoep)

Jom kita sama-sama amalkan bangun awal pagi ni...sebab kebanyakan orang-orang yang berjaya memang dia yang jenis bangun pagi... hati tenang dengan tahajjud serta bacaan Al-quran dan kerja banyak dapat diselesaikan ketika anak-anak masih tidur...


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Thursday, 16 April 2015

BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN

Aman dan tenang hidup kita kalau sentiasa berbaik sangka sesama insan. Tiada pandangan negatif dan senantiasa memberi sokongan untuk melakukan perkara baik.


Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Islam sangat menuntut umatnya untuk sentiasa husnuzon. Perbuatan yang sangat mulia di sisi Islam. Bersangka baik ini dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan, dapat mengelak fitnah yang boleh membawa kepada dosa besar.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)



Jadi pepagi yang indah ini mulakanlah hari kita dengan bersangka baik. Jauhi gossip-gossip yang boleh membawa kepada fitnah. Ya Allah, mintak Allah lindung kita dari bersifat demikian.


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Wednesday, 15 April 2015

MULAKAN HARI DENGAN SEDEKAH YANG MUDAH

Selalu kita dengar senyum itu sedekah. Yap sedekah yang paling mudah adalah senyum. Banyak hikmah yang kita dapat disebalik senyum. Terutama pada awal-awal pagi.



Senyum menunjukkan kita ceria, tiada cas negatif dalam diri. Bila kita senyum aura positif akan terhasil. Badan kita tak perlu kerja kuat untuk kawal perjalanan darah kita. Tetapi sebaliknya kalau kita dah marah-marah waktu pagi, tubuh badan kita kena kerja kuat untuk pam darah akibat dari kemarahan tadi...

Senyum...bagi kita tenang dan bertenaga serta bersemangat nak lakukan kerja... 😊😊

Luv Sharing 💖
Noni ~ 0195553667
Pengedar Shaklee Kulim (921341)

Monday, 13 April 2015

EGO PENGHALANG KEJAYAAN

Bicara santai pepagi ni. Apa sebenarnya ego ni? Definisi ikut kefahaman saya ya... Kita rasa kita dah pandai jadi tak perlulah kita nak tanya orang akan sesuatu hal sebab perasan diri dah bagus sangat kan.



Emmm...bukan senang nak buang perasaan ni tapi kalau nak tahu perasaan egolah yang menghalang diri kita untuk lebih berjaya. Dah nampak orang lain berjaya tapi sebab ego kita, rela tak tanya apa petuanya?


Tak salah merendah diri untuk dapat lebih ilmu... Jom kita buang perasaan ego kita tu untuk lebih berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat...

Luv Sharing - Noni
Pengedar Shaklee Kulim (921341)
0195553667


Friday, 10 April 2015

HEBATNYA SEDEKAH PADA PENGHULU HARI

Sedekah hari apa-apa pun adalah bagus tapi sedekah yang paling utama adalah pada hari Jumaat. Pahala akan lebih berlipat ganda.


Ibnul Qayyim berkata: “Sedekah di hari Jumaat dibanding dengan sedekah pada hari lain adalah seperti sedekah di bulan Ramadhan dibandingkan sedekah di bulan-bulan selainnya”.

Hari Jumaat adalah hari dimana sedekah berlipat ganda. Rasulullah SAW bersabda : “Pahala sedekah berlipat ganda pada hari Jumaat.”

Sedekah pada hari Jumaat lebih baik daripada sedekah pada hari lainnya. Ibnu Taimiyah jika keluar menuju Jumaat beliau akan membawa apa yang ada di rumahnya lalu beliau sedekahkan dalam perjalanannya menuju masjid secara sembunyi-sembunyi”.

Mahasuci Allah kerana masih lagi memberi peluang untuk kita mengumpul pahala.

Luv Sharing wit Noni
Pengedar Shaklee Kulim (921341)
0195553667

Saturday, 10 January 2015

APA NAK BUAT DENGAN WANG 1 JUTA?

Tu dia!!! Best tak Tajuk hari ni... Apa nak buat ya kalau ada wang 1 juta. 1 juta banyak tu! Memang kaya... Macam lagu kalau aku kaya, hari-hari hari raya. Bil jiran tetangga akan aku belanja... Wow!!!




Kalau kawan-kawan, apa yang anda semua akan buat ya?

Kalau saya, ada wang SEJUTA. First sekali sujud syukur sebabnya Allah dah bagi rezeki yang besar sangat-sangat jumlahnya dan DOA moga wang tersebut berkat dan dapat digunakan ke arah kebaikan.



Lepas tu, bahagikan untuk saham dunia dan saham akhirat. Saham dunia, melabur ke dalam skim pelaburan mengikut syariah dan halal. Buat modal utk bisnes, langsaikan semua hutang yang ada dan beli hartanah.

Untuk saham akhirat pula. Wang kalau kita guna sebaiknya memang akan memberi manfaat untuk akhirat kita. Buat sedekah dan amal jariah yang memberikan pahala berpanjangan kepada kita. Contohnya beli tanah dan wakafkan untuk dibuat surau atau pondok pengajian. Berzakat sudah tentu kan? Sebab harta yang kita ada bukan milik kita sepenuhnya kerana di dalamnya terdapat hak milik orang lain juga. Tolong adik-beradik yang susah. Biayai pengajian anak buah dan tunaikan haji di Mekah.

Ya Allah, banyaknya benda nak buat dengan wang 1 juta tu. Adakah mustahil untuk kita berimpian menjadi kaya? Tak mustahil impian kita menjadi kenyataan kalau kita betul-betul rajin berusaha. Siapa berusaha dia berjaya, dan siapa yang menanam dia yang akan dapat hasilnya...

Impian untuk kaya dah ada, cuma cara perlaksaan kita ke arah mencapai impian.
Positif, usaha dan kesungguhan untuk merealisasikannya terpulang kepada diri kita sendiri.... Akhirnya DOA dan tawakkal kepada Allah...


Adakah kawan-kawan berminat untuk berimpian dan sama-sama merealisakannya dengan saya. Saya mengalu-alukan kawan-kawan semua untuk menyertai saya... Memang seronok sangat kalau dapat tolong kawan-kawan mencapai impian...


Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...



FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin



Tuesday, 6 January 2015

UJIAN PADA HAMBANYA TANDA ALLAH SAYANG

Pengakhiran 2014 negara kita di timpa banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Hati kita begitu terkejut melihat banjir yang menimpa Kelantan dan begitu luluh perasaan kita melihat kesan pasca banjir.




Allahu berat mata kita memandang tapi berat lagi bahu mereka yang memikul. Tetapi jangan sekali-kali kita menyalahkan Allah kenapa turunkan bah sedemikian rupa. Allah sekali-kali tidak akan menyusahkan hambanya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (surah al-baqarah:216)




Mungkin kita yang ditimpa musibah, kesusahan, kesukaran, sakit, atau perkara lain tidak menyukai hal itu. Namun, banyak di antara perkara yang kita rasa perit dan susah itu, sebenarnya banyak hikmah di sebaliknya, kerana Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui.

Ujian Allah kepada hambaNYA bagi menguji tahap keimanan kita. Samada untuk menerima ujian ini dengan penuh berhikmah atau sebaliknya juga untuk menunjukkan kebesaranNYA.

Sebagaiman firman Allah...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan. Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur." (As-Shuraa, 42: 32-33)

Di dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia sememangnya tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Setiap ujian memberikan kita lebih tabah dan lebih kuat dalam menghadapi kehidupan yang mendatang serta lebih beriman kepada Allah.

”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

Tetapi ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan.

”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Allahuakbar siapalah kita untuk menidakkan kekuasan Allah kan...Apa yang penting di sini terima dugaan dan ujian dengan penuh berhikmah agar kita tidak kufur sebaliknya terus bersyukur. Kerana Allah sekali-kali tidak akan menyusahkan hambaNYA...




Wallau a'lam...

Credit to: facebook bicara-hidayah ujian dan dugaa tanda Allah sayang



Monday, 5 January 2015

RESOLUSI 2015

Apa ke benda Resolusi ni? Aha...kalau nak tahu...kita set kan apa yang kita impi dan nak capai utk tahun 2015 dan set kan bila waktu kita nak capainya...




Penting ke resolusi? Ya, amat penting untuk kita capai impian kita. Biasanya kalau orang nak berjaya memang dia akan buat resolusi ni. Tak kira la student ke, pekerja awam ke, orang bisnes ke...semua mesti ada resolusi...




Resolusi saya?

1) Dah tentu nak tingkatkan amal ibadah dan tingkatkan diri tuntut ilmu agama
2) Alhamdulillah by April 2015 dapat berat badan ideal
3) Dapat perbaiki rank dalam Shaklee pada Dec 2015
4) Nak umrah satu family
5) Istiqomah dalam melakukan kebaikan

Kalau ikutkan banyak lagi tu...hehe

Apa yang penting kita kena rajinlah untuk capai resolusi kita tu... Pokok pangkalnya diri kita sendir yang kena usaha, lebih positif dan tak bertangguh dalam membuat sesuatu perkara. Kalau bertangguh apa kerja pun tak akan tepat pada masa dan susah la untuk kita capai target kita...

Jom kita bermula dari awal tahun lagi gear kita...jangan nanti orang dah maju ke depan kita baru nak baiki enjin kita...lambatlah kalau gitukan...
Go fighting untuk diri dan kawan-kawan semua...




Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin


Thursday, 1 January 2015

TAHUN BARU, LEBIH USAHA LEBIH SEMANGAT CAPAI IMPIAN

Alhamdulillah...masih dipanjangkan usia untuk menjangkau ke TAHUN 2015. Pelbagai suka duka yang kita lalui sepanjang 2014. Jadikan ia sebagai pengalaman, tauladan dan ingatan buat kita...



Melangkah dengan lebih bersemangat serta lebih berani pada tahun ini sudah semestinya dengan usaha yang lebih juga untuk terus maju untuk capai impian.

Macamana dah ada impian masing-masing? Aha...jangan lupa bila dah ada IMPIAN KITA, tuliskan besar-besar dan lihat setiap hari akan impian kita itu...InsyaaAllah tak mustahil untuk kita mencapainya!!



Kalau tahun 2014 kita banyak bertangguh dengan impian kita, untuk tahun 2015...usah bertangguh lagi...JOM...kita usaha secara positif untuk setiap impian kita...

Saya NAK...Kawan-kawan nak? Jom...

SELAMAT TAHUN BARU 2015...

SEMOGA LEBIH BERJAYA!!!







Tuesday, 30 December 2014

POSITIF DIRI, YAKIN BOLEH!!!

Jom kita motivasikan diri kita hari ini ya...Sebabnya kita perlukan semangat supaya tak lemau atau patah semangat jika kita gagal melakukan sesuatu perkara. Sifat positif perlu sentiasa ada dalam diri sentiasa insan.



Positif akan kebolehan kita, jangan mengalah atau lemah semangat atas kegagalan. Jika gagal, kita jatuh, kita bangun semula ibarat bayi yang baru belajar bertatih yang tidak mengenal akan putus asa. Terus gigih berlatih sehinggalah mampu berdiri sendiri dan berjalan dan berlari....




Begitulah ibarat hidup kita, sentiasa berusaha dan yakin akan kebolehan diri kita. Janganlah asyik pandang rendah akan kemampuan diri kita dan mudah mendengar kata-kata negatif disekeliling kita. Bukan mereka yang negatif nak maju tapi diri kita sendiri. Katakan ya kalau ada yang memberi kata-kata positif dan jangan kita cuba menidakkannya.




Saya sering bercakap pada diri saya sendiri, setiap hari selalu sematkan dalam diri dan bercakap seorang diri yang aku boleh lakukannya hari ini, positif untuk capai impian dan kalau gagal sekalipun sentiasa bersangka baik atas apa yang Allah berikan.




Jadi mulai hari ini, jom sematkan perkataan YESSS!!!! SAYA BOLEH LAKUKANNYA....SAYA NAK LAKUKANNYA!!!! 40 kali kita ucap lama-lama dah sebati dalam diri...InsyaAllah Allah makbulkan impian kita...


Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...



FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin


Saturday, 13 December 2014

INDAH HIDUP BILA BERSANGKA BAIK
















Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang PRODUK SHAKLEE

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin



Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Monday, 8 December 2014

KELUARGA SAKINAH: BAHAGIA DIKELILINGI ORANG TERSAYANG

Setiap dari kita mesti sangat mengidamkan keluarga yang penuh Sakinah Mawaddah wa Rahmah. Hidup dengan penuh kasih sayang yang tulus ikhlas dan mendapat rahmat serta keberkatan dari Allah. Siapa yang tak nak kan keluarga yang sedemikian? Rasa sangat bahagia bila hidup ini dikelilingi oleh orang yang kita sayang. Susah senang kita harungi bersama.




Mak ayah adalah orang yang paling utama dalam hidup kita bila bercerita mengenai kasih sayang. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tiada galang gantinya kasih sayang mereka pada kita. Tanpa mak ayah tiadalah kita di dunia ini. Ya Allah, hebatnya kasih sayang mereka tak dapat di gambarkan. Sebab itu tak rugi kalau kita berbuat baik pada Mak Ayah kan. Sentiasa bahagiakan mereka dan memenuhi hajat mereka adalah pahala bagi kita.




Air yang di cincang tak akan putus dengan kasih sayang adik beradik. Ia merupakan suatu anugerah yang paling istimewa sebab bukan semua orang ada memiliki adik beradik.Ya Allah, kami berlindung daripada ancaman dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh Mak Ayah kita. Adik-beradik merupakan bukti kasih-sayang Mak Ayah kita. Sebaik mungkin kita perlu jaga hubungan adik-beradik supaya sentiasa baik. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah melalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya pintu-pintu rezeki. ”Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.” (Hadis Riwayat Muslim). Sampai begitu sekali Allah kurniakan pahala bagi kita yang menjaga hubungan silaturrahim.

Kasih sayang suami...Alhamdulillah Allah menemukan jodoh yang baik buat kita. Menjaga segala kebajikan kita dan anak-anak serta sentiasa memimpin keluarga ke arah kebaikan dan kurniaan anak-anak merupakan anugerah rezeki dari Allah yang tidak terhingga. Anak-anak penyambung zuriat kita...Ya Allah tidak ternilai anugerahMu kepada kami..




Semoga kita sentiasa menghargai nikmat keluarga yang di kurniakan oleh Allah. Sentiasa menjaga hubungan yang baik sesama keluarga dan mendapat keluarga yang Sakinah Mawaddah wa Rahmah...

Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Monday, 24 November 2014

BILA BERSEDIH APA YANG BIASA KITA LAKUKAN...

Tajuk santai je hari ini...tajuk bersedih tapi jangan sampai kita tangkap sedih pulak ya... Setiap manusia yang normal pasti biasa merasai kesedihan. Sedih atas kehilangan, kematian, kemalangan, kegagalan, cacian, kena kritik atau sebagainya. Ada juga yang sedih dengan kekurangan diri, sedih atas nasib yang menimpanya.




Para nabi juga bersedih, bahkan Rasulullah s.a.w  pun bersedih saat ditinggalkan oleh orang-orang disayanginya tetapi tidaklah keterlaluan dalam bersedih. Tidak salah untuk kita bersedih tetapi yang menjadi salahnya apabila kita suka memanjangkan kesedihan, seolah-olah tidak percaya lagi akan takdir qada' dan qadar dari Allah.


JANGANLAH KAMU BERSEDIH




Banyak ayat dalam Al-quran dan juga hadis yang melarang kita berlebih-lebihan dalam bersedih. Antaranya ialah:

Ayat dalam surah At-Taubah ayat 40

"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

Ayat dalam surah al-I'mran ayat 139

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

Dari ayat-ayat di atas nyatalah bahawa Allah melarang untuk bersedih secara berlebihan, bersedih akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir dan menunjukkan kelemahan diri. Melainkan bersedih kerana takutkan Allah. Allah akan sentiasa bersama pada meraka yang sentiasa mengingatiNYA. Sentiasa mengingati Allah dan berzikir walau dalam apa keadaan sekalipun. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.


APABILA BERSEDIH APA YANG KITA LAKUKAN?


Setiap manusia pasti pernah melalui saat kesedihan.Untuk diri saya sendiri saya pernah merasai kesedihan yang amat apabila kehilangan ayah tercinta ketika usia 19 tahun dan saya pula merupakan anak yang begitu rapat dengannya. Perkara pertama yang saya lakukan apabila menerima berita itu ialah saya lakukan solat hajat agar diberi kekuatan pada saya dan keluarga untuk menerimanya dan dipermudahkan untuk kami menghadapinya.

Rasa sedih, terkejut, terkilan, perasaan bercampur baur apabila rindu mula bertandang sebab ayah pergi secara tiba-tiba tanpa sebarang sakit. Masa itu saya masih lagi belajar.  Tetapi saya belajar menerima takdir yang Allah tentukan sebab setiap yang hidup pasti menuju ke sana jua. Sokongan dan kata-kata semangat dari keluarga memberikan kekuatan pada diri saya.

Apa yang kami sekeluarga lakukan ialah dengan selalu sedekahkan tahlil dan bacaaan Al-quran untuk menghilangkan rasa sedih di hati. Saat rindu bertamu saya luahkan pada kawan-kawan dan mereka begitu memahami dan sentiasa memberi kata-kata semangat serta sokongan.




Sekarang pula jika tersentap akan sesuatu perkara, perasaan sedih tetap ada dan belajar untuk lebih positif, pandang hikmah disebalik kejadian dan kesedihan yang Allah berikan serta banyakkan istighfar serta muhasabah diri atas kekurangan dan kekhilafan diri. Alhamdulillah kita akan rasa lebih tenang bila kita lebih positif.


Perkara yang dianjurkan oleh agama apabila kita dilanda kesedihan ialah:

1. Banyakkan istighfar dan memohon ampun dari Allah
2. Banyakkan berzikir La Haula Walaa Quwwata Illa Billah (tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
3. Amalkan membaca Hasbunallaahu Wa Ni'mal Wakiil ( cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)
4. Bacalah zikir-zikir lain serta doa yang membantu memberika ketenangan hati. Antara doa yang di amalkan oleh Rasulullah s.a.w bagi menghindar rasa kesedihan ialah:
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau." (HR. Abu Dawud)

InsyaaAllah mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita untuk tabah menghadapi segala dugaan tanpa kesedihan yang teruk dan sentiasa memandang positif dan bersangka baik pada Allah atas setiap yang berlaku.

Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin



Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....