Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Set Vitamin Wanita. Show all posts
Showing posts with label Set Vitamin Wanita. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

KELEBIHAN OMEGA GUARD DAN TESTIMONI SETELAH AMALKANNYA

Alhamdulillah... Sempena Promosi Omega Guard pada bulan ini, jadi disini saya nak kongsikan kelebihan & keberkesanan setelah konsisten mengamalkan Omega Guard.

Omega Guard Shaklee merupakan suplemen minyak ikan yang terbaik boleh diambil oleh semua lapisan sama ada bayi, kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu, wanita, lelaki dewasa atau yang berusia. Omega 3 merupakan asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA dan kita perlu dapatkannya dari sumber makanan dan juga supplement seperti Omega Guard Shaklee.



Apa yang biasa kita tahu yang mana Omega Guard ini amat bagus bagi membantu mengawal kolestrol tetapi sebenarnya banyak lagi kelebihannya jika kita mengamalkannya secara konsisten.

Antara kelebihan Omega Guard :

1. Melindungi Jantung
2. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
3. Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
4. Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang
5. Membantu membakar lemak dan mengurangkan berat badan
6. Membekalkan khasiat krpada bayi yang menyusu untuk perkembangan otak bayi
7. Pertumbuhan badan yang sihat dan juga otak yang cergas & cerdas
8. Sesuai bagi menguatkan sistem imunisasi anak-anak supaya tidak mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
9. Untuk batuk berkahak, selesema berterusan
10. Untuk sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
11. Bagi yang sakit stroke
12. Masalah kulit seperti alahan, eczema, gatal-gatal

TESTIMONI OMEGA GUARD SHAKLEE


Omega Guard jika diguna secara berterusan dan konsisten, kita akan dapat rasai keberkesanannya sangat-sangat membantu seperti testimoni ini.











Alhamdulillah, mereka telah mengamalkannya secara konsisten dan berterusan dan hasilnya amat membantu mereka dengan izin Allah swt. Kita berusaha untuk mendapat kebaikan dan manfaatnya.



Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....






Sunday, 16 November 2014

PROMOSI NOVEMBER 2014 OMEGA GUARD

Cepat sungguh masa berlalu. Dah pun masuk minggu kedua untuk bulan November 2014. Bermakna PROMOSI OMEGA GUARD BELI 6 PERCUMA 1 atau BELI 2 DISKAUN 5% hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi.

Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Diekstrak dari ikan air laut sejuk di perairan negara Jepun. Bukan dari minyak hati ikan ya...





ANTARA KEBAIKAN OMEGA GUARD




SIAPA YANG MEMERLUKAN OMEGA?




ULTRATULEN BERGRED FARMASEUTIKAL

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi bagi menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB ( polychorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Saturday, 15 November 2014

TESTIMONI GLA COMPLEX STABILKAN HORMON

Alhamdulillah berkesempatan lagi meng'update' blog untuk hari ini. Semalam saya dah ceritakan KEISTIMEWAAN GLA COMPLEX terutama bagi wanita kan... Jadi hari ini saya nak share pula testimoni yang dah mengamalkan GLA COMPLEX ni...



Untuk saya sendiri pun, Suplemen yg sentiasa saya bawa walau travel ke mana pun salah satunya GLA COMPLEX. Memang tak tinggal la. Wow! Sayang ketat-ketat gitu. Alhamdulillah sepanjang saya ambil GLA COMPLEX, PMS saya memang boleh katakan dah tak da. Tidak seminggu sebelum period mesti rasa nyeri sangat-sangat payudara. Pastu mood tu macam nak makan orang la selalu. Semasa period pulak dah tak da senggugut cuma lenguh-lenguh aje dan saya balas dengan OSTEMATRIX, memang hilanglah lenguh-lenguh tu. Bab kulit pulak, pori-pori saya makin kecil dah tak terbuka luas macam sebelum ni...tidak huhu malunya...dari jauh orang dah nampak. Yang paling best JERAGAT yang semakin pudar. Aha...! Sebab itulah saya sayang ketat-ketat dengan GLA COMPLEX.

Jom kita tengok apa pula komen daripada mereka yang mengamalkan GLA COMPLEX ni...







Sebagaimana yang kita tengok testimoni, mereka seronok bila kulit muka dah semakin elok dari sebelumnya, hormon yang semakin stabil serta period yang dah tak lagi huru-hara.

Hormon banyak  mempengaruhi kesihatan seseorang wanita. Hormon mengatur fungsi-fungsi penting seperti metabolisma, kitaran bangun tidur, tindakbalas terhadap tekanan, struktur tulang dan pembiakan. Walaupun ia datang dalam jumlah yang kecil dalam badan kita tetapi ia mempengaruhi sebahagian proses dalam badan kita.

TANDA-TANDA MASALAH KETIDAKSTABILAN HORMON

Antara tanda-tanda yang menunjukkan hormon kita tak stabil ialah:
  • perubahan fikiran atau mood swing
  • lesu/gelisah
  • kemerosotan tahap ingatan
  • hilang minat seks
  • masalah berat badan
  • kulit kusam tak berseri/berminyak/jerawat
  • rambut gugur
  • kitaran haid tak teratur
  • susah hamil

Kandungan dalam GLA COMPLEX yang merupakan kombinasi dari minyak borage, blackcurrent, minyak bunga matahari, Evening primerose oil dan vitamin E serta kandungan Gamma Linolenik Asid (GLA) dan Asid Linolenik (LA) di dalamnya akan membantu untuk menstabilkan semula hormon dan bila hormon dah stabil masalah penyakit yang datang dari ketidakstabilan hormon akan hilang seperti muka yang lebih lembap, period yang kian stabil, kesuburan dan senang hamil serta masalah-masalah lain yang berkaitan dengan hormon.

GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....











Friday, 14 November 2014

GLA COMPLEX RAHSIA WANITA UNGGUL

Rahsia Wanita Unggul? Wow!!! Dengar macam best gitu... Siapa yang tak nak kelihatan unggul dalaman dan luaran. Sentiasa awet muda, segar bugar baik kesihatan dalaman dan sentiasa berseri dengan kecantikan luaran. Kesihatan dalaman mempengaruhi kecantikan luaran. Betul tak wahai wanita semua. Kalau dalaman kita sihat tip-top, tiada masalah hormon sudah tentu kecantikan kita terserlah tanpa sebarang masalah pada diri dan wajah...kan...

APA RAHSIA ITU?

Meh nak share. Suplemen yang paling saya suka dan takkan saya lepaskan ni. GLA COMPLEX SHAKLEE...memang suplemen TERBAIK dari SHAKLEE dan ISTIMEWA untuk wanita UNGGUL. Kalau di pasaran biasa kita dengar wanita memang teruja dengan khasiat EPO (Evening Primerose Oil) sebab ia bagus untuk kulit dan sangat baik untuk hormon.

Tetapi di Shaklee kita ada yang lebih istimewa dari EPO. Aha... apa tu? Kita ada GLA COMPLEX merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses-proses badan yangg normal. 

APA BEZA EPO DAN GLA COMPLEX?

EPO adalah minyak yang diekstrak dari biji benih pokok bunga Evening Primrose yang mengandungi gamma-linolenic acid (GLA) iaitu sejenis asid lemak Omega-6. 




GLA Complex diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Bukan itu sahaja tau!! Borage yang ditanam tu adalah secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul tu mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega 6. Kombinasi dari minyak borage sebagai bahan utama yang mengandungi gamma-linolenic acid (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan juga vitamin E.

KENAPA BAGUS UNTUK WANITA?

GLA berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.



MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX


Memelihara kesihatan 
- Borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat. Ia membantu merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat sarah dan meningkatkan stamina.

Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron
- GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita dimana fungsi prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.

Meningkatkan kesuburan pada wanita
- GLA membantu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan. Ia membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.

Membantu mengecutkan cyst
- GLA membantu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Membantu menstabilkan hormon
- GLA jmembantu menstabilkan hormon dengan memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

Melambatkan menopause (putus haid)
- Memperbaiki keadaan menopause seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. 

Mencantikkan kulit
- Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis. Pengambilan GLA dalam jangka yang panjang membantu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.

Mencantikkan rambut
- Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

Pelangsingan dan halang tambah berat badan
- Membanbu merendahkankadar kolestrol LDL, secara tak langsung ia menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Membantu menentang kanser
- Ia adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

Menghalang komplikasi diabetes
- Membantu merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

Menghalang tekanan darah tinggi
Membantu menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).

Memperbaiki prostatomegaly
- Iaitu masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)
- Dibukti secara klinikal GLA membantu memperbaiki keadaan anak-anak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


Jadinya, tiada rahsia lagi untuk kita menjadi wanita yang unggul dari segi luaran dan juga kesihatan dalaman. GLA Complex boleh membantu kita ke arah kesihatan yang tip-top. Semuanya terserah kepada diri-sendiri untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga.



Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Thursday, 13 November 2014

GANGGUAN KITARAN HAID TIDAK TERATUR

Gangguan kitaran haid tidak teratur.  Jangan pandang remeh ya akan masalah ini. Adakah ia sekadar masalah kecil atau boleh membahayakan? Ramai wanita yang tidak begitu mengambil berat akan kitar pusingan haid mereka kecuali jika mereka ingin hamil, betul tak? Haid yang tidak teratur boleh menjadi petanda kepada keadaan kesihatan yang lebih memudaratkan. Jadi kenalah juga ambil beratkan walaupun tak nak hamil...


KETAHUI PUSINGAN HAID ANDA

Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini biasanya terjadi di kalangan anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.

Manakala pusingan normal haid seseorang wanita adalah rata-ratanya sekitar 28 hari dan tempohnya adalah antara 2 hingga 7 hari. Tetapi bukan semua wanita mengalami pusingan haid yang normal. Ada yang pusingan haidnya 20 hari hingga ke 45 hari.

ANTARA SEBAB HAID TIDAK TERATUR

Terdapat pelbagai punca penyebab kepada haid tidak teratur antaranya ialah:

Gangguan hormon
- Ia mungkin boleh berpunca dari ketumbuhan kalenjar ovari. Gangguan hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak.

Masalah berat badan
- Terlalu kurus atau terlalu gemuk. Haid yang tidak teratur mungkin dialami oleh wanita yang kurus. Ianya adalah disebabkan lemak yang diperlukan untuk pembentukan hormon haid berkurang. Manakala wanita yang berlebihan berat badan mempunyai lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan. Lebihan hormon Estrogen akan menjadi punca haid tidak teratur.

Pengambilan ubat-ubatan
- Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu kitaran haid. Sesetengah pengambilan ubat boleh menyebabkan penghasilan hormon prolaktin yang tinggi. Pengambilan ubat-ubatan dalam tempoh jangkamasa waktu yang lama juga penyebab kepada gangguan kitaran haid.

Stress/tekanan
- Jangan dianggap remeh dengan masalah stress Anda kerana stress ini juga akan mengganggu kitaran haid Anda. Ianya akan mengganggu sistem metabolisma di dalam tubuh. Bila metabolisma terganggu secara tak langsung kitaran haid juga akan terganggu.

Menopause
- Apabila wanita yang berada di peringkat pra-menopause berlaku haid yang sedikit dan kekerapannya juga berkurang.

Penyusuan
- Penyusuan juga adalah penyebab kepada kitaran haid terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid.

Masalah gangguan kitaran haid tidak teratur akan menjadi masalah kepada wanita yang merancang kehamilan. Jadi ambil berat mengenai kitaran haid Anda dan tangani dengan sebaiknya jika Anda benar-benar merancang untuk hamil.

Sekiranya Anda mengalami masalah haid tidak teratur, GLA COMPLEX SHAKLEE mungkin boleh membantu masalah Anda dalam menstabilkan semula hormon dan membantu kitaran haid agar lebih teratur.



GLA Complex Shaklee yang diekstrak dari tumbuhan borage yang mengandungi kepekatan GLA yang lebih tinggi dari Evening primrose dan blackcurrant. GLA merupakan sumber terbaik Omega-6 dan ianya digabungkan juga dengan minyak sunflower dan vitamin E. Kombinasi ini sesuai untuk membantu dalam menstabilkan hormon dan kitaran haid.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....








Saturday, 8 November 2014

ELAK TUA SEBELUM WAKTU CUKUPKAN PROTEIN DALAM BADAN

Pernah tak kalau jumpa kawan-kawan lama dan kawan-kawan tu tegur...Wah!!! Lain lah sekarang. Maintain cantik atau wajah tak berubah, sama gak macam dulu. Tapi kalau wajah dah tua mesti kawan tu senyap aje kan...kalau kata nampak tua sangat nanti tak pasal-pasal pulak bermasam muka... Tapi kita mesti seronok bila kawan tegur makin VOGUE kan...



Tua sebelum tiba masanya iaitu maksudnya umur baru 30an atau awal 40an tapi dah nampak macam 60an. Itu keadaan luaran, keadaan dalaman kita tak tahu lagi? Ya Allah minta tuhan jauh kan. Sebabnya kita kalau boleh biar dah berumur lebih pun tapi umur dalaman biarlah muda dan kita pula masih kuat untuk melakukan ibadah. Kalau badan tak sihat ibadah kita juga akan terganggu.

Salah satu penyebab kita nampak cepat tua ialah dengan kehilangan protein dalam badan.

KENAPA KITA PERLUKAN PROTEIN?
Badan kita amat memerlukan protein bagi membentuk struktur asas badan seperti otot, organ, kalenjar, tulang dan gigi. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan kompenan utama kepada hormon manusia. 

Protein ialah suatu bahan organik yang kompleks. Asid amino ialah unit asas protein. Protein juga bertujuan untuk membina sel, memperbaiki tisu, pembinaan enzim, antibodi dan hemoglobin malahan ia juga membekalkan tenaga.

APA AKAN JADI BILA KITA KEKURANGAN PROTEIN?

  • Badan kurang tenaga dan rasa lemah
  • Otot kecil
  • Kehilangan selera makan
  • Perut buncit akibat pengumpulan bendalir tisu
  • Pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak
  • Muka cengkung
  • Kulit mengelupas
  • Kulit bersisik
  • Kulit berkedut
  • Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya
  • Muka penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam
  • Bekas gigitan serangga yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan
  • Rambut rosak, menipis, bercabang dan akhirnya botak.
  • Kuku yang cepat patah


ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE




 • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

• Energizing Soy Protein membekalkan tenaga yang berterusan kepada kita. Ianya mampu bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian membantu menyokong tulang yang kuat.

• Isoflavones pula berfungsi meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

• Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) dimana penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari bermula dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

• Energizing Soy Protein dijamin Halal, tanpa laktosa, kolestrol dan bebas kafein. Ianya tidak akan menyebabkan gemuk.


AWET MUDA DENGAN ESP jika ianya diambil secara berterusan dan konsisten. Ianya meransang pembentukan semula kulit dan otot, Merupakan agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit, mengurangkan kesan parut dan kepejalan otot serta meningkatkan tenaga dan sistem imun. Bila badan dah cukup PROTEIN yang berKUALITI barulah kita TAK TUA SEBELUM WAKTUNYA...


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah

***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....


Monday, 6 October 2014

ESP SHAKLEE untuk Awet Muda?

Dengar macam best kan...macam simple aje? Macam senang aje?
Macamana tu?




Sebenarnya protein ESP ni terdiri dari Asid Amino. Asid amino ni penting bagi membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit.

ESP boleh hilangkan parut?
Di sinilah tugasnya asid amino tu...
Ia akan menggantikan sel-sel kulit lama dgn membina sel-sel kulit baru. Macam parut jerawat, parut hitam jeragat, kesan hitam semasa hamil, stretch mark akan berkurang dan lama2 hilang jika mengamalkannya secara konsisten...

Haa...begitulah ceritanya...bagaimana ESP membantu anda lebih berseri dan AWET MUDA...
Jadi bila di kombinasikan dgn Vitamin C, Vitamin E atau GLA Complex maka akan memberi kesan yg lebih "mantop" gitu...

Vitamin C ianya bantu merangsang pembentukan kolagen...bantu pulihkan kulit kering, kasar, ruam serta sekat pembentukan pigmentasi...Pigmentasi ni merupakan penyebab utama jadinya jeragat.
Antioksida hebat bantu lindungi dari radikal bebas, melindungi kulit dari sunburn, kurangkan kedutan dan tanda penuaan serta membantu menguatkan imun badan

Vitamin E membantu melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

GLA Complex kandungan 2x EPO, Vitamin E, minyak sun flower. Membantu tangani masalah hormon tak stabil. Tanda-tanda hormon tak stabil ialah antaranya period lama, period banyak, jarang period, senggugut teruk, kulit jeragat, jerawat, kusam...

Perlu ke ambil semua suplemen tersebut?
Tak adalah, boleh aje dikombinasikan dengan salah satu iaitu sama ada:-
1. ESP + VITAMIN C
2. ESP + VITAMIN E
3. ESP + GLA COMPLEX
ATAU
4. ESP + VITAMIN C + VITAMIN E + GLA COMPLEX

Andai kakak-kakak, adik-adik berhajat untuk dapatkan salah satu dari SET KOMBO jangan segan-segan untuk hubungi saya...



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Monday, 29 September 2014

Jeragat MUSUH UTAMA wanita berkesan hilang? RAHSIA Wajah makin berseri....

Musuh utama wanita yang meningkat usia ialah jeragat. Ramai yg alami masalah jeragat dan dah pening nak buat macamana kan? Pelbagai produk sapu dah guna tak memang susah untuk hilang...
Rawatan dari dalam penting bagi menggantikan semula sel-sel yang telah mati kepada sel-sel yang baru...

Collagen Powder Shaklee terbukti membantu bagi 
• jadikan diri lebih awet muda
• kulit lebih tegang dan anjal
• hilangkan parut jerawat/jeragat
• anjalkan payudara dan punggung
• menyokong kesihatan sendi
• rasa lebihn sihat dan bertenaga

Insyaa Allah amalkannya secara istiqomah beserta berselawat

Jom kita tengok Testimoni yang gunakan COLLAGEN POWDER SHAKLEE






Inilah RAHSIA mereka untuk hilangkat JERAGAT MUSUH UTAMA WANITA, menghilangkan kulit megelupas dan RAHSIA UNTUK TAMPIL LEBIH MUDA DAN MENAWAN...

PILIHAN TERBAIK COLLAGEN POWDER SHAKLEE!!!

Bagi Wanita yang nak kekalkan keanggunan, hilangkan segala parut, kulit muka yang kusam...bertindaklah dengan segera. Usah bertangguh lagi untuk nampak lebih berseri tau!!!

Cari saya untuk pertanyaan lebih lanjut...



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Sunday, 28 September 2014

OSTEMATRIX SHAKLEE ~ KEPENTINGAN KALSIUM

APA ITU KALSIUM?

Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalsium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia di kalangan orang dewasa.

Wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.

Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

Sumber: http://farmasianis.tripod.com/kalsium.htm


FUNGSI KALSIUM
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melenturkan otot
  • Menormalkan tekanan darah
  • Mengatasi kram, sakit pinggang, buasir, dan reumatisme
  • Membantu menguatkan gigi dan mencegah pendarahan akar gigi
  • Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
  • Melenturkan otot
  • Mencegah penyakit jantung
  • Menjaga keseimbangan cairan tubuh
  • Mencegah osteoporosis (reput tulang)
  • Menurunkan risiko kanser usus
  • membantu pertumbuhan tulang dan gigi

Selain daripada itu, kalsium juga adalah penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti :

~  fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)

~  fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam proses pembekuan darah

~ kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.


OSTEMATRIX ~ KEISTIMEWAAN KALSIUM/MAGNESIUM SHAKLEE

Kita bukan sekadar hanya memerlukan kalsium untuk membina tulang yang kuat.  Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium fosforus dan vitamin D, zinc, kumprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Kalsium membantu membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
Selain itu ia :-

* membantu membina gigi yang kuat dan sihat
* membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
* membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran saraf
* membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti kembung, kekejangan, retensi air mudah meradang dan kemurungan


OSTEMATRIX SHAKLEE MEMBEKALKAN
  1. 1,000mg (100% Pengambilan Harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
  2. 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  3. 400IU (100% Pengambilan Harian) Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium



MENGAPA PILIH OSTEMATRIX?

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

BAGAIMANA NAK PILIH KALSIUM YANG BAIK?

• pilih kalsium yang ada VITAMIN D dan MAGNESIUM
• ELAKKAN kalsium yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
• ELAKKAN mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...
FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Wednesday, 24 September 2014

LENGUH, SAKIT BADAN DAN KREM ~ OSTEMATRIX PILIHAN TERBAIK

Sebagai WAHM (WORK AT HOME MOM) huhu...siapa kata tak bizi kan? Rutin seharian yang penuh dari pagi hingga ke malam dan mesti bijak dalam mengatur masa dan jadual. Bermula dari sebelum Subuh sehingga anak-anak dah tidur semua barulah kita boleh berlunjur kaki dan masa tu pulak masa untuk saya uruskan hal-hal bisnez ni...

Perghhh...bizi tu...kalah CEO...Badan sudah pasti la terasa kepenatannya...dengan kaki yang lenguh dan kadang-kadang krem, tidur pun nak menentu...kepala pun dah "gelong"..haha kata orang utara... Tapi itulah yang saya kena lalui almaklumlah suami pun bekerja jauh jadi semuanya sendiri...Sebab itu saya kena kuat badan dan inginkan sentiasa sihat walafiat...

Tapi saya puas sebab dapat lakukannya sendiri dan anak-anak sentiasa di depan mata...

OSTEMATRIX....Suplemen yang banyak membantu saya...untuk sakit badan, krem kaki, lenguh-lenguh kaki, tangan, dan buat saya tidur lena walaupun tidur lambat, dapat perlahankan degup jantung saya yang ada penyakit darah tinggi dan of coz bangun pagi tak sakit badan dan yang paling best senang membuang pada paginya...

Bagi yang tak suka minum susu macam saya ni ia adalah sesuatu yang baik kerana mudah untuk mengambilnya. Hanya 2 biji Ostematrix sebelum tidur menyamai dengan 2 gelas susu sehari.

Wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.







Pengambilan OSTEMATRIX sebelum tidur boleh membantu kita  untuk tidur yang lebih lena. Tapi kalsium bukan ubat tidur ya...

Akan datang kita cerita pula apa akan berlaku jika kekurangan KALSIUM terutama bagi wanita yang makin meningkat usia.....



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...
FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Saturday, 20 September 2014

PROMOSI SHAKLEE :- VOGUE DAN MENGANCAM WALAUPUN BERUSIA

Bila berjalan dengan anak dara kita orang kata Eh!!! Adik-beradik ke you dua orang ni... Wah!!! kembang kempislah hidung kita kan? Haha...Siapa tak seronok bila orang kata macm tu...
Sihat dalaman akan membawa kepada kecantikan luaran dan awet muda gitu... Alhamdulillah...

Tapi apa yang perlu kita buat...kenalah jaga pemakanan, jalani hidup dengan cara sihat disamping top-up balik apa yang dah kurang dalam tubuh kita. Bila usia meningkat sudah tentunya sudah banyak kekurangan yang kita rasai...badan cepat letih, lesu, kulit makin berkedut dan penyakit pun mula bertandang.

Untuk kesihatan lebih sihat dan awet muda...pengambilan secara berterusan dan istiqomah sudah tentu menghasilkan sesuatu yang kita nak... Seawal 21 - 90 hari atau 8 minggu kesan yang kita akan dapat pastinya...AWESOME!!!



VOGUE DAN MENGANCAM WALAU DAH BERUSIA

COLLAGEN POWDER SHAKLEE...TERBUKTI BERKESAN!!!! ~ suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietary  (RED SNAPPER SCALE) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga dicampurkan dengan 7 bahan utama seperti ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat.

Khasiat apabila mengamalkannya secara konsisten...
* Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit.
* Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus terutama di sekitar mata
* Kulit lebih bersih, putih, dan licin
* Menguatkan kuku, rambut yang lebih tebal dan bersinar
* Membantu menegang dan menganjalkan payudara dan punggung yang lebih montok gitu...

Sebagai wanita yang makin meningkat usianya tentulah kita nak muda dari usia sebenarkan... Tahap keyakinan diri juga lebih bila kita sihat dan tak nampak tua...Awet muda sentiasa...

Sempana Promosi September yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi...OFFER dari Shaklee untuk COLLAGEN POWDER ini...BELI 6 DAPAT 7 KOTAK!!!

Nampak lebih sihat anggun...dengan penggunaanya...sekali cuba pasti dah rasa perubahan diri!!!
Kena cepat-cepat grab tau!!!

***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...
FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Tuesday, 16 September 2014

SUPLEMEN TERBAIK WANITA 40an

Hari ini kita bercerita Wanita dan Usia ke "4 siri". Bila sebut nak masuk ke usia angka 4 ni ramai wanita yang gerun kan? Sebab masa ni akan berlaku perubahan pada berat badan yang semakin meningkat, perubahan pada kulit, rambut yang kian nipis, kerap letih, mengantuk dan pergerakan pun tak sepantas dahulu.

Macam saya...insyaaAllah kalau Allah masih panjangkan umur tahun depan dah masuk usia 40 tahun. Perubahan pada badan dah tentulah adakan...lagi-lagi kita dah beranak pinak ni. Saya mula jaga pemakanan saya bila masuk 35 tahun. Kurangkan pengambilan karborhidrat, gula dan kawal pengambilan garam dan banyakkan minum air putih.

Sejarah keluarga saya ada kencing manis, darah tinggi dan mak saya strok. Bila ada sejarah keluarga macam tu lagi lah kena berjaga-jaga kan...

Boleh dikatakan hampir semua wanita mengalami gejala yang sama cuma berbeza tahapnya.  Dan saya suka dan rasa kagum bila nampak wanita yang memasuki usia 40-an tetapi masih bergerak cergas, nampak awet muda dan masih tajam pemikiran.

Menurut Dr Pakar Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Suhaimi Isa, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita berusia 40 tahun ke atas. Mereka akan mengalami penuaan, perubatan seperti diabetes, darah tinggi serta kanser dan risiko kanser termasuk kanser payu dara dan rahim. Golongan ini juga berisiko tinggi mengalami osteoporosis.

Faktor ketidakseimbangan hormon, kekurangan vitamin D dalam badan, diet serta gaya hidup yang tidak sihat dan perubahan bentuk badan antara sebab kenapa wanita melebihi usia 40-an perlukan LEBIH SUPLEMEN. Seperti yang kita tahu suplemen ni bukanlah ubat tetapi nutrien yang akan membantu badan kita bagi memenuhi keperluan nutrien yang tak cukup.



CADANGAN SUPLEMEN UNTUK WANITA 40an




1. KALSIUM/MAGNESIUM
Wanita akan memerlukan lebih kalsium apabila usia menjejaki usia 40an kerana kadar laktosa kian menurun apabila usia semakin meningkat. Kalau nak tahu, selepas umur kita 30 tahun proses pereputan tulang berlaku dengan lebih cepat. Wanita akan terdedah kepada penyakit osteoporosis jika kekurangan kalsium dalam badan. Pengambilan kalsium mestilah bersama Vitamin D dan juga magnesium bagi mempertingkatkan kadar penyerapan kalsium ke dalm badan lebih berkesan.

OSTEMATRIX SHAKLEE (KALSIUM/MAGNESIUM)
- vitamin yang mengandungi kalsium
- istimewanya "Ostematrix" ini ianya lengkap dengan mineral magnesium, vitamin D, baron, zinc kuprum dan vitamin K.
- semua nutrien ini penting dan perlu ada dalam tablet kalsium bagi memastikan penyerapan 99% didalam badan.
- berfungsi bagi menguatkan tulang, gigi, mencegah pereputan tulang, fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut dan kebas), fungsi otot yang baik (merawat kekejangan pada waktu malam), elakkan proses pembekuan darah, membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi.

Wanita berusia 40 tahun keatas memerlukan 800 - 1000mg kalsium sehari iaitu sekurang-kurangnya 2 gelas sehari. Bagi wanita yang tak gemar akan susu bermasalah la sikit. Ambil 2 biji Ostematrix sehari, Insyaa Allah membantu melengkapkan keperluan kalsium badan anda. Dan berita baik bagi wanita yang tak suka susu...senangkan...

2. OMEGA (MINYAK IKAN)
Bila menginjak usia 40 an sebagai wanita kita kena berjinak dengan minyak ikan ni sebab ianya amat penting untuk kesihatan jantung supaya tetap sihat. Penurunan Estrogen semasa pra-menopouse menyebabkan jantung kurang perlindungan dari masa sebelumnya. Minyak ikan akan membantu memberi perlindungan tambahan dan membantu mengurangi risiko serangan jantung dan menurunkan risiko kanser payudara. Bagus untuk kuatkan ingatan sebab kandungan DHA dan EPA didalamnya.

OMEGA GUARD SHAKLEE
- diekstrak dari ikan laut air sejuk (mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun
- ia bukan dari hati minyak ikan
- 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan berbanding dengan produk Omega di pasaran
- minyak ikan yang paling tulen di dunia
- mengandungi rangkaian penuh 7 asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA ALA dan banyak lagi
- satu hidangan Omega Guard membekalkan 990mg asid lemak 3 EPA dan DHA
- berfungsi bagi membantu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, membantu jadikan kulit licin dan kemerah-merahan, mencegah penyakit saluran darah dan strok, menentang kanser, memelihara fungsi-fungsi sendi, mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan.

Jangan pandang remeh akan pengambilan Omega Guard ini kerana ia sangat-sangat membantu mengawal kolestrol dan kesihatan jantung kita...

3.  MINYAK BORAGE
Hormon mulai tidak seimbang apabila usia masuk ke 40an. Pada masa ini, pengeluaran hormon Estrogen semakin berkurang dan muncullah  gejala pra-menopouse. Akibat dari ketidakstabilan hormon hidup wanita akan lebih huru-hara. Perasaan cepat marah, hilang nafsu makan, selalu rasa cemas, insomnia sering melanda wanita 40 dan ke atas. Minyak borage ini merupakan sumber asid gamma linolenik membantu menjaga keseimbangan hormon tubuh, mengurangin simptom PMS, mengurangi penggumpalan darah yang menyebabkan krem serta membantu mengendalikan hormon-hormon seksual estrogen dan testosteron.

GLA (GAMMA LINOLENIK ASID) SHAKLEE
- merupakan kombinasi minyak borage yang menagndungi Asid Gamma Linolenik (GLA), Asid Linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E
- mengandungi lebih dari kandungan 2 kali Ganda GLA dalam EPO
- 3 Kali Ganda Labih Mudah Diserap oleh badan (bioavaibality)
- 3 Kali lebih Berkesan dari EPO
- setiap kapsul mengandungi 300mg GLA merupakan sumber terbaik Omega
- berfungsi sebagai pelembap kulit dan anti penuaan, menguatkan kuku dan rambut, membantu mengurangkan berat badan, athritis, menstabilkan hormon, melambatkan menopause, menentang kanser, menghalang tekanan darah tinggi, menghalang kompilasi diabetes, mengawal selia hormon Estrogen dan Testosterone

Pengambilan GLA secara konsisten boleh membantu Anda menstabilkan hormon dan menjadikan hidup lebih teratur dan ceria...


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...




















Sunday, 14 September 2014

Sebahagian kenapa ramai yang suka GLA Complex

Nak tahu kenapa ramai yang menyukai Gla Complex ni?

Saya tak nak cerita panjang lebar.. meh klik je gambar ni untuk ketahui manfaat Gla Complex untuk kita semua...

kebaikan gla shaklee

Sebotol ni kan... sangattt memberi kebaikan untuk suami isteri tau... yang remaja lagi perlu amalkan sekiranya perid tak normal atau pun alami senguggut atau lebih kepada period pain....

harga gla shaklee


Nak dapat kan GLA Shaklee ni area Kulim atau Satu Malaysia.. Cari je saya di ....

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...
---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...