Salam Ukhuwwah

Monday 22 December 2014

TANGGAPAN NEGATIF PENYUSUAN : IBU SAYA NAK SUSU!!

Susu ibu merupakan susu yang paling terbaik dan istimewa yang tiada tolak bandingnya. Bukan sahaja baik untuk bayi tetapi ibu-ibu yang menyusu juga dapat manfaatnya. Menyusukan bayi sekurang-kurangnya 6 bulan pertama secara sepenuhnya adalah satu langkah yang bijak oleh ibu-ibu untuk perkembangan dan tumbesaran bayi.




Tetapi ramai jugak ibu-ibu yang tak nak menyusukan bayi mereka. Kesian bayi-bayi ini kan, bila ibu menidakkan hak mereka. Bayi mempunyai hak untuk mendapatkan susu ibunya. Tapi ya lah, bukan mudah untuk seorang ibu untuk menyusukan bayi tanpa semangat yang kuat serta ilmu tentang tentang kefahaman kaedah penyusuan. Mudah goyah dengan pandangan serta tanggapan negatif orang lain mengenai penyusuan bayi.

Seeloknya sebaik sahaja tahu diri ibu-ibu hamil, cari dan gali ilmu penyusuan sebanyak mungkin seperti khasiat susu ibu, cara penyusuan yang betul dan cara menangani masalah penyusuan. Jangan sesekali mudah percaya dengan tanggapan negatif terhadap penyusuan bayi. Segala masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya kan...

TANGGAPAN NEGATIF PENYUSUAN


Antara mitos penyusuan yang perlu ibu-ibu tahu:

1. Menyusu membuatkan buah dada melendut
Tanggapan ini tidak tepat sama sekali. Buah dada biasanya membesar semasa hamil dan tanpa sokongan yang baik ditambah dengan tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut, boleh menyebabkan buah dada jatuh.




Penyelesaian : Pilih coli yang sesuai ketika hamil dan penyusuan. Ibu pula kena mengampu sedikit buah dada atau bayi supaya bayi tidak menarik buah dada ke bawah semasa menyusu. Contohnya lapik bantal ikut keselesaan ibu-ibu.

2. Sukar menyusu bila dah mula kerja
Bukan alasan yang baik buat ibu-ibu. Ibu-ibu masih boleh menyusukan bayi walaupun sudah mula bekerja.

Penyelesaian : Ibu-ibu boleh mengepam susu sama ada dengan tangan atau pam elektronik yang banyak di pasaran. Kemudian simpan susu tersebut di peti sejuk dingin beku. Ibu-ibu juga masih boleh membuat perahan ketika di pejabat.

3. Berat badan naik sebab menyusu buatkan ibu sentiasa lapar
Menyusu tidak akan membuatkan berat badan naik jika ibu-ibu menjaga corak pemakanan dan mengambil makanan yang seimbang. Yang menjadi berat naik apabila lepas pantang, ibu-ibu dah kemaruk makan dan mula makan berlebihan serta yang kurang khasianya. Malahan sebenarnya penyusuan bayi mampu membakar lemak ibu-ibu Pakar pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan. Menyusu juga dapat mengecutkan uterus dengan lebih cepat.




Penyelesaian : Apa yang penting di sini ialah ibu-ibu sentiasa menjaga corak pemakanan, diet yang seimbang serta lakukan senaman mengikut kesesuain diri.

4. Tidur bayi tak nyenyak dengan susu ibu
Susu ibu lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula.

Penyelesaian : Cara yang terbaik adalah dengan meyusukan bayi sekerap mungkin terutama sebelum bayi tidur. Bagi mengikut kemahuan bayi.

5. Risau susu ibu tak cukup
Kena yakinkan diri bahawa susu ibu cukup untuk bayi. Berfikiran positif dan banyakkan doa supaya susu ibu sentiasa cukup buat anak kita.

Penyelesaian :  Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya. Ambil makanan dan suplemen 'Milk booster' bagi membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.

6. Rasa sakit dan tidak selesa ketika menyusu
Mungkin cara penyusuan kita tidak betul sebab itu rasa sakit ketika menyusu. Bayi tidak dapat melekapkan puting secara elok.




Penyelesaian : Belajar teknik penyusuan dengan betul dengan merujuk kepada yang pakar atau boleh merujuk kepada "Encik Google".

7. Bayi selalu bergayut dan tiada masa bersama anak-anak yang lain
Boleh sahaja kita menyusu disamping anak-anak yang lain. Sambil menyusu sambil mengajar anak atau melihat anak-anakk yang lain melakukan aktiviti mereka.

Penyelesaian : Sediakan suasana yang selesa atau tempat yang selesa untuk penyusuan. Contohnya meyediakan kerusi khas untuk ibu menyusu di ruang tempat anak-anak yang lain suka berkumpul.

8. Ibu rasa tidak sihat sebab tak boleh makan jamu
Sekarang kita ada pelbagai alternatif selain daripada jamu untuk kekal sihat semasa dalam tempoh berpantang atau selepasnya. Yang penting ibu-ibu mendapat sumber makanan yang berkhasiat serta mencukupi nutriennya bagi kekalkan kesihatan yang baik.

Penyelesaian : Antara alternatifnya cari suplemen yang tidak melibatkan jamu seperti "Set Bersalin Shaklee" untuk ibu-ibu terus sihat bertenaga sepanjang tempoh berpantang dan penyusuan.

9. Risau perut bayi kembung atau bayi alahan dengan susu ibu
Sebenarnya susu formula adalah lebih berisiko jika perut bayi atau badan bayi tidak sesuai dengan susu tersebut tetapi tidak dengan susu ibu yang sentiasa berkhasiat.

Penyelesaian : Ibu-ibu perlu menjaga corak pemakanan dengan mengelak makanan berangin atau makanan yang laut bagi mengelak alergik atau kembung pada bayi.  Pilih makanan yang betul-betul berkhasiat samada untuk ibu mahupun untuk bayi kita.

10. Ibu tak suka minum susu sebab nak banyak susu, ibu kena minum susu juga
Susu ibu akan banyak jika ibu banyak minum air. Susu ibu banyak bukan sebab banyak minum susu.

Penyelesaian : Cari alternatif lain untuk tambahkan zat kalsium yang diperlukan oleh ibu-ibu. Tak semestinya dengan susu.

11. Bayi perlukan banyak minum air 
Susu ibu sudah membekalkan air sebanyak 88%. Jadi bayi tak perlu lagi air tambahan walaupun cuaca panas. Pemberian air kepada bayi boleh mengganggu penyusuan ibu.

Penyelesaian : Susukan bayi sekerap mungkin bagi menghilangkan rasa dahaga bayi-bayi.

12. Payudara kecil, tiada banyak susu
Banyak atau sedikit susu ibu bukan bergantung kepada saiz payudara.

Penyelesaian : Kekerapan ibu menyusu yang akan membantu banyak atau sedikit susu ibu-ibu. Jika kerap menyusu, rajin pam dan ibu-ibu minum air yang secukupnya, ia akan membantu membanyakkan susu ibu-ibu.

13. Tak boleh menyusu ketika ibu demam atau selsema
Semasa sakit, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi malahan sebenarnya bayi telah dibekalkan dengan kolostrum susu ibu seawal penyusuan ibu kepada bayi. Kolostrum membekalkan antibodi yang tinggi kepada bayi. Bayi yang menyusu susu formula adalah dua kali terdedah risiko jangkitan.

Penyelesaian : Memberi susu kepada bayi seawal kelahiran adalah sangat penting sebabnya susu awal ibu membekalkan kolostrum yang tinggi dan amat baik untuk bayi kita.

14. Penyusuan bayi menyusahkan ibu-ibu
Apa yang menyusahkan ya. Malah susu ibu yang paling senang dan simple. Tak perlu bawa segala bekal keperluan menyusu, berkualiti dan menjimatkan

Penyelesaian : Ibu-ibu boleh menyusukan bayi pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Apabila kita fikir mudah maka akan mudahlah urusan menyusu. 

15. Menyusu ini kolot dan tak moden
He..he..sebenarnya mereka yang merasa menyusu ibu ini kolot tetapi dialah yang kolot sebab tiada ilmu pengetahuan. Para doktor, ilmuan, pendidik, yang bijak pandai semuanya menyatakan susu ibu adalah susu yang terbaik.




Penyelesaian : Usah cepat terpengaruh dengan tanggapan negatif orang sekeliling tanpa kita menyelidikinya dan mempelajarinya. Tanamkan semangat dan berusaha dengan kuat untuk menyusukan bayi secara ekslusif.


Islam sendiri pun amat mementingkan penyusuan susu ibu.

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."- Surah al-Baqarah

Penyusuan susu ibu dianggap sebagai kunci hubungan antara pemakanan dengan faktor kejiwaan serta kesan hubungan rapat antara anak dengan ibu. Kesan penyusuan, sama ada kandungan zat susu dan juga cara-cara serta adab-adab ketika menyusu pun menjadi faktor ke arah pembentukan peribadi anak-anak.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang SET PENYUSUAN

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



No comments:

Post a Comment