Tetapi di dalam Shaklee Vitamin C sebenarnya tetap vogue gitu. Tetap dicari sebab keberkesanannya dalam membantu menangani masalah kulit. Sebenarnya Vitamin C ini bukan sahaja bagus untuk kulit tau...malahan untuk kesihatan kita juga. Rasa lebih cergas bertenaga bila mengamalkan Vitamin C Shaklee.
Vitamin C Shaklee dikenali sebagai Sustained Release Vit-C Plus. Ianya diekstrak daripada jagung. Keistimewaan Sustained Release Vit-C Plus ialah Vitamin C kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan secara perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 biji oren dalam satu jam.
Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg). Ianya juga mengandungi 120mg bioflavonoid dimana ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita.
VITAMIN C DI DALAM BADAN KITA
Kalau nak tahu Vitamin C yang ada dalam badan kita sangat tidak stabil. Ia cepat hilang kalau kita seorang perokok, ada penyakit kencing manis, selalu terdedah kepada pencemaran, selalu stress dan banyak lagi sebabnya. Badan kita pula tidak menghasilkan Vitamin C, jadi kita perlu ambil Vitamin C dari sumber luar.Vitamin C ini larut di dalam air dan ia mudah dibuang melalui air kencing juga peluh. Jadinya penting untuk kita mengambil Vitamin C secara konsisten bagi memastikan kandungannya tidak berkurang di dalam badan kita.
KESAN KEKURANGAN VITAMIN C DI DALAM BADAN
● Berlaku pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana terdapat tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian badan
● Kesihatan tulang yang makin lemah dan tidak sihat menyebabkan kehilangan kalsium
● Badan keletihan dan lemah
● Kulit menjadi kering
● Rambut rosak dan bercabang
● Hidung kerap berdarah
● Luka yang lambat sembuh
● Sistem ketahanan badan yang lemah
FUNGSI UTAMA VITAMIN C
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif dalam menentang bakteria dan kuman.
Membuang Toksin
- Membantu pembuangan toksin di dalam badan kita.
Antioksidan
- Satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan pengeluaran inteferon semulajadi tubuh yang sangat penting dalam melawan sel-sel kanser, merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C ini bukan ubat kanser tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor. Ia juga membantu menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel badan.
Menjaga Kesihatan Jantung
- Membantu mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus. Kekurangan Vitamin C menyebabkn saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim.
Penyembuhan Luka
- Vitamin C membantu meningkatkan kadar pengeluaran kolagen, jadi luka akan cepat sembuh.
Alahan
- Sebagai agen penting dalam mengurangkan alahan.
Kurangkan Stress
- Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrealine. Stress mengakibatkan hormon-hormon ini akan keluar lebih dari biasa. Jadi keperluan kepada Vitamin C akan meningkat. Pengambilan bersama B-Complex sangatlah membantu.
SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C?
- Pesakit kencing manis akan kehilangan Vitamin C melalui kencing yang kerap. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil Vitamin C pun masih lagi mengalami kekurangan Vitamin C. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan Vitamin C. Kandungan kolagen mereka juga berkurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan 'free radicals' menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atherosclerosis, kerosakan saraf dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan Vitamin C dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas.
● Perokok
- 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih daripada 20 batang rokok mendapati tidak ada (atau hanya sedikit) kandungan vitamin C yang ada.
● Pesakit kanser.
● Peminum alkohol
● Pesakit rheumatoid arthritis.
● Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak. Mereka banyak kehilangan vitamin B kompleks dan vitamin C disebabkan oleh aktiviti ini, di samping pendedahan yang lebih pada cuaca panas (berpeluh - jadi kehilangan vitamin C).
● Pesakit kronik seperti selsema, batuk, jangkitan kuman.
● Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, aspirin dan anti-biotik.
● Pesakit yang sedang dirawat di hospital atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.
Credit: Farmasianis
Oleh itu penting bagi kita untuk mendapat rasa yang lebih sihat, cergas dan bertenaga dengan mengamalkan pengambilan Vitamin C secara konsisten dan sudah semestinya memilih yang Semulajadi, Selamat dan Berkesan....
***************************************
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
No comments:
Post a Comment