Salam Ukhuwwah

Friday 30 January 2015

ANAK-ANAK SELSEMA DAN BATUK, MAK AYAH PANIK

Tak dinafikan mak ayah sekarang memang cepat panik bila anak-anak dah mula tunjukkan tanda-tanda nak selsema dan batuk. Bukan orang lain saja. Saya pun macam itu jugak.


Tapi tak boleh nak kata jugakkan, zaman sekarang udaranya tak macam keadaan zaman dulu. Dulu tak banyak pencemaran dan kurang penyakit. Sekarang macam-macam penyakit yang ada dan sudah tentu kita. Sebagai ibubapa risau kalau selsema dan batuk anak-anak akan lebih melarat dan bimbang akan jangkitan paru-paru.

Tetapi kan, seperlu mana untuk diberi ubat selsema dan batuk pada anak-anak? Saya suka baca artikel dari Dr Zubaidi yang mengatakan bahawa selsema dan batuk ini bukanlah penyakit tetapi salah satu dari pada imuniti tubuh bagi mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, kita selalunya ada refleks untuk mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan refleks bersin dan batuk. Jika ianya bukanlah penyakit, maka tak perlulah diberi ubat. Badan kita harus diberi peluang untuk cuba menghalang jangkitan dengan pembentukan antibodi dalam tubuh. Boleh rujuk di sini.

Untuk diri saya, sebolehnya saya nak kurangkan beri ubat-ubatan pada anak-anak dan hanya memberi suplemen bagi membantu menguatkan antibodi dan sistem imun anak-anak.




Alhamdulillah, setakat ini Allah izinkan untuk anak-anak saya serasi dengan suplemen yang mereka ambil. Selsema dan batuk mereka hilang. Saya perkuatkan antibodi anak-anak dengan Vita C Chew, Vita-Lea Chew, Meal Shakes dan kurangkan kahak dengan Omega Guard. Lagipun anak-anak saya ni memang fobia dengan ubat-ubat cair. Kira bagus jugaklah kan...

Apa-apapun kita sememangnya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Sanggup berkorban apa sahaja untuk mereka. Kalau mahukan anak sentiasa sihat dan aktif kita pun kenalah korban dan cari alternatifnya....

Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....





Sunday 25 January 2015

APA YANG ANAK KITA MAKAN DI KANTIN SEKOLAH

Bagi anak-anak yang tak bawa bekal ke sekolah antara pilihan yang ada di kantin anak-anak kita di kantin sekolah anak-anak kita ialah:





Beza makanan yang disediakan di kantin sekolah sama ada di Jepun, Korea atau di UK.






Lengkap dengan nutrisi karborhidrat, protein dan sayur-sayuran.

Apa tanggungjawab kita sebagai ibubapa selepas ini? Semuanya terletak pada diri kita.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 











Thursday 22 January 2015

SEBAB KENAPA LELAKI LEPAS KAHWIN BUNCIT

Ada yang mengatakan lelaki berperut buncit romantik? Betulke? Romantiknya suami bergantung pada kebuncitannya ke? He he...nak bagi sedap hati orang lelaki ni..


Lelaki buncit terutama selepas kahwin. Buncit bukan sahaja pada yang gemuk tetapi lelaki kurus pun buncit jugak. Masa sebelum kahwin elok aje kurus, tapi bila lepas kahwin kadang tu badan tak naik mana tapi tang perut tu berlumba pulak dengan isteri Yang mengandung. Isteri dah selesai bersalin tapi suaminya tak beranak pun lagi. Menten buncit gitu...

Mana taknya kan...
[+] Lelaki lepas kahwin tak susah fikir bab makan minum sebab isteri dah sediakan semuanya, nak pergi bersenam pun agak malas sebab seronok dengan isteri aje
[+] Dah kahwin, dah tak fikir pasal nak pasang badan lagi
[+] Isteri suka masak & suka cuba resipi baru, suami akan jadi bahan uji kaji or juri professional.
[+] Bila dah kahwin banyan betul acara makan-makan dengan families. Baik sebelah isteri atau sebelah keluarga sendiri. Masak pulak asyik istimewa aje. Masa bila nak kurang makan. Rezeki jangan tolak...

Tapi hakikatnya atau fakta yang perlu kita tahu:
[+] Lelaki yang dah kahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.
[+] Bila ade sexual intercourse, orgasm & etc kelenjar pituari kat otak akan merembes hormon yang encourage cell growth.
[+] Lepas kahwin, selalu ada sexual activities. Kadar testosteron menurun masa air mani keluar akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Sebab tu perut senang buncit sebab badan susah nak bakar lemak/kalori.
[+] Hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan yang merosakkan hormon testosteron. Kurang hormon testosteron, muscle produced akan berkurang.

Sumber: FB Pakar Perkahwinan

Ramai yang kata bahagialah dah kahwinkan, hati senang. Sebab tu perut buncit. Tetapi hakikat yang para suami perlu tahu bahawa perut yang buncit itu akan mengundang seribu satu penyakit.

Ianya berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan seperti masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (visceral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Semakin buncit perut seseorang semakin tinggi risiko penyakit yang akan mereka dapat. Ukur lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter. 

Cara yang terbaik adalah dengan menjaga cara pemakanan kita seharian serta melakukan senaman secara konsisten. 

Set Kurus Shaklee boleh membantu untuk mengurangkan tahap kolestrol dan lemak yang terkumpul di dalam badan, mengempiskan perut yang buncit, melawaskan proses pembuangan dan meningkatkan tahap metabolisma kita.



Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang SET SLIMMING

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



















Monday 19 January 2015

ALFALFA JAMU PERAPAT VERSI MODEN

Wow! Entry hari ini istimewa buat wanita yang nak rapatkan yang renggang. Rapatkan keintiman serta rapatkan perhubungan suami isteri.

Alfalfa dikenali sebagai jamu perapat versi moden. Terkenal sebagai tumbuhan atau herba yang sangat kaya nutrisi. Mempunyai sistem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Kaya dengan klorofil serta lengkap dengan nutrisi iaitu mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Malahan ia kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.



Amat berbeza dengan Alfalfa Sprout seperti yang ada di pasaran. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.


ALFALFA JAMU VERSI MODEN


Sebab apa saya katakan jamu modern? Sebabnya fungsinya agak sama dengan jamu mak-mak kita ambil dulu.

Note: amat tidak sesuai bagi mereka yang ada masalah tiroid dan SLE.

Antaranya:
•  Membantu merawat masalah keputihan. Masalah yang cukup sinonim dengan wanita. Jangan pandang remeh akan keputihan ni. Lebih bermasalah jika is mula memberi rasa tak selesa, gatal dan berbau.

• Membantu merapat dan mengetatkan keintiman wanita. Boleh diibaratkan sebagai kacip fatimah. Merapatkan yang renggang dan longgar. Menghangatkan kembali hubungan suami isteri. Barulah boleh kembalikan 
kehangatan malam pertama bila dah ketat kan...

• Membantu menghilangkan angin badan dan sakit pinggang serta kelesuan pada isteri. Badan wanita terutama yang lepas bersalin memang banyak anginnya. Sekejap kembung, lepas tu sakit badan dan lenguh-lenguh. Pengalaman sendiri bila ambil Alfalfa is akan beri rasa segar dan selesa. Terutama ketika period.

• Membantu membuang perut buncit. Satu lagi masalah wanita yang sukar untuk hilang. Perut buncit sampai dikatakan mrngandung lagi. Alahai! Malunya... Alfalfa membantu detox serta cucikan saluran usus yang dah lama berkerak Serra sebagai agent membuang lemak kita.

• Membantu menganjalkan payudara dan punggung. Nak upkan yang kendur bagi montok. Maka inilah masanya.


Alfalfa bersama 1001 khasiat lain

Antara khasiat lain yang ada pada Alfalfa ialah:
~ Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Mengurangkan simptom PMS (untuk wanita)
~ Merawat arthritis
~ Membantu mengatasi masalah allergi dan ekzema (jika bayi ekzema, ibu boleh amalkan Alfalfa & khasiatnya bayi dapat melalui susu ibu)
~ Membantu mengatasi masalah asthma
~ Mencuci usus untuk tujuan membuang toksin (detox)
~ Mencuci buah pinggang & merawat kencing kotor
~ Meneutralkan asid dalam badan
Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
~ Melancarkan sistem penghadaman & pencernaan
~ Meningkatkan stamina para suami
~ Sebagai pelawas & mengatasi masalah sembelit
~ Mengatasi masalah bau badan dan kaki
~ Paling terkenal adalah sebagai milk-booster membantu ibu lancarkan penyusuan & tambah susu badan


Testimoni Alfalfa










Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang ALFALFA COMPLEX

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Sunday 18 January 2015

PETUA PELIK YANG PERNAH SAYA AMALKAN

Aha...tajuk santai hari ini. Saya pasti korang mesti ada jugak petua-petua yang pelik. Kalau tak pernah amalkan sekali pun tapi mesti pernah tengok mak-mak kita buat. Hari ni saya nak share antara petua yang saya rasa pelik yang pernah saya amalkan masa remaja dulu.



Zaman remaja saya banyak tinggal di hostel. Jadi tahu saja lah perempuan ni banyak aje ideanya kalau bab nak melawa atau mencantikkan kulit. Bila di kenang kembali ish...logik ke. Haha...masa tu logik tak logik belakang kira yang penting buat dulu.

Antaranya:

1. Sapu lipstik kat tempat jerawat

Tak pastilah kat mana logiknya. Tapi bila ada aje jerawat timbul memang kami satu dorm akan cari lisptik untuk disapu pada jerawat. Dan yang paling best, jerawat tu ternyata kecut. Tapi sekarang tak pula saya amalkan? He he lupa pun dah petua tu.

2. Sapu ubat gigi untuk merahkan bibir 


Aha...yang ni pun best. Sebelum tidur sapu ubat gigi pada bibir. Memang akan nampaklah putih aje bibir budak-budak dorm. Nak cantik semulajadi. Bibir merah merakah. Tapi memang menjadi pun. Cuma tak elok kerap sangat.

3. Daun kapal terbang untuk ubat luka

Saya tak pasti korang kenal tak dengan daun kapal terbang. Baunya agak busuk tapi saya suka baunya. Masa zaman budak-budak, kalau luka terjatuh masa bermain memang takkan menangis dan balik rumahnya. Biasanya kita orang akan cari daun tu, hancurkannya dan tempek pada tempat luka. Alhamdulillah, kering darah luka tu.

4. Korek telinga kalau kaki kebas

Biasa yang kita dengar ikat getah pada ibu jari kaki jika kebas kaki. Satu lagi petuanya korek telinga yang berlawan arah. Katakan kalau kebas kaki kanan korek telinga kiri dan sebaliknya. Aha...nak tau berkesan ke tidak kena cubalah.

5. Sapu muka dengan bedak powder untuk muka licin

Satu lagi petua yang pernah saya amalkan ialah sapu bedak powder putih seputihnya pada muka sebelum tidur untuk muka yang licin. Muka macam tepung gomak la kiranya. Rasa pelikkan? Tapi agak menjadi jugak...he he

6. Wap muka dengan wap nasi

Ini memang selalu saya amalkan masa zaman remaja dulu. Asal mak suruh kacau nasi yang baru masak tu, memang saya akan suakan sikit muka saya atau saya kibas supaya wap nasi kena pada muka saya. Memang petua yang ini berkesan sangat.

Alhamdulillah, sememangnya masa zaman remaja saya tak mempunyai sebarang masalah kulit. Dan kulit saya pula agak licin dan kemerahan. Tak pasti pulak petua mana yang berkesan. Kalau korang nak cuba amalkan boleh aje. Cuma jangan sampai memudaratkan diri.

Segalanya... bermula disini.... 

Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH

**************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...

Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya..

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

















Saturday 17 January 2015

HIDUP SIHAT TANPA UBAT

Hanya gambar berbicara






Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin



Friday 16 January 2015

ANAK TAK NAK KE SEKOLAH, TIPS PUJUK ANAK

Penggal persekolahan baru sahaja bermula seminggu yang lalu. Macam-macam kerenah dan keletah anak-anak ni. Ada yang begitu teruja, ada yang takut, ada yang nak suruh ibuayah tunggu sampai balik. Ada-ada aje dengan kerenah mereka.



Tetapi yang menjadi masalah sekarang, ada kalangan anak-anak kita masih lagi menangis walaupun dah masuk hari ketiga persekolahan. Ibuayah dah nak mula bekerja. Memang akan menguji kesabaran bila pagi-pagi lagi anak-anak dah buat perangai.

Jom ibuayah kita cuba amalkan tips yang ingin saya kongsikan disini. Harap tips ini dapat membantu ibuayah untuk memujuk anak-anak supaya mahu ke sekolah.

1. Pujuk anak supaya tidur awal
Jadualkan anak-anak supaya membiasakan diri untuk tidur lebih awal supaya senang bagi mereka untuk bangun pagi. Beritahu dan terangkan kenapa perlu tidur awal dan kebaikannya. Kadang-kadang anak lebih memahami bila kita cerita hal sebenar.

2. Berlembut dan beri perhatian
Pujuk anak-anak dengan lembut serta beri perhatian terhadap apa yang mereka ceritakan kepada kita. Tanya apa aktiviti yang telah mereka lakukan dan apa kebaikan yang dapat dari aktiviti tersebutl. Ajak mereka bercerita supaya mereka berminat untuk pergi ke sekolah.

3. Dengarkan luahan perasaan mereka
Jadi pendengar setia dan ajak mereka bercerita serta dengar luahan perasaan anak-anak. Mungkin ada sebab mereka tak nak pergi ke sekolah. Ada kawan-kawan yang suka mengusik ke, yang suka buat pada mereka ke. Sekurang-kurangnya kita tahu apa madalah mereka.

4. Selalu berikan nasihat dan motivasi
Anak-anak kita sememangnya memerlukan kata-kata semangat dan nasihat dari kita. Ceritakan apa akan jadi kalau kita tak bersekolah. InsyaaAllah mereka akan dengar kata-kata nasihat ibuayah.

5. Amalkan doa



Disamping tu, hendaklah kita selalu berdoa supaya Allah lembutkan hati anak-anak kita supaya rajin ke sekolah. Amalkan doa-doa dan surah yang melembutkan hari mereka.

Aha...bila anak-anak dah berjaya ke sekolah hargailah apa yang mereka buat. Puji atas apa yang telah mereka lakukan. Anak-anak seronok bila kita positif dan memuji mereka...

Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...

Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin







































Wednesday 14 January 2015

PENGEDAR SHAKLEE KULIM

Bermula dari hanya nak makan untuk diri, merebak kepada bagi kat anak-anak, kemudian maka dan mak mertua, last sekali Che' suami pun sama terlibat ambil suplemen Shaklee. Ya la, orang lelaki ni kan susah sikit kalau dengan vitamin-vitamin ni. Pastu bila terkena sakit pinggang dan suruh dia cuba amalkan Vitalea dan ostematrix akhirnya terus melekat untuk amalkannya.

Masa mula-mula ambil Shaklee memang tak fikir pun untuk serius berbisnes. Tetapi bila tengok dalam group support macam best aje dan bonus yang saya beli hasil dari makan sahaja pun dapat jugak, makanya berfikirlah saya. Kenapa aku tak buat serius aje bisnes Shaklee ni kan. Lagipun kawan-kawan pun ada tanya jugak. Jadi bermula dari situ saya godek-godek fail dalam group dan mula menggali ilmu. Alhamdulillah bimbingan dari mak, nenek dan adik beradik Shaklee sentiasa ada.



Bermulalah episod saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kulim seras kawasan sekitarnya juga ya. Macam Lunas, Sg Ular, Sg Kob. Boleh call, message atau whatsApp pada bila-bila masa sahaja. Kalau nak harga lagi ISTIMEWA join member lagi best...

Iya la kan, saya ni surirumah, bila anak-anak dah ke sekolah, tak ada apa nak buat. Jadi lebih baik saya lakukan sesuatu yang berfaedah. Adala juga duit poket saya sendiri. Best bila time dapat bonus atau istilah kami time "Rimau Mengaum". Tengok hasil usaha yang kita dapat hasil kerajinan diri.

Bila dah mula semestinya kena bagi komitmen. Mana boleh main-main dah. Kena jadi SID berilmu, bukan SID kosong, kosong.... Sebab ramai yang SID tapi tak berpengetahuan. Saya nak tergolong dalam kalangan orang yang ada ilmu dalam Shaklee. Nak maju kan? Kenalah sentiasa positif dan yakin. Tak boleh berputus asa. Yang penting kita enjoy!

InsyaaAllah, sikit-sikit mendaki lama-lama akan sampai ke puncaknya. Saya seronok dengan apa yang saya lakukan. Beli murah, amalkan, dapat kesihatan yang baik, share dengan kawan-kawan akan kebaikan amalkan Shaklee, Alhamdulliah banyak kebaikan yang saya dapat. Rezeki dari Allah semua. Inilah diri saya sekarang. Surirumah yang bekerjaya... ;)






Saturday 10 January 2015

APA NAK BUAT DENGAN WANG 1 JUTA?

Tu dia!!! Best tak Tajuk hari ni... Apa nak buat ya kalau ada wang 1 juta. 1 juta banyak tu! Memang kaya... Macam lagu kalau aku kaya, hari-hari hari raya. Bil jiran tetangga akan aku belanja... Wow!!!




Kalau kawan-kawan, apa yang anda semua akan buat ya?

Kalau saya, ada wang SEJUTA. First sekali sujud syukur sebabnya Allah dah bagi rezeki yang besar sangat-sangat jumlahnya dan DOA moga wang tersebut berkat dan dapat digunakan ke arah kebaikan.



Lepas tu, bahagikan untuk saham dunia dan saham akhirat. Saham dunia, melabur ke dalam skim pelaburan mengikut syariah dan halal. Buat modal utk bisnes, langsaikan semua hutang yang ada dan beli hartanah.

Untuk saham akhirat pula. Wang kalau kita guna sebaiknya memang akan memberi manfaat untuk akhirat kita. Buat sedekah dan amal jariah yang memberikan pahala berpanjangan kepada kita. Contohnya beli tanah dan wakafkan untuk dibuat surau atau pondok pengajian. Berzakat sudah tentu kan? Sebab harta yang kita ada bukan milik kita sepenuhnya kerana di dalamnya terdapat hak milik orang lain juga. Tolong adik-beradik yang susah. Biayai pengajian anak buah dan tunaikan haji di Mekah.

Ya Allah, banyaknya benda nak buat dengan wang 1 juta tu. Adakah mustahil untuk kita berimpian menjadi kaya? Tak mustahil impian kita menjadi kenyataan kalau kita betul-betul rajin berusaha. Siapa berusaha dia berjaya, dan siapa yang menanam dia yang akan dapat hasilnya...

Impian untuk kaya dah ada, cuma cara perlaksaan kita ke arah mencapai impian.
Positif, usaha dan kesungguhan untuk merealisasikannya terpulang kepada diri kita sendiri.... Akhirnya DOA dan tawakkal kepada Allah...


Adakah kawan-kawan berminat untuk berimpian dan sama-sama merealisakannya dengan saya. Saya mengalu-alukan kawan-kawan semua untuk menyertai saya... Memang seronok sangat kalau dapat tolong kawan-kawan mencapai impian...


Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...



FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin



VITA-LEA CHEWABLE FOR CHILDREN BAGI ANAK MAKAN MERAPU

Sebut pasal anak-anak, memang kegemaran merekalah makan makanan yang merapu. Jajan ataupun makanan ringan aiskrim dan makanan seangkatan yang sudah tentunya tidak berkhasiat dan merbahaya. Sampai kita pun naik risau. Dahla makan nasi hanya berlaukkan ayam atau telur dengan kicap sahaja. Sayur-sayur memang dah pasti awal-awal lagi tolak tepi. Apa nutrien yang anak kita perlukan untuk tumbesaran semuanya tidak ada. Yang mereka ambil hanyalah lemak trans ataupun lemak tepu di mana akan meningkat kolestrol jahat.




Sesuatu yang Istimewa dari Shaklee untuk tahun baru Vita-Lea for Children kini kembali semula. Vitalea Chewable multivitamin untuk kanak-kanak muncul dengan "Formula" lebih baik dan lebih mantap. Sebelum ini ia mengandungi 19 jenis nutrisi vitamin tetapi untuk penghasilan terbaru 14 nutrisi vitamin telah dipertingkatkan lagi.

Vitalea Chewable membantu membekalkan 19 Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh  kanak-kanak untuk tumbesaran. Malahan ia lengkap dengan kalsium bagi kesihatan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.



Bayangkan untuk sebiji Vita-Lea for Children banyak khasiat yang anak-anak kita dapat khasiatnya.



Untuk mendapat sepenuh nutrien yang diperlukan sehari-hari oleh anak-anak kita, rasanya kita tak mampu untuk sediakan sepenuhnya dan anak-anak kita juga mungkin tak akan mengambil sepenuhnya nutrien yang diperlukan oleh mereka.

KEISTIMEWAAN VITA-LEA CHEWABLE FOR CHILDREN

  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
  • Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
  • Rasa yang anggur yang sedap memang digemari anak-anak

SESUAI SANGAT-SANGAT UNTUK ANAK-ANAK

-  yang cerewet makan
-  suka makan junkfood
-  aktif bermain
-  tak suka makan sayur
-  kerap tak sihat, demam, sistem imun yang tak kuat
-  tak suka minum susu

Sebagai ibubapa sudah semestinya kita inginkan anak-anak kita mendapat nutrien yang cukup dalam makanan seharian mereka. Tapi bila di sekolah entah apa-apa sahaja yang dibeli oleh anak-anak kita. Bila makanan tiada nutrien yang mencukupi sudah tentu akan mengganggu pembelajaran di sekolah dan mengganggu penumpuan mereka di dalam kelas. Jadi suplemen sebagai topup nutrien mereka yang tidak mencukupi itu.

Sempena sekolah yang akan di buka Istimewanya bulan ini Belian 3 botol akan mendapat PERCUMA 1 botol. 



Sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memberikan sesuatu yang berkhasiat untuk anak-anak. Anak-anak sihat kita pun gembirakan!


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang Vita-Lea for Children

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah

***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....































Friday 9 January 2015

KENAPA KITA DEMAM?

Demam. Dalam setahun berapa kerap kita demam? Adakah setiap bulan? Atau setiap minggu? Apa yang kita tahu demam ni menyebabkan kita rasa tak larat sangat. Badan rasa seram sejuk aje kan...
Ada orang seronok bila demam. Sebabnya, masa itulah orang demam akan dapat layanan istimewa. Segala kemahuan dipenuhi. Nak makan apa sebut aje kan... Tetapi malangnya orang yang demam pula tak berselera.




Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan). Ia terjadi kerana kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu badan yang melebihi daripada suhu biasa.

Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37°C (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang). Ketika kita demam, suhu badan kita meningkat melebihi 37.8°C yang di ukur di bahagian mulut. Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.

Suhu badan yang berubah dengan cepat boleh menyebabkan sawan atau tidak sedarkan diri di kalangan kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak yang berumur di antara enam bulan hingga tiga tahun lebih mudah kena sawan seperti ini.

Punca-punca demam adalah disebabkan oleh:


Jangkitan - boleh dikatakan hampir semua jangkitan pada manusia akan menyebabkan simptom demam. Contohnya ada jangkitan pada tonsil, jangkitan pada paru-paru, telinga, jangkitan pada kulit, jangkitan pada saluran kencing dan sebagainya.

Penyakit Auto Imune - akan menyebabkan simptom demam seperti penyakit lupus, arthritis, dan penyakit rheumatoid.

Kanser - seperti leukemia juga biasanya akan menyebabkan demam yang juga merupakan antara simptom terawalnya.

Tindakbalas Ubat - seperti tindakbalas antibiotik atau kanak-kanak adan demam selepas menerima suntikan.

Akibat dari Pembinaan Tisu - iaitu berlaku selepas hemolisis, surgeri dan lain-lain.

Radang Kulit - berlaku pelbagai jenis radang kulit seperti bisul dan jerawat


Biasanya sebelum demam kita akan mengalami simptom demam. 
Antara simptomnya adalah:

1. Batuk-batuk, sejuk dan menggigil, lemah, pening, hidung berair : 
Ini merupakan simptom biasa jangkitan virus influenza selesema.

2. Sakit tekak yang teramat : 
Sakit tekak yang luar biasa dan agak merimaskan pesakit boleh disebabkan oleh tonsillitis atau jangkitan pada tekak.

3. Batuk-batuk yang kerap untuk selama beberapa minggu : 
Bagi pesakit yang mengalami batuk-batuk untuk beberapa waktu sehingga berminggu dinasihatkan segera mendapatkan rawatan. Ini merupakan antara simptom biasa bagi jangkitan pada paru-paru atau pun saluran pernafasan.

4. Sakit pada dalam telinga : 
Anak-anak kecil yang dilihat menyentak-nyentak telinga barangkali mengalami sakit pada dalam telinga. Dan ini mungkin juga disebabkan oleh jangkitan pada telinga.

5. Pening-pening, terasa sakit dan berat di sekitar mata : 
Simptom ini biasanya dialami ketika pesakit tunduk atau pun bersujud di dalam sembahyang. Dan ini merupakan simptom yang kerap berlaku pada pesakit sinusitis atau pun resdung.

Selain makan ubat, demam boleh dikurangkan dengan minum air yang banyak, bilas kepala dengan air banyak-banyak, urut permukaan badan dan berselimut.

Demam bukanlah penyakit yang serius dan memerlukan rawatan kecemasan. Ia lebih merupakan satu tanda penyakit lain yang wujud dalam diri seseorang itu. Tetapi kalau demam ini berlarutan sehingga dua atau tiga minggu dan suhunya pula sentiasa tinggi. Aha... yang ini perlukan rawatan dan pemeriksaan rapi. Ia perlu diselidiki dan diubati puncanya yang sebenar.

Demam dan sakit kepala boleh di cegah jika kita dapat meningkatkan dan menguatkan fungsi imun tubuh kita. Antara yang boleh membantu mengurangkan demam dan sakit kepala dan insyaaAllah berkesan adalah:

Nutriferon 

Merupakan suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh atau immune booster. Ia lebih ketara berkesan ke atas mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti kencing manis, kanser, asthma, dan banyak lagi. Sangat penting untuk tubuh kita untuk menguatkan sistem imun.Nutriferon meningkatkan sistem imun adalah dengan cara menggalakkan setiap sel menghasilkan interferonnya sendiri.


Performance Drinks 
Membantu mencegah dehidrasi. Ia membantu bendalir di dalam badan tidak terhidrat terlalu banyak atau kekeringan. Sebab itu bila minum performance drinks kita akan cepat rasa lega dan bertenaga.


Sustained Release Vita-C Plus
Membantu menguatkan sistem imun badan kita. Sebabnya bila kita sakit atau demam, badan kita sememangnya amat memerlukan Vitamin C yang tinggi.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang Set Demam

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah

***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....












Thursday 8 January 2015

TESTIMONI SET IBU HAMIL - IBU SIHAT AKTIF BAYI SIHAT CERGAS

Hamil...Alhamdulillah sesuatu perasaan gembira yang sukar digambarkan atas kurniaan rezeki Allah. Ibubapa mana yang tak gembira bila dikhabarkan bakal menimang cahaya mata. Apatah lagi bila sudah lama menunggunya.

Bermulanya hamil kita akan ke hospital dan jalani pemriksaan kesihatan yang sepatutnya supaya ibu kekal sihat sehingga kelahiran bayi. Biasanya selepas jumpa doktor, mereka akan bekalkan ibu-ibu dengan vitamin-vitamin yang perlu diambil oleh ibu-ibu. Tahu tak vitamin apa yang doktor kepada ibu-ibu? Biasanya doktor akan bekalkan asid folic, vitamin c, b-complex dan juga tablet iron. Semua tu untuk kesihatan ibu-ibu semasa hamil. Tetapi biasanya kita tak tahu fungsi setiap satunya pada kita kan...

Bayi dalam kandungan mendapat khasiat yang diperlukannya melalui apa yang ibu makan. Jika bayi menerima kekurangan zat, ia akan memberi kesan kepada kandungan dan akan menjejaskan tumbesaran bayi. Jadi yang terbaik untuk ibu-ibu ialah mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang seperti karborhidrat, kalsium, protein, lemak, mineral, vitamin dan sebagainya.

Disamping itu keperluan ibu hamil kepada suplemen ialah bagi menampung kekurangan nutrien yang diperolehi dari makanan. Ya lah, kadang-kadang tu kita tak pasti sama ada cukup atau tidak nutrien kita ambil itu.

Set Ibu Hamil Shaklee membantu memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil.
Bukan sahaja untuk ibu-ibu tetapi untuk bayi kandungan juga. Set Ibu Hamil terdiri daripada:




  • VITA-LEA



  • B-COMPLEX


    • SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS




    • OSTEMATRIX



      • ENERGIZING SOY PROTEIN



        •  OMEGA GUARD


        Alhamdulillah ramai yang mengamalkan Suplemen Hamil ini dan ibu-ibu ini memberikan positif yang baik hasil dari mengamalkannya sejak dari awal kehamilan.






        Nak pelihara kesihatan yang baik untuk ibu dan bayi semasa kehamilan kenalah pilih Suplemen yang baik, berkualiti, semulajadi dan berkesan. InsyaaAllah semoga ibu-ibu semua sentiasa beroleh manfaat atas apa yang meraka amalkan...



        Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


        Segalanya... bermula disini.... 


        Order Sekarang 


        Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah

        ***************************************
        Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

        ---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

        COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

        Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
        Boleh terus hubungi saya...

        FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

        Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....