Salam Ukhuwwah

Showing posts with label set kulit. Show all posts
Showing posts with label set kulit. Show all posts

Tuesday, 2 June 2015

JUN PROMOSI UNTUK KESIHATAN DALAMAN CANTIK LUARAN

Setiap bulan pasti peminat-peminat Shaklee tertungu-tunggu promosi bulanan. Kita pun tak lama lagi insyaaAllah akan bertemu Ramadhan dan menyusul Aidilfitri pula lepas tu.



Nak berwajah baru? Nak berkulit berseri? Atau badan yang fit bergetah? Shaklee bagi peluang untuk kawan-kawan nikmati promosi ISTIMEWA bulan Jun 2015 iaitu promosi Vitamin C, Vitamin E serta set-set yang hebat yang terbukti segar bila mengamalkannya iaitu set hamil, berpantang dan set slimfit.

Aha! Walaupun semasa hamil atau pun dalam pantang tak semestinya kulit kita atau keadaan kita layu aje. Ibu2 pun nak berwajah berseri masa hari raya nanti biarpun masih dalam pantang... Rahsia sihat dalaman dan wajah berseri sudah tentunya SET BERSALIN.



Kawan-kawan yang pentingkan penampilan sihat dan berseri mesti rebut peluang PROMOSI JUN 2015.


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)


APA YANG KITA PANDANG BILA PERTAMA KALI JUMPA ORANG?

Dalam banyak-banyak bahagian kalau kita jumpa orang. Benda yang pertama kita pandang adalah wajah. Betul tak? Apa pandangan kita atau terdetik tak dalam hati kita untuk kita buat kesimpulan pasal muka orang tu?



Macam saya la kan, kalau tengok muka orang tu lesuh mesti balik nanti saya bercerita pada kakak ke atau kawan ke pasal muka orang tu. "Tadikan saya ada jumpa sorang ni, Ya Allah lesuh gebu je kulit dia. Rasa-rasa macamana dia jaga ya sampai cantik macam tu? Produk apa dia pakai ya?" Dan sebaliknya lah...especially kalau dia tu jual produk kecantikan. Mesti perkara pertama kita akan jeling pada kulit wajah dia semasa dia tengah promosi barangnya...hehe. Kebiasaannya macam itu lah.

Jadi kulit wajah kita ni memainkan peranan penting bila kita berjumpa dengan orang. Kalau kulit kita tak banyak masalah. Kita berkeyakinan tinggi aje. Tapi kalau kulit kusam, ada jerawat hitam. Perasaan rendah diri, malu, tak yakin akan penampilan diri, segan nak bercakap dengan orang semuanya ada dalam diri kita.

Menjaga wajah perlulah teliti dan sentiasa berwaspada akan barangan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Elak dari membeli produk yang mengandungi tinggmi merkuri. Periksa dulu apa kandungannya serta betul-betul mendapat kelulusan KKM. Awas! Jangan terlalu teruja untuk pulih masalah dengan cepat. Segala yang segera ini pastinya ada kesan dan akibatnya. Sebab masalah yang kita hadapi bukan pulih dalam masa 2 atau 3 hari atau segera juga tau!

Kenali jenis kulit wajah terlebih dahulu sebelum memilih produk yang betul. Sudah semestinya mencari yang sesuai, semulajadi, berkesan serta berkualiti dan memenuhi piawaian KKM. Suci dan halal juga perlu bagi umat Islam.

Promosi berganda untuk kecantikan kulit dari dalam adalah promosi terbaik menuju hari raya. Bolehlah kita beraya dengan wajah yang lebih berseri. Tiada lagi jerawat hitam, kulit kusam, muka berparut dan kulit berjeragat.




Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)










Tuesday, 7 April 2015

GLA COMPLEX SUPLEMEN WAJIB UNTUK WANITA


Sebab apa saya katakan Gla Complex adalah suplemen wajib untuk wanita... sebabnya minyak borage yang mengandungi Asid Gama Linolenik (GLA) dan Asid Linolenik berfungsi untuk menstabilkan hormon wanita.

Masalah yang dialami oleh wanita kebanyakannya dipengaruhi oleh ketidakstabilan hormon wanita. Masalah period tak tetap, senggugut, jerawat, jeragat, sukar hamil, simptom pra haidh, muka berminyak, masalah berat badan semuanya ada kaitan dengan hormon wanita



Kandungan borage seed, blackcurrent, minyak bunga matahari, evening primrose oil serta vitamin E membantu dalam menstabilkn hormon wanita, meredakan PMS, menjaga kesihatan kulit, kuku dan rambut, menjaga paras tekanan darah, menjaga kesihatan tubuh, melindungi kesihatan jantung, meningkat kesuburan wanita serta membantu membakar lemak juga.

Secara ringkasnya kita sebagai wanita memang perlu menjaga kestabilan hormon. Jika hormon wanita lebih stabil maka tiadalah atau kuranglah masalah yang dihadapi oleh kita. 

Dibawah ini saya kongsikan apa yang dialami oleh mereka yang dah mengamalakan GLA COMPLEX. 



Jika kawan-kawan mahukan kestabilan hormon dan mengalami masalah kulit kusam, muka berjerawat atau berjeragat bolehlah mulakan dengan Gla Complex dan ESP.


Luv Sharing - Noni

Friday, 27 March 2015

KULIT BERMINYAK JEJASKAN PENAMPILAN

Kulit berminyak mempengaruhi penampilan seseorang tak kira wanita mahupun lelaki. Ia merunsingkan kebanyakan kita yang mengalami masalah kulit berminyak.


Kulit berminyak senang untuk ditumbuhi jerawat. Tak macam kulit normal atau kulit kering.
Peningkatan hormon terutamanya bagi anak-anak remaja membuat kelenjar minyak (sebace glands) membesar dan meningkatkan pengeluaran minyak terutamanya pada wajah. Jadi pengeluaran minyak yang berlebihan tu akan menutup pori-pori dan seterusnya akan menyebabkan jerawat.

Bila tiada rawatan yang dilakukan, makanya jerawat makin bermaharajalela tumbuh di muka. Pastinya akan menjejaskan penampilan kita dan buat kita rasa rendah diri aje...


Antara faktor kulit berminyak:

♧ Genetik
♧ Pola pemakanan - cara pemakanan kita yang banyak mengambil makanan tinggi gula dan garam.
♧ Hormon - hormon yang tidak seimbang terutama dikalangan remaja. Masa usia remaja berlaku di mana terlalu banyak pengeluaran sebum (minyak di bawah kulit) berlaku secara tidak menentu. Hamil juga menyebabkan hormon kita tak seimbang. Kulit berminyak biasanya terjadi pada ibu-ibu hamil.
♧ Kosmetik - salah penggunaan kosmetik di mana tak sesuai dengan kulit muka kita.

Tips jaga kulit berminyak

♡ Jaga pemakanan dan pilih diet yang sesuai
♡ Pilih set penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit muka
♡ Hindari sabun yang mengandungi alkohol. Pilih yang semulajadi
♡ Basuh muka dengan air suam, bukan air panas
♡ Jangan terlalu kerap cuci muka sebab secara berlebihan akan menghilangkan sebum, kulit akan jadi kering, bersisik dan jadi gatal

Petua Kulit Berminyak

Ambil sebiji epal dan potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sampai halus tanpa guna air. Bersihkan muka dan kemudian sapu epal yang dikisar tadi ke muka. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam dan kemudian air sejuk.

Set Rawatan Dalaman

ESP, Gla, Vitamin C dan Vitamin E adalah suplemen yang sesuai untuk merawat dari dalam akan masalah kulit muka berminyak dan berjerawat.

ESP membantu menjadikan kulit lebih berseri. Menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit, meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan serta memberi ton warna kulit yang sekata.

GLA Complex merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses-proses badan yangg normal. Merupakan kombinasi dari minyak borage sebagai bahan utama yang mengandungi gamma-linolenic acid (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan juga vitamin E banyak membantu kesihatan kulit serta memulih dan memelihara kulit.

VITAMIN C sesuai diambil oleh mereka yg mempunyai kulit muka yang berminyak serta berjerawat. Kandungan antioksida di dalam Vitamin C yang membantu menjadikan kulit muka lebih sihat. Memiliki sifat antibakteria dan membantu daripada berlakunya infeksi kulit dan memcepatkan proses penyembuhan luka. Bagus untuk membaiki luka dan parut jerawat. Ianya sebagai penggalak penghasilan kolagen dlm badan. Bila kolagen banyak dalam badan ia akan menunda proses penuaan. Kelebihan vitamin C Shaklee ia merupakan Sustained Release iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan pada setiap jam.

VITAMIN E dapat mencegah pengeluaran minyak berlebihan sehingga secara tak langsung membantu mengatasi jerawat. Melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas yang dapat menyebabkan penuaan, mengurangi reaksi peradangan pada kulit.



Jangan sampai kita terlalu biarkan masalah kulit berminyak ini ya. Amibil langkah yang sebaiknya supaya kulit lebih sihat dan berseri...

Lovesharing dari saya...moga ianya memberi manfaat buat sahabat semua...


Saya Noni | Kulim | 019-5553667

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...

Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin


Sama-sama kita upkan diri kita supaya sihat, cantik dan berkeyakinan...


Saturday, 20 December 2014

SUMBER MAKANAN YANG KAYA VITAMIN E

Kalau hari ini bila sebut vitamin untuk cantikkan kulit antara yang di sebut ialah Vitamin C, Vitamin E dan juga kolagen. Ketiga-tiga ini memang sangat membantu untuk kita yang menghadapi masalah kulit.



Pada entri saya yang lepas-lepas, saya dah menulis mengenai Vitamin C dan juga kolagen. Dan untuk hari ini kita sembang pula mengenai Vitamin E.


APA ITU VITAMIN E?


Vitamin E iaitu merupakan sejenis vitamin yang mudah larut dalam lemak tubuh sehingga membuat tubuh lebih sihat jika pengambilan mencukupi. Untuk pengetahuan, 60-70% dari Vitamin E akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.



Vitamin E ialah antioksidan yang memberi perlindungan terhadap sistem imun tubuh dalam melawan radikal bebas seperti pencemaran dan amat penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Akan tetapi kita tak boleh terlebih sangat ambil Vitamin E ini dan janganlah terlalu kurang juga. Andaikata kita kurang ambil Vitamin E dalam badan ia akibatnya kulit kering dan kusam, kita terdedah kepada penyakit kardiovaskular serta kanser dan jika terlalu berlebihan pula akan menyebabkan badan kita mengalami pendarahan yang berlebihan dan jika terlebih sangat-sangat mengambilnya ia akan mengakibatkan keracunan. Jadi, apa-apapun kita perlu bersederhana dan ambil ikut keperluan tubuh kita.


SUMBER MAKANAN YANG KAYA VITAMIN E


Vitamin E yang kita tahu tadi, merupakan vitamin larut lemak ini secara semulajadinya boleh diperolehi daripada sayur-sayuran, buah-buahan mahupun sumber haiwan. Sebenarnya bagus sangat-sangat kalau kita dapat pastikan menu seharian kita mempunyai sumber Vitamin E.




Ok, jom kita tengok makanan apa yang kaya dengan Vitamin E. Mula-mula kita kenali sayur apa yang mempunyai sumber Vitamin E.

Sumber sayur-sayuran:

1. Bayam
Bayam menyimpan antioksidan yang cukup tinggi disamping Vitamin E, kalsium dan asid folik juga terdapat dalam sayur bayam.

2. Brokoli
Brokoli merupakan sayur yang paling kaya dengan pelbagai zat vitamin. Mengandungi sumber Vitamin E yang tinggi dan juga makanan pendetoks tubuh yang baik.

3. Sawi
Wah!! sawi ni memang selalu kita ambil dan mudah didapati kan... Aha, jangan kita pandang remeh pada sawi ini ya, sebab sayur sawi ini memang tinggi kandungan antioksidan dalam melawan radikal bebas.

4. Karot
Selain kaya dengan sumber Vitamin A, karot juga kaya dengan Vitamin E. Di dalam setiap 46 gram karot ia mengandungi 0.5mg Vitamin E.

5. Tauge
Tauge memang dipercayai kaya dengan kandungan Vitamin E dan antara makanan yang dicadang untuk kesuburan.

6. Tomato
Selain kaya dengan Vitamin C, ia juga kaya dengan Vitamin E, zat besi dan serat. Patutlah orang yang gemarkan tomato mempunyai kulit yang cantik kan...


Sumber buah-buahan

1. Ceri
Ceri adalah sangat tinggi dalam besi dan flavonoid untuk melawan penyakit. Ia mengandungi kalium, magnesium, vitamin C dan E, folat dan karotenoid untuk pelindung hati. Buah ceri mengurangkan keradangan, sakit artritis, kolesterol yang tidak baik dan risiko kanser. Satu cawan buah ceri mempunyai 88 kalori.

2. Avokado
Merupakan sumber tinggi Vitamin E. Sesetengah buah avokado secara semulajadinya menyediakan lebih dari 2mg Vitamin E.

3. Mangga
Mangga juga kaya dengan sumber Vitamin E dan sebiji mangga tanpa biji iaitu anggaran seberat 207g dianggarkan mengandungi 2.3mg Vitamin E

4. Aprikot
Adalah sumber yang baik untuk vitamin A, C dan E, kalium, zat besi dan karotenoid. Lycopene yang terdapat dalam aprikot membantu melindungi mata dan mencegah penyakit jantung, pengoksidaan kolesterol LDL dan kanser tertentu (terutamanya kanser kulit). Serat yang terdapat dalam aprikot membantu melegakan sembelit. Sebiji aprikot mempunyai hanya 19 kalori.

5. Buah Beri(Berries)
Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap stroke, kanser dan banyak penyakit lain.
  • Blueberries merupakan buah-buahan yang utama dalam senarai buah-buahan antioksidan. Selain memberi manfaat kesihatan yang lain, Blueberries membantu menghalang tekanan darah tinggi, marcular degeneration dan kerosakan otak yang membawa kepada penyakit Alzheimer. Satu cawan blueberries mempunyai 81 kalori dan 4 gram serat.
  • Blackberries mempunyai 74 kalori dan 10 gram serat secawan.
  • Raspberries mempunyai 60 kalori dan 8 gram serat secawan.
  • Strawberries mempunyai 50 kalori dan 4 gram serat secawan sekiranya dihiris.
6. Anggur Merah
Buah ini mengandungi zat besi, kalium, serat dan antioksidan yang kuat untuk melawan banyak penyakit. Anggur berwarna gelap mengandungi sumber flavonoid, anthocyanin dan resveratrol untuk membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Satu cawan buah anggur merah mempunyai 60 kalori.

Sumber-sumber lain

1. Almond 
Almond adalah salah satu sumber vitamin E alami terkaya. 100 gram almond menyediakan 26.2 mg Vitamin E. Apa yang terbaik adalah kita ambil almond dalam keadaan mentah, tapi kita juga boleh mengambilnya dalam bentuk minyak almond atau susu almond.

2. Biji bunga matahari
Merupakan sumber vitamin E yang yang sangat baik. Hanya seperempat cawan biji bunga matahari memberikan 90.5 % dari keperluan vitamin E harian kita.

3. Kacang Tanah
Merupakan sumber yang kaya vitamin E dan salah satu sumber antioksidan yang kuat dalam 
melawan radikal bebas.

4. Gandum
Gandum juga merupakan bahan makanan yang kaya akan Vitamin E. Walaupun dikatakan bahawa gandum yang telah diproses sudah kekurangan nutrisi penting, tetapi ia masih merupakan sumber yang kaya vitamin E.

5. Biji Anggur
Suatu sumber kaya dengan vitamin E, flavonoid dan asid linoleik. Ia mengandungi anti-pengoksidaan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan.

6. Oat
Oat juga merupakan sumber vitamin E, vitamin B, potassium dan zinc yang membuat tubuh dan fungsi otak berfungsi pada kapasiti penuh.

7. Minyak safflower
Mengandungi vitamin E yang tinggi. Bermanfaat dalam menurunkan berat badan, menjaga kesihatan jantung, serta merawat kesihatan kulit dan rambut.


VITAMIN E SHAKLEE

Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Membekalkan vitamin E SELENIUM semulajadi bagi membantu tubuh menyerap vitamin E dengan lebih baik.




Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang penting untuk:
  • menyingkirkan radikal bebas
  • mengurangkan radang (inflammatory)
  • membantu kesihatan otak, kulit dan mata 
  • membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
  • mencegah masalah kalenjar prostat
  • melambatkan proses penuaan

Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang VITAMIN E

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....










.



Friday, 19 December 2014

VITAMIN C BUKAN SEKADAR UNTUK CANTIK

Biasanya banyak kita dengar Vitamin C ini untuk dunia kecantikan. Nak kulit putih, nak bebas jerawat, jeragat, kulit berseri semuanya bertumpu dengan pengambilan Vitamin C sama ada dengan cara makan mahupun cucuk.




Tetapi sedar tak kita, bahawa Vitamin C bukan sahaja berkepentingan dalam dunia kecantikan semata-mata bahkan untuk kesihatan keseluruhan juga. 

APAKAH  ITU VITAMIN C?

Jom kita kenali secara ringkas mengenai Vitamin C. Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Merupakan vitamin larut air ataupun water soluble vitamin, yang bermaksud bahawa badan kita tidak menyimpannya. Kita perlu mendapatkannya daripada makanan, termasuk buah-buahan sitrus, brokoli dan tomato. Pengambilan Vitamin C secara berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.

Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis.

KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN C SETIAP HARI?

Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C. Sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh melalui air kencing dan juga peluh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu. Sesetengah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c. Bukan itu sahaja malah Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi serta meningkatkan imun badan supaya terhindar dari sebarang penyakit.

KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK KITA

Antara kepentingan Vitamin C di dalam tubuh kita:-

Pembentukan Kolagen
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Menjaga Salur Darah
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Antistress
Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurngan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Skurvi
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Sistem Imun
Pengambilan vitamin dan mineral yang seimbang perlu bagi memastikan sistem imun kita berfungsi dengan baik dan mencegah jangkitan dan penyakit. Sistem imun adalah penting untuk mencegah kanser. Sel darah putih memainkan peranan dalam sistem imun kita untuk mengenalpasti sel-sel tumor dan memusnahkan sel-sel ini dengan mengubah membran permukaan sel tersebut. Vitamin C meningkatkan paras imunoglobulin, iaitu protein darah yang bertindak sebagai antibodi penentang penyakit, yang dihasilkan daripada sistem imun.

Melawan Kanser
Sebagai anti-oksident ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksident, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.

Kesihatan Jantung
Pengurangan kandungan Vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid berkurangan. Ini akan menyebabkan pertambahan kandungan kolestrol. Pengurangan Vitamin C menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan penguranganVitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolestrol akan melekat dan menyekat saluran darah.

Penyembuhan Luka
Salah satu tanda penyakit kudis adalah luka yang tidak dapat disembuhkan atau luka lama yang muncul kembali. Oleh itu Vitamin C akan meningkatkan pengeluaran kolagen, yang akan menyembuhkan luka. Vitamin C akan membantu lebih cepat sembuh jika memiliki luka, goresan, patah tulang, melecur dan sebagainya. Untuk pembedahan, biasanya kita memiliki kadar vitamin C yang rendah. Untuk membantu menyembuhkan dan melawan jangkitan, kadar vitamin C dalam tubuh haruslah tinggi. Pengambilan Vitamin C membantu untuk lebih cepat sembuh kerana kolagen di bawah kulit kan menjadi lebih kuat.

Selsema
Vitamin C dapat membantu menyembuhkan lebih cepat dari selsema, bronkhitis atau pneumonia. Jika kita yang sihat ini mengamalkan pengambilan Vitamin C, gejala penyakit demam selsema mungkin tidak akan memberi kesan yang teruk kepada kita. Mereka yang berusia juga yang banyak mengambil Vitamin C semakin baik untuk kesihatan mereka. Tubuh kita memerlukan banyak Vitamin C iaitu untuk sel-sel tubuh melawan penyakit. Pengambilan sebanyak 1000mg sehari akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menurunkan Kadar Kolestrol
Penelitian menunjukkan bahawa orang yang mengambil Vitamin C memiliki kadar kolesterol yang rendah. Mereka juga memiliki kadar kolesterol LDL rendah (kolesterol jahat) dan kolesterol HDL yang lebih tinggi (kolesterol baik).

Menurunkan Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi (di atas 140/90) adalah faktor risiko besar untuk penyakit jantung dan stroke dan juga untuk penyakit buah pinggang. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang tinggi kadar pengambilan Vitamin C memiliki tekanan darah yang sedikit lebih rendah berbanding mereka yang mengambil vitamin C dengan kadar rendah. Jika mempunyai tekanan darah yang tinggi, pengambilan Vitamin C, bersama dengan berolahraga, menurunkan berat badan, dan berhenti merokok boleh membantu anda menurunkan tekanan darah.

Diabetis
Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C pun masih lagi mengalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan Vitamin C. Pesakit kencing manis juga mendapati kandungan kolagen mereka yang kurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan 'free radicals' menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atherosclerosis, kerosakan saraf dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan vitamin C dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas.

Melawan Alergi
Alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem imunisasi badan bertindak balas terhadap alergen iaitu bahan yang membangkitkan reaksi iaitu dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair juga gatal, dan ruam gatal. Vitamin C menjaga sistem kekebalan tubuh dengan membuat lebih banyak histamines iaitu bagi membantu mengeluarkan penyebab alergi tadi keluar dari aliran darah dengan lebih cepat.

PENGAMBILAN VITAMIN C

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun keadaan hari ini dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan Vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. 




Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang VITAMIN C

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Wednesday, 17 December 2014

PROMO VITAMIN C MASA UNTUK CERAHKAN KULIT

Promo Vitamin C!! Yezz... sudah tentu berita yang baik buat yang nak cerahkan kulit tanpa cucuk-cucuk kan...Peluang keemasan Beli 6 Percuma 1... Cantik yang tidak perlu menahan rasa sakit dari kena cucuk.

Sustained Release Vit-C Plus ianya diekstrak daripada jagung. Keistimewaan Sustained Release Vit-C Plus ialah Vitamin C kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan secara perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 biji oren dalam satu jam.

KEISTIMEWAAN VITAMIN C SHAKLEE




FUNGSI VITAMIN C

• Bantu kekalkan kelembapan kulit, hilangkan bintik-bintik hitam, pudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata

•  Untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.

•  Membantu melawan dan melindungi sel tubuh daripada radikal bebas

•  Menguatkan sistem imuniti badan, melindungi daripada jangkitan dan selesema.

•  Membantu mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

•  Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

•  Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selsema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

•  Membantu pengeluaran kolagen serta membantu mencegah pra-penuaan.

•  Bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya, membunuh bakteria patogenik

• Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

• Merawat jangkitan saluran kencing.

• Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

VITAMIN C UNTUK KULIT




- Sesuai diambil oleh mereka yg mempunyai kulit muka yang berminyak serta berjerawat.
- Kandungan antioksida di dalam Vitamin C yang membantu menjadikan kulit muka lebih sihat.
- VitaminC juga memiliki sifat antibakteria dan membantu daripada berlakunya infeksi kulit dan memcepatkan proses penyembuhan luka
- Sebagai penggalak penghasilan kolagen dlm badan. Bila kolagen banyak dalam badan ia akan menunda proses penuaan
- Kelebihan vitamin C Shaklee ia merupakan Sustained Release iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan pada setiap jam


Inilah peluang untuk kita memperbaiki keadaan kesihatan kulit kita. Janganlah biarkan kulit kita nampak tak bermaya dan tak sihat ya... Lepas tu nanti barulah kita rasa lebih yakin pada diri kita...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang VITAMIN C

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

































Tuesday, 16 December 2014

PUNCA KURANG COLLAGEN : RISAU KULIT MENGENDUR PADA USIA MUDA

Kita sebagai perempuan memang fobia bila orang-orang muda senang-senang aje panggil kita Makcik. Padahal usia muda lagi tau... Haha..kalau nak beli barang bila penjual panggil kita "Makcik" boleh letak balik barang tu tau... Huhu betapa sentapnya kita kan...




Nampak tak di situ...sebab apa anak-anak muda panggil kita Makcik bukan Kakak padahal umur tak sampai 30an...

Keadaan wajah kita mungkin faktor mereka panggil kita Makcik. Kenapa dengan wajah Kita? Kulit muka yang mula berkedut mengendur dan tak berseri disebabkan kekurangan kolagen dalam badan walaupun masih muda. Jadi dah tak salah adik tu tadi...


Kewujudan kolagen penting dalam tubuh kita kerana kolagen dan elastini ialah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan yang wajar kepada kulit. Kalau nak tahu... Hampir 70% daripada tisu kita ini terdiri daripada kolagen. Kolagen terdapat pada kornea mata, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfatik.


PUNCA KOLAGEN BERKURANG


Peningkatan Usia


Tahu tak pengurangan penghasilan kolagen berlaku dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar.


Kekurangan Vitamin C


Kurang Vitamin C dalam badan bermakna kita kurang pengambilan makanan yang bersumberkan Vitamin C dalam diet seharian kita. Bila makin berkurang Vitamin C bermakna tubuh kita tidak dapat menghasilkan kolagen yang baru di dalam tubuh. Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang tegang.


Merokok


Bukti epidemiologis menunjukkan bahawa merokok merupakan faktor yang menyumbang kepada beberapa penyakit kulit. Sejak tahun 1970-an kajian telah menunjukkan bahawa merokok mempercepat proses penuaan kulit. Penuaan kulit bererti kulit kendur, membentuk kedutan dan garis-garis halus, menjadi kering dan kasar dengan warna kulit yang tidak rata dan pembuluh darah yang rosak (telangiectasia). Bahkan merokok mengurangkan sintesis kolagen dan pemendapan kolagen matang dalam matriks ekstraseluler. Warna kulit kelihatan kekuningan yang tidak sihat, sangat berkedut dan menjadi kulit kasar.


Sakit Kencing Manis


Pesakit kencing manis juga banyak kehilangan Vitamin C di dalam air kencing dan mendapati kandungan kolagen mereka juga berkurang. Ini menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. 


Terdedah kepada Sinaran UV


Pendedahan kulit kita kepada sinaran UV akan menyebabkan sel-sel kulit kita rosak dan ia memudaratkan kepada kesihatan tubuh, sistem imun dan merosakkan kesihatan kulit dan mata.


Kekurangan Antioksidan 


Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Antioksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu (UV) matahari.Selain daripada cahaya matahari, pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat.


Kurang Minum Air Putih


Penting bagi kita untuk mencukupkan pengambilan air putih. Manusia apabila usia semakin meningkat akan makin berkurangan air di dalam badan. Di tambah pula kita ini bila semakin berusia memang makin kurang minum air sebabnya tak suka bila kerap buang air kecil. Bagi yang kerja pejabat yang duduk di dalam pejabat yang berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Suasana yang sejuk bilik berhawa dingin menyebabkan seseorang itu makin kurang minum air. Kesannya, kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. Jadi, kenalah minum air putih yang secukupnya sebab ia akan membantu kesegaran kulit dan elak dari ambil air soda dan bergas. Kurangkan pengambilan kopi dan teh sebab ia membawa masalah dehidrasi dan kulit kering.

Jadi, nak orang sentiasa panggil kita 'Kakak atau Adik' kenalah tambahkan kolagen yang dah makin berkurang dalam badan kita.


COLLAGEN POWDER SHAKLEE...TERBUKTI BERKESAN!!!! 


Suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietary  (RED SNAPPER SCALE) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga dicampurkan dengan 7 bahan utama seperti ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat.



Khasiat apabila mengamalkannya secara konsisten...

* Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit.
* Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus terutama di sekitar mata
* Kulit lebih bersih, putih, dan licin
* Menguatkan kuku, rambut yang lebih tebal dan bersinar
* Membantu menegang dan menganjalkan payudara dan punggung yang lebih montok gitu...


Usah biarkan kerisauan kulit mengendur pada usia muda. Pengambilan kolagen insyaaAllah membantu untuk kita tampil lebih yakin dan lebih sihat....




Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang COLLAGEN POWDER

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

VITAMIN C : PENTING UNTUK RASA LEBIH SIHAT CERGAS BERTENAGA

Suatu ketika beberapa tahun yang lalu Vitamin C ini merupakan suatu fenomena menjadi kegilaan wanita sama ada dalam bentuk pil ataupun suntikan untuk kecantikan wajah. Semua wanita beria-ria mencari Vitamin C. Sanggup berhabisan duitkan...Iyalah wanita mana yang tak nak cantik. Saya pun nak kan...



Tetapi di dalam Shaklee Vitamin C sebenarnya tetap vogue gitu. Tetap dicari sebab keberkesanannya dalam membantu menangani masalah kulit. Sebenarnya Vitamin C ini bukan sahaja bagus untuk kulit tau...malahan untuk kesihatan kita juga. Rasa lebih cergas bertenaga bila mengamalkan Vitamin C Shaklee.



Vitamin C Shaklee dikenali sebagai Sustained Release Vit-C Plus. Ianya diekstrak daripada jagung. Keistimewaan Sustained Release Vit-C Plus ialah Vitamin C kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan secara perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 biji oren dalam satu jam.



Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg). Ianya juga mengandungi 120mg bioflavonoid dimana ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita.

VITAMIN C DI DALAM BADAN KITA

Kalau nak tahu Vitamin C yang ada dalam badan kita sangat tidak stabil. Ia cepat hilang kalau kita seorang perokok, ada penyakit kencing manis, selalu terdedah kepada pencemaran, selalu stress dan banyak lagi sebabnya. Badan kita pula tidak menghasilkan Vitamin C, jadi kita perlu ambil Vitamin C dari sumber luar.

Vitamin C ini larut di dalam air dan ia mudah dibuang melalui air kencing juga peluh. Jadinya penting untuk kita mengambil Vitamin C secara konsisten bagi memastikan kandungannya tidak berkurang di dalam badan kita.


KESAN KEKURANGAN VITAMIN C DI DALAM BADAN


●  Gusi yang tidak sihat dan sentiasa berdarah

●  Berlaku pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana terdapat tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian badan

●  Kesihatan tulang yang makin lemah dan tidak sihat menyebabkan kehilangan kalsium

●  Badan keletihan dan lemah

●  Kulit menjadi kering

●  Rambut rosak dan bercabang

●  Hidung kerap berdarah

●  Luka yang lambat sembuh

●  Sistem ketahanan badan yang lemah


FUNGSI UTAMA VITAMIN C


Menguatkan Sistem Imuniti Badan
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif dalam menentang bakteria dan kuman.

Membuang Toksin
- Membantu pembuangan toksin di dalam badan kita.

Antioksidan
- Satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan pengeluaran inteferon semulajadi tubuh yang sangat penting dalam melawan sel-sel kanser, merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C ini bukan ubat kanser tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor. Ia juga membantu menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel badan.

Menjaga Kesihatan Jantung
- Membantu mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus. Kekurangan Vitamin C menyebabkn saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim.

Penyembuhan Luka
- Vitamin C membantu meningkatkan kadar pengeluaran kolagen, jadi luka akan cepat sembuh.

Alahan
- Sebagai agen penting dalam mengurangkan alahan.

Kurangkan Stress
- Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrealine. Stress mengakibatkan hormon-hormon ini akan keluar lebih dari biasa. Jadi keperluan kepada Vitamin C akan meningkat. Pengambilan bersama B-Complex sangatlah membantu.


SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C?


● Pesakit Kencing Manis
-  Pesakit kencing manis akan kehilangan Vitamin C melalui kencing yang kerap. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil Vitamin C pun masih lagi mengalami kekurangan Vitamin C. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan Vitamin C. Kandungan kolagen mereka juga berkurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan 'free radicals' menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atherosclerosis, kerosakan saraf dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan Vitamin C dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas.

● Perokok
- 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih daripada 20 batang rokok mendapati tidak ada (atau hanya sedikit) kandungan vitamin C yang ada.

● Pesakit kanser.

● Peminum alkohol

● Pesakit rheumatoid arthritis.

● Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak. Mereka banyak kehilangan vitamin B kompleks dan vitamin C disebabkan oleh aktiviti ini, di samping pendedahan yang lebih pada cuaca panas (berpeluh - jadi kehilangan vitamin C).

● Pesakit kronik seperti selsema, batuk, jangkitan kuman.

● Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, aspirin dan anti-biotik.

● Pesakit yang sedang dirawat di hospital atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.

Credit: Farmasianis

Oleh itu penting bagi kita untuk mendapat rasa yang lebih sihat, cergas dan bertenaga dengan mengamalkan pengambilan Vitamin C secara konsisten dan sudah semestinya memilih yang Semulajadi, Selamat dan Berkesan....


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang VITAMIN C

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....





















Monday, 15 December 2014

DEC'14 HOT PROMO: COLLAGEN POWDER SHAKLEE ANGGUN 2015


Yes!!! Berita baik untuk wanita semua... Wanita yang nak kelihatan lebih Anggun 2015, inilah masanya... DEC'14 HOT PROMO COLLAGEN POWDER SHAKLEE.




Promosi Collagen Powder Shaklee last untuk tahun ini. Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Collagen Powder akan diberhentikan penjualan buat sementara waktu bermula 1 Januari. Jadinya, HOT PROMO ini hanya sehingga 31 Disember.

Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9 - 12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan PROMOSI BELI 3 PERCUMA 1.
Maknanya lambat lagi untuk ada CPS ni nanti....

Beli 3 CPS Percuma 1 + Percuma Shaklee Membership + Cashback + Peluang Menjana Pendapatan Dengan Shaklee...
Wow!!! Memang hot la.....

Di ulang!! Bermula 1 Januari 2015 penjualan Collagen Powder dihentikan serta-merta untuk sementara waktu... (ikut pengalaman semasa ketiadaan Vitamin C dulu akan ambil masa setahun) 

Kena cepat-cepat order, sebelum stok licin 1 Malaysia!!!
Untuk lebih info mengenai COLLAGEN POWDER boleh klik sini. Manfaat utama collagen juga testimoninya...

Jangan tunggu lagi...Jom Anggunkan diri Kita untuk tahun depan....


Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin







Saturday, 13 December 2014

KEPERLUAN ANTIOKSIDAN PADA TUBUH KITA

Sejak kebelakangan ini kita kerap mendengar perkataan "ANTIOKSIDAN" dan para ahli kesihatan menyarankan kita banyak mengambil makanan yang tinggi antioksidan. Kenapa ya? Tertanya-tanya jugak kita kan, apakah sebenarnya ANTIOKSIDAN dan apakah peranannya kepada tubuh kita?



SEBENARNYA APA ITU ANTIOKSIDAN?

Antioksidan adalah vitamin, mineral, atau sejenis nutrisi yang berperanan dalam melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat dari radikal bebas.




Kini kita makin memerlukan antioksidan disebabkan banyaknya radikal bebas yang mengelilingi kita saban hari. Radikal bebas adalah penyebab kepada kerosakan sel tubuh. Pencemaran udara, pendedahan kepada sinaran UV, radiasi komputer, gaya hidup yang tidak sihat yang menghasilkan radikal bebas yang akan menyebabkan kerosakan sel DNA, membran sel serta sistem imunisasi manusia. Akibatnya berlaku proses penuaan, atau lebih merbahaya lagi akan menjadi sel-sel kanser.







Antioksidan yang berbentuk vitamin, mineral dan enzim amat perlu bagi melindungi sel tubuh dan memperlahankan kemusnahan serta kerosakan sel dalam badan. Jadi, disinilah peranan antioksida kepada kita iaitu dengan membantu melindungi sel tubuh badan daripada sel radikal bebas. Ia membantu menghentikan proses kerosakan sel dengan cara meneutralkan radikal bebas. 


FUNGSI VITAMIN E

Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang terkenal dengan fungsinya melindungi sel-sel dan tisu dalam badan dari kerosakan akibat radikal bebas. Sumber vitamin E antaranya dari asparagus, buah zaitun, bayam, kekacang, bijirin serta minyak sayur.


Vitamin E Shaklee terdiri daripada d-alpha-tocopherol concentrate lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]. Vitamin E Shaklee lengkap dengan selenium. Tidak sempurna Vitamin E tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.


KEBAIKAN UTAMA VITAMIN E

l Bertindak sebagai antikoagula (anticoagulant) yang mengurangkan kebolehan darah untuk membeku. Ini mengurangkan risiko penyakit strok akibat darah beku dan penyakit jantung.

l Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik.

l Membantu menjaga permukaan dalam salur darah agar sentiasa licin serta mengelakkan pembentukan plak kolesterol.

l Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel badan kita.

l Vitamin E dapat membantu pembesaran tulang yang sihat dengan melawan bahan kimia dan asid yang boleh mengganggu pembentukan tulang.

l Vitamin E membantu fungsi sistem badan seperti :

- Sistem saraf

- Sistem otot

- Sistem pembiakan (proses pembentukan gen)


Seharusnya kita mengimbangi sumber pengambilan makanan kita bagi melawan radikal bebas disekeliling kita serta dibantu oleh sumber suplemen semulajadi bagi mendapat kesihatan yang lebih baik.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang PRODUK SHAKLEE

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....