Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Set Diet Sihat. Show all posts
Showing posts with label Set Diet Sihat. Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

PUASA TAPI BERAT NAIK ?

Puasa tapi bila timbang berat badan meningkat. Macamana boleh jadi gitu? Rasa2 korang la kan bulan puasa patutnya kita kawal nafsu kita tapi makin bertambah pulak nafsu makan kita...



Apa sebabnya?

Sebab yang paling jelas ialah masa bulan puasa ni kita makan banyak makanan tinggi gula. Bayangkan hari2 waktu berbuka kita amnil makanan tinggi gula. Air manis, kuih-muih yang manis-manis, nasi pula tak cukup sepinggan. Tak masuk lauk pauk lagi yang ada gula tambahan. Pendek kata semua makanan ada gula.



Makanan bergula buat kita rasa nak makan lagi, nak lagi, rasa tak cukup.

Habis tu nak makan apa ya... Alahai...

Cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan memulakan berbuka di awal waktu dengan hanya beberapa biji kurma basah. Ianya juga bertujuan bagi memudahkan diri untuk bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang.

Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.

Begitulah puasa gaya Rasulullah. Kalau kita amalkan gaya puasa Rasulullah rasanya tak ada masalah kenaikan berat badan yg kita alami...


Apa-apapun SELAMAT BERPUASA, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Semoga puasa ini dapat mendidik jiwa kita, nafsu kita agar lebih bersederhana tetapi giat mengejar pahala ibadat...

Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)


Monday, 15 June 2015

TIPS RAMPING DI BULAN PUASA

Ramadhan insyaAllah bakal menjelma dlm beberapa hari saja lagi. Siapa nak ramping di bulan puasa ni, saya nak share sikit tips-tipsnya.


1. Makan ikut sunnah. Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang

2. Mulakan berbuka dengan buah kurma

3. Tinggalkan makanan dan minuman manis

4. Lebihkan minum air putih

5. Elakkan membazir membeli terlalu banyak makanan

6. Lakukan solat terawih, solat sunat tahajud dan solat-solat lain

7. Bersahur dengan protin yang tinggi bukan tinggi karborhidrat

8. Sentiasa kawal nafsu dari makan berlebihan

InsyaaAllah kalau betul-betul ikut tips diatas, tak mustahil anda akan kurang inci atau beberapa 'kg' sepanjang Ramadhan nanti.

Atau untuk kuatkan sistem pertahanan tubuh, bolehlah mengambil suplemen bagi memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita. Supaya kita tak merasa letih tetapi sebaliknya tetap bertenaga sepanjang hari...


Sertai Ahli sebanyak RM69. Mendapat harga yang lebih murah serta boleh menjana pendapatan jugak. Harga barang boleh miliki dengan harga ahli yang lebih berbaloi.

Macamana nak buat?

Hanya hubungi Noni

Hubungi saya dan saya sedia membantu
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)



Sunday, 24 May 2015

SARAPAN NASI LEMAK DAH 2 BUNGKUS TETAPI BELUM LUNCH DAH LAPAR

Siapa sini faveret dia nasik lemak? Rata-rata rakyat Malaysia memang sukalah dengan nasi lemak ni. Sangat sedap dimakan terutama ketika sarapan. Nasi lemak, sambal tumis kaw, ayam goreng berempah dan telur mata. Pergh!! Lengkap dan cukup menyelerakan. Kena elok memang tak cukup sepinggan. Mahu 2 pinggan atau lebih.




Tetapi yang herannya, pekena nasi lemak dah bertambah-tambah. Belum waktu makan tengahari lagi perut dah mula berkeriuk dan mata dah mula layu. Eishk! Apahal pulak cam gini ni..... Nak tahu sebabnya? Aha...kalau nak tahu nasi lemak sebenarnya mengandungi Indeks Glisemik yang TINGGI. Dimana tenaga dilepaskan secara cepat. Takda simpan-simpan lagi dah. Buat kita rasa cepat letih, tak bertenaga, mengantuk dan cepat lapar. Kandungan karborhidratnya juga tinggi. Ia sangat tidak sesuai bagi pesakit kencing manis dan bagi yang merancang untuk turunkan berat badan.



Bila dah cepat lapar, kita pasti akan makan lagi. Dan makanan yang diambil masih lagi yang tinggi Indeks Glisemik. Dan perkara seterusnya berlaku. Lapar dan lapar dan lapar. Signal yang menunjukkan kita perlukan lebih air juga tapi kita sogokkan dengan makanan lagi kepada tubuh kita. Lama-kelamaan badan kita semakin hari semakin berisi.




Sebab itu saya suka ambil TEPUNG SOYA ORGANIK setiap hari. ESP yang tinggi kandungan protein dan RENDAH Indeks Glisemik amat sesuai diambil pada bila-bila masa. Kenyang, kenyang yang lama sebab tenaga dilepaskan secara perlahan. Bila dilepaskan secara perlahan badan kita tak cepat letih, masih bertenaga walaupun dah tengahari. Tak cepat lapar. Memang sesuai sangat untuk pesakit kencing manis, gastrik, yang berpuasa, mereka yang rancang untuk turunkan berat badan, ibu mengandung, ibu menyusu, ibu berpantang dan sesiapa sahaja yang mahukan tenaga, kesihatan yang lebih sihat atau inginkan kulit yang lebih mulus.



Tak cuba tak tahu kan? Bila dah cuba memang terus melekat sebab dah rasai kesan yang BAIK. Ada suami kawan saya yang dulunya tak suka langsung susu tetapi telah dipaksa minum oleh kawan saya tu, aha...sekarang terus melekat sebab dia perasan lekuk-lekuk jerawat dah hilang dan kulit yang mengelupas di tangan dah makin elok. Begitulah kuatnya penangan ESP bila dah amalkan secara konsisten. Bukan setakat kempis perut tapi kulit yang cantik.


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Tuesday, 14 April 2015

CARA NAK DAPAT BERAT BADAN IDEAL DENGAN MUDAH

Sebut pasal diet nampak mudah aje. Tapi hakikatnya bukan senang nak turun berat badan setelah bertahun-tahun mengumpul lemak. Dan lemak-lemak tu pulak bukan senang-senang hati je nak tinggalkan kita.



Ada yang dah frust dan give-up bila diet tapi berat statik aje. Tak turun-turun malah makin naik pulak. Kalau hati yang tak kental memang hanyut la diet tu...

Antara tips yang saya nak share disini set target yang kecik dulu untuk turunkan berat badan. Contohnya berat badan anda 79 kg dan tinggi 163cm. Kalau ikut bmi antara 57kg - 65kg macam tu la. Tapi jangan target awal-awal untuk capai 57kg. 22 kg tu nak kena turun. Rasa macam tak mampu je. Tapi set kan dlm 10 peratus dulu. 79kg tadi lebih kurang 8kg nak kena turun. Dalam lingkungan 71kg berat yang perlu dicapai dulu. Rasa mampu je nak sampai situ.



Bila dah capai target 71kg tu target lagi untuk turun 10 peratus. Aha... baru lah nampak aje jalannya kan...tak adalah putus asa tengah jalan.

Kena ingat, proses nak turun berat badan ni bukannya dalam sekelip mata aje tau! Yang biasa adalah turun berat 1- 2 kg je sebulan. Aha...berat dah bertahun-tahun nak turun dalam masa seminggu...memang penatlah gitu. Memudaratkan diri dan bahayakan kesihatan.

Proses turun berat badan perlukan sokongan orang rapat, keluarga dan rakan-rakan. Motivasikan diri dengan baju-baju idaman anda atau gambar mereka yang dah berjaya turun berat badan.

Menurut kajian, penurunan berat badan sebanyak 10 peratus dari berat badan yang ada akan membantu mengawal bacaan gula darah, mengawal tekanan darah tinggi serta membantu bacaan kolestrol kepada paras normal. Bagi yang nak dapatkan zuriat potensi untuk hamil adalah lebih tinggi.

Jadi, selamat berjaya pada semua yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Kawal makanan yang kita ambil, elak makanan proses, elak makanan banyak gula dan tinggi garam...



Set Diet Shaklee yang boleh membantu anda tingkatkan metabolisma, kawal selera makan, bagi tenaga semasa diet, lawaskan proses pembuangan dan mejaga tahap kolestrol anda...

Luv Sharing
Noni ~ 0195553667
Pengedar Shaklee Kulim

Monday, 13 April 2015

TIPS SENANG UNTUK TURUN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

Sebut pasal nak kurus, semua orang yang berbadan besar yang lebih berat badan nak kurus. Kurus bukan sahaja untuk nampak lebih muda tapi untuk jadi lebih sihat...



Satu tips yang saya amalkan untuk turunkan berat badan dengan cepat. Tips yang sangat mudah dan simple. Atas diri kita sama ada boleh tinggal atau tak tabiat tu... Kalau betul-betul boleh tinggal, InsyaaAllah boleh lajukan penurunan berat badan anda...

Kurangkan pengambilan gula. Makanan atau minuman yg banyak gula lah yg akan sebabkan kita cepat lapar dan asyik-asyik nak makan je. Tinggalkan teh tarik, air sirap, kuih-kuih manis dan kurangkan ambil makanan yang tinggi gula.

Gula bukan sahaja dalam minuman tapi dalam karborhidrat macam nasi, mee, roti, pasta semuanya ada gula. Kalau makan banyak makanan bergula tubuh kita pun akan rasa cepat letih. Memanglah lepas makan nasi banyak atau makanan yang tinggi gula kita akan rasa bertenaga tapi ianya sekejap dan seketika je lepas tu badan akan rasa letih, mengantuk. Sebabnya tahap gula dalam darah akan turun dan kita pun akan mulalah cari makanan lagi untuk hilangkan rasa lemah tu.

Tips terbaik banyakkan minum air putih. 25kg berat badan bersamaan dengan 1 liter air. Tubuh pun dapat air yang cukup dan yang paling penting ia dapat cegah keinginan kita untuk makan dan makan dan makan... Air putih kosong ini boleh hindari kita dari cenderung nak makan makanan manis-manis.

Ketagih gula atau pada makanan manis juga adalah petanda yang badan kita kekurangan protein.

ESP (Energising Soy Protein) mempunyai kandungan indeks glisemik adalah rendah.
Indeks Glisemik adalah ukuran kelajuan makanan diserap menjadi gula darah. Semakin tinggi indeks glycemic suatu makanan, semakin cepat kesannya terhadap kenaikan gula darah.



 Rendah Indeks Glisemik:
- Tenaga dilepas secara perlahan
- Perut kenyang lama
- Makan pun kurang
- Kurang keinginan untuk makan makanan manis




Cinch Energy Tea Mix bukan sekadar air teh yang sedap tetapi terbaik untuk menaikkan metabolisme. Ia juga sebagai penggalak tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster). Pilihan alternatif terbaik bagi mereka yang nak gantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh. Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.



Jom kurus untuk sihat. Tips yang mudah aje kan...tinggalkan makanan dan minuman yang tinggi gula...

Luv Sharing ~ Noni
Pengedar Shaklee Kulim (921341)
0195553667











Friday, 10 April 2015

NO MORE ALASAN UNTUK KURUS KALAU NAK HAMIL

Selalu dikatakan orang yang obes atau berlebih berat badan menghadapi masalah untuk hamil. Sebabnya apabila badan gemuk pelbagai masalah yang akan muncul dan salah satunya adalah masalah hormon yang tidak seimbang.




Apabila hormon tak seimbang sudah tentunya ia akan mengganggu kitaran haid wanita dan seterusnya mengalami kesukaran untuk menentukan waktu subur. Yang paling malang bila haid datang 3 atau 4 bulan sekali. Jika keadaan sedemikian macamana kita nak merancang kehamilan?

Tetapi ada jugak wanita yang obes tiada masalah untuk mengandung. Ini mungkin kerana tidak mengalami masalah haid yang tak teratur. Akan tetapi lain pula risiko yang perlu dihadapi sepanjang kehamilan. Risiko untuk mendapat penyakit kencing manis atau darah tinggi amatlah tinggi.

PCOS (Sindrom Ovari Polistik) merupakan kesan dari masalah kegemukan iaitu punca utama masalah kesuburan. Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna dan tidak mencapai saiz yang sepatutnya untuk disenyawakan
Proses ovulasi akan terganggu samada penghasilan telur yang tidak matang atau tiada ovulasi langsung.



Salur fallopian tersumbat juga sering berlaku kepada wanita yang berbadan besar atau yang mempunyai penyakit kencing manis. Dan ia merupakan salah satu punca juga untuk wanita sukar hamil.

Suami yang OBES juga adalah faktor untuk wanita sukar hamil. Selalunya suami mempunyai sperma yang kurang berkualiti dan tidak aktif.

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Cara mudah nak atasinya ialah dengan menurunkan berat badan sama ada pada isteri yang obes ataupun suami. Kekalkan berat badan yang ideal ikut BMI untuk kekal sihat bukan sahaja untuk hamil tetapi untuk jauhi dari penyakit-penyakit lain juga.

Buang lemak dan toksik dalam badan juga segala yang berkeladak dalam usus.


Set Subur dan Kurus akan membantu membuang lemak yang dah lama bertapuk dalam badan, membuang segala toksik, membetulkan semula hormon yang tak stabil, haid yang tak teratur dan menguatkan rahim serta membina sel-sel baru yang lebih baik....





Luv Sharing - Noni 
Pengedar Shaklee Kulim (921341)
0195553667

Thursday, 19 March 2015

IDEA PILIHAN SARAPAN YANG KENYANG DAN BOLEH TURUN BERAT BADAN

Sarapan pagi, seeloknya jangan sesekali ditinggalkannya. Sekelam kelibut manapun kita kita time pagi tu, sarapan wajib kena ambil. Sebabnya permulaan hari kita bermula masa sarapan. Kalau pagi dah skip makan, harapan utk makan banyak time lunch memang tinggi.

Tapi sarapan yang terbaik adalah yang berkhasiat bukan yang berat dan boleh menggemukkan dan yang penuh kalori serta kolestrol.

Antara idea pilihan saya yang senang dan ringkas serta berkhasiat...








Mudah dan ringkas kan...?

Dan kalau nak yang lagi cepat berkhasiat shake aje ESP. Kosong sedap nak campur dgn oat atau nestum pun ok jugak...
 

ESP...kandungan Indeks Glisemik rendah menyebabkan kita akan berasa kenyang dan kenyangnya dalam jangkamasa yg lama...

Alhamdulillah...mudah, kenyang, berkhasiat dan senang yg amat... Cubalah!

Lovesharing dari saya...moga ianya memberi manfaat buat sahabat semua...

Friday, 6 March 2015

TIPS CEPAT TURUN BERAT BADAN LEPAS BERSALIN

Satu masalah bagi ibu-ibu lepas bersalin bila berat badan yang diharapkan turun lepas bersalin tapi tak jugak turun-turun. Nak diet sakan pun tak boleh sangat sebab tengah menyusu baby.



Jom saya share sikit tip untuk turun badan dengan cepat lepas bersalin.

1. Jaga pemakanan semenjak dari dlm pantang lagi. Kawal jumlah kalori yang diambil dan kurangkan pengambilan karbohidrat.

2. Minum air putih mengikut berat badan kita. 1liter air untuk 25kg berat badan.

3. Kurangkan pengambilan gula.

4. Cukupkan nutrisi dalam badan supaya badan lebih sihat sebab kita kan menyusu baby jadi keperluan kepada nutrisi amatlah penting.

Apa yang penting buat ibu-ibu ialah susu tetap banyak, tapi badan tetap berada dalam berat badan yang ideal.

Kalau nak tahu dalam video ini, ibu ini berjaya turunkan berat badan sebanyak 20kg tau. Jom kita tengok apa rahsia ibu ini.


 
Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.


ESP adalah suplemen yang bagus untuk ibu-ibu amalkan. Bukan sahaja ianya mengenyangkan tetapi juga membantu untuk membanyakkan susu ibu juga. Memberi tenaga kepada ibu dan yang best juga dapat memudarkan stretch mark ibu-ibu semasa hamil.



Sempena Promosi ESP pada bulan ini. Rebut peluang untuk dapatkan ESP buat ibu-ibu semua.

Hidup biar selamba dan SIHAT...

Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang SET DIET SHAKLEE

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah

***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....




Tuesday, 24 February 2015

PENAWAR BAGI HILANG MENGANTUK SELEPAS LUNCH

Rata-rata kita kalau lepas lunch perut confirm kekenyangan dan of coz mata pun turut terkulai layu di tasik madu. Ada yg tahu lagu tu? Lagu Fauziah Latiff tapi tajuk aoa ntah tak ingat dah... opss! Sori melalut suda....

Antara sebab kenapa kita mengantuk selepas lunch adalah kerana kurangnya air dalam badan jugak kurangnya oksigen sampai ke otak. Jadi, bila ngantuk dan masih banyak lagi kerja kat ofis tu cepat-cepat teguk air putih atau greea tea. Bukan teh tarik ya! Sebabnya bila manis dah terlebih karborhidrat la pulak makanya makin lemah badan kita...


Cinch energy tea mix Shaklee minuman peberet saya lepas lunch. Sebab utama ianya bebas sugar, yang kedua penawar bagi badan lemah kemalasan dan bagi cerah mata. Sejuk ka panas ke semua sedap...

Nak tau berkesan dak untuk mata yang terkulai layu di tasik madu tadi kena try la. Tak try tak tahu....

Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH

Segalanya... bermula disini.... 


Thursday, 4 December 2014

BILA WANITA BUNCIT DISANGKA MENGANDUNG

Alahai!!! Malu dan segan rasanya bila ditegur dan ditanya dah berapa bulan mengandung? Nak jawab pun serba salah sebab bukan mengandung bayi tapi menternak lemak!!!



Bayangkan betapa banyaknya lemak sampai orang ingat tahap mengandung tu... Salah satu masalah yang dialami oleh ramai wanita lepas dah beranak-pinak...susah untuk turunkan tang bahagian perut...


Tahu tak FAKTANYA...


* Perempuan dengan lemak ekstra di perut, memiliki kemungkinan 30% lebih besar mengalami migrain daripada perempuan tanpa kelebihan lemak ekstra di perut, bahkan setelah memperhitungkan kegemukan secara keseluruhan.

* Lemak perut juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sekarang, penelitian terbaru menunjukkan, lemak perut juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mengalami migrain, paling tidak sampai usia pertengahan.


Lemak yang menyebabkan perut buncit terdiri daripada dua jenis:

1. Lemak Subcutaneous - lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit. 
2. Lemak viseral - lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga penting mengelilingi organ-organ di dalam perut. 

Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari usus ke hati). Lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat).

Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, maka semakin buncitlah orang itu dan bermakna semakin tinggi risiko anda meghidap penyakit kencing manis, penyakit jantung dan masalah kesihatan yang lain.


Bagi masalah perut buncit di Shaklee kami ada HERB LAX bagi membantu masalah tersebut.



ANTARA KHASIAT HERBLAX SHAKLEE




l merawat masalah sembelit dan melawaskan perut

l meransang usus untuk lebih cepat memproses perkumuhan dan pembersihan najis secara lembut daripada terus tersimpan lama di dalam perut yang boleh menyebabkan toksin

l mengempiskan perut

l mengurangkan ketegangan perut


KANDUNGAN HERBLAX


q Daun Senna
~  Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak

q Buckthorn Bark
~  Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan pada usus.

q Licorice root
~  Membantu proses detoksifikasi

q Fennel Seeds (jintan manis)
~  Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

q Anise seed (biji bunga lawang)
~  Meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

q Rhubarb root
~  Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik

q Blue Malva Flower
~  Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

q Culver’s root
~  Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

q Daun Alfalfa
~  Membersihkan usus, darah dan hati


BAGAIMANA HERBLAX BERTINDAK?


n Menggalakkan pembersihan najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita dengan meransang usus untuk mempercepatkan pembersihan secara lembut dan tak langsung membantu mengatasi masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus.

n Membantu mengempiskan perut dan memberi kepejalan pada perut

n Di ambil secara biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba


ANTARA TIPS UNTUK KURANGKAN PERUT BUNCIT

  • Berhenti merokok!!!
  • Kurangkan atau jangan sesekali mengambil alkohol.
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan lebih banyak kita bersenam, lebih cepat dapat hilangkan lemak dari bandan.
  • Makan secara sihat. Banyakkan ambil makanan berserat tinggi dan berkhasiat iaitu sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan. Makan makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan, ambil susu yang rendah lemak dan wajib kurangkan pengambilan gula.
  • Kurangkan berat badan dengan mengamalkan diet yang sihat serta tingkatkan aktiviti fizikal. Kalau ikut kajian, bila kita banyak dan rajin bersenam lemak pada perut yang akan hilang dulu dari lemak pada bahagian lain.

Jadi apa-apa pun yang penting kita kena jalani gaya hidup yang sihat. Kena ubah cara pemakanan kita, tak nak dah orang tanya kita ni mengandung berapa bulan. Bila dah tak buncit secara tak langsung badan kita pun makin sihat. Badan pun dah tak mengah lagi, tumit pun tak sakit. Insyaa Allah badan sihat, kuat dan cergas... Boleh juga cuba SET DIET SHAKLEE!!!


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang SET DIET SHAKLEE

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Sunday, 30 November 2014

OBESITI: APABILA NAFSU MAKAN TAK DAPAT DITAHAN

Apabila nafsu makan tak dapat dibendung...





















Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....


Wednesday, 19 November 2014

OMEGA GUARD BADAN SIHAT OTAK CERGAS

Badan sihat, Otak cergas...itu antara bait lagu yang biasa saya nyanyikan masa kecil-kecil dulu. Untuk badan yang sihat dan otak yang cergas, kita memerlukan makanan yang terbaik bagi memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan. Omega 3 adalah salah satu nutrien yang diperlukan oleh kita antaranya bagi menjaga kesihatan jantung, kecerdasan minda serta menjaga paras kolestrol.

APA ITU OMEGA 3?



OMEGA 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting yang sangat diperlukan oleh tubuh. Tetapi tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri lemak ini dan kita hanya boleh mendapatkannya melalui makanan sahaja. Sebahagian besar Omega 3 ni kita boleh dapati di dalam ikan-ikan seperti ikan salmon, tuna, ikan air tawar, makerel, tenggiri, hering, dan ikan sardin.  Bagi tumbuhan Omega 3 ini boleh didapati dalam kekacang, bayam serta soya.

Omega 3 terdiri dari 3 jenis lemak utama:

1) Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2) Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3) Alpha Linolenic Acid (ALA)

Kalau perasan kan, dekat tin-tin susu anak-anak kita biasa terdapat tertulis EPA, DHA iaitu bermakna susu tersebut mengandungi lemak Omega 3.

OMEGA GUARD SHAKLEE MINYAK IKAN TERBAIK



• Merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi ke semua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA dan ALA.

• Di ekstrak dari ikan air laut sejuk di perairan negara Jepun. Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi.

• Melalui proses penyulingan Proprietary 3 Molekul bertujuan untuk menyingkirkan bahan kontaminasi seperti logam berat dan PCB, menindas pembentukan lemak trans yang merbahaya, mengawal bau dan rasa ikan pada tahap minima.

• Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

MANFAAT UTAMA SERTA KELEBIHAN OMEGA GUARD



  1. Membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk mengahalang prostetomegaly dan membuang air kecil akibat daripada Andropos.
  2. Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS Membantu mengatasi masalah pada kulit muka dengan memberikan kulit yang lebih licin dan kemerah-merahan
  3. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  4. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  5. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  6. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  7. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  8. Mengurangkan risiko darah beku
  9. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  10. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  11. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL)
  12. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  13. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  14. Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan leher atau sakit kepala.
  15. Membantu mengawal masalah obestiti iaitu sebagai pembakar lemak
  16. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  17. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  18. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  19. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  20. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  21. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  22. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  23. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant)
  24. Membantu menentang kanser - kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon
  25. Membantu meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif
  26. Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan, menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental.
  27. Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin 
  28. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. 

Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang. Manakala kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak.

Perghh...banyak betul manfaatnya kan.... Sememang tak rugi kita ambil kerana terlalu banyak manfaatnya kepada diri kita...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Saturday, 8 November 2014

ELAK TUA SEBELUM WAKTU CUKUPKAN PROTEIN DALAM BADAN

Pernah tak kalau jumpa kawan-kawan lama dan kawan-kawan tu tegur...Wah!!! Lain lah sekarang. Maintain cantik atau wajah tak berubah, sama gak macam dulu. Tapi kalau wajah dah tua mesti kawan tu senyap aje kan...kalau kata nampak tua sangat nanti tak pasal-pasal pulak bermasam muka... Tapi kita mesti seronok bila kawan tegur makin VOGUE kan...



Tua sebelum tiba masanya iaitu maksudnya umur baru 30an atau awal 40an tapi dah nampak macam 60an. Itu keadaan luaran, keadaan dalaman kita tak tahu lagi? Ya Allah minta tuhan jauh kan. Sebabnya kita kalau boleh biar dah berumur lebih pun tapi umur dalaman biarlah muda dan kita pula masih kuat untuk melakukan ibadah. Kalau badan tak sihat ibadah kita juga akan terganggu.

Salah satu penyebab kita nampak cepat tua ialah dengan kehilangan protein dalam badan.

KENAPA KITA PERLUKAN PROTEIN?
Badan kita amat memerlukan protein bagi membentuk struktur asas badan seperti otot, organ, kalenjar, tulang dan gigi. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan kompenan utama kepada hormon manusia. 

Protein ialah suatu bahan organik yang kompleks. Asid amino ialah unit asas protein. Protein juga bertujuan untuk membina sel, memperbaiki tisu, pembinaan enzim, antibodi dan hemoglobin malahan ia juga membekalkan tenaga.

APA AKAN JADI BILA KITA KEKURANGAN PROTEIN?

  • Badan kurang tenaga dan rasa lemah
  • Otot kecil
  • Kehilangan selera makan
  • Perut buncit akibat pengumpulan bendalir tisu
  • Pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak
  • Muka cengkung
  • Kulit mengelupas
  • Kulit bersisik
  • Kulit berkedut
  • Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya
  • Muka penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam
  • Bekas gigitan serangga yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan
  • Rambut rosak, menipis, bercabang dan akhirnya botak.
  • Kuku yang cepat patah


ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE




 • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

• Energizing Soy Protein membekalkan tenaga yang berterusan kepada kita. Ianya mampu bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian membantu menyokong tulang yang kuat.

• Isoflavones pula berfungsi meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

• Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) dimana penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari bermula dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

• Energizing Soy Protein dijamin Halal, tanpa laktosa, kolestrol dan bebas kafein. Ianya tidak akan menyebabkan gemuk.


AWET MUDA DENGAN ESP jika ianya diambil secara berterusan dan konsisten. Ianya meransang pembentukan semula kulit dan otot, Merupakan agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit, mengurangkan kesan parut dan kepejalan otot serta meningkatkan tenaga dan sistem imun. Bila badan dah cukup PROTEIN yang berKUALITI barulah kita TAK TUA SEBELUM WAKTUNYA...


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah

***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....


Friday, 7 November 2014

PENGALAMANKU BERSAMA SHAKLEE & SHAKLEE EFFECT

Alhamdulillah...sejak saya bersama keluarga Shaklee ini, ianya telah membuka mata saya untuk lebih peka terhadap penjagaan tubuh badan dan tahap kesihatan bukan untuk diri saya seorang sahaja tetapi untuk seisi keluarga.

Dari Shaklee kami sekeluarga dah jarang menggunakan ubat-ubat drugs baik untuk demam, batuk dan selsema. Alhamdulillah SYUKUR sangat-sangat dengan nikmat kesihatan kami sekeluarga sekarang. Kalau dulu boleh katakan tiap-tiap bulan akan ke klinik. Ubat demam atau batuk sentiasa kena ada stok dalam peti sebab bimbang anak-anak demam mengejut. Macam tu jugak dengan Paracetamol, memang kena simpan selalu. Kejap-kejap sakit kepala la, senggugut la.
Kini, Alhamdulillah...Mencegah Lebih Baik dari Mengubat.

Aha...kalau nak tahu saya dan suami pun sama-sama jaga pemakanan ya... Sama-sama diet disamping tu mengambil suplemen untuk menampung nutrien yang tak cukup oleh badan. Suami saya merupakan peminat setia VITALEA dan saya pula setia dengan SET SLIMMING... Dan nak tahu hasilnya.... Jeng, jeng, jeng....


Aha,,,nampak tak kesannya...hehe suka sangat-sangat...sebab bukan senang tau!!! Pada yang nak tahu caranya boleh la WhatsApp saya... 0195553667

Untuk memantapkan Ilmu Suplemen dan produk Shaklee kami juga menghadiri Workshop yang dianjurkan oleh pihak Shaklee sendiri. Untuk guide diri dan customer jugak tentang penggunaan Suplemen yang betul... jadi kami bukanlah SID yang kosong...



Kalau untuk serius berbisnes, saya ingatkan dulu kita bawa diri sendiri, rupanya tidak. Kami ada GROUP SUPPORT yang memang betul-betul membantu dari segi motivasi, cara kita nak bergerak juga amalan rohani. Alhamdulillah secara tak langsung kawan-kawan saya makin bertambah hingga ke Sabah/Sarawak. Malah nenek Shaklee saya sendiri pun ada di Sarawak dan kami selalu berhubung antara satu sama lain. Pendekatan secara amalan rohani juga membantu kami mendekatkan diri kepada Yang Esa. Walaupun kami berjaya tapi tetap tak melupakan pada Yang Satu. Itu lah yang seronoknya dalam Shaklee...sesuatu pengalaman yang sangat berharga bagi diri ini... Alhamdulillah...



Segalanya... bermula disini.... 



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....