Tetapi sedar tak kita, bahawa Vitamin C bukan sahaja berkepentingan dalam dunia kecantikan semata-mata bahkan untuk kesihatan keseluruhan juga.
APAKAH ITU VITAMIN C?
Jom kita kenali secara ringkas mengenai Vitamin C. Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Merupakan vitamin larut air ataupun water soluble vitamin, yang bermaksud bahawa badan kita tidak menyimpannya. Kita perlu mendapatkannya daripada makanan, termasuk buah-buahan sitrus, brokoli dan tomato. Pengambilan Vitamin C secara berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.
KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN C SETIAP HARI?
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C. Sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh melalui air kencing dan juga peluh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu. Sesetengah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.
Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c. Bukan itu sahaja malah Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi serta meningkatkan imun badan supaya terhindar dari sebarang penyakit.

KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK KITA
Antara kepentingan Vitamin C di dalam tubuh kita:-
Sistem Imun
Pengambilan vitamin dan mineral yang seimbang perlu bagi memastikan sistem imun kita berfungsi dengan baik dan mencegah jangkitan dan penyakit. Sistem imun adalah penting untuk mencegah kanser. Sel darah putih memainkan peranan dalam sistem imun kita untuk mengenalpasti sel-sel tumor dan memusnahkan sel-sel ini dengan mengubah membran permukaan sel tersebut. Vitamin C meningkatkan paras imunoglobulin, iaitu protein darah yang bertindak sebagai antibodi penentang penyakit, yang dihasilkan daripada sistem imun.
Pembentukan Kolagen
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Menjaga Salur Darah
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
Detoksifikasi
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Antistress
Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurngan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
Skurvi
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Pengambilan vitamin dan mineral yang seimbang perlu bagi memastikan sistem imun kita berfungsi dengan baik dan mencegah jangkitan dan penyakit. Sistem imun adalah penting untuk mencegah kanser. Sel darah putih memainkan peranan dalam sistem imun kita untuk mengenalpasti sel-sel tumor dan memusnahkan sel-sel ini dengan mengubah membran permukaan sel tersebut. Vitamin C meningkatkan paras imunoglobulin, iaitu protein darah yang bertindak sebagai antibodi penentang penyakit, yang dihasilkan daripada sistem imun.
Melawan Kanser
Sebagai anti-oksident ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksident, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.
Kesihatan Jantung
Pengurangan kandungan Vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid berkurangan. Ini akan menyebabkan pertambahan kandungan kolestrol. Pengurangan Vitamin C menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan penguranganVitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolestrol akan melekat dan menyekat saluran darah.
Penyembuhan Luka
Salah satu tanda penyakit kudis adalah luka yang tidak dapat disembuhkan atau luka lama yang muncul kembali. Oleh itu Vitamin C akan meningkatkan pengeluaran kolagen, yang akan menyembuhkan luka. Vitamin C akan membantu lebih cepat sembuh jika memiliki luka, goresan, patah tulang, melecur dan sebagainya. Untuk pembedahan, biasanya kita memiliki kadar vitamin C yang rendah. Untuk membantu menyembuhkan dan melawan jangkitan, kadar vitamin C dalam tubuh haruslah tinggi. Pengambilan Vitamin C membantu untuk lebih cepat sembuh kerana kolagen di bawah kulit kan menjadi lebih kuat.
Selsema
Vitamin C dapat membantu menyembuhkan lebih cepat dari selsema, bronkhitis atau pneumonia. Jika kita yang sihat ini mengamalkan pengambilan Vitamin C, gejala penyakit demam selsema mungkin tidak akan memberi kesan yang teruk kepada kita. Mereka yang berusia juga yang banyak mengambil Vitamin C semakin baik untuk kesihatan mereka. Tubuh kita memerlukan banyak Vitamin C iaitu untuk sel-sel tubuh melawan penyakit. Pengambilan sebanyak 1000mg sehari akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Menurunkan Kadar Kolestrol
Penelitian menunjukkan bahawa orang yang mengambil Vitamin C memiliki kadar kolesterol yang rendah. Mereka juga memiliki kadar kolesterol LDL rendah (kolesterol jahat) dan kolesterol HDL yang lebih tinggi (kolesterol baik). Menurunkan Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi (di atas 140/90) adalah faktor risiko besar untuk penyakit jantung dan stroke dan juga untuk penyakit buah pinggang. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang tinggi kadar pengambilan Vitamin C memiliki tekanan darah yang sedikit lebih rendah berbanding mereka yang mengambil vitamin C dengan kadar rendah. Jika mempunyai tekanan darah yang tinggi, pengambilan Vitamin C, bersama dengan berolahraga, menurunkan berat badan, dan berhenti merokok boleh membantu anda menurunkan tekanan darah.
Diabetis
Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C pun masih lagi mengalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan Vitamin C. Pesakit kencing manis juga mendapati kandungan kolagen mereka yang kurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan 'free radicals' menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atherosclerosis, kerosakan saraf dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan vitamin C dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas.
Melawan Alergi
Alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem imunisasi badan bertindak balas terhadap alergen iaitu bahan yang membangkitkan reaksi iaitu dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair juga gatal, dan ruam gatal. Vitamin C menjaga sistem kekebalan tubuh dengan membuat lebih banyak histamines iaitu bagi membantu mengeluarkan penyebab alergi tadi keluar dari aliran darah dengan lebih cepat.
***************************************
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...

PENGAMBILAN VITAMIN C
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun keadaan hari ini dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan Vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing.
Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
No comments:
Post a Comment