Salam Ukhuwwah

Showing posts with label B-complex. Show all posts
Showing posts with label B-complex. Show all posts

Tuesday, 16 June 2015

GEJALA SENAK PERUT SENDAWA TAK LEPAS KENTUT DALAM PERUT

Masalah yang boleh dikatakan semua kita pernah mengalaminya. Cukup seksa bila perut makin kembung. Sendawa lepas tak lepas aje dan nak kentut pun dia macam masuk balik dalam perut. Sampai ada duduk berjam dalam tandas tapi tak berjaya juga nak huang angin atau pooopoooo....



Kembung atau senak perut ni terjadi akibat angin yang banyak di dalam sistem pencernaan atau usus yang tak dapat dikeluarkan. Ia berpunca dari:

• Angin yang ditelan apabila kita dalam keadaan stress atau tertekan. Kalau anda perasan la kan? Bila kita stress perut ni rasa ketat semacam aje. Sebab masa stress tu dalam tak sedar kita dah menelan banyak angin. Suka makan laju, merokok atau gig palsu yang longgar antara punca kita sedut udara dengan banyak.

• Proses menghancurkan makanan oleh bakteria di dalam usus besar kita dimana makanan tidak dihadam secara elok. Bila dah tak hadam jadi terhasil gas seperti gas karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya methane.

Sendawa ini berlaku bila perut dah penuh dengan makanan. Tapi bila dah kerap sendawa kita mula menelan lebih banyak udara. Gas yang ditelan itu akan bergerak ke usus kecil dan sebahagiannya akan diserap, manakala setengahnya pula bergerak ke usus besar dan dikeluarkan melalui rektum sebagai kentut.

Tanda-tanda senak perut atau kembung ni bermula dengan:
- sendawa
- kentut yang kerap
- sakit atau senak di bahagian abdomen
- kembung perut atau perut mulai keras membuncit

Walaupun senak perut atau kembung bukan satu penyakit yang seruis tapi bila dah terkena tak tentu arah kita dibuatnya.

Elakkan dari makan makanan berangin seperti bunga kobis, kekacang, brokoli, kobis, bawang serta makanan yang bergoreng dan tinggi lemak.

Kurangkan merokok, jumpa doktor gigi untuk perbaiki dan kemaskan gigi palsu, kurangkan ambil minuman bergas, lebihkan minum air putih, kurangkan makan terutama pengambilan makanan bergoreng dan berlemak, serta jalankan rutin harian dengan bersenam supaya aktiviti usus juga bergerak, makanan yang susah nak hadam dapat dihadam dengan betul.

Bila dah jadi kembung atau senak perut segala ubat atau minyak panas kita nak sapu. Antara yang saya ambil bila berlaku gejala senak perut ialah Peppermint Ginger, Garlic Complex dan B-complex. Alhamdulillah boleh rasa perbezaan bila diri dah mula boleh kentut dan tak kerap sendawa lagi.




Hanya hubungi Noni

Hubungi saya dan saya sedia membantu
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)




Thursday, 25 December 2014

PERASAAN FOBIA NAK BERSALIN

Setiap ibu pasti akan merasai fobia atau perasaan takut nak bersalin. Lebih-lebih lagi bersalin anak sulong atau anak kembar. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kita masa tu kan... Sejuk, panas, menggeletar semua ada. Tapi kita sebagai umat Islam hanya berserah sepenuhnya pada Allah.




APA yang menyebabkan ibu-ibu ini fobia untuk bersalin? Kalau Kita dengar pengalaman daripada ibu-ibu, macam-macam pengalaman mereka alami menjadikan mereka fobia untuk bersalin. Ada yang fobia dari seawal kehamilan lagi.

Antara fobia yang ibu-ibu alami:


Alahan teruk seawal kehamilan


Ibu-ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tiada daya untuk bangun, makan dan minum. Ada yang alami sehingga 3 bulan sahaja dan yang paling teruk sehingga melahirkan bayi.


Alami masalah kesihatan ketika hamil
Ada ibu-ibu merasa fobia untuk bersalin apabila mereka menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjadikan hospital sebagai rumah kedua. Ibu-ibu yang mendapat penyakit yang memberi risiko kepada ibu dan bayi perlu sentiasa mendapat pemantauan dari doktor pakar. Antara penyakit yang biasa ialah penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tekanan darah rendah. Disebabkan penyakit-penyakit tersebut membuatkan ibu-ibu fobia untuk bersalin.


Alami masalah sukar untuk bersalin


Kepayahan serta kesukaran ibu-ibu untuk bersalin seperti terlalu lama merasa sakit bersalin, ibu-ibu yang terpaksa di 'induce' untuk bersalin, ibu terpaksa bersalin menggunakan kaedah vacum atau forcep ataupun terpaksa menjalani pembedahan untuk bersalin adalah punca kepada fobia ibu-ibu.


Cara jahitan selepas bersalin



Antara pengalaman yang saya alami adalah apabila saya dijahit selepas ubat kebas dah hilang rasa kebasnya dan sakit yang saya alami, Allahu hanya tuhan sahaja yang tahu bila ubat kebas dah tak ada. Dan cara jahitan yang kasar memberi kesakitan dan kesulitan buat saya semasa dalam tempoh nak baik tu.


Alami sembelit ketika berpantang
Suatu pengalaman yang perit bagi ibu-ibu yang ialah alami sukar membuang ketika berpantang. Takut luka jahit terbetas. Ibu-ibu berpantang perlu minum air masak sebanyak mungkin dan banyak mengambil sayuran bagi mengelakkan sembelit. Alhamdulillah saya tak alami masalah sembelit. Amalan banyak makan sayur sawi, banyak minum air masak dan amalkan makan buah Oren Sunkist banyak membantu saya elak daripada sembelit ketika berpantang.


Alami luka jahitan lambat sembuh
Luka yang lambat sembuh menyukarkan pergerakan ibu-ibu. Ada sesetengah ibu mengalami bentan luka jahitan sampai bernanah dan sebagainya. Luka jahitan perlu dijaga rapi untuk mengelak berlaku jangkitan kuman. Perlu mengambil sumber makanan yang tinggi zink dan vitamin c bagi mempercepatkan proses baiknya.


Set Hamil dan Set Bersalin Shaklee sebenarnya amat membantu ibu-ibu yang biasa mengalami masalah awal kehamilan dan ketika dalam pantang. Keperluan ibu hamil dan ketika berpantang kepada nutrisi amat penting dan amat membantu ibu-ibu.




Set hamil yang secara asasnya terdiri dari Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex dan ditambah lagi dengan Omega Guard serta ESP amat membantu ibu-ibu hamil dari segi tenaga, kawalan emosi, keperluan asid folik, kalsium serta membantu menstabilkan tekanan darah dan hemoglobin. Ia bukan sahaja baik untuk IBU Malayan baik juga untuk tumbesaran bayi.




Set bersalin Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex, Zinc Complex dan ditambah lagi dengan Alfalfa serta ESP akan membantu ibu-ibu untuk jalani proses berpantang dengan lebih baik, lebih bertenaga, luka yang cepat baik, elak sembelit juga sebagai milk booster ketika penyusuan.

Apa sahaja masalah yang dialami oleh ibu-ibu baik ketika hamil mahupun semasa bersalin anggaplah sahaja ianya sebagai pengampunan dosa daripada Allah. Amat besar pahala yang ibu-ibu dapat dari awal kehamilan sehingga ke bersalin. Amalkan surah-surah amalan juga doa ketika hamil dan juga ketika hendak bersalin. Lakukan solat-solat sunat supaya dipermudahkan urusan ibu-ibu...insyaaAllah tak perlu lagi rasa fobia untuk bersalin...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Wednesday, 3 December 2014

PANIK BILA URINE KUNING LEPAS AMBIL SUPLEMEN

Alahai!!! Memang terkejut dan panik bila kencing dan nampak urine betul-betul kuning lepas ambil suplemen. Suplemen apa yang menyebabkan suplemen kita itu kuning?

Aha...siapa yang biasa ambil Vitamin B-Complex pasti akan mengalami situasi urine kuning. Pada mulanya pasti terkejutkan? Tapi usah khuatir dan risau...

MENGAPA URINE KUNING?





Ia merupakan situasi yang normal jika kita mengambil Vitamin B-Complex, urin kita bertukar kepada warna cerah (biasanya urin kita warna kuning cair aje...). Ini kerana Vitamin B-Complex merupakan vitamin larut air dan punca kekuningan itu adalah dari Riboflavin yang tidak diserap dan ianya disingkirkan melalui air kencing dan memberi kesan yang cerah kepada warna air kencing.

Jadi, selepas mengambil B Complex, pastikan pengambilan air kosong yang banyak. Jika kekurangan air, urine kita akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin tadi.

Antara fungsi B-Complex untuk badan kita ialah mencegah anemia, mencegah stress, menguatkan antibodi tubuh, baik untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut, meransang pertumbuhan kanak-kanak, membantu menghasilkan tenaga dan meningkatkan kemampuan berfikir.


TANDA DAN WARNA AIR KENCING





Kenali pula apa tanda-tanda warna air kencing kita dan tanda-tanda yang datang bersamanya:


q  KUNING PUCAT - warna urin normal


q  KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex


q  KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex


q  KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati


q  OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax


q  KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)


q  KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan


q  KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome.


Dengan mengenali warna air kencing kita, senang untuk kita guide apa masalah yang kita alami dan mengambil tindakan segera atas perubahannya.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang B COMPLEX

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Saturday, 29 November 2014

TESTIMONI SEGAR SIHAT SEMASA BERPANTANG

Sesuatu yang biasa kalau lepas bersalin badan kita sangat lemah. Tetapi kita nak yang luar biasa kan? Walaupun lepas bersalin dan semasa dalam proses berpantang, badan kita tetap segar bugar dan cergas.

Ibu-ibu dalam pantang perlukan kecergasan terutama yang bersalin tetapi dalam masa yang sama perlu menguruskan anak-anak yang lain juga. Apa-apa hal perlu ibu juga untuk uruskan perkara-perkara yang ringan. Dan bertambah lagi jika kita tiada pembantu untuk menguruskan rumahtangga. Saya faham dan biasa alami suasana sedemikian.

Untuk kekal sihat dan cergas semasa dalam pantang, ibu-ibu perlu kepada makanan yang cukup nutrisi dan protinnya. Makanan yang berkhasiat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup. Perlu ambil banyak air terutama ketika proses penyusuan. Bukan sahaja untuk keperluan ibu tetapi untuk bayi yang menyusu juga.

Suplemen penting bagi menampung keperluan nutrisi yang mungkin ibu-ibu tak dapat secukupnya dari makanan seharian. Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, Zinc Complex dan ESP yang mana ia banyak membantu ibu-ibu dalam memberi tenaga, mengelak sembelit, membantu mengelakkan susu kering, cepatkan sembuh luka bersalin serta memperkuatkan sistem imunisasi ibu dan juga bayi. Yang bestnya Set Berpantang Shaklee boleh diambil sama ada bersalin normal atau caesarean dan boleh ambil terus sejurus selepas bersalin untuk menambah tenaga. Itulah kelebihannya, semulajadi dan selamat.




Alhamdulliah, kepada yang dah mengamalkan set berpantang secara berterusan dan konsisten dah pun alami keberkesanannya...











Apa yang penting ialah ibu-ibu tidak merasa stress dan sedih kerana bila badan ibu-ibu lemah ia memberikan tekanan kepada ibu-ibu. Ibu-ibu boleh jalani hari berpantang dengan tenang dan gembira serta sihat walafiat buat ibu dan bayi.

Suplemen hanya membantu ibu-ibu bagi mencukupi apa yang diperlukan oleh badan kita. Tetapi ibu-ibu perlu juga kepada rawatan tradisional seperti berurut atau berbengkung bagi memastikan badan ibu-ibu akan tetap sihat dan awet muda. Sebab kitakan nak pakai lama badan kita. Bukan sihat untuk hari ini sahaja tetapi insyaaAllah untuk sepanjang hayat...




Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang Set Bersalin/Berpantang

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....


Tuesday, 18 November 2014

MASALAH KESUBURAN SUAMI ISTERI

Tujuan sebenar perkahwinan adalah untuk memanjangkan lagi keturunan kita. Dan untuk ada keturunan kita memerlukan zuriat sebagai penyambungnya. Pewaris agama, pewaris keluarga... Tetapi ramai juga di kalangan kita yang sukar untuk memperolehi zuriat.

Masalah kesuburan bukan sahaja berlaku pada isteri bahkan juga pada pihak suami. Ada banyak faktor yang menghalang berlakunya kehamilan atau masalah  kesuburan. Faktor yang dikaitkan dengan wanita iaitu keupayaan wanita menghasilkan sel ovum matang yang sempurna, kekuatan tisu rahim bagi menampung kandungan dan hormon yang stabil. Kesuburan lelaki pula berkait rapat dengan keupayaan lelaki untuk menghasilkan sel sperma yang sihat, berkualiti dan kuat serta kestabilan hormon lelaki.

Kesuburan suami isteri penting dalam usaha untuk mendapatkan cahayamata. Supplemen SHAKLEE boleh membantu anda suami isteri bagi meningkatkan tahap kesuburan supaya isteri CEPAT HAMIL!! Bagi pasangan yang telah lama menunggu ZURIAT ini adalah BERITA BAIK untuk anda suami isteri...tetapi mestilah saling bekerjasama ambil supplemen ni bagi meningkatkan tahap kesuburan masing-masing..

VITAMIN UNTUK SUAMI

Penting untuk para suami memiliki tahap kesihatan & kesuburan yang optimal. Menjalani cara hidup yang sihat, bersenam, tidak merokok, tidak minum alkohol, pemakanan yang seimbang.
Semua ini mempengaruhi tahap kualiti & kuantiti sperma suami kerana hampir setengah daripada kesulitan kesuburan dikaitkan dengan masalah sperma.


ZINC COMPLEX
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.


Zink juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.



VITAMIN E
Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.



VITAMIN UNTUK ISTERI

Masalah utama kesuburan isteri kebanyakannya berkait rapat dengan masalah hormon. Period yang tidak teratur, PCOS, lebihan berat badan adalah antara faktor masalah wanita sukar hamil.


GLA COMPLEX 
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).




B-COMPLEX
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural. Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin B Shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.



Walau macamanapun masalah kesuburan yang kita hadapi yag penting kita tidak sekali berputus asa berusaha asalkan mengikut landasan agama dan syariat. Sentiasa berdoa dan bermohon pada Allah supaya dipermudahkan dan dimakbulkan doa Anda suami isteri. Tiada yang mustahil bagi Allah...yakin dan berusaha sebagaimana Nabi Zakaria, Allah kuniakan padanya zuriat walaupun isterinya mandul...hanya dia yang Berkuasa...



Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....