Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Set Detox. Show all posts
Showing posts with label Set Detox. Show all posts

Saturday, 3 January 2015

BADAN BERBAU TENGIK, KAWAN-KAWAN TAHAN NAFAS

Dressing dah lawa, mekap dah cantik tapi malangnya badan berbau tengik. Pernah tak korang alami pengalaman yang cam gitu. Lepas tu mulalah kita ni buat-buat cover hidung dan tahan nafas... Dan yang paling seksa bila kita duduk dalam satu kereta. Rasa nak buka semua tingkap tu....




Kesian kawan kita tu. Sebabnya tuan empunya diri kekadang tu tak sedar yang dirinya ada masalah bau badan. Apa yang terbaik, kawan yang paling rapat dengannya kena slowtalk la kan. Takkan nak biarkan selamanya kawan kita dalam keadaan badan berbau tengik. Kita jugak yang merana karang...

Badan berbau ni bukan sahaja pada orang yang berisi sahaja tetapi orang yang kurus pun ada juga yang alami masalah ini. Ia bergantung pada tahap perpeluhan seseorang. Ada orang yang kuat berpeluh dan ada sesetengah tu tidak berpeluh.

Peluh kita dihasilkan oleh dua kelenjar, iaitu kelenjar accrine dan kelenjar apocrine. Kelenjar accrine ianya berhubung terus dengan permukaan kulit, sifatnya tulen dan jernih seperti air. Tidak menghasilkan bau yang dikeluarkan sejak bayi, Fungsinya untuk mengawal suhu badan selain daripada membuang bahan buangan badan. Biasanya muncul di tangan, punggung, serta dahi.




Manakala kelenjar apocrine terdapat di tempat-tempat tertentu, terutama di daerah perakaran rambut, seperti ketiak, kemaluan, dan di dalam hidung. Cecair yang dikeluarkan lebih likat dan keruh.
Bersifat aktif selepas akil baligh. Kelenjar apocrine mengandungi lemak tepu dengan cecair lebih kental dan berminyak. 

Untuk lebih kita faham, bau badan terhasil bila lemak peluh kita bercampur dengan bakteria. 

MASALAH PENGHADAMAN
Berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna seterusnya menyebabkan bau badan. Selalunya segala makanan yang diambil akan bertukar menjadi sisa buangan atau toksin. Tetapi bila sistem penghadaman tidak betul, toksin yang sepatutnya keluar bertukar terus kekal di dalam badan.

PEMAKANAN
Ada beberapa jenis makanan yang jika kita ambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau. Mereka yang banyak makan daging, telur, ikan dan kacang/kekacang potensi utk dapat bau badan yang busuk adalah tinggi. Ini kerana makanan ini mengandungi banyak Choline (tidak mudah melalui proses metabolism). Kopi dan minuman berkafein dan makanan berempah juga menyumbang bau badan. Makanan berempah mempunyai bawang putih memberi bau pada badan terutama di pelipatan seperti ketiak.

PENYAKIT
Ianya berlaku apabila seseorang yang sebelum ini tak pernah mempunyai masalah bau tetapi tiba-tiba aje badan berbau busuk dan tengik. Masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid antara penyakit yang menjadi punca masalah bau badan.

GENETIK
Ada juga masalah bau badan disebabkan oleh genetik. Kalenjar mereka terlalu aktif jadi sentiasa saja berpeluh. Itu yang menyebabkan masalah bau badan.

CARA ATASINYA

Jadi untuk mengawal masalah bau badan yang tengik tu kita kenalah sentiasa menjaga kebersihan. Malu tau, badan berbau ni. Sah-sah orang akan kata kita ni jenis malas nak mandi kan...huhu.

Antaranya:
- kerapkan mandi
- pilih pakaian fabrik yang longgar dan selesa serta yang jenis serap peluh
- elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
- berhenti merokok

Alfalfa
Terkenal sebagai tumbuhan hijau yang kaya dengan klorofil. Dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang.unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.





Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang ALFALFA COMPLEX

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....











Friday, 5 December 2014

HEALING CRISIS: AMBIL SUPLEMEN TAPI MAKIN TERUK JADINYA

Healing Crisis...siapa pernah dengar dan alaminya? Pengalaman healing crisis saya setelah amalkan suplemen Shaklee memang makin teruk jadinya rasa macam nak demam, badan rasa gatal-gatal dan kepala rasa sakit yang amat. Tetapi saya tetap teruskan ambilnya dengan minum air yang banyak iaitu melebihi 3 liter sehari. Alhamdulillah...ianya hanya sekejap sahaja dan hasilnya selepas itu memang GOJES...



APA ITU HEALING CRISIS?

Iaitu suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Badan kita biasanya rasa tak sedap macam nak demam, kadang tu rasa sakit kepala sangat. Ini adalah kerana tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.

KENAPA BERLAKU BILA AMBIL SUPLEMEN SEMULAJADI?

Ini kerana nutrien itu akan mula bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru.

Badan dah lama tak cuci atau serap yang betul-betul semulajadikan, jadi sementara nak sesuai dengan yang semulajadi dan nak bersihkan karat-karat dalam badan, itu yang sebabkan kita rasa lemah, letih, sakit kepala, mual dan sebagainya. Tapi bila dah berlaku macam tu, janganlah kita salahkan produk tu pula yang teruk dan terus berhenti mengambilnya. Tetapi seharusnya terus mengambilnya dan bersama dengan meminum air putih yang banyak bagi tujuan toksin yang ada dalam badan kita dapat dilepaskan dengan lancar. Dan ianya hanya bersifat sementara sahaja...Jadi tak perlulah risau-risau ya...

Antara kesan lain yang mungkin kita alami:
  • pening/sakit kepala yang teruk/pitam 
  • demam
  • mual/loya
  • sakit pinggang
  • letih
  • mengantuk
  • berpeluh
  • gatal-gatal
  • tumbuh jerawat
  • emosi terganggu
dan sebagainya...

Tapi jangan risau kerana ianya sementara sahaja dan merupakan petanda baik kerana ia telah bertindakbalas dengan tubuh kita.

BAGAIMANA CARA NAK ATASINYA?




Cara untuk mengurangkan simptom healing crisis:

l Minum air putih/air kosong dengan banyak - 25kg berat badan = 1 liter air

l Banyakkan berehat dan bertenang

l Bersabar dengan apa yang dialami

l Berdoa moga dipermudahkan dan dapat laluinya dengan segera


Apa-apa pun nak sihat dan lebih cergas, jadi kena tahan dan sabar untuk buang segala yang dah bertapuk lama dalam badan kita, bagi keluarkan segala toksin setelah macam-macam makanan, lemak yang kita ambil kan... Insyaa Allah bila semua toksin dah keluar dari sel-sel tubuh badan kita, ia akan mula ‘memperbaiki’nya dan 'digantikan' dengan sel-sel yang baru. Perubahan dan hasil yang kita perolehi selepas itu badan kita akan terasa lebih selesa, sihat, bertenaga, ceria dan lebih berseri cantik gitu!!! Insyaa Allah...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang PRODUK SHAKLEE

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....


Thursday, 4 December 2014

BILA WANITA BUNCIT DISANGKA MENGANDUNG

Alahai!!! Malu dan segan rasanya bila ditegur dan ditanya dah berapa bulan mengandung? Nak jawab pun serba salah sebab bukan mengandung bayi tapi menternak lemak!!!



Bayangkan betapa banyaknya lemak sampai orang ingat tahap mengandung tu... Salah satu masalah yang dialami oleh ramai wanita lepas dah beranak-pinak...susah untuk turunkan tang bahagian perut...


Tahu tak FAKTANYA...


* Perempuan dengan lemak ekstra di perut, memiliki kemungkinan 30% lebih besar mengalami migrain daripada perempuan tanpa kelebihan lemak ekstra di perut, bahkan setelah memperhitungkan kegemukan secara keseluruhan.

* Lemak perut juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sekarang, penelitian terbaru menunjukkan, lemak perut juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mengalami migrain, paling tidak sampai usia pertengahan.


Lemak yang menyebabkan perut buncit terdiri daripada dua jenis:

1. Lemak Subcutaneous - lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit. 
2. Lemak viseral - lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga penting mengelilingi organ-organ di dalam perut. 

Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari usus ke hati). Lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat).

Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, maka semakin buncitlah orang itu dan bermakna semakin tinggi risiko anda meghidap penyakit kencing manis, penyakit jantung dan masalah kesihatan yang lain.


Bagi masalah perut buncit di Shaklee kami ada HERB LAX bagi membantu masalah tersebut.



ANTARA KHASIAT HERBLAX SHAKLEE




l merawat masalah sembelit dan melawaskan perut

l meransang usus untuk lebih cepat memproses perkumuhan dan pembersihan najis secara lembut daripada terus tersimpan lama di dalam perut yang boleh menyebabkan toksin

l mengempiskan perut

l mengurangkan ketegangan perut


KANDUNGAN HERBLAX


q Daun Senna
~  Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak

q Buckthorn Bark
~  Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan pada usus.

q Licorice root
~  Membantu proses detoksifikasi

q Fennel Seeds (jintan manis)
~  Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

q Anise seed (biji bunga lawang)
~  Meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

q Rhubarb root
~  Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik

q Blue Malva Flower
~  Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

q Culver’s root
~  Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

q Daun Alfalfa
~  Membersihkan usus, darah dan hati


BAGAIMANA HERBLAX BERTINDAK?


n Menggalakkan pembersihan najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita dengan meransang usus untuk mempercepatkan pembersihan secara lembut dan tak langsung membantu mengatasi masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus.

n Membantu mengempiskan perut dan memberi kepejalan pada perut

n Di ambil secara biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba


ANTARA TIPS UNTUK KURANGKAN PERUT BUNCIT

  • Berhenti merokok!!!
  • Kurangkan atau jangan sesekali mengambil alkohol.
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan lebih banyak kita bersenam, lebih cepat dapat hilangkan lemak dari bandan.
  • Makan secara sihat. Banyakkan ambil makanan berserat tinggi dan berkhasiat iaitu sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan. Makan makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan, ambil susu yang rendah lemak dan wajib kurangkan pengambilan gula.
  • Kurangkan berat badan dengan mengamalkan diet yang sihat serta tingkatkan aktiviti fizikal. Kalau ikut kajian, bila kita banyak dan rajin bersenam lemak pada perut yang akan hilang dulu dari lemak pada bahagian lain.

Jadi apa-apa pun yang penting kita kena jalani gaya hidup yang sihat. Kena ubah cara pemakanan kita, tak nak dah orang tanya kita ni mengandung berapa bulan. Bila dah tak buncit secara tak langsung badan kita pun makin sihat. Badan pun dah tak mengah lagi, tumit pun tak sakit. Insyaa Allah badan sihat, kuat dan cergas... Boleh juga cuba SET DIET SHAKLEE!!!


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang SET DIET SHAKLEE

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Saturday, 22 November 2014

SEMBELIT: PENANTIAN SUATU PENYIKSAAN DAN KENAPA PERLU DETOX

Aha...macam tajuk novel la pulak. Macam best je tajuk tu tapi apa ceritanya. Menanti najis yang tak mahu turun-turun adalah suatu penyiksaan bagi yang menghadapi masalah sembelit. Jangan pandang remeh akan masalah sembelit kerana ia boleh memincangkan semua fungsi anggota badan kita. Bila lama tak membuang, kepala kita pening, duduk pun tak keruan, senak perut semua ada dan punca berlakunya penyakit buasir.



Sembelit berlaku apabila kekerapan membuang air besar semakin berkurangan dan ia bukanlah suatu penyakit tapi merupakan suatu gejala. Ibu hamil, ibu dalam pantang, kana-kanak dan orang tua adalah mereka yang kerap akan terkena gejala sembelit. Biasanya ianya di pengaruhi oleh amalan pemakanan yang tidak sihat seperti kurangnya minum air putih.

TANDA-TANDA SEMBELIT

Antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah sembelit ialah:
~ apabila jarang atau tidak membuang air besar bagi suatu tempoh yang lama
~ najisnya kering dan keras
~ perut kembung, keras, kejang dan sakit
~ gigi diketap dan muka kemerahan apabila menahan untuk buang air besar
~ ada calitan najis lembut di seluar dalam

SEBAB BERLAKU SEMBELIT

1. Kurang minum air
2. Kurang mengambil makanan yang berserat tinggi
3. Kurang pergerakan atau kurang bersenam terutama di kalangan orang tua
4. Selalu menahan diri dari membuang air besar
5. Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat penenang, ubat gastrik atau ubat batuk
6. Perubahan hormon disebabkan oleh hamil atau bersalin
7. Perubahan tempat tinggal seperti melancong atau mengembara
8. Penyakit atau keadaan yang tidak selesa seperti strok
9. Masalah kolon dan rektum
10. Masalah dengan fungsi usus seperti sembelit secara tiba-tiba

CARA MENGATASINYA

• Banyakkan minum air putih iaitu sebanyak 3 liter sehari
• Banyakkan makan sayur hijau dan buah-buahan yang tinggi kandungan serat
• Jangan menahan untuk buang air besar
• Banyak melakukan pergerakan dan selalu bersenam kerana apabila metabolisma meningkat proses peristalsis juga meningkat dan ia akan memudahkan proses membuang

KENAPA PERLU KEPADA DETOX?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Set yang dicadangkan untuk SEMBELIT ialah:-
1. Herblax (Ambil sebelum tidur kerana ia memudahkan proses membuang)
2. Alfalfa (Melembutkan najis)
3.Vitamin C (Mengukuhkan sistem imun badan dan usus)
4. Performance Drink (Menghalang dehidrasi)
5. Peppermint Ginger (Buang angin, perut kembung)


Fungsi Herblax



1. Membersih najis yang tersekat
2. Melancarkan proses pembuangan
3. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama dlm usus.
4. Membantu masalah sembelit kronik
5. Mengempiskan perut
6. Memberi kepejalan pada perut


Fungsi Alfalfa


Fungsi Alfalfa adalah sama seperti Herb lax iaitu membantu melembutkan najis. Cuma Alfalfa ini bersesuaian untuk ibu yang menyusu manakala herblax pula tidak sesuai di ambil oleh ibu yang menyusu bayi kerana bimbang akan memberi kesan kepada bayi.


Fungsi Peppermint Ginger


1. Membantu proses penghadaman
2. Melegakan ketidakselesaan perut dan usus
3. Menghilangkan kembung perut dan melegakan sakit perut
4. Membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus
5. Melegakan masalah pencernaan
6. Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut


Jangan biarkan masalah sembelit menhantui hidup Anda... Segera atasinya jika Anda mahukan kehidupan yang lebih tenang dan aman...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....





Saturday, 1 November 2014

AMBIL SUPLEMEN TAPI MACAM TAK BERKESAN

Dah ambil macam-macam suplemen untuk masalah yang dihadapi tapi macam tu jugak. Tak ada kesan pun?

Contoh dah ambil suplemen Set Kulit tapi jerawat makin banyak ada la...ish...macam geram aje kat suplemen ni dan kat penjual tu. Sedap-sedap aje tipu orang...

Aha....persoalannya kena balik pada diri sendiri pulak...

1) Adakah kita konsisten mengambil suplemen?

2) Adakah betul cara pengambilan suplemen?

3) Adakah kita sudah minum air putih yang secukupnya?

4) Adakah kita selang-selikan dengan pengambilan ubat lain?

5) Adakah kita pengamal kopi yang tegar?

6) Adakah kita stress dengan keadaan sekeling kita?

7) Adakah badan kita terlalu banyak toksin?

Semua persoalan di atas memberi jawapan kepada mengapa suplemen itu tidak memberi kesan yang baik kepada kita....dan yang paling ketara sekali ialah badan kita yang banyak toksin. Untuk pengetahuan nutrien diserap melalui usus kecil. Bila toksin banyak dan kita pulak alami masalah pembuangan, macamana nutrien hendak diserap kan?

Kalau macam tu makan banyak mana suplemen pun tetap tak akan memberi kesan. Dan apa yang paling takut ia membawa kepada "healing crisis" yang teruk. Sampai ada yang akan mengalah dan akhirnya suplemen itu hanya untuk dipandang sahaja....

Antara tanda badan yang banyak toksin ialah:

• Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan

• Insomnia (masalah tidur), mata gelap , mata merah

• Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, rasa cemas

• Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah

• Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut

• Masalah sendi - lenguh lenguh badan

• Masalah kulit – jerawat, eczema

• Selulit, kenaikan berat badan, tanda-tanda penuaan awal


Langkah yang terbaik untuk membuang toksin dengan detox terlebih dahulu iaitu

1. Puasa 

2. Kurangkan makanan berlemak dan bergula

3. Banyakkan makan makanan berserat tinggi

4. Banyakkan minum air putih - 1 liter = 25kg berat badan

5. Makan makanan berkhasiat dan mengambil vitamin tambahan

Atau lakukan detox dengan  Agen Detox Shaklee



Jadi, janganlah kita salahkan  suplemen yang tak berkesan. Suplemen ini sudah melalui proses kajian makmal yang terperinci. Sudah tentu ianya berkualiti, selamat dan berkesan.


Hidup biar selamba dan SIHAT...

Segalanya... bermula disini.... 



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....