Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Set Kesihatan Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Set Kesihatan Lelaki. Show all posts

Friday, 10 April 2015

NO MORE ALASAN UNTUK KURUS KALAU NAK HAMIL

Selalu dikatakan orang yang obes atau berlebih berat badan menghadapi masalah untuk hamil. Sebabnya apabila badan gemuk pelbagai masalah yang akan muncul dan salah satunya adalah masalah hormon yang tidak seimbang.




Apabila hormon tak seimbang sudah tentunya ia akan mengganggu kitaran haid wanita dan seterusnya mengalami kesukaran untuk menentukan waktu subur. Yang paling malang bila haid datang 3 atau 4 bulan sekali. Jika keadaan sedemikian macamana kita nak merancang kehamilan?

Tetapi ada jugak wanita yang obes tiada masalah untuk mengandung. Ini mungkin kerana tidak mengalami masalah haid yang tak teratur. Akan tetapi lain pula risiko yang perlu dihadapi sepanjang kehamilan. Risiko untuk mendapat penyakit kencing manis atau darah tinggi amatlah tinggi.

PCOS (Sindrom Ovari Polistik) merupakan kesan dari masalah kegemukan iaitu punca utama masalah kesuburan. Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna dan tidak mencapai saiz yang sepatutnya untuk disenyawakan
Proses ovulasi akan terganggu samada penghasilan telur yang tidak matang atau tiada ovulasi langsung.



Salur fallopian tersumbat juga sering berlaku kepada wanita yang berbadan besar atau yang mempunyai penyakit kencing manis. Dan ia merupakan salah satu punca juga untuk wanita sukar hamil.

Suami yang OBES juga adalah faktor untuk wanita sukar hamil. Selalunya suami mempunyai sperma yang kurang berkualiti dan tidak aktif.

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Cara mudah nak atasinya ialah dengan menurunkan berat badan sama ada pada isteri yang obes ataupun suami. Kekalkan berat badan yang ideal ikut BMI untuk kekal sihat bukan sahaja untuk hamil tetapi untuk jauhi dari penyakit-penyakit lain juga.

Buang lemak dan toksik dalam badan juga segala yang berkeladak dalam usus.


Set Subur dan Kurus akan membantu membuang lemak yang dah lama bertapuk dalam badan, membuang segala toksik, membetulkan semula hormon yang tak stabil, haid yang tak teratur dan menguatkan rahim serta membina sel-sel baru yang lebih baik....





Luv Sharing - Noni 
Pengedar Shaklee Kulim (921341)
0195553667

Monday, 29 December 2014

SUAMI PERLUKAN VITAMIN C, KENAPA YA?

Kenapa ya suami kita perlukan Vitamin C? Mesti tertanya-tanya kan? Takkan lah suami nak muka cantik jugak. Tapi tak salah kan...sebab lelaki juga nakkan kulit licin, putih, bersih.




Seperti yang kita tahu Vitamin C ialah vitamin larut air yang mudah hilang akibat pelbagai faktor, antaranya radikal bebas dan merokok. Pekerjaan suami kita ada yang terdedah kepada bahan chemical yang boleh mengundang pelbagai penyakit merbahaya. Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik.




Adakah kita pasti Che Abang kita dapat sumber Vitamin C yang mencukupi? Dah la bekerja di tempat yang selalu terdedah kepada pencemaran, lepas tu selalu stress dan bila dah stress rokok jugak yang dicari mereka. Bila dah macam tu makin cepatlah hilang Vitamin C dalam badan. Dah la Vitamin C yang ada dalam badan sememangnya sangatlah tak stabil. Badan kita pulak tak menghasilkan Vitamin C, jadi sudah tentu Che' Abang kita ni sangat perlu mengambil Vitamin C dari sumber luar.


MANFAAT UTAMA VITAMIN C UNTUK SUAMI





Antioksidan
Berfungsi sebagai antioksidan bagi menghalang dari serangan radikal bebas. Banyak penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas seperti sakit jantung, kanser dan penyakit merbahaya yang lain. Vitamin C membantu memperlahankan pertumbuhan tumor. Ia juga membantu menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel badan.

Sistem Imuniti
Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Membantu melawan sebarang jangkitan, menguatkan tulang dan gigi juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Menjaga Kesihatan Jantung
Membantu mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus. Kekurangan Vitamin C menyebabkn saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim.

Kurangkan Stress
Stress adalah satu sebab Vitamin C dalam badan berkurangan. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrealine. Stress mengakibatkan hormon-hormon ini akan keluar lebih dari biasa. Jadi keperluan kepada Vitamin C akan meningkat. Pengambilan bersama B-Complex sangatlah membantu.

Awet Muda
Aha...ingat kita wanita aje nak muda jelita? Orang lelaki pun nak nampak segak hensem jugak walaupun dah berusia. Vitamin C membantu merangsang pengeluaran kolagen. Tapi kolagen ni bukan sahaja berfungsi untuk kulit sahaja ya...tetapi juga untuk kesihatan sendi juga.


Jadi, sekarang kita dah tahu sebab apa Che Suami kita perlukan kepada Vitamin C ini kan... Terutama sekali Che Suami yang kuat merokok sememangnya sangat-sangat perlukan Vitamin C. Tak susah pun, hanya 2 biji sehari sahaja.

Vitamin C Shaklee dikenali sebagai Sustained Release Vit-C Plus. Ianya diekstrak daripada jagung. Keistimewaan Sustained Release Vit-C Plus ialah Vitamin C kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan secara perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 biji oren dalam satu jam.









Siapa tak nak diri kita dan keluarga sihat kan...Amalkan pengambilan Vitamin C secara konsisten dan sudah semestinya memilih yang Semulajadi, Selamat dan Berkesan....




Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang VITAMIN C

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....






Saturday, 20 December 2014

SUMBER MAKANAN YANG KAYA VITAMIN E

Kalau hari ini bila sebut vitamin untuk cantikkan kulit antara yang di sebut ialah Vitamin C, Vitamin E dan juga kolagen. Ketiga-tiga ini memang sangat membantu untuk kita yang menghadapi masalah kulit.



Pada entri saya yang lepas-lepas, saya dah menulis mengenai Vitamin C dan juga kolagen. Dan untuk hari ini kita sembang pula mengenai Vitamin E.


APA ITU VITAMIN E?


Vitamin E iaitu merupakan sejenis vitamin yang mudah larut dalam lemak tubuh sehingga membuat tubuh lebih sihat jika pengambilan mencukupi. Untuk pengetahuan, 60-70% dari Vitamin E akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.



Vitamin E ialah antioksidan yang memberi perlindungan terhadap sistem imun tubuh dalam melawan radikal bebas seperti pencemaran dan amat penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Akan tetapi kita tak boleh terlebih sangat ambil Vitamin E ini dan janganlah terlalu kurang juga. Andaikata kita kurang ambil Vitamin E dalam badan ia akibatnya kulit kering dan kusam, kita terdedah kepada penyakit kardiovaskular serta kanser dan jika terlalu berlebihan pula akan menyebabkan badan kita mengalami pendarahan yang berlebihan dan jika terlebih sangat-sangat mengambilnya ia akan mengakibatkan keracunan. Jadi, apa-apapun kita perlu bersederhana dan ambil ikut keperluan tubuh kita.


SUMBER MAKANAN YANG KAYA VITAMIN E


Vitamin E yang kita tahu tadi, merupakan vitamin larut lemak ini secara semulajadinya boleh diperolehi daripada sayur-sayuran, buah-buahan mahupun sumber haiwan. Sebenarnya bagus sangat-sangat kalau kita dapat pastikan menu seharian kita mempunyai sumber Vitamin E.




Ok, jom kita tengok makanan apa yang kaya dengan Vitamin E. Mula-mula kita kenali sayur apa yang mempunyai sumber Vitamin E.

Sumber sayur-sayuran:

1. Bayam
Bayam menyimpan antioksidan yang cukup tinggi disamping Vitamin E, kalsium dan asid folik juga terdapat dalam sayur bayam.

2. Brokoli
Brokoli merupakan sayur yang paling kaya dengan pelbagai zat vitamin. Mengandungi sumber Vitamin E yang tinggi dan juga makanan pendetoks tubuh yang baik.

3. Sawi
Wah!! sawi ni memang selalu kita ambil dan mudah didapati kan... Aha, jangan kita pandang remeh pada sawi ini ya, sebab sayur sawi ini memang tinggi kandungan antioksidan dalam melawan radikal bebas.

4. Karot
Selain kaya dengan sumber Vitamin A, karot juga kaya dengan Vitamin E. Di dalam setiap 46 gram karot ia mengandungi 0.5mg Vitamin E.

5. Tauge
Tauge memang dipercayai kaya dengan kandungan Vitamin E dan antara makanan yang dicadang untuk kesuburan.

6. Tomato
Selain kaya dengan Vitamin C, ia juga kaya dengan Vitamin E, zat besi dan serat. Patutlah orang yang gemarkan tomato mempunyai kulit yang cantik kan...


Sumber buah-buahan

1. Ceri
Ceri adalah sangat tinggi dalam besi dan flavonoid untuk melawan penyakit. Ia mengandungi kalium, magnesium, vitamin C dan E, folat dan karotenoid untuk pelindung hati. Buah ceri mengurangkan keradangan, sakit artritis, kolesterol yang tidak baik dan risiko kanser. Satu cawan buah ceri mempunyai 88 kalori.

2. Avokado
Merupakan sumber tinggi Vitamin E. Sesetengah buah avokado secara semulajadinya menyediakan lebih dari 2mg Vitamin E.

3. Mangga
Mangga juga kaya dengan sumber Vitamin E dan sebiji mangga tanpa biji iaitu anggaran seberat 207g dianggarkan mengandungi 2.3mg Vitamin E

4. Aprikot
Adalah sumber yang baik untuk vitamin A, C dan E, kalium, zat besi dan karotenoid. Lycopene yang terdapat dalam aprikot membantu melindungi mata dan mencegah penyakit jantung, pengoksidaan kolesterol LDL dan kanser tertentu (terutamanya kanser kulit). Serat yang terdapat dalam aprikot membantu melegakan sembelit. Sebiji aprikot mempunyai hanya 19 kalori.

5. Buah Beri(Berries)
Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap stroke, kanser dan banyak penyakit lain.
  • Blueberries merupakan buah-buahan yang utama dalam senarai buah-buahan antioksidan. Selain memberi manfaat kesihatan yang lain, Blueberries membantu menghalang tekanan darah tinggi, marcular degeneration dan kerosakan otak yang membawa kepada penyakit Alzheimer. Satu cawan blueberries mempunyai 81 kalori dan 4 gram serat.
  • Blackberries mempunyai 74 kalori dan 10 gram serat secawan.
  • Raspberries mempunyai 60 kalori dan 8 gram serat secawan.
  • Strawberries mempunyai 50 kalori dan 4 gram serat secawan sekiranya dihiris.
6. Anggur Merah
Buah ini mengandungi zat besi, kalium, serat dan antioksidan yang kuat untuk melawan banyak penyakit. Anggur berwarna gelap mengandungi sumber flavonoid, anthocyanin dan resveratrol untuk membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Satu cawan buah anggur merah mempunyai 60 kalori.

Sumber-sumber lain

1. Almond 
Almond adalah salah satu sumber vitamin E alami terkaya. 100 gram almond menyediakan 26.2 mg Vitamin E. Apa yang terbaik adalah kita ambil almond dalam keadaan mentah, tapi kita juga boleh mengambilnya dalam bentuk minyak almond atau susu almond.

2. Biji bunga matahari
Merupakan sumber vitamin E yang yang sangat baik. Hanya seperempat cawan biji bunga matahari memberikan 90.5 % dari keperluan vitamin E harian kita.

3. Kacang Tanah
Merupakan sumber yang kaya vitamin E dan salah satu sumber antioksidan yang kuat dalam 
melawan radikal bebas.

4. Gandum
Gandum juga merupakan bahan makanan yang kaya akan Vitamin E. Walaupun dikatakan bahawa gandum yang telah diproses sudah kekurangan nutrisi penting, tetapi ia masih merupakan sumber yang kaya vitamin E.

5. Biji Anggur
Suatu sumber kaya dengan vitamin E, flavonoid dan asid linoleik. Ia mengandungi anti-pengoksidaan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan.

6. Oat
Oat juga merupakan sumber vitamin E, vitamin B, potassium dan zinc yang membuat tubuh dan fungsi otak berfungsi pada kapasiti penuh.

7. Minyak safflower
Mengandungi vitamin E yang tinggi. Bermanfaat dalam menurunkan berat badan, menjaga kesihatan jantung, serta merawat kesihatan kulit dan rambut.


VITAMIN E SHAKLEE

Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Membekalkan vitamin E SELENIUM semulajadi bagi membantu tubuh menyerap vitamin E dengan lebih baik.




Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang penting untuk:
  • menyingkirkan radikal bebas
  • mengurangkan radang (inflammatory)
  • membantu kesihatan otak, kulit dan mata 
  • membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
  • mencegah masalah kalenjar prostat
  • melambatkan proses penuaan

Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang VITAMIN E

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....










.



Friday, 19 December 2014

PROMOSI AKHIR TAHUN VITAMIN E

Alhamdulillah sekali lagi Promosi Vitamin E untuk tahun ini bergabung dengan Vitamin C. Pembelian 6 botol PERCUMA 1 ataupun boleh jugak beli 2 botol dan boleh dapat 5% diskaun gitu. Bestkan....



Jom kita intai sikit info mengenai Vitamin E ini ya...

Vitamin E semulajadi untuk kesihatan jantung, otak, kolon, prostat dan sistem imun
Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidih di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua.


Keistimewaan Vitamin E Shaklee

~ Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta).
~ Membekalkan vitamin E SELENIUM semulajadi bagi membantu tubuh meyerap vitamin E dengan lebih baik.
~ Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT yang penting untuk:

  • menyingkirkan radikal bebas
  • mengurangkan radang (inflammatory)
  • membantu kesihatan otak, kulit dan mata 
  • membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
  • mencegah masalah kalenjar prostat
  • melambatkan proses penuaan

Vitamin E Shaklee bukan sahaja baik utnuk kecantikan tau...malahan bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan. Antaranya:


Adakah kita hari ini sudah mengambil Vitamin E secukupnya?
Untuk 4000IU Vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas, 500ml minyak sunflower, 8kg bayam, 500g badam.



Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang VITAMIN E

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....










.

Saturday, 13 December 2014

KEPERLUAN ANTIOKSIDAN PADA TUBUH KITA

Sejak kebelakangan ini kita kerap mendengar perkataan "ANTIOKSIDAN" dan para ahli kesihatan menyarankan kita banyak mengambil makanan yang tinggi antioksidan. Kenapa ya? Tertanya-tanya jugak kita kan, apakah sebenarnya ANTIOKSIDAN dan apakah peranannya kepada tubuh kita?



SEBENARNYA APA ITU ANTIOKSIDAN?

Antioksidan adalah vitamin, mineral, atau sejenis nutrisi yang berperanan dalam melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat dari radikal bebas.




Kini kita makin memerlukan antioksidan disebabkan banyaknya radikal bebas yang mengelilingi kita saban hari. Radikal bebas adalah penyebab kepada kerosakan sel tubuh. Pencemaran udara, pendedahan kepada sinaran UV, radiasi komputer, gaya hidup yang tidak sihat yang menghasilkan radikal bebas yang akan menyebabkan kerosakan sel DNA, membran sel serta sistem imunisasi manusia. Akibatnya berlaku proses penuaan, atau lebih merbahaya lagi akan menjadi sel-sel kanser.







Antioksidan yang berbentuk vitamin, mineral dan enzim amat perlu bagi melindungi sel tubuh dan memperlahankan kemusnahan serta kerosakan sel dalam badan. Jadi, disinilah peranan antioksida kepada kita iaitu dengan membantu melindungi sel tubuh badan daripada sel radikal bebas. Ia membantu menghentikan proses kerosakan sel dengan cara meneutralkan radikal bebas. 


FUNGSI VITAMIN E

Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang terkenal dengan fungsinya melindungi sel-sel dan tisu dalam badan dari kerosakan akibat radikal bebas. Sumber vitamin E antaranya dari asparagus, buah zaitun, bayam, kekacang, bijirin serta minyak sayur.


Vitamin E Shaklee terdiri daripada d-alpha-tocopherol concentrate lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]. Vitamin E Shaklee lengkap dengan selenium. Tidak sempurna Vitamin E tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.


KEBAIKAN UTAMA VITAMIN E

l Bertindak sebagai antikoagula (anticoagulant) yang mengurangkan kebolehan darah untuk membeku. Ini mengurangkan risiko penyakit strok akibat darah beku dan penyakit jantung.

l Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik.

l Membantu menjaga permukaan dalam salur darah agar sentiasa licin serta mengelakkan pembentukan plak kolesterol.

l Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel badan kita.

l Vitamin E dapat membantu pembesaran tulang yang sihat dengan melawan bahan kimia dan asid yang boleh mengganggu pembentukan tulang.

l Vitamin E membantu fungsi sistem badan seperti :

- Sistem saraf

- Sistem otot

- Sistem pembiakan (proses pembentukan gen)


Seharusnya kita mengimbangi sumber pengambilan makanan kita bagi melawan radikal bebas disekeliling kita serta dibantu oleh sumber suplemen semulajadi bagi mendapat kesihatan yang lebih baik.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang PRODUK SHAKLEE

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....


Friday, 28 November 2014

MASALAH MATI PUCUK: ISTERI DERITA SUAMI LEMAH



Bila kita lihat pada tajuk akhbar diatas bermakna begitu ramai sekali kaum lelaki mengalami masalah Mati Pucuk dan merupakan salah satu punca berlaku perceaian atau isteri curang. Kebiasaannya apabila perkahwinan yang lama yang masih belum dikurniakan cahaya mata, kebanyakkannya pula akan menyalahkan wanita sebagai puncanya.

Sehingga pernah kita dengar yang seorang ibu sanggup arahkan anaknya untuk berkahwin lain semata-mata belum ada cucu dan seratus peratus menyalahkan menantu perempuannya tanpa selidik terlebih dahulu akan keadaan kesihatan anak lelakinya.




Betapa bersabarnya seorang isteri apabila suami mengalami masalah mati pucuk tetapi tidak mengambil berat akan masalahnya. Jadinya penting bagi lelaki juga untuk ada ilmu mengenai masalah kesihatan mereka. Biasanya si isteri akan lebih ambil berat akan kesihatan lelaki kan? Sayangnya isteri pada suami tapi suami jangan buat sambil lewa pulak ya...  Suami pun kena sama-sama ambil berat akan masalah kesihatan meraka. Jom kita gali ilmu mengenai masalah kesihatan suami.

Antara masalah kesihatan yang biasa dialami oleh suami ialah masalah andropos, masalah kesuburan, masalah pembesaran prostat, kanser prostat, masalah sakit dantung dan masalah mati pucuk. Apa yang nak saya sembangkan hari ini ialah mengenai "Masalah Mati Pucuk".

APA ITU MATI PUCUK?





"Mati Pucuk" adalah istilah yang merujuk kepada kegagalan atau ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk melaksanakan fungsi seksual.


SIMPTOM-SIMPTOM


Sebelum menderita Mati Pucuk, seorang lelaki akan mengalami tanda-tanda awal atau dengan istilah lain yang disebut Lemah Tenaga Batin seperti:

~ Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
~ Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
~ Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks
~ Air mani yang tipis atau tidak pekat dan kental 

Istilah perubatan moden menyebut Mati Pucuk sebagai Impotensi dan Disfungsi Erektil. Kegagalan untuk mencapai ketegangan atau ereksi bukanlah satu penyakit, tetapi adalah petanda awal/ simptom. Antaranya puncanya ialah:

~ Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
~ Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
~ Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
~ Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
~ Masalah saraf, stress dan hilang keyakinan diri
~ Kencing dedas atau rasa tidak puas kencing
~ Kegagalan hati dan buah pinggang
~ Penyakit Parkinson
~ Angin ahmar
~ Kesan sampingan ubat-ubatan
Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.

Akibat dari masalah kesihatan rentetan dari penyakit tersebut ia memberi kesan kepada masalah Lemah Tenaga Batin:

~ Ketirisan air kencing ketika melakukan solat
~ Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
~ Kemurungan
~ Kebimbangan semasa hubungan
~ Masalah perkahwinan
~ Masalah kesuburan

Suami-suami perlu peka dan pertingkatkan tahap kesihatan dari sehari ke sehari. Lakukan aktiviti sihat dan hindari perkara-perkara yang tidak elok seperti merokok. Sama-sama bekerjasama dengan isteri bagi tingkatkan kualiti kesihatan sekeluarga.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang Set Kesihatan Lelaki

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....