Salam Ukhuwwah

Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts
Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts

Tuesday, 2 June 2015

APA YANG KITA PANDANG BILA PERTAMA KALI JUMPA ORANG?

Dalam banyak-banyak bahagian kalau kita jumpa orang. Benda yang pertama kita pandang adalah wajah. Betul tak? Apa pandangan kita atau terdetik tak dalam hati kita untuk kita buat kesimpulan pasal muka orang tu?



Macam saya la kan, kalau tengok muka orang tu lesuh mesti balik nanti saya bercerita pada kakak ke atau kawan ke pasal muka orang tu. "Tadikan saya ada jumpa sorang ni, Ya Allah lesuh gebu je kulit dia. Rasa-rasa macamana dia jaga ya sampai cantik macam tu? Produk apa dia pakai ya?" Dan sebaliknya lah...especially kalau dia tu jual produk kecantikan. Mesti perkara pertama kita akan jeling pada kulit wajah dia semasa dia tengah promosi barangnya...hehe. Kebiasaannya macam itu lah.

Jadi kulit wajah kita ni memainkan peranan penting bila kita berjumpa dengan orang. Kalau kulit kita tak banyak masalah. Kita berkeyakinan tinggi aje. Tapi kalau kulit kusam, ada jerawat hitam. Perasaan rendah diri, malu, tak yakin akan penampilan diri, segan nak bercakap dengan orang semuanya ada dalam diri kita.

Menjaga wajah perlulah teliti dan sentiasa berwaspada akan barangan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Elak dari membeli produk yang mengandungi tinggmi merkuri. Periksa dulu apa kandungannya serta betul-betul mendapat kelulusan KKM. Awas! Jangan terlalu teruja untuk pulih masalah dengan cepat. Segala yang segera ini pastinya ada kesan dan akibatnya. Sebab masalah yang kita hadapi bukan pulih dalam masa 2 atau 3 hari atau segera juga tau!

Kenali jenis kulit wajah terlebih dahulu sebelum memilih produk yang betul. Sudah semestinya mencari yang sesuai, semulajadi, berkesan serta berkualiti dan memenuhi piawaian KKM. Suci dan halal juga perlu bagi umat Islam.

Promosi berganda untuk kecantikan kulit dari dalam adalah promosi terbaik menuju hari raya. Bolehlah kita beraya dengan wajah yang lebih berseri. Tiada lagi jerawat hitam, kulit kusam, muka berparut dan kulit berjeragat.




Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)










Sunday, 24 May 2015

SARAPAN NASI LEMAK DAH 2 BUNGKUS TETAPI BELUM LUNCH DAH LAPAR

Siapa sini faveret dia nasik lemak? Rata-rata rakyat Malaysia memang sukalah dengan nasi lemak ni. Sangat sedap dimakan terutama ketika sarapan. Nasi lemak, sambal tumis kaw, ayam goreng berempah dan telur mata. Pergh!! Lengkap dan cukup menyelerakan. Kena elok memang tak cukup sepinggan. Mahu 2 pinggan atau lebih.




Tetapi yang herannya, pekena nasi lemak dah bertambah-tambah. Belum waktu makan tengahari lagi perut dah mula berkeriuk dan mata dah mula layu. Eishk! Apahal pulak cam gini ni..... Nak tahu sebabnya? Aha...kalau nak tahu nasi lemak sebenarnya mengandungi Indeks Glisemik yang TINGGI. Dimana tenaga dilepaskan secara cepat. Takda simpan-simpan lagi dah. Buat kita rasa cepat letih, tak bertenaga, mengantuk dan cepat lapar. Kandungan karborhidratnya juga tinggi. Ia sangat tidak sesuai bagi pesakit kencing manis dan bagi yang merancang untuk turunkan berat badan.



Bila dah cepat lapar, kita pasti akan makan lagi. Dan makanan yang diambil masih lagi yang tinggi Indeks Glisemik. Dan perkara seterusnya berlaku. Lapar dan lapar dan lapar. Signal yang menunjukkan kita perlukan lebih air juga tapi kita sogokkan dengan makanan lagi kepada tubuh kita. Lama-kelamaan badan kita semakin hari semakin berisi.




Sebab itu saya suka ambil TEPUNG SOYA ORGANIK setiap hari. ESP yang tinggi kandungan protein dan RENDAH Indeks Glisemik amat sesuai diambil pada bila-bila masa. Kenyang, kenyang yang lama sebab tenaga dilepaskan secara perlahan. Bila dilepaskan secara perlahan badan kita tak cepat letih, masih bertenaga walaupun dah tengahari. Tak cepat lapar. Memang sesuai sangat untuk pesakit kencing manis, gastrik, yang berpuasa, mereka yang rancang untuk turunkan berat badan, ibu mengandung, ibu menyusu, ibu berpantang dan sesiapa sahaja yang mahukan tenaga, kesihatan yang lebih sihat atau inginkan kulit yang lebih mulus.



Tak cuba tak tahu kan? Bila dah cuba memang terus melekat sebab dah rasai kesan yang BAIK. Ada suami kawan saya yang dulunya tak suka langsung susu tetapi telah dipaksa minum oleh kawan saya tu, aha...sekarang terus melekat sebab dia perasan lekuk-lekuk jerawat dah hilang dan kulit yang mengelupas di tangan dah makin elok. Begitulah kuatnya penangan ESP bila dah amalkan secara konsisten. Bukan setakat kempis perut tapi kulit yang cantik.


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Saturday, 23 May 2015

TIPS MUDAH ATASI MUKA MENGELUPAS KERING SELEPAS BERAKTIVITI TENGAH PANAS

Hari ini saya suka sangat nak kongsikan pengalaman saya dan juga anak perempuan saya untuk atasi masalah kulit muka mengelupas terutamanya lepas beraktiviti tengah panas. Macam anak saya kalau dia balik dari mana-mana camping memang cepat-cepat dia bergegas cari benda ni lepas siap bersihkan diri semua.



Yang paling best, muka yang mengelupas dan bertapuk gelap dan cerah lepas jemur panas tu cepat pulak hilangnya. Sampaikan kawan-kawannya sendiri hairan, apa yang anak saya ni pakai...?

Aha...nak tahu tak? 
Biasa kalau ikut kaedah tradisional kita tempek muka dengan minyak zaiton, aloe vera atau susu yang dicampur dengan madu. TETAPI kaedah saya guna pun senang tau...

Yang pertama...saya guna VITAMIN E Shaklee
Caranya mudah sesangat...Amalkan pengambilan Vitamin E Shaklee secara konsisten. Makan setiap hari. Kesannya dah boleh nampak dalam 2 minggu.


Kalau nak tahu, Vitamin E bukan hanya sekadar untuk makan sahaja. Tetapi boleh dibuat masker jugak ya, untuk hilangkan muka mengelupas dan kering kita tu...caranya hanya cucuk Vitamin E dengan jarum atau gunting sikit hujung kapsul Vitamin E, picit-picitkan untuk keluarkan isinya dan seterusnya sapulah di muka kita serata mungkin. Bila dah agak-agak dah kering lebih kurang 30 minit, bolehlah cuci sebersih-bersihnya. Muka akan rasa lebih lembap gitu...buatlah 3 kali seminggu. Boleh nampak kesan yang awesome tau!

Yang kedua...saya ambil ESP Shaklee
Apa yang perlu kawan-kawan buat hanya shake kan ESP setiap hari. Tak kiralah samada pagi ke, tengahari ke atau waktu petang. Yang penting hari-hari. Ada kawan saya ni bukan setakat muka mengelupas makin bersih tapi parut-parut jerawat dia makin ketara hilang.



Macam vitamin E juga tadi. ESP pun boleh dibuat masker. Saya suka sapu ESP sebab muka saya yang jenis berminyak ni dah kurang minyaknya. Sekarang muka saya lebih lembap dan makin cerah. Biasanya saya bancuh buat masker kosong aje, kalau nak lebih kreatif boleh campurkan dengan yogurt kosong ataupun madu.

Mesti ada yang tanya? Takkanlah kot ESP ni boleh cerahkan muka dan lembutkan kulit muka? ESP soya organik akan bantu lembutkan muka dan jadikan muka kita lebih cerah dan tak berminyak...kena buatlah kalau nak tahu hasilnya...

Manfaatkan apa yang ada di sekeliling kita untuk jadi lebih sihat dan lebih cantik. Cuma pastikan ia selamat digunakan. Macam saya dan keluarga saya suka manfaatkan produk Shaklee yang saya amalkan. Benda berkualiti jadi kesan pun pastilah TERBAIK...


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)


Friday, 6 March 2015

TIPS CEPAT TURUN BERAT BADAN LEPAS BERSALIN

Satu masalah bagi ibu-ibu lepas bersalin bila berat badan yang diharapkan turun lepas bersalin tapi tak jugak turun-turun. Nak diet sakan pun tak boleh sangat sebab tengah menyusu baby.



Jom saya share sikit tip untuk turun badan dengan cepat lepas bersalin.

1. Jaga pemakanan semenjak dari dlm pantang lagi. Kawal jumlah kalori yang diambil dan kurangkan pengambilan karbohidrat.

2. Minum air putih mengikut berat badan kita. 1liter air untuk 25kg berat badan.

3. Kurangkan pengambilan gula.

4. Cukupkan nutrisi dalam badan supaya badan lebih sihat sebab kita kan menyusu baby jadi keperluan kepada nutrisi amatlah penting.

Apa yang penting buat ibu-ibu ialah susu tetap banyak, tapi badan tetap berada dalam berat badan yang ideal.

Kalau nak tahu dalam video ini, ibu ini berjaya turunkan berat badan sebanyak 20kg tau. Jom kita tengok apa rahsia ibu ini.


 
Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.


ESP adalah suplemen yang bagus untuk ibu-ibu amalkan. Bukan sahaja ianya mengenyangkan tetapi juga membantu untuk membanyakkan susu ibu juga. Memberi tenaga kepada ibu dan yang best juga dapat memudarkan stretch mark ibu-ibu semasa hamil.



Sempena Promosi ESP pada bulan ini. Rebut peluang untuk dapatkan ESP buat ibu-ibu semua.

Hidup biar selamba dan SIHAT...

Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang SET DIET SHAKLEE

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah

***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....




Thursday, 25 December 2014

PERASAAN FOBIA NAK BERSALIN

Setiap ibu pasti akan merasai fobia atau perasaan takut nak bersalin. Lebih-lebih lagi bersalin anak sulong atau anak kembar. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kita masa tu kan... Sejuk, panas, menggeletar semua ada. Tapi kita sebagai umat Islam hanya berserah sepenuhnya pada Allah.




APA yang menyebabkan ibu-ibu ini fobia untuk bersalin? Kalau Kita dengar pengalaman daripada ibu-ibu, macam-macam pengalaman mereka alami menjadikan mereka fobia untuk bersalin. Ada yang fobia dari seawal kehamilan lagi.

Antara fobia yang ibu-ibu alami:


Alahan teruk seawal kehamilan


Ibu-ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tiada daya untuk bangun, makan dan minum. Ada yang alami sehingga 3 bulan sahaja dan yang paling teruk sehingga melahirkan bayi.


Alami masalah kesihatan ketika hamil
Ada ibu-ibu merasa fobia untuk bersalin apabila mereka menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjadikan hospital sebagai rumah kedua. Ibu-ibu yang mendapat penyakit yang memberi risiko kepada ibu dan bayi perlu sentiasa mendapat pemantauan dari doktor pakar. Antara penyakit yang biasa ialah penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tekanan darah rendah. Disebabkan penyakit-penyakit tersebut membuatkan ibu-ibu fobia untuk bersalin.


Alami masalah sukar untuk bersalin


Kepayahan serta kesukaran ibu-ibu untuk bersalin seperti terlalu lama merasa sakit bersalin, ibu-ibu yang terpaksa di 'induce' untuk bersalin, ibu terpaksa bersalin menggunakan kaedah vacum atau forcep ataupun terpaksa menjalani pembedahan untuk bersalin adalah punca kepada fobia ibu-ibu.


Cara jahitan selepas bersalin



Antara pengalaman yang saya alami adalah apabila saya dijahit selepas ubat kebas dah hilang rasa kebasnya dan sakit yang saya alami, Allahu hanya tuhan sahaja yang tahu bila ubat kebas dah tak ada. Dan cara jahitan yang kasar memberi kesakitan dan kesulitan buat saya semasa dalam tempoh nak baik tu.


Alami sembelit ketika berpantang
Suatu pengalaman yang perit bagi ibu-ibu yang ialah alami sukar membuang ketika berpantang. Takut luka jahit terbetas. Ibu-ibu berpantang perlu minum air masak sebanyak mungkin dan banyak mengambil sayuran bagi mengelakkan sembelit. Alhamdulillah saya tak alami masalah sembelit. Amalan banyak makan sayur sawi, banyak minum air masak dan amalkan makan buah Oren Sunkist banyak membantu saya elak daripada sembelit ketika berpantang.


Alami luka jahitan lambat sembuh
Luka yang lambat sembuh menyukarkan pergerakan ibu-ibu. Ada sesetengah ibu mengalami bentan luka jahitan sampai bernanah dan sebagainya. Luka jahitan perlu dijaga rapi untuk mengelak berlaku jangkitan kuman. Perlu mengambil sumber makanan yang tinggi zink dan vitamin c bagi mempercepatkan proses baiknya.


Set Hamil dan Set Bersalin Shaklee sebenarnya amat membantu ibu-ibu yang biasa mengalami masalah awal kehamilan dan ketika dalam pantang. Keperluan ibu hamil dan ketika berpantang kepada nutrisi amat penting dan amat membantu ibu-ibu.




Set hamil yang secara asasnya terdiri dari Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex dan ditambah lagi dengan Omega Guard serta ESP amat membantu ibu-ibu hamil dari segi tenaga, kawalan emosi, keperluan asid folik, kalsium serta membantu menstabilkan tekanan darah dan hemoglobin. Ia bukan sahaja baik untuk IBU Malayan baik juga untuk tumbesaran bayi.




Set bersalin Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex, Zinc Complex dan ditambah lagi dengan Alfalfa serta ESP akan membantu ibu-ibu untuk jalani proses berpantang dengan lebih baik, lebih bertenaga, luka yang cepat baik, elak sembelit juga sebagai milk booster ketika penyusuan.

Apa sahaja masalah yang dialami oleh ibu-ibu baik ketika hamil mahupun semasa bersalin anggaplah sahaja ianya sebagai pengampunan dosa daripada Allah. Amat besar pahala yang ibu-ibu dapat dari awal kehamilan sehingga ke bersalin. Amalkan surah-surah amalan juga doa ketika hamil dan juga ketika hendak bersalin. Lakukan solat-solat sunat supaya dipermudahkan urusan ibu-ibu...insyaaAllah tak perlu lagi rasa fobia untuk bersalin...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Tuesday, 2 December 2014

SOYA...BAIK & BURUKNYA

Sebut pasal soya, bahaya ke soya ni? Soya begitu ramai penggemarnya termasuklah diri saya ini. Ingat lagi semasa mengandung anak pertama. Orang kata minum soya bagus nanti kulit anak cantik, putih, gebu. Memang saya pulun minum soya la masa tu tapi ilmu tentang soya tak cukup. Main ikut apa yang orang kata aje... Sekali anak keluar memang kulit agak cerah tetapi sampai ke besar dan dah anak dara pun kulitnya agak sensetif, cepat berparut nak-nak kalau kena gigit nyamuk. Asalnya gatal kecik aje lama-lama jadi kudis. Dan untuk anak kedua dan ketiga saya macam dah fobia dengan soya...




Kemudian bila dah ada info di hujung jari ni, mulalah gali-gali ilmu tentang soya... Dari apa yang saya baca info tentang soya ini... ianya ada kebaikan dan keburukannya, dimana keburukannya adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri... sebab setiap apa yang Allah jadikan atas muka bumi ini mesti ada hikmahnya...betul tak? Sebab itu setiap benda ambil secara sederhana. 

Jom kita tengok dimana keburukan soya ini. Pada namanya ke? Pada cara memprosesnya ke? Atau semasa pembenihannya? Aha...macam cerita Nujum Pak Belalang pula soalannya kan? 


KEBURUKAN SOYA



1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya dah tak semulajadi lagi...

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:
* kembung perut,
* kekurangan asid amino,
* kerosakan pankreas.

6. Cara pemprosesan soya itu sendiri. Ada pengeluar hasil soya membasuh soya itu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang tetapi timbullah pula unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan yang akan menyebabkan NYANYUK...


Sebab itu ilmu perlu cukup. Gali ilmu untuk kita ketahui apa ciri-ciri soya yang bagus. Jangan bila orang kata soya ni bagus terus hentam sampai bertong-tong. Bukan soya sahaja yang tak selamat sekarang tau!! Ayam, telur atau apa-apa makanan yang merubah dari ciptaan asalnya memang dah tak bagus untuk diambil. Tak semulajadi lagi...


BAGAIMANA MEMILIH PRODUK SOYA YANG BAIK DI PASARAN?


q PILIH YANG ORGANIK
- Ambil dan pilih produk yang semulajadi dan organik. Produk yang tidak organik menggunakan baja kimia, pestisid dan macam-macam lagi. Kesannya ia mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitratnya. Kandungan nitrat yang tinggi akan membawa risiko KANSER!!!

q BEBAS BAHAN KIMIA
- Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan “heavy metals”, bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga. Pastikan ianya soya NON GMO kerana soya GMO lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin.

q CARA PROSES SOYA
- Barangan soya sensitif terhadap kontaminasi, jadi mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(UKAS), barulah dikatakan selamat dimakan. Cara penghasilannya pula tidak menggunakan alkohol. Kacang soya yang dibersih menggunakan alkohol akan mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang. 

q MENGANDUNGI 9 ASID AMINO PERLU
-  Pastikan ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium. Tubuh badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.
q KANDUNGAN NISBAH PROTIN
- Pastikan nisbah protein kepada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya tidak menjadikan kita gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal. Pastikan juga ianya tidak diproses menggunakan haba bagi mengekalkan kandungan protinnya.

q BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN
- Pastikan bahan itu disingkirkan kerana ia akan menyebabkan fungsi tubuh terganggu dan meningkatkan risiko kanser.

q BEBAS DARIPADA URINASE ENZYME
- Ianya bagi mengelakkan masalah gout

q MESTI DITAMBAH UNSUR KALSIUM
- Semasa kacang soya diproses minyaknya akan terbuang dan menjadikan soya makanan berasid yang boleh menyebabkan kerapuhan tulang dan bagi meneutralkannya semula unsur kalsium perlu ditambah kedalamnya.

q TIADA PEWARNA DAN PERASA TIRUAN
- Pastikan soya itu Halal, bebas laktosa, bebas kolesterol, bebas kafien, tiada perasa dan pewarna tiruan.



ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

● Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)

● Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan

● Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

● 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya

● Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone

● Rendah lemak, tanpa kolestrol

● Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ESP

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan dan bagi mencegah osteoporosis.

2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.

3. Memberi rasa kenyang bagus bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri. Menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit, meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan serta memberi ton warna kulit yang sekata.

5. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu.

6. Membantu mengurangkan risiko kanser.

7. Bertindak sebagai antioksida.

8. Menguatkan sistem imun tubuh.

9. Mempertingkatkan tahap kolestol baik 

10. Memelihara kesihatan jantung.

11. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

12. Membantu pembentukan sel-sel baru. 

13. Membantu menyembuhkan gastrik.

14. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.

15. Membantu membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur.


Sebagai pengguna kita sepatutnya mencari yang berkualiti, semulajadi, selamat untuk diminum dan diambil.  Bijak memilih dan bijak menggunakannya...



Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang ESP

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....









Saturday, 29 November 2014

TESTIMONI SEGAR SIHAT SEMASA BERPANTANG

Sesuatu yang biasa kalau lepas bersalin badan kita sangat lemah. Tetapi kita nak yang luar biasa kan? Walaupun lepas bersalin dan semasa dalam proses berpantang, badan kita tetap segar bugar dan cergas.

Ibu-ibu dalam pantang perlukan kecergasan terutama yang bersalin tetapi dalam masa yang sama perlu menguruskan anak-anak yang lain juga. Apa-apa hal perlu ibu juga untuk uruskan perkara-perkara yang ringan. Dan bertambah lagi jika kita tiada pembantu untuk menguruskan rumahtangga. Saya faham dan biasa alami suasana sedemikian.

Untuk kekal sihat dan cergas semasa dalam pantang, ibu-ibu perlu kepada makanan yang cukup nutrisi dan protinnya. Makanan yang berkhasiat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup. Perlu ambil banyak air terutama ketika proses penyusuan. Bukan sahaja untuk keperluan ibu tetapi untuk bayi yang menyusu juga.

Suplemen penting bagi menampung keperluan nutrisi yang mungkin ibu-ibu tak dapat secukupnya dari makanan seharian. Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, Zinc Complex dan ESP yang mana ia banyak membantu ibu-ibu dalam memberi tenaga, mengelak sembelit, membantu mengelakkan susu kering, cepatkan sembuh luka bersalin serta memperkuatkan sistem imunisasi ibu dan juga bayi. Yang bestnya Set Berpantang Shaklee boleh diambil sama ada bersalin normal atau caesarean dan boleh ambil terus sejurus selepas bersalin untuk menambah tenaga. Itulah kelebihannya, semulajadi dan selamat.




Alhamdulliah, kepada yang dah mengamalkan set berpantang secara berterusan dan konsisten dah pun alami keberkesanannya...











Apa yang penting ialah ibu-ibu tidak merasa stress dan sedih kerana bila badan ibu-ibu lemah ia memberikan tekanan kepada ibu-ibu. Ibu-ibu boleh jalani hari berpantang dengan tenang dan gembira serta sihat walafiat buat ibu dan bayi.

Suplemen hanya membantu ibu-ibu bagi mencukupi apa yang diperlukan oleh badan kita. Tetapi ibu-ibu perlu juga kepada rawatan tradisional seperti berurut atau berbengkung bagi memastikan badan ibu-ibu akan tetap sihat dan awet muda. Sebab kitakan nak pakai lama badan kita. Bukan sihat untuk hari ini sahaja tetapi insyaaAllah untuk sepanjang hayat...




Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang Set Bersalin/Berpantang

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....


Monday, 10 November 2014

MENU SESEDAP RASA...EMM YUMMY!

Aha...hari ni saya nak kongsi MENU SESEDAP RASA bersama SHAKLEE... Hehe...macam chef kat TV pulak la... Istimewa untuk anda nak-nak yang tengah berdiet...memang sesuai sangat-sangat..

Di Shaklee kita ada minuman ESP, Meal Shakes, Performance Drinks, Vivix dan Collagen. Bila dah beli sesetangahnya kadang tu tak berapa nak lalu minum macam tu saja. Iyalah...citarasa kita bukannya sama kan...tetapi sebenarnya kalau kita pandai menolahnya dan jadi lebih kreatif...tersangatlah sedap rasanya.


Resepi Sedap ESP

Kegemaran saya, saya shakekan dengan air buah pilihan saya... Boleh jugak di Shake kan dengan air twister, ribena atau apa yang menjadi kegemaran Anda.




Tapi kalau yang sedang berdiet sudah tentu kena kurangkan pengambilan minuman bergula kan...
Dan ini merupakan yang paling saya suka. Sebabnya kenyang perut sampai ke malam. Ditambah lagi dengan kandungan ESP yang rendah Indeks Glisemik. Dimana gula di dalam ESP dilepaskan secara perlahan-lahan kedalam badan. Jadi bertamh kenyang dan bertenaga gitu. Inilah ESP bersama OAT...



Nak tambah tenaga lagi plus kulit yang Awet Muda dan kesihatan yang lebih baik lagi...
Kreatifkan diri dengan menu yang lebih sedap...


Aha...! Nampak sejuk dan freshkan? Kalau berbuka dengan Performance drinks dan Vivix ni memang terasa kesegarannya. Menghalang berlakunya dehidrasi.

Untuk resepi yummy ni kita sebagai ibu kenalah jadi lebih kreatif mencipta menu. 
ESP blend dengan kurma, strawberi, kismis. Boleh juga dicampur dengan Meal Shakes. Semuanya bergantumg atas kreativiti masing-masing... Emm...bila nampak performance drinks sejuk ni dicampur dengan vivix rasa terliur la pulak kan... Jom pekena segelas...



Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah

***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....











Saturday, 8 November 2014

ELAK TUA SEBELUM WAKTU CUKUPKAN PROTEIN DALAM BADAN

Pernah tak kalau jumpa kawan-kawan lama dan kawan-kawan tu tegur...Wah!!! Lain lah sekarang. Maintain cantik atau wajah tak berubah, sama gak macam dulu. Tapi kalau wajah dah tua mesti kawan tu senyap aje kan...kalau kata nampak tua sangat nanti tak pasal-pasal pulak bermasam muka... Tapi kita mesti seronok bila kawan tegur makin VOGUE kan...



Tua sebelum tiba masanya iaitu maksudnya umur baru 30an atau awal 40an tapi dah nampak macam 60an. Itu keadaan luaran, keadaan dalaman kita tak tahu lagi? Ya Allah minta tuhan jauh kan. Sebabnya kita kalau boleh biar dah berumur lebih pun tapi umur dalaman biarlah muda dan kita pula masih kuat untuk melakukan ibadah. Kalau badan tak sihat ibadah kita juga akan terganggu.

Salah satu penyebab kita nampak cepat tua ialah dengan kehilangan protein dalam badan.

KENAPA KITA PERLUKAN PROTEIN?
Badan kita amat memerlukan protein bagi membentuk struktur asas badan seperti otot, organ, kalenjar, tulang dan gigi. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan kompenan utama kepada hormon manusia. 

Protein ialah suatu bahan organik yang kompleks. Asid amino ialah unit asas protein. Protein juga bertujuan untuk membina sel, memperbaiki tisu, pembinaan enzim, antibodi dan hemoglobin malahan ia juga membekalkan tenaga.

APA AKAN JADI BILA KITA KEKURANGAN PROTEIN?

  • Badan kurang tenaga dan rasa lemah
  • Otot kecil
  • Kehilangan selera makan
  • Perut buncit akibat pengumpulan bendalir tisu
  • Pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak
  • Muka cengkung
  • Kulit mengelupas
  • Kulit bersisik
  • Kulit berkedut
  • Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya
  • Muka penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam
  • Bekas gigitan serangga yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan
  • Rambut rosak, menipis, bercabang dan akhirnya botak.
  • Kuku yang cepat patah


ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE




 • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

• Energizing Soy Protein membekalkan tenaga yang berterusan kepada kita. Ianya mampu bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian membantu menyokong tulang yang kuat.

• Isoflavones pula berfungsi meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

• Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) dimana penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari bermula dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

• Energizing Soy Protein dijamin Halal, tanpa laktosa, kolestrol dan bebas kafein. Ianya tidak akan menyebabkan gemuk.


AWET MUDA DENGAN ESP jika ianya diambil secara berterusan dan konsisten. Ianya meransang pembentukan semula kulit dan otot, Merupakan agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit, mengurangkan kesan parut dan kepejalan otot serta meningkatkan tenaga dan sistem imun. Bila badan dah cukup PROTEIN yang berKUALITI barulah kita TAK TUA SEBELUM WAKTUNYA...


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah

***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....


Thursday, 16 October 2014

ESP BANTU KAWAL SELERA MAKAN?

Payahnya mulut ni nak berhenti mengunyah. Macamana nak turun badan dengan cepat kalau asyik lapar dan mulut asyik mencari makanan.

Nampak segala jenis makanan rasa terliur...macamana tu?



ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

● Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)

● Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan

● Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

● 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya

● Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone

● Rendah lemak, tanpa kolestrol

● Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi

Kesan yg paling popular protein terhadap kesihatan adalah ianya mampu untuk mengawal rasa lapar dengan secara tak langsung ia mampu untuk kawal nafsu selera makan Anda.


Bagaimana ianya berfungsi?

✏ Apabila protein diserap ia akan menghantar signal kepada otak untuk menurunkan rasa lapar

✏ Kepentingan lain protein adalah ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot

✏ Protein juga membantu dlm pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gula dalam badan kita...

Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisma anda...

Kandungan ESP yang rendah Indeks Glisemik (GI)

✏ GI iaitu scale pembebasan glukos dan seterusnya kepada tenaga selepas pengambilan makanan berkarbobidrat.

✏ Karbohidrat dalam makanan tercerna dengan cepat dan menghasilkan glukos seterusnya tenaga dengan cepat
>> Makanan ini Indeks Glisemiknya tinggi

✏ Karbohidrat yg tercerna secara perlahan dan secara perlahan juga bebaskan glukos & tenaga
>> Makanan ini rendah Indeks Glisemiknya. ESP sumber makanan yang rendah Indeks Glisemik.

Sebab tu ESP amat sesuai bagi pesakit diabetis, mereka yang ingin kekalkan berat badan atau turunkan berat badan, atlit dan mereka yang inginkan tenaga kekal lebih lama di dalam badan serta mereka yg berpuasa juga...


Antara Tips-Tips Untuk Kawal Selera Makan:-

1. Jangan skip waktu makan.
2. Makan 5-7x sehari tetapi kuantiti yang lebih kecil dan pastikan ia tidak melebihi bajet kalori seharian.
3. Pastikan setiap hidangan ada sumber protein yang baik. Protein lebih mengenyangkan.
4. Ingat. Ia ambil masa lebih kurang 20minit daripada suapan pertama untuk berasa kenyang.
5. Tingkatkan pengambilan makanan berfiber.
6. Kurangkan simple sugars – sememangnya ia tidak mengenyangkan.
7. Jangan simpan makanan “merepek” di rumah. Pastikan ada snek rumah yang lebih baik.
8. Jangan tak makan

Sumber - Kevin Zahri
Bagi diri saya sarapan dengan ESP memang membantu mengetatkan perut saya dan bertenaga untuk buat kerja. Perut tak masuk angin dan kepala pun tak pening. Kadang sampai tengahari pun pasih tak terasa nak makan. Dan yang bagusnya kita makan sebelum lapar, jadi kita tak kemaruk nak makan macam-macam....bestkan...memang berbaloi bagi yang nak turunkan berat badan...

Hidup biar selamba dan SIHAT...

Segalanya... bermula disini.... 



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Monday, 6 October 2014

ESP SHAKLEE untuk Awet Muda?

Dengar macam best kan...macam simple aje? Macam senang aje?
Macamana tu?




Sebenarnya protein ESP ni terdiri dari Asid Amino. Asid amino ni penting bagi membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit.

ESP boleh hilangkan parut?
Di sinilah tugasnya asid amino tu...
Ia akan menggantikan sel-sel kulit lama dgn membina sel-sel kulit baru. Macam parut jerawat, parut hitam jeragat, kesan hitam semasa hamil, stretch mark akan berkurang dan lama2 hilang jika mengamalkannya secara konsisten...

Haa...begitulah ceritanya...bagaimana ESP membantu anda lebih berseri dan AWET MUDA...
Jadi bila di kombinasikan dgn Vitamin C, Vitamin E atau GLA Complex maka akan memberi kesan yg lebih "mantop" gitu...

Vitamin C ianya bantu merangsang pembentukan kolagen...bantu pulihkan kulit kering, kasar, ruam serta sekat pembentukan pigmentasi...Pigmentasi ni merupakan penyebab utama jadinya jeragat.
Antioksida hebat bantu lindungi dari radikal bebas, melindungi kulit dari sunburn, kurangkan kedutan dan tanda penuaan serta membantu menguatkan imun badan

Vitamin E membantu melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

GLA Complex kandungan 2x EPO, Vitamin E, minyak sun flower. Membantu tangani masalah hormon tak stabil. Tanda-tanda hormon tak stabil ialah antaranya period lama, period banyak, jarang period, senggugut teruk, kulit jeragat, jerawat, kusam...

Perlu ke ambil semua suplemen tersebut?
Tak adalah, boleh aje dikombinasikan dengan salah satu iaitu sama ada:-
1. ESP + VITAMIN C
2. ESP + VITAMIN E
3. ESP + GLA COMPLEX
ATAU
4. ESP + VITAMIN C + VITAMIN E + GLA COMPLEX

Andai kakak-kakak, adik-adik berhajat untuk dapatkan salah satu dari SET KOMBO jangan segan-segan untuk hubungi saya...



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Friday, 3 October 2014

ESP SHAKLEE...KENAPA RAMAI YANG TAKUT AMBILNYA?

ESP SHAKLEE Kenapa ramai yang takut ambilnya? ESP iaitu singkatan untuk Energizing Soy Protein. Produk serbuk minuman soya yang paling HANGAT ni, tapi kenapa ramai yang takut nak ambilnya, kenapa ya?

Kata paling HOT, paling HANGAT kan? Antara sebabnya ialah kerana takut ramai yang JEALOUS dengan perubahan yang akan kita alami bila dah consume dengan ESP. Kesan yang kita dapat bagi yang amalkannya, ibu menyusu susu makin meriah, yang berdiet badan makin turun KGnya, yang ada jerawat atau jeragat kulit muka makin licin dan sihat, setiap hari badan makin bertenaga, Che Abang pun makin sayang sebab Che Adik makin berseri-seri gitu...

Jom kita kenali produk TERHANGAT DI PASARAN ni...



ESP...
  • Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian dalam kata lain kalau badan kita tak cukup nutrisi jadi ESP akan bantu untuk membekalkan nutrisi kepada badan kita.
  • Ianya berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
  • Telah terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk aktiviti harian yg lebih aktif.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
  • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak yang sangat minimum iaitu hanya (1gm)
  • Tanpa laktosa ~ Kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • ‘Kepelbagaian’ sebabnya boleh dicampur atau di shake dengan sebarang minuman atau jus buah yang kita sukai  kecuali kopi dan teh.

TAHU TAK?

Kandungan 1 hidangan ESP bersamaan 2 kali lebih besar dari daging, 4 kali lebih besar dari telur serta 12 kali lebih besar dari susu. Juga rendah lemak,rendah kolestrol dan mudah diserap oleh tubuh.


KENAPA RAMAI TAKUT AMBIL ESP SHAKLEE?
  • Perubahan pada kulit wajah kita yang semakin cantik, halus,gebu dan berseri
  • Ia akan bantu hilangkan parut jerawat, bintik hitam, jeragat di muka.
  • Ia akan berikan tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  • Perubahan pada kulit yang semakin anjal dan anjalkan semula payudara yang kendur.
  • Kita akan rasa cepat kenyang dan secara tak langsung bantu dalam penurunan berat badan. 
  • Bagi ibu menyusu ia membantu tingkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak.
  • Ia juga bantu hasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim jadi sudah tentu bayi kita akan rasa cepat kenyang dan kuranglah ragamnya
  • Bagi ibu hamil, ia membantu dalam perkembangan fetus dan kesihatan ibu hamil di tahap optimum
  • Mereka yang alami masalah kesuburan, ESP akan bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna seterusnya menaikkan tahap kesuburan dan tingkatkan peluang ibu-ibu untuk hamil.

SIAPA PERLUKAN ESP?
  1. Ibu yang sedang hamil
  2. Ibu yang sedang menyusukan anak
  3. Mereka yang mahu kurangkan berat badan
  4. Mereka yang ada masalah kulit muka dan nakkan perubahannya
  5. Mereka yang baru lepas menjalani pembedahan
  6. Mereka yang mahukan tahap kesihatannya lebih baik 
  7. Mereka yang ada masalah sukar hamil
  8. Mereka yang mahu rasa aktif dan bertenaga sepanjang hari
  9. Mereka yang mahukan rasa bertenaga sepanjang berpuasa

Jadi sekarang dah tahukan Kenapa yang ramai takut nak ambil ESP Shaklee? Kalau ianya memberikan banyak manfaat dan kebaikannya sudah tentu ramai yang akan JEALOUS akan perubahan diri kita kan? Apa yang penting kesihatan kita akan lebih baik dari sebelumnya...
Segalanya Bermula Di Sini....


Untuk konsultasi percuma dan sembang-sembang pasal produk Shaklee...
Jangan segan-segan hubungi saya ya...


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....