Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Sembelit. Show all posts
Showing posts with label Sembelit. Show all posts

Thursday, 25 December 2014

SEMBELIT PADA WANITA BAHAYA TAK?

Setiap diri kita pasti pernah melalui situasi sembelit kan... Amatlah siksa jika kita tak dapat menunaikan hajat kita. Rasa macam tak keruan hidup kita bila beberapa hari tidak dapat menunaikan hajat secara sempurna.




Sembelit dikatakan sebagai gejala dan ianya bukanlah penyakit.

Antara simptom-simptom sembelit ialah:

  • Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras
  • Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
  • Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.
  • Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.

Sembelit adalah derita buat kaum wanita. Perut akan terasa membuncit dan segah apabila tidak dapat melakukan proses pembuangan secara sempurna selama berhari-hari. Wanita yang berusia 18-55 tahun biasanya akan cenderung mengalami masalah pencernaan terutama sembelit.

Antara sebab wanita sering mengalami sembelit:

● Wanita mempunyai salur sfinkter dan otot perut yang lebih lemah berbanding dengan lelaki. Ia merumitkan wanita untuk buang air besar

● Wanita lebih cenderung menahan untuk membuang air besar ketika di tempat awam di sebabkan rasa tidak selesa dengan kebersihan serta perasaan malu dan apabila sampai di rumah keinginan membuang telah hilang. 

● Wanita dan diet secara berlebihan. Tetapi mengabaikan tentang pengambilan serat. Gerakan peristaltik dari usus seakan terabai dengan pola diet yang tidak benar. 

● Perubahan hormon ketika haid dan ketika hamil. Perubahan hormon progsterone juga mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan, seterusnya tidak dapat melakukan penghadaman dengan lancar dan boleh mengakibatkan najis menjadi keras. Kebanyakan wanita hamil mengalami sembelit ketika hamil. Terutama apabila kehamilan mencapai trimester tiga atau sekitar 7 bulan.

● Fobia membuang air besar ketika awal kehamilan. Ini terjadi kerana ibu-ibu terfikir takut nantinya akan menyebabkan janin ikut serta keluar sehingga berlaku keguguran. Sebabnya terdapat anggapan meneran semasa buang air besar sama dengan meneran semasa persalinan. 

● Bentuk pinggul wanita yang lebar untuk mengeluarkan janin membuat usus boleh menjadi tidak stabil. Lemak tubuh dan darah juga terkumpul di pinggul. 

● Sembelit ketika hamil juga disebabkan oleh tekanan janin terhadap saluran darah (vena) pada dubur.

● Kawasan abdomen wanita lebih padat kerana ada rahim dan ovari.

● Tekanan akibat sindrom usus (IBS) kerana usus menjadi diputarbelitkan, kemudian menyebabkan halangan, sehingga najis terperangkap di sana.


Tips Mengatasi Masalah Sembelit

● Awasi diet kita. Pastikan diri kita mengambil air putih yang secukupnya serta melakukan rutin senaman

● Banyakkan makan makanan yang tinggi seratnya seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.

● Minum banyak air atau jus buah-buahan. Sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari.

● Lakukan senaman. Berjalan, berenang, berbasikal atau yoga semuanya membantu mengurangkan sembelit dan menjadikan kita lebih cergas dan sihat.

● Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. Pilih pemakanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.

● USAH  BERTANGGUH! Segera ke tandas apabila terasa hendak membuang air besar. Jangan jadikan sibuk atau malu sebagai alasan untuk tidak ke tandas.

Bahaya dan Kesan Sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Sekiranya mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.
Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.

Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan.

Tetapi jika terasa diri kita sukar untuk mengamalkan diet pemakanan yang betul serta gaya hidup yang sihat, antara suplemen yang boleh membantu ialah HERBLAX, OSTEMATRIX , ALFALFA dan PEPPERMINT GINGER PLUS

 Herblax - Ambil sebelum tidur kerana ia memudahkan proses membuang




 Alfalfa - Melembutkan najis


 Ostematrix - Membantu melawaskan sistem penghadaman serta memudahkan untuk membuang
(sesuai untuk ibu hamil dan menyusu bayi)



 Peppermint Ginger - Buang angin, perut kembung



Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....










Saturday, 1 November 2014

AMBIL SUPLEMEN TAPI MACAM TAK BERKESAN

Dah ambil macam-macam suplemen untuk masalah yang dihadapi tapi macam tu jugak. Tak ada kesan pun?

Contoh dah ambil suplemen Set Kulit tapi jerawat makin banyak ada la...ish...macam geram aje kat suplemen ni dan kat penjual tu. Sedap-sedap aje tipu orang...

Aha....persoalannya kena balik pada diri sendiri pulak...

1) Adakah kita konsisten mengambil suplemen?

2) Adakah betul cara pengambilan suplemen?

3) Adakah kita sudah minum air putih yang secukupnya?

4) Adakah kita selang-selikan dengan pengambilan ubat lain?

5) Adakah kita pengamal kopi yang tegar?

6) Adakah kita stress dengan keadaan sekeling kita?

7) Adakah badan kita terlalu banyak toksin?

Semua persoalan di atas memberi jawapan kepada mengapa suplemen itu tidak memberi kesan yang baik kepada kita....dan yang paling ketara sekali ialah badan kita yang banyak toksin. Untuk pengetahuan nutrien diserap melalui usus kecil. Bila toksin banyak dan kita pulak alami masalah pembuangan, macamana nutrien hendak diserap kan?

Kalau macam tu makan banyak mana suplemen pun tetap tak akan memberi kesan. Dan apa yang paling takut ia membawa kepada "healing crisis" yang teruk. Sampai ada yang akan mengalah dan akhirnya suplemen itu hanya untuk dipandang sahaja....

Antara tanda badan yang banyak toksin ialah:

• Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan

• Insomnia (masalah tidur), mata gelap , mata merah

• Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, rasa cemas

• Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah

• Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut

• Masalah sendi - lenguh lenguh badan

• Masalah kulit – jerawat, eczema

• Selulit, kenaikan berat badan, tanda-tanda penuaan awal


Langkah yang terbaik untuk membuang toksin dengan detox terlebih dahulu iaitu

1. Puasa 

2. Kurangkan makanan berlemak dan bergula

3. Banyakkan makan makanan berserat tinggi

4. Banyakkan minum air putih - 1 liter = 25kg berat badan

5. Makan makanan berkhasiat dan mengambil vitamin tambahan

Atau lakukan detox dengan  Agen Detox Shaklee



Jadi, janganlah kita salahkan  suplemen yang tak berkesan. Suplemen ini sudah melalui proses kajian makmal yang terperinci. Sudah tentu ianya berkualiti, selamat dan berkesan.


Hidup biar selamba dan SIHAT...

Segalanya... bermula disini.... 



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....