Nutrisi atau pemakanan adalah bahan organik yang diperlukan untuk fungsi normal dari sistem tubuh, bagi pertumbuhan serta pemeliharaan kesihatan.
Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi Di Asia Tenggara ( SEANUTS) mendapati seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tidak cukup zat makanan. Maknanya selama ini anak-anak kita makan macam-macam makanan tetapi tiada nutrisi yang lengkap atau tiada zat dalam makanan tersebut.
Akibat dari kekurangan nutrisi kepada anak-anak, sudah tentu ia memberikan pelbagai kesan yang tak elok.
KESAN ANAK-ANAK KEKURANGAN NUTRISI
1. OBESITI
Seronoknya kita tengok bila anak-anak kita kuat makan dan akhirnya menyebabkan kegemukan atau obesiti. Tahu tak kita anak-anak yang mengalami masalah obes sebenarnya mereka mengalami masalah kekurangan nutrisi yang sihat. Obesiti terjadi hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan dan pengambilan kepada makanan yang mempunyai tahap. Jika tabiat ini tidak segera dibendung ia akan berlarutan sampai dewasa. Kesan obesiti ini akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi, kanser serta pelbagai penyakit merbahaya lagi. Obesiti juga menjadikan anak-anak kta tidak mempunyai tahap keyakinan diri, sering dibuli atau diejek oleh rakan-rakan memberi kesan yang buruk dalam hubungan sosial.
2. SISTEM IMUN YANG LEMAH
Bila tubuh kekurangan nutrisi ia akan menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu tumbesaran anak-anak.
3. KELESUAN/KELETIHAN
Nutrisi penting bagi mencukupkan keperluan anak-anak seharian. Jika anak-aanak kita tidak mempunyai nutrisi yang cukup akan memberi kesan kepada sistem imun seterusnya menjadikan anak-anak kita seorang yang lemah, bertubuh letih juga tak ceria. Keadaan ini akan menjadikan anak-anak kita lebih beremosi dan mereka lebih suka menjauhkan diri dari orang-orang sekeliling.
4. TUMBESARAN TERBANTUT/KURANG BERAT
Nutrisi penting untuk anak-anak bagi membantu proses pembesaran berlaku dengan lancar. Bila anak-anak kurang nutrisi, secara tak langsung akan membantutkan proses tumbesaran. Proses ketinggian yang sepatutnya berlaku mengikut peningkatan umur juga tidak berlaku dengan sempurna. Anak-anak juga akan mengalami masalah kurang berat.
5. OTAK YANG TAK CERGAS/CERDAS
Keperluan kepada zat makanan yang mencukupi juga mempengaruhi kepada tahap kecergasan dan kecerdasan otak anak-anak. Contohnya kekurangan zat besi menyebabkan kurang darah dan memberi kesan kepada perkembangan mental atau perkembangan saraf motor. Kekurangannya membuatkan anak-anak tidak dapat memberi, pucat dan lesu.
Bagi menjamin anak-anak mencapai potensi sepenuhnya, adalah penting kita sebagai ibubapa memberikan makanan yang sesuai yang seimbang dalam jumlah yang betul disertakan dengan aktiviti fizikal.
Antara keperluan nutrien serta vitamin oleh anak-anak ialah zat besi, zink, kalsium, iodin juga vitamin A. Kalau boleh adalah dapatkan ianya secara semulajadi melalui sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, telur dan dari sumber kekacang.
Bagi ibubapa yang ingin membekalkan keperluan vitamin/suplemen kepada anak-anak MEAL SHAKES dan OMEGA GUARD sangat sesuai bagi membantu tumbesan dan perkembangan anak-anak.
Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH
Segalanya... bermula disini....
Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah
No comments:
Post a Comment