Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Saturday, 8 August 2015

JANGAN PANDANG RINGAN PADA ZAT BESI

Zat besi merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Zat besi diperlukan tubuh untuk memindahkan oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh serta membantu otot agar dapat menyimpan dan menggunakan oksigen.



Akibat kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia. Nak tahu tanda-tanda anemia ini badan akan rasa letih lesu, pening seakan hendak pitam, rasa bercelaru, gelisah, tiada selera makan serta mudah pengsan.

Keperluan Zat Besi

1. Pada Ibu hamil
Ibu hamil perlukan kira-kira 30mg zat besi setiap hari. Kalau sebelum hamil keperluan zat besi hanya 15mg. Tapi bila hamil keperluannya bertambah kerana ianya membantu mengekalkan kesihatan ibu dan bayi. Ibu boleh mendapat Anemia jika kekurangan zat besi, risiko kematian ketika melahirkan, lahirkan bayi dengan berat badan yang kurang, janin dan ibu lebih mudah terkena jangkitan dan juga risiko untuk keguguran.

2. Pada bayi
Bayi yang kekurangan zat besi ketika janin lagi akan menyebabkan lahirnya pramatang atau bayi yang tudak cukup berat. Zat besi sangat diperlukan seawal kelahiran lagi bagi perkembangan otak bayi. Penyusuan ibu secara eksklusif amat perlu bagi mencukupkan zat besi pada bayi berusia 6 bulan ke bawah. Apabila uisa bayi mencecah 6 bulan ke atas keperluan zat besi makin bertambah dan perlu kepada makanan sampingan lain yang mengandungi banyak zat beri

3. Pada kanak-kanak
Kekurangan zat besi pada kanak-kanak akan menjejaskan perkembangan otak secara tak langsung akan jejaskan pelajaran mereka. Tahap pemikiran yang rendah dan menjejaskan masa depan mereka.

4. Pada remaja
Ingat bila anak dah besar dan meningkat remaja tak perlu lagilah titik beratkan akan zat besi. Rupanya pentung bagi remaja untuk mengambil zat besi secukupnya. Masa inilah otot mereka tengah membesar. Bagi remaja lelaki masa inilah otot dan pertumbuhan yang lain meningkat dengan cepat dan remaja perempuan perlukan zat besi terutama ketika menstruasi.

Jadi tak kira ketika mana jangan pandang ringan akan keperluan zat besi. Antara sumber makanan yg ada zat besi ialah sayuran berdaun hijau tua, roti wholemeal, biji-bijirin, kentang, daging merah tanpa lemak, prun, kismis dan kekacang.

Pengambilan Vitamin C akan membantu penyerapan zat besi di dalam badan kita. Secara tak langsung ianya membantu dari berlakunya anemia. Pengambilan zat besi tanpa penyerapan dari Vitamin C menyebabkan badan akan masih kekal kekurangan zat besi.

Inginkan zat besi dari sumber suplemen? 
VITALEA merupakan suplemen yang membantu menampung kekurangan zat besi. 


HUBUNGI...
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri / Pages AzRa Shoppe
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Saya sedia membantu kawan-kawan...

Thursday, 25 December 2014

PERASAAN FOBIA NAK BERSALIN

Setiap ibu pasti akan merasai fobia atau perasaan takut nak bersalin. Lebih-lebih lagi bersalin anak sulong atau anak kembar. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kita masa tu kan... Sejuk, panas, menggeletar semua ada. Tapi kita sebagai umat Islam hanya berserah sepenuhnya pada Allah.




APA yang menyebabkan ibu-ibu ini fobia untuk bersalin? Kalau Kita dengar pengalaman daripada ibu-ibu, macam-macam pengalaman mereka alami menjadikan mereka fobia untuk bersalin. Ada yang fobia dari seawal kehamilan lagi.

Antara fobia yang ibu-ibu alami:


Alahan teruk seawal kehamilan


Ibu-ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tiada daya untuk bangun, makan dan minum. Ada yang alami sehingga 3 bulan sahaja dan yang paling teruk sehingga melahirkan bayi.


Alami masalah kesihatan ketika hamil
Ada ibu-ibu merasa fobia untuk bersalin apabila mereka menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjadikan hospital sebagai rumah kedua. Ibu-ibu yang mendapat penyakit yang memberi risiko kepada ibu dan bayi perlu sentiasa mendapat pemantauan dari doktor pakar. Antara penyakit yang biasa ialah penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tekanan darah rendah. Disebabkan penyakit-penyakit tersebut membuatkan ibu-ibu fobia untuk bersalin.


Alami masalah sukar untuk bersalin


Kepayahan serta kesukaran ibu-ibu untuk bersalin seperti terlalu lama merasa sakit bersalin, ibu-ibu yang terpaksa di 'induce' untuk bersalin, ibu terpaksa bersalin menggunakan kaedah vacum atau forcep ataupun terpaksa menjalani pembedahan untuk bersalin adalah punca kepada fobia ibu-ibu.


Cara jahitan selepas bersalin



Antara pengalaman yang saya alami adalah apabila saya dijahit selepas ubat kebas dah hilang rasa kebasnya dan sakit yang saya alami, Allahu hanya tuhan sahaja yang tahu bila ubat kebas dah tak ada. Dan cara jahitan yang kasar memberi kesakitan dan kesulitan buat saya semasa dalam tempoh nak baik tu.


Alami sembelit ketika berpantang
Suatu pengalaman yang perit bagi ibu-ibu yang ialah alami sukar membuang ketika berpantang. Takut luka jahit terbetas. Ibu-ibu berpantang perlu minum air masak sebanyak mungkin dan banyak mengambil sayuran bagi mengelakkan sembelit. Alhamdulillah saya tak alami masalah sembelit. Amalan banyak makan sayur sawi, banyak minum air masak dan amalkan makan buah Oren Sunkist banyak membantu saya elak daripada sembelit ketika berpantang.


Alami luka jahitan lambat sembuh
Luka yang lambat sembuh menyukarkan pergerakan ibu-ibu. Ada sesetengah ibu mengalami bentan luka jahitan sampai bernanah dan sebagainya. Luka jahitan perlu dijaga rapi untuk mengelak berlaku jangkitan kuman. Perlu mengambil sumber makanan yang tinggi zink dan vitamin c bagi mempercepatkan proses baiknya.


Set Hamil dan Set Bersalin Shaklee sebenarnya amat membantu ibu-ibu yang biasa mengalami masalah awal kehamilan dan ketika dalam pantang. Keperluan ibu hamil dan ketika berpantang kepada nutrisi amat penting dan amat membantu ibu-ibu.




Set hamil yang secara asasnya terdiri dari Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex dan ditambah lagi dengan Omega Guard serta ESP amat membantu ibu-ibu hamil dari segi tenaga, kawalan emosi, keperluan asid folik, kalsium serta membantu menstabilkan tekanan darah dan hemoglobin. Ia bukan sahaja baik untuk IBU Malayan baik juga untuk tumbesaran bayi.




Set bersalin Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex, Zinc Complex dan ditambah lagi dengan Alfalfa serta ESP akan membantu ibu-ibu untuk jalani proses berpantang dengan lebih baik, lebih bertenaga, luka yang cepat baik, elak sembelit juga sebagai milk booster ketika penyusuan.

Apa sahaja masalah yang dialami oleh ibu-ibu baik ketika hamil mahupun semasa bersalin anggaplah sahaja ianya sebagai pengampunan dosa daripada Allah. Amat besar pahala yang ibu-ibu dapat dari awal kehamilan sehingga ke bersalin. Amalkan surah-surah amalan juga doa ketika hamil dan juga ketika hendak bersalin. Lakukan solat-solat sunat supaya dipermudahkan urusan ibu-ibu...insyaaAllah tak perlu lagi rasa fobia untuk bersalin...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Saturday, 29 November 2014

TESTIMONI SEGAR SIHAT SEMASA BERPANTANG

Sesuatu yang biasa kalau lepas bersalin badan kita sangat lemah. Tetapi kita nak yang luar biasa kan? Walaupun lepas bersalin dan semasa dalam proses berpantang, badan kita tetap segar bugar dan cergas.

Ibu-ibu dalam pantang perlukan kecergasan terutama yang bersalin tetapi dalam masa yang sama perlu menguruskan anak-anak yang lain juga. Apa-apa hal perlu ibu juga untuk uruskan perkara-perkara yang ringan. Dan bertambah lagi jika kita tiada pembantu untuk menguruskan rumahtangga. Saya faham dan biasa alami suasana sedemikian.

Untuk kekal sihat dan cergas semasa dalam pantang, ibu-ibu perlu kepada makanan yang cukup nutrisi dan protinnya. Makanan yang berkhasiat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup. Perlu ambil banyak air terutama ketika proses penyusuan. Bukan sahaja untuk keperluan ibu tetapi untuk bayi yang menyusu juga.

Suplemen penting bagi menampung keperluan nutrisi yang mungkin ibu-ibu tak dapat secukupnya dari makanan seharian. Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, Zinc Complex dan ESP yang mana ia banyak membantu ibu-ibu dalam memberi tenaga, mengelak sembelit, membantu mengelakkan susu kering, cepatkan sembuh luka bersalin serta memperkuatkan sistem imunisasi ibu dan juga bayi. Yang bestnya Set Berpantang Shaklee boleh diambil sama ada bersalin normal atau caesarean dan boleh ambil terus sejurus selepas bersalin untuk menambah tenaga. Itulah kelebihannya, semulajadi dan selamat.




Alhamdulliah, kepada yang dah mengamalkan set berpantang secara berterusan dan konsisten dah pun alami keberkesanannya...











Apa yang penting ialah ibu-ibu tidak merasa stress dan sedih kerana bila badan ibu-ibu lemah ia memberikan tekanan kepada ibu-ibu. Ibu-ibu boleh jalani hari berpantang dengan tenang dan gembira serta sihat walafiat buat ibu dan bayi.

Suplemen hanya membantu ibu-ibu bagi mencukupi apa yang diperlukan oleh badan kita. Tetapi ibu-ibu perlu juga kepada rawatan tradisional seperti berurut atau berbengkung bagi memastikan badan ibu-ibu akan tetap sihat dan awet muda. Sebab kitakan nak pakai lama badan kita. Bukan sihat untuk hari ini sahaja tetapi insyaaAllah untuk sepanjang hayat...




Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang Set Bersalin/Berpantang

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....