Salam Ukhuwwah

Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Friday, 30 January 2015

ANAK-ANAK SELSEMA DAN BATUK, MAK AYAH PANIK

Tak dinafikan mak ayah sekarang memang cepat panik bila anak-anak dah mula tunjukkan tanda-tanda nak selsema dan batuk. Bukan orang lain saja. Saya pun macam itu jugak.


Tapi tak boleh nak kata jugakkan, zaman sekarang udaranya tak macam keadaan zaman dulu. Dulu tak banyak pencemaran dan kurang penyakit. Sekarang macam-macam penyakit yang ada dan sudah tentu kita. Sebagai ibubapa risau kalau selsema dan batuk anak-anak akan lebih melarat dan bimbang akan jangkitan paru-paru.

Tetapi kan, seperlu mana untuk diberi ubat selsema dan batuk pada anak-anak? Saya suka baca artikel dari Dr Zubaidi yang mengatakan bahawa selsema dan batuk ini bukanlah penyakit tetapi salah satu dari pada imuniti tubuh bagi mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, kita selalunya ada refleks untuk mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan refleks bersin dan batuk. Jika ianya bukanlah penyakit, maka tak perlulah diberi ubat. Badan kita harus diberi peluang untuk cuba menghalang jangkitan dengan pembentukan antibodi dalam tubuh. Boleh rujuk di sini.

Untuk diri saya, sebolehnya saya nak kurangkan beri ubat-ubatan pada anak-anak dan hanya memberi suplemen bagi membantu menguatkan antibodi dan sistem imun anak-anak.




Alhamdulillah, setakat ini Allah izinkan untuk anak-anak saya serasi dengan suplemen yang mereka ambil. Selsema dan batuk mereka hilang. Saya perkuatkan antibodi anak-anak dengan Vita C Chew, Vita-Lea Chew, Meal Shakes dan kurangkan kahak dengan Omega Guard. Lagipun anak-anak saya ni memang fobia dengan ubat-ubat cair. Kira bagus jugaklah kan...

Apa-apapun kita sememangnya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Sanggup berkorban apa sahaja untuk mereka. Kalau mahukan anak sentiasa sihat dan aktif kita pun kenalah korban dan cari alternatifnya....

Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....





Saturday, 27 December 2014

DERITA ANAK-ANAK KEKURANGAN NUTRISI

Sebut pasal makanan, Malaysia di katakan syurga makanan. Nak makan apa sahaja semua ada. Baik dari nasi sehinggalah ke kuih-muih. Dan kita pulak sebagai ibubapa memang seronok aje bila kita tengok anak-anak begitu berselera dengan makanan. Tetapi ada tak kita terfikir, eh, anak aku ni makan banyak tapi cukup ke nutrisi yang dia dapat?




Nutrisi atau pemakanan adalah bahan organik yang diperlukan untuk fungsi normal dari sistem tubuh, bagi pertumbuhan serta pemeliharaan kesihatan.

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi Di Asia Tenggara ( SEANUTS) mendapati seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tidak cukup zat makanan. Maknanya selama ini anak-anak kita makan macam-macam makanan tetapi tiada nutrisi yang lengkap atau tiada zat dalam makanan tersebut.

Akibat dari kekurangan nutrisi kepada anak-anak, sudah tentu ia memberikan pelbagai kesan yang tak elok.


KESAN ANAK-ANAK KEKURANGAN NUTRISI


1. OBESITI
Seronoknya kita tengok bila anak-anak kita kuat makan dan akhirnya menyebabkan kegemukan atau obesiti. Tahu tak kita anak-anak yang mengalami masalah obes sebenarnya mereka mengalami masalah kekurangan nutrisi yang sihat. Obesiti terjadi hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan dan pengambilan kepada makanan yang mempunyai tahap. Jika tabiat ini tidak segera dibendung ia akan berlarutan sampai dewasa. Kesan obesiti ini akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi, kanser serta pelbagai penyakit merbahaya lagi. Obesiti juga menjadikan anak-anak kta tidak mempunyai tahap keyakinan diri, sering dibuli atau diejek oleh rakan-rakan memberi kesan yang buruk dalam hubungan sosial.


2. SISTEM IMUN YANG LEMAH
Bila tubuh kekurangan nutrisi ia akan menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu tumbesaran anak-anak.


3. KELESUAN/KELETIHAN
Nutrisi penting bagi mencukupkan keperluan anak-anak seharian. Jika anak-aanak kita tidak mempunyai nutrisi yang cukup akan memberi kesan kepada sistem imun seterusnya menjadikan anak-anak kita seorang yang lemah, bertubuh letih juga tak ceria. Keadaan ini akan menjadikan anak-anak kita lebih beremosi dan mereka lebih suka menjauhkan diri dari orang-orang sekeliling.


4. TUMBESARAN TERBANTUT/KURANG BERAT
Nutrisi penting untuk anak-anak bagi membantu proses pembesaran berlaku dengan lancar. Bila anak-anak kurang nutrisi, secara tak langsung akan membantutkan proses tumbesaran. Proses ketinggian yang sepatutnya berlaku mengikut peningkatan umur juga tidak berlaku dengan sempurna. Anak-anak juga akan mengalami masalah kurang berat.


5. OTAK YANG TAK CERGAS/CERDAS
Keperluan kepada zat makanan yang mencukupi juga mempengaruhi kepada tahap kecergasan dan kecerdasan otak anak-anak. Contohnya kekurangan zat besi menyebabkan kurang darah dan memberi kesan kepada perkembangan mental atau perkembangan saraf motor. Kekurangannya membuatkan anak-anak tidak dapat memberi, pucat dan lesu.


Bagi menjamin anak-anak mencapai potensi sepenuhnya, adalah penting kita sebagai ibubapa memberikan makanan yang sesuai yang seimbang dalam jumlah yang betul disertakan dengan aktiviti fizikal.

Antara keperluan nutrien serta vitamin oleh anak-anak ialah zat besi, zink, kalsium, iodin juga vitamin A. Kalau boleh adalah dapatkan ianya secara semulajadi melalui sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, telur dan dari sumber kekacang.

Bagi ibubapa yang ingin membekalkan keperluan vitamin/suplemen kepada anak-anak MEAL SHAKES dan OMEGA GUARD sangat sesuai bagi membantu tumbesan dan perkembangan anak-anak.




Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....















Thursday, 25 December 2014

PERASAAN FOBIA NAK BERSALIN

Setiap ibu pasti akan merasai fobia atau perasaan takut nak bersalin. Lebih-lebih lagi bersalin anak sulong atau anak kembar. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kita masa tu kan... Sejuk, panas, menggeletar semua ada. Tapi kita sebagai umat Islam hanya berserah sepenuhnya pada Allah.




APA yang menyebabkan ibu-ibu ini fobia untuk bersalin? Kalau Kita dengar pengalaman daripada ibu-ibu, macam-macam pengalaman mereka alami menjadikan mereka fobia untuk bersalin. Ada yang fobia dari seawal kehamilan lagi.

Antara fobia yang ibu-ibu alami:


Alahan teruk seawal kehamilan


Ibu-ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tiada daya untuk bangun, makan dan minum. Ada yang alami sehingga 3 bulan sahaja dan yang paling teruk sehingga melahirkan bayi.


Alami masalah kesihatan ketika hamil
Ada ibu-ibu merasa fobia untuk bersalin apabila mereka menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjadikan hospital sebagai rumah kedua. Ibu-ibu yang mendapat penyakit yang memberi risiko kepada ibu dan bayi perlu sentiasa mendapat pemantauan dari doktor pakar. Antara penyakit yang biasa ialah penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tekanan darah rendah. Disebabkan penyakit-penyakit tersebut membuatkan ibu-ibu fobia untuk bersalin.


Alami masalah sukar untuk bersalin


Kepayahan serta kesukaran ibu-ibu untuk bersalin seperti terlalu lama merasa sakit bersalin, ibu-ibu yang terpaksa di 'induce' untuk bersalin, ibu terpaksa bersalin menggunakan kaedah vacum atau forcep ataupun terpaksa menjalani pembedahan untuk bersalin adalah punca kepada fobia ibu-ibu.


Cara jahitan selepas bersalin



Antara pengalaman yang saya alami adalah apabila saya dijahit selepas ubat kebas dah hilang rasa kebasnya dan sakit yang saya alami, Allahu hanya tuhan sahaja yang tahu bila ubat kebas dah tak ada. Dan cara jahitan yang kasar memberi kesakitan dan kesulitan buat saya semasa dalam tempoh nak baik tu.


Alami sembelit ketika berpantang
Suatu pengalaman yang perit bagi ibu-ibu yang ialah alami sukar membuang ketika berpantang. Takut luka jahit terbetas. Ibu-ibu berpantang perlu minum air masak sebanyak mungkin dan banyak mengambil sayuran bagi mengelakkan sembelit. Alhamdulillah saya tak alami masalah sembelit. Amalan banyak makan sayur sawi, banyak minum air masak dan amalkan makan buah Oren Sunkist banyak membantu saya elak daripada sembelit ketika berpantang.


Alami luka jahitan lambat sembuh
Luka yang lambat sembuh menyukarkan pergerakan ibu-ibu. Ada sesetengah ibu mengalami bentan luka jahitan sampai bernanah dan sebagainya. Luka jahitan perlu dijaga rapi untuk mengelak berlaku jangkitan kuman. Perlu mengambil sumber makanan yang tinggi zink dan vitamin c bagi mempercepatkan proses baiknya.


Set Hamil dan Set Bersalin Shaklee sebenarnya amat membantu ibu-ibu yang biasa mengalami masalah awal kehamilan dan ketika dalam pantang. Keperluan ibu hamil dan ketika berpantang kepada nutrisi amat penting dan amat membantu ibu-ibu.




Set hamil yang secara asasnya terdiri dari Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex dan ditambah lagi dengan Omega Guard serta ESP amat membantu ibu-ibu hamil dari segi tenaga, kawalan emosi, keperluan asid folik, kalsium serta membantu menstabilkan tekanan darah dan hemoglobin. Ia bukan sahaja baik untuk IBU Malayan baik juga untuk tumbesaran bayi.




Set bersalin Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, B-Complex, Zinc Complex dan ditambah lagi dengan Alfalfa serta ESP akan membantu ibu-ibu untuk jalani proses berpantang dengan lebih baik, lebih bertenaga, luka yang cepat baik, elak sembelit juga sebagai milk booster ketika penyusuan.

Apa sahaja masalah yang dialami oleh ibu-ibu baik ketika hamil mahupun semasa bersalin anggaplah sahaja ianya sebagai pengampunan dosa daripada Allah. Amat besar pahala yang ibu-ibu dapat dari awal kehamilan sehingga ke bersalin. Amalkan surah-surah amalan juga doa ketika hamil dan juga ketika hendak bersalin. Lakukan solat-solat sunat supaya dipermudahkan urusan ibu-ibu...insyaaAllah tak perlu lagi rasa fobia untuk bersalin...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Friday, 28 November 2014

MASALAH MATI PUCUK: ISTERI DERITA SUAMI LEMAH



Bila kita lihat pada tajuk akhbar diatas bermakna begitu ramai sekali kaum lelaki mengalami masalah Mati Pucuk dan merupakan salah satu punca berlaku perceaian atau isteri curang. Kebiasaannya apabila perkahwinan yang lama yang masih belum dikurniakan cahaya mata, kebanyakkannya pula akan menyalahkan wanita sebagai puncanya.

Sehingga pernah kita dengar yang seorang ibu sanggup arahkan anaknya untuk berkahwin lain semata-mata belum ada cucu dan seratus peratus menyalahkan menantu perempuannya tanpa selidik terlebih dahulu akan keadaan kesihatan anak lelakinya.




Betapa bersabarnya seorang isteri apabila suami mengalami masalah mati pucuk tetapi tidak mengambil berat akan masalahnya. Jadinya penting bagi lelaki juga untuk ada ilmu mengenai masalah kesihatan mereka. Biasanya si isteri akan lebih ambil berat akan kesihatan lelaki kan? Sayangnya isteri pada suami tapi suami jangan buat sambil lewa pulak ya...  Suami pun kena sama-sama ambil berat akan masalah kesihatan meraka. Jom kita gali ilmu mengenai masalah kesihatan suami.

Antara masalah kesihatan yang biasa dialami oleh suami ialah masalah andropos, masalah kesuburan, masalah pembesaran prostat, kanser prostat, masalah sakit dantung dan masalah mati pucuk. Apa yang nak saya sembangkan hari ini ialah mengenai "Masalah Mati Pucuk".

APA ITU MATI PUCUK?





"Mati Pucuk" adalah istilah yang merujuk kepada kegagalan atau ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk melaksanakan fungsi seksual.


SIMPTOM-SIMPTOM


Sebelum menderita Mati Pucuk, seorang lelaki akan mengalami tanda-tanda awal atau dengan istilah lain yang disebut Lemah Tenaga Batin seperti:

~ Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
~ Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
~ Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks
~ Air mani yang tipis atau tidak pekat dan kental 

Istilah perubatan moden menyebut Mati Pucuk sebagai Impotensi dan Disfungsi Erektil. Kegagalan untuk mencapai ketegangan atau ereksi bukanlah satu penyakit, tetapi adalah petanda awal/ simptom. Antaranya puncanya ialah:

~ Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
~ Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
~ Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
~ Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
~ Masalah saraf, stress dan hilang keyakinan diri
~ Kencing dedas atau rasa tidak puas kencing
~ Kegagalan hati dan buah pinggang
~ Penyakit Parkinson
~ Angin ahmar
~ Kesan sampingan ubat-ubatan
Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.

Akibat dari masalah kesihatan rentetan dari penyakit tersebut ia memberi kesan kepada masalah Lemah Tenaga Batin:

~ Ketirisan air kencing ketika melakukan solat
~ Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
~ Kemurungan
~ Kebimbangan semasa hubungan
~ Masalah perkahwinan
~ Masalah kesuburan

Suami-suami perlu peka dan pertingkatkan tahap kesihatan dari sehari ke sehari. Lakukan aktiviti sihat dan hindari perkara-perkara yang tidak elok seperti merokok. Sama-sama bekerjasama dengan isteri bagi tingkatkan kualiti kesihatan sekeluarga.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang Set Kesihatan Lelaki

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....









Tuesday, 25 November 2014

KELEBIHAN OMEGA GUARD DAN TESTIMONI SETELAH AMALKANNYA

Alhamdulillah... Sempena Promosi Omega Guard pada bulan ini, jadi disini saya nak kongsikan kelebihan & keberkesanan setelah konsisten mengamalkan Omega Guard.

Omega Guard Shaklee merupakan suplemen minyak ikan yang terbaik boleh diambil oleh semua lapisan sama ada bayi, kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu, wanita, lelaki dewasa atau yang berusia. Omega 3 merupakan asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA dan kita perlu dapatkannya dari sumber makanan dan juga supplement seperti Omega Guard Shaklee.



Apa yang biasa kita tahu yang mana Omega Guard ini amat bagus bagi membantu mengawal kolestrol tetapi sebenarnya banyak lagi kelebihannya jika kita mengamalkannya secara konsisten.

Antara kelebihan Omega Guard :

1. Melindungi Jantung
2. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
3. Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
4. Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang
5. Membantu membakar lemak dan mengurangkan berat badan
6. Membekalkan khasiat krpada bayi yang menyusu untuk perkembangan otak bayi
7. Pertumbuhan badan yang sihat dan juga otak yang cergas & cerdas
8. Sesuai bagi menguatkan sistem imunisasi anak-anak supaya tidak mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
9. Untuk batuk berkahak, selesema berterusan
10. Untuk sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
11. Bagi yang sakit stroke
12. Masalah kulit seperti alahan, eczema, gatal-gatal

TESTIMONI OMEGA GUARD SHAKLEE


Omega Guard jika diguna secara berterusan dan konsisten, kita akan dapat rasai keberkesanannya sangat-sangat membantu seperti testimoni ini.











Alhamdulillah, mereka telah mengamalkannya secara konsisten dan berterusan dan hasilnya amat membantu mereka dengan izin Allah swt. Kita berusaha untuk mendapat kebaikan dan manfaatnya.



Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....






Wednesday, 19 November 2014

OMEGA GUARD BADAN SIHAT OTAK CERGAS

Badan sihat, Otak cergas...itu antara bait lagu yang biasa saya nyanyikan masa kecil-kecil dulu. Untuk badan yang sihat dan otak yang cergas, kita memerlukan makanan yang terbaik bagi memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan. Omega 3 adalah salah satu nutrien yang diperlukan oleh kita antaranya bagi menjaga kesihatan jantung, kecerdasan minda serta menjaga paras kolestrol.

APA ITU OMEGA 3?



OMEGA 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting yang sangat diperlukan oleh tubuh. Tetapi tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri lemak ini dan kita hanya boleh mendapatkannya melalui makanan sahaja. Sebahagian besar Omega 3 ni kita boleh dapati di dalam ikan-ikan seperti ikan salmon, tuna, ikan air tawar, makerel, tenggiri, hering, dan ikan sardin.  Bagi tumbuhan Omega 3 ini boleh didapati dalam kekacang, bayam serta soya.

Omega 3 terdiri dari 3 jenis lemak utama:

1) Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2) Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3) Alpha Linolenic Acid (ALA)

Kalau perasan kan, dekat tin-tin susu anak-anak kita biasa terdapat tertulis EPA, DHA iaitu bermakna susu tersebut mengandungi lemak Omega 3.

OMEGA GUARD SHAKLEE MINYAK IKAN TERBAIK



• Merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi ke semua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA dan ALA.

• Di ekstrak dari ikan air laut sejuk di perairan negara Jepun. Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi.

• Melalui proses penyulingan Proprietary 3 Molekul bertujuan untuk menyingkirkan bahan kontaminasi seperti logam berat dan PCB, menindas pembentukan lemak trans yang merbahaya, mengawal bau dan rasa ikan pada tahap minima.

• Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

MANFAAT UTAMA SERTA KELEBIHAN OMEGA GUARD



  1. Membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk mengahalang prostetomegaly dan membuang air kecil akibat daripada Andropos.
  2. Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS Membantu mengatasi masalah pada kulit muka dengan memberikan kulit yang lebih licin dan kemerah-merahan
  3. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  4. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  5. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  6. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  7. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  8. Mengurangkan risiko darah beku
  9. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  10. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  11. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL)
  12. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  13. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  14. Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan leher atau sakit kepala.
  15. Membantu mengawal masalah obestiti iaitu sebagai pembakar lemak
  16. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  17. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  18. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  19. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  20. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  21. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  22. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  23. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant)
  24. Membantu menentang kanser - kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon
  25. Membantu meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif
  26. Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan, menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental.
  27. Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin 
  28. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. 

Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang. Manakala kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak.

Perghh...banyak betul manfaatnya kan.... Sememang tak rugi kita ambil kerana terlalu banyak manfaatnya kepada diri kita...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....







Sunday, 16 November 2014

PROMOSI NOVEMBER 2014 OMEGA GUARD

Cepat sungguh masa berlalu. Dah pun masuk minggu kedua untuk bulan November 2014. Bermakna PROMOSI OMEGA GUARD BELI 6 PERCUMA 1 atau BELI 2 DISKAUN 5% hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi.

Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Diekstrak dari ikan air laut sejuk di perairan negara Jepun. Bukan dari minyak hati ikan ya...





ANTARA KEBAIKAN OMEGA GUARD




SIAPA YANG MEMERLUKAN OMEGA?




ULTRATULEN BERGRED FARMASEUTIKAL

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi bagi menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB ( polychorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB ~ Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....