Apa pandangan kita bila tengok anak yang dua tahun lebih masih menyusu. Mesti kita rasa, ish...apalah dia ni, anak dah besar masih bagi susu. Patutla budak tu manja, patutla budak tu perangai cam gitu...macam-macam andaian yang kita buat kan...
MENYUSU LEBIH DUA TAHUN DARI SEGI AGAMA...
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fekah mengaharamkannya.
Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnyakerana allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Kebanyakan Ulama berpendapat ia patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk tumbesaran bayi juga untuk memberi peluang kepada ibu untuk mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung.
MITOS PENYUSUAN MELEBIHI DUA TAHUN
Pelbagai tanggapan negatif masyarakat kita bila tengok ada ibu yang masih menyusukan anak bila dah lebih dari usia dua tahun. Antara mitosnya:
1. Susu bertukar menjadi darah
Tiada sumber yang sahih yang mengatakan susu akan bertukar menjadi darah. Malahan bayi dan anak-anak kecil yang mendapat susu ibu jarang mendapat sakit berbanding dengan bayi yang tidak mendapat susu ibu.
2. Anak-anak lebih manja
Sebenarnya bukan manja tetapi anak lebih rapat dengan ibu. Semua anak manja tak kiralah yang minum susu formula atau susu badan. Cuma anak yang menyusu susu ibu hubungannya lebih akrab kesan dari sentuhan yang kerap oleh ibu.
3. Anak tak berdikari
Anak yang menyusu susu ibu sepenuhnya akan kerap bersama dengan ibunya dan boleh dikatakan agak susah untuk berenggang dengan ibunya. Mungkin inilah yang dikatakan anak itu tidak berdikari.
4. Ibu tiada privasi
Mungkin ini ada kebenarannya. Ibu tidak boleh untuk berehat lebih dan tiada masa untuk diri sendiri.
5. Anak kurang pandai
Sebetulnya susu ibu amatlah berkhasiat yang tiada tolak bandingnya. Sudah tentu ia lebih bagus dari susu formula. Jadi tidak berasas bila dikatakan anak jadi tak pandai.
Mungkin ada sebabnya kenapa timbulnya pelbagai mitos mengenai penyusuan melebihi daripada usia dua tahun. Mungkin orang-orang tua dulu ada sebab mengatakan hal yang sedemikian. Antaranya untuk memberi peluang kepada ibu rehatkan tubuh badan dan membuat persedian bagi hamil lagi dan lagi satu bimbang akan berlaku kerosakan gigi pada anak-anak.
Sebenarnya selagi anak belum bersedia untuk berhenti menyusu, ibu-ibu masih boleh meneruskan penyusuan walaupun ketika itu ibu-ibu sedang hamil lagi. Selagi ia tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung, tidak salah untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan.
Penyusuan juga membantu ibu-ibu untuk berasa lebih tenang kerana ketika menyusu hormon prolaktin dan oxytosin akan keluar dengan banyak dan membantu ibu untuk berasa lebih tenang dan relax...
No comments:
Post a Comment