Aha...siapa yang biasa ambil Vitamin B-Complex pasti akan mengalami situasi urine kuning. Pada mulanya pasti terkejutkan? Tapi usah khuatir dan risau...
MENGAPA URINE KUNING?
Jadi, selepas mengambil B Complex, pastikan pengambilan air kosong yang banyak. Jika kekurangan air, urine kita akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin tadi.
Antara fungsi B-Complex untuk badan kita ialah mencegah anemia, mencegah stress, menguatkan antibodi tubuh, baik untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut, meransang pertumbuhan kanak-kanak, membantu menghasilkan tenaga dan meningkatkan kemampuan berfikir.
TANDA DAN WARNA AIR KENCING
Kenali pula apa tanda-tanda warna air kencing kita dan tanda-tanda yang datang bersamanya:
q KUNING PUCAT - warna urin normal
q KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
q KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
q KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
q OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
q KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
q KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
q KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome.
Dengan mengenali warna air kencing kita, senang untuk kita guide apa masalah yang kita alami dan mengambil tindakan segera atas perubahannya.


