Salam Ukhuwwah

Sunday, 14 December 2014

PERANGAI PELIK?

Perangai pelik? Ada tak yang lain punya perangai pelik. Perangai pelik ni suatu perangai yang orang lain tak ada buat atau jarang orang buat dan bila orang tengok, ishhh...peliknya dia ni...


Salah satu perangai pelik yang biasa kita tahu ialah tabiat suka gigit kuku.

Saya rasa saya pun ada perangai pelik ni. Sebab jarang tengok orang lain buat benda ni... Aha...! Nak tahu perangai pelik saya bila baca buku ke atau tengah baring sambil tengok TV tu, saya suka main dengan hujung telinga saya.

Kalau bab makan biskut atau kuih, suka sangat nak cicah-cicah. Kadang tu kek cicah gulai pun jadi. Biskut atau roti cicah dengan air masak pun jalan. Sedap sangat...hehe... Kalau biskut raya pulak masuk dalam mulut lepas tu telan dengan air. Kalau dapat air oren atau sirap lagi la sedap....

Kalau bab lipat baju bila orang lain tolong  buat mesti nak lipat balik sebab tak memenuhi kehendak sendiri...

Saya rasa korang sendiri pun ada jugak perangai pelik kan? Cuba fikir balik, mesti ada kan... Contohnya suka baca buku dari belakang ke, aha...mesti ada punya... Nanti boleh la kongsi ya perangai korang...

Yang penting Kita senang dengan perangai pelik kita tu dan jangan sampai memudaratkan diri dan mengganggu orang sekeliling kita...


Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...


---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin


No comments:

Post a Comment