Salam Ukhuwwah

Thursday 30 October 2014

LECITHIN TINGKATKAN DAN KUATKAN DAYA INGATAN

Situasi mudah lupa kadang-kadang boleh mengangganggu kehidupan kita. Bayangkan stress atau tidak jika asyik lupa sahaja mana barang kita letak, lupa untuk selesaikan kerja, kadang tu sampai sebut nama anak pun dah bertukar-tukar. Apatah lagi jika kita seotang pelajar atau anak-anak kita yang sedang belajar

APAKAH PENYEBAB PENYAKIT LUPA?

Antara penyebab kepada penyakit lupa ialah:-

1. Kurang berehat
2. Berdengkur
3. Umur lebih dari 65 tahun
4. Depression/kemurungan
5. Mengambil pil tidur/pil alergi
6. Kadar gula dalam darah tinggi
7. Penurunan Metabolisma
8. Perubahan hormon ketika hamil



LECITHIN BANTU TINGKATKAN DAYA INGATAN




Apa Itu Lecithin?

Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO. Setiap kapsul membekalkan 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


Bagaimana Lecithin Membantu?

Kandungan Kolina dalam Lecithin membantu membentuk penghantar untuk saraf kranial yang meningkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.


Apa Fungsi Kolina?

Kolina penting bagi membantu struktur sel membran dengan mempengaruhi perkembangan otak, kesihatan kardiovaskular, pertumbuhan semula dan fungsi hati. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. 

Kandungan kolina yang tinggi dalam diet pemakanan seharian dapat membantu meningkatkan kadar imunisasi tubuh melawan penyakit selain merangsang perkembangan otak. Pengambilan kolina yang secukup mampu mengurangkan tahap kolesterol selain mengatasi kerosakan saraf.


Aha...best kan Lecithin ni. Bukan sahaja mampu untuk bakar lemak tetapi juga mampu untuk meningkatkan tahap ingatan kita supaya tidak mudah lupa. Bagus untuk kita juga untuk anak kita tau!! Nanti tak lah cepat lupa bila dah belajar banyak-banyak tu...


Hidup biar selamba dan SIHAT...

Segalanya... bermula disini.... 



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....





Sunday 19 October 2014

Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak

Salam hujung minggu. Seminggu kita sibuk bekerja membuatkan masa bersama anak-anak sangatlah terhad kan?

Bagi ibu yang bekerja dari rumah atau surirumah mungkin akan ada masa yang lebih bersama anak-anak. Inilah suatu kelebihan bagi ibu-ibu bekerja dari rumah. Terutama bila anak-anak kita makin meningkat remaja. Tumpuan dan perhatian perlu lagi lebih.

Cara yang terbaik mendekati anak-anak yang makin meningkat remaja ini ialah dengan menghabiskan masa berkualiti bersama. Bukan masa kecil sahaja kita kena tumpukan pada anak-anak dan bila anak-anak dah meningkat dewasa kita biarkan mereka membawa haluan sendiri. Kasih-sayang yang berterusan, pengawasan perlu untuk mereka. Ditambah dengan keadaan yang dilingkungi pelbagai gajet.

Bawa mereka keluar menikmati alam semulajadi, joging bersama, berkelah dan yang penting solat berjemaah adalah antara yang perkara yang mendekatkan kita dengan anak remaja. Dengar cerita mereka, luahan, aktiviti mereka bersama kawan-kawannya disekolah dan bagi respin yang baik kepada mereka. Usah cepat mengkritik perlakuan mereka tetapi sebaiknya nasihat dan cakap secara berhemah.





Generasi Z ini perlukan jawapan bersama alasan sekali dari kita andai ada persoalan. Dan jawapannya perlu terperinci bersama dengan buktinya sekali...berbeza dengan cara kita dahulu...

Yang penting bual bicara kita dengan anak-anak tak pernah putus. Sentiasa mengingati dan berikan panduan yang baik buat mereka.
Moga anak-anak kita semua senantiasa dilindungi olehNya dan berjaya dunia dan akhirat.

Disamping itu jangan lupa berikan suplemen yang baik untuk kesihatan dan kecerdasan mereka ya... Mereka berhak untuk mendapatkan yang terbaik dari kita...



Hidup biar selamba dan sihat...

Segalanya... bermula disini.... 



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Friday 17 October 2014

Segalanya... Bermulanya disini....

Tiada ALASAN untuk berjaya!!!

Seorang surirumah yang sentiasa berkejar ke sana ke mari mengambil anak-anak ke sekolah dan memenuhi aktiviti anak-anak dan aktiviti kemasyarakatan serta menjaga ibu yang strok tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai matlamat saya di dalam Shaklee.

Maka di sinilah saya bermula...dengan Shaklee...







Tiada alasan bagi saya untuk mencipta kejayaan seperti mereka. Mereka boleh berjaya dan boleh lakukannya kenapa tidak dengan saya kan...?




Jom...sesiapa yang mahukan pendapatan sampingan, orang kata pada duduk saja kat rumah tu ada juga duit masuk....jom sertai kami dengan Shaklee... Yurannya hanya RM65 seumur hidup...
Boleh contact saya untuk maklumat yang terperinci...


Segalanya... bermula disini.... 



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Thursday 16 October 2014

ESP BANTU KAWAL SELERA MAKAN?

Payahnya mulut ni nak berhenti mengunyah. Macamana nak turun badan dengan cepat kalau asyik lapar dan mulut asyik mencari makanan.

Nampak segala jenis makanan rasa terliur...macamana tu?



ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

● Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)

● Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan

● Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

● 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya

● Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone

● Rendah lemak, tanpa kolestrol

● Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi

Kesan yg paling popular protein terhadap kesihatan adalah ianya mampu untuk mengawal rasa lapar dengan secara tak langsung ia mampu untuk kawal nafsu selera makan Anda.


Bagaimana ianya berfungsi?

✏ Apabila protein diserap ia akan menghantar signal kepada otak untuk menurunkan rasa lapar

✏ Kepentingan lain protein adalah ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot

✏ Protein juga membantu dlm pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gula dalam badan kita...

Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisma anda...

Kandungan ESP yang rendah Indeks Glisemik (GI)

✏ GI iaitu scale pembebasan glukos dan seterusnya kepada tenaga selepas pengambilan makanan berkarbobidrat.

✏ Karbohidrat dalam makanan tercerna dengan cepat dan menghasilkan glukos seterusnya tenaga dengan cepat
>> Makanan ini Indeks Glisemiknya tinggi

✏ Karbohidrat yg tercerna secara perlahan dan secara perlahan juga bebaskan glukos & tenaga
>> Makanan ini rendah Indeks Glisemiknya. ESP sumber makanan yang rendah Indeks Glisemik.

Sebab tu ESP amat sesuai bagi pesakit diabetis, mereka yang ingin kekalkan berat badan atau turunkan berat badan, atlit dan mereka yang inginkan tenaga kekal lebih lama di dalam badan serta mereka yg berpuasa juga...


Antara Tips-Tips Untuk Kawal Selera Makan:-

1. Jangan skip waktu makan.
2. Makan 5-7x sehari tetapi kuantiti yang lebih kecil dan pastikan ia tidak melebihi bajet kalori seharian.
3. Pastikan setiap hidangan ada sumber protein yang baik. Protein lebih mengenyangkan.
4. Ingat. Ia ambil masa lebih kurang 20minit daripada suapan pertama untuk berasa kenyang.
5. Tingkatkan pengambilan makanan berfiber.
6. Kurangkan simple sugars – sememangnya ia tidak mengenyangkan.
7. Jangan simpan makanan “merepek” di rumah. Pastikan ada snek rumah yang lebih baik.
8. Jangan tak makan

Sumber - Kevin Zahri
Bagi diri saya sarapan dengan ESP memang membantu mengetatkan perut saya dan bertenaga untuk buat kerja. Perut tak masuk angin dan kepala pun tak pening. Kadang sampai tengahari pun pasih tak terasa nak makan. Dan yang bagusnya kita makan sebelum lapar, jadi kita tak kemaruk nak makan macam-macam....bestkan...memang berbaloi bagi yang nak turunkan berat badan...

Hidup biar selamba dan SIHAT...

Segalanya... bermula disini.... 



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Sunday 12 October 2014

Nutriferon Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Jerebu

Penyakit yang akrab dengan jerebu atau dalam keadaan cuaca tak menentu sudah tentunya sakit tekak, batuk dan selsema...

Dalam sehari dua ni memang agak teruk juga jerebu kan...? Bila keluar rumah terasa habuk-habuk masuk ke hidung dan ke dalam tekak kita...

Pagi tadi bila bangun tidur dah mula terasa perit tekak. Bersin tu dah mula dari petang semalam lagi.... Dan kita dah tentu rasa tak nak ianya melarat sampai demam kan...

Lepas-lepas subuh tadi, saya minta tolong anak dara saya kacaukan segelas Nutriferon untuk saya...rasanya ala-ala air bunga pun ada jugak, saya suka rasanya...

Alhamdulillah... Dengan izin Allah, dah tak bersin lagi, sakit tekak pun hilang... Wah!!! Memang lega sangat-sangat sebab saya sebolehnya tak nak ambil ubat selsema atau ubat batuk...dan sekarang saya tak perlu lagi ambil semua ubat tu...

Nutriferon merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Bila diambil setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan kita yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun.



Diekstrak dari 4 tumbuhan; iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago. Mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakannya adalah semulajadi, selamat tulen dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon membantu mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari. Satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofag.

Dah tiba masa untuk kita beralih kepada sesuatu yang semulajadi bagi mengatasi masalah sakit tekak, selsema, batuk dan demam.

Kita perlu berusaha untuk jadi lebih sihat di samping berserta dengan doa dan keyakinan pada Allah...

Segalanya...bermula disini...


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Friday 10 October 2014

ILMU FARDHU KIFAYAH YANG PERLU KITA TAHU

Petang ni Taman KuliM Hitech 2 meneruskan lagi sambungan Kursus Pengurusan Jenazah. Alhamdulillah... Bersemangat tenaga pengajar, begitu juga dengan anak-anak murid.

Sekurang-kurangnya jika berlaku kematian pada keluarga terdekat ilmu sikit-sikit dah ada dan tau apa yang perlu di buat. Tak lah nanti terkontang-kanting...

Syabas buat kaum ibu walaupun sibuk dengan rumahtangga tapi masih dapat luangkan masa untuk ambil ilmu...

Kejar dunia kejar jugak tapi ilmu agama mesti kita tambah setiap hari.....







***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Thursday 9 October 2014

GLA COMPLEX...TURUNKAN BERAT?

GLA Complex boleh turunkan berat badan?
Macamana tu? Takkan lah kan?

Iya betul tu...Gla Complex salah satu fungsinya membantu menurunkan berat badan.

Seperti yang sedia maklum GLA amat baik dalam memperbaiki tahap hormon kita. Membantu stabilkan period, kurangkan senggugut, tingkatkan kesuburan, baik utk masalah kulit seperti jerawat, jeragat bahkanbsemua yg melibatkan hormon.

Tetapi apa yang menariknya disini GLA Complex amat berkesan dalam proses turunkan berat badan jugak...



Bagaimana ia bertindak untuk turunkan berat badan?

~> GLA (gamma linolenic acid) adalah asid lemak omega-6. Kandungan omega 6 dalam borage oil inilah membantu meningkatkan metabolisma dan seterusnya membakar lemak dalam badan.

~> Membantu meningkatkan metabolisma iaitu dengan menggunakan brown fat atau tisu  adipose, yang mana ia berfungsi untuk tenaga dan memanaskan badan. Brown fat tidak aktif pada mereka yang overweight, maka GLA akan mengaktifkan brown fat, lalu menyebabkan pembakaran white fat yang terkumpul di bawah kulit.

~> Bertindak meningkatkan hormon serotonin. Hormon serotonin inilah yang membuatkan kita akan rasa sentiasa kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit, kurangkan rasa nak mengunyah dan asyik nak makan aje...

~> GLA bersifat anti-radang dan diuretic (dikenali juga sebagai "water pills" yang membantu badan mengeluarkan lebihan air dan garam dalam badan melalui urin), maknanya walaupun berat kita kurang tapi kulit kita akan sentiasa kekal lembap dan anjal.

Aha...bestkan GLA Complex Shaklee ni...jaga hormon, jaga berat badan kita juga...tapi kita pun kenalah sekali jaga corak pemakanan kita... Jangan main hentam makan mentang-mentang dah makan GLA...nanti badan tak turun GLA jugak yang disalahkan... Apa-apa pun berbalik kepada aktiviti pemakanan dan gaya hidup kita ya...

Berminat untuk dapatkan GLA dan cara pemakanan yang betul untuk turunkan berat badan...insyaaAllah saya akan consult yang terbaik untuk Anda...




***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....

Monday 6 October 2014

Muafakat Aidil Adha

Alhamdulillah...berkat muafakat Taman kami majlis korban dapat dijalankan dengan lancar. Berkat kerjasama penduduk taman, kami sama-sama bergotong-royong menyiapkan juadah daging korban.
Seronok buat kerja gotong-royong macam ni...teringat masa kecik-kecik dulu suasana kenduri di kampung.
Aha...macam-macam ada tu...daging bakar, sup tulang, perut rebus, cicah air asam.
Tapi kena lah beringat bila banyak makan daging ni ya...kolestrol tinggi tu...terutama lemak-lemak daging...

Jadi siap sedia lah dengan Suplemen Turunkan all lelemaks...
Syukuri nikmat kesihatan...

Segalanya Bermula Di sini...


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....








ESP SHAKLEE untuk Awet Muda?

Dengar macam best kan...macam simple aje? Macam senang aje?
Macamana tu?




Sebenarnya protein ESP ni terdiri dari Asid Amino. Asid amino ni penting bagi membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit.

ESP boleh hilangkan parut?
Di sinilah tugasnya asid amino tu...
Ia akan menggantikan sel-sel kulit lama dgn membina sel-sel kulit baru. Macam parut jerawat, parut hitam jeragat, kesan hitam semasa hamil, stretch mark akan berkurang dan lama2 hilang jika mengamalkannya secara konsisten...

Haa...begitulah ceritanya...bagaimana ESP membantu anda lebih berseri dan AWET MUDA...
Jadi bila di kombinasikan dgn Vitamin C, Vitamin E atau GLA Complex maka akan memberi kesan yg lebih "mantop" gitu...

Vitamin C ianya bantu merangsang pembentukan kolagen...bantu pulihkan kulit kering, kasar, ruam serta sekat pembentukan pigmentasi...Pigmentasi ni merupakan penyebab utama jadinya jeragat.
Antioksida hebat bantu lindungi dari radikal bebas, melindungi kulit dari sunburn, kurangkan kedutan dan tanda penuaan serta membantu menguatkan imun badan

Vitamin E membantu melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

GLA Complex kandungan 2x EPO, Vitamin E, minyak sun flower. Membantu tangani masalah hormon tak stabil. Tanda-tanda hormon tak stabil ialah antaranya period lama, period banyak, jarang period, senggugut teruk, kulit jeragat, jerawat, kusam...

Perlu ke ambil semua suplemen tersebut?
Tak adalah, boleh aje dikombinasikan dengan salah satu iaitu sama ada:-
1. ESP + VITAMIN C
2. ESP + VITAMIN E
3. ESP + GLA COMPLEX
ATAU
4. ESP + VITAMIN C + VITAMIN E + GLA COMPLEX

Andai kakak-kakak, adik-adik berhajat untuk dapatkan salah satu dari SET KOMBO jangan segan-segan untuk hubungi saya...



***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....



Sunday 5 October 2014

Legakan Stress Dengan Shopping

Betul ke shopping dapat legakan stress? Tapi biasanya sebagai wanita memang seronok sangat kalau dapat shopping kan?
Kadang tu window shopping je...bukannya borong apa pun...dah rasa macam hilang segala masalah buat seketika...
Cerita pasal shopping, pagi kelmarin saya temani kakak ipar saya datang dari jauh shopping jualan pinggan mangkuk dari kilang. Perghh!!! Punya la ramai...bukan kaum ibu aje, kaum bapa pun ramai. Sakan lah masing-masing memborong sebab harganya yang amat murah.
Agaknya memang betul la kan hilang stress dengan shopping sebab masing-masing kelmarin ceria aje bila dah dapat apa  yg dihajati...

Hidup biar selamba dan syukur...

Segalanya bermula di sini...






Salam Aidil Adha

Alhamdulillah...umat Islam Malaysia hari ini menyambut Hari Raya Qurban/Haji...

Hayati perngorbanan dan kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail...semoga ianya meningkatkan lagi tahap keimanan kita...

Juadah kami pagi ini nasi keboli, resepi turun temurun. Sebelum tu kenyangkan diri dengan ESP+ OAT. Almaklumlah badan macam saya ni makan sikit aje tapi cepat bebenor naiknya...perisai la dulu ya...takut terlajak makan nanti...



Salam Aidil Adha

Friday 3 October 2014

AMALAN ANGGUN BERSERI LUARAN DAN DALAMAN

Memang lumrah manusia sukakan kecantikan. Semua sukakan pada kecantikan, kacak, segak terutama pada pandangan orang tersayang. Macam kita sebagai isteri mestilah nak suami kita pandang kita berseri aje selalu kan?

Cantik yang sebenar adalah cantik luar dan dalam. Cantik yang disusuli akhlak yang mulia. Allah juga suka akan kecantikan tetapi janganlah kita sampai mengubah akan kejadian Allah semata-mata kerana nak cantik.


Antara amalan-amalan untuk cantik luaran dan dalaman ialah :-

1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. 
Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.

2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah. 
Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.

3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat. 
Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.

4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa.
 Terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.

5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita. 
Terutamanya, Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.

6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin.
Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokkanlah akhlakku.


7.  Amalkan membaca zikir untuk Anggun berseri luaran dan dalaman.
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

Si isteri mahukan cantik untuk suami dan begitulah sebaliknya juga supaya orang disekeliling kita sejuk aje mata memandangnya kan...

Insyaa Allah pasangkan niat yang betul dan jangan sampai kecantikan kita menjadikan kita jauh dari Allah tapi sentiasa mensyukuri dengan apa yang kita ada...

Segalanya Bermula Di sini....


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....












ESP SHAKLEE...KENAPA RAMAI YANG TAKUT AMBILNYA?

ESP SHAKLEE Kenapa ramai yang takut ambilnya? ESP iaitu singkatan untuk Energizing Soy Protein. Produk serbuk minuman soya yang paling HANGAT ni, tapi kenapa ramai yang takut nak ambilnya, kenapa ya?

Kata paling HOT, paling HANGAT kan? Antara sebabnya ialah kerana takut ramai yang JEALOUS dengan perubahan yang akan kita alami bila dah consume dengan ESP. Kesan yang kita dapat bagi yang amalkannya, ibu menyusu susu makin meriah, yang berdiet badan makin turun KGnya, yang ada jerawat atau jeragat kulit muka makin licin dan sihat, setiap hari badan makin bertenaga, Che Abang pun makin sayang sebab Che Adik makin berseri-seri gitu...

Jom kita kenali produk TERHANGAT DI PASARAN ni...



ESP...
  • Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian dalam kata lain kalau badan kita tak cukup nutrisi jadi ESP akan bantu untuk membekalkan nutrisi kepada badan kita.
  • Ianya berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
  • Telah terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk aktiviti harian yg lebih aktif.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
  • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak yang sangat minimum iaitu hanya (1gm)
  • Tanpa laktosa ~ Kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • ‘Kepelbagaian’ sebabnya boleh dicampur atau di shake dengan sebarang minuman atau jus buah yang kita sukai  kecuali kopi dan teh.

TAHU TAK?

Kandungan 1 hidangan ESP bersamaan 2 kali lebih besar dari daging, 4 kali lebih besar dari telur serta 12 kali lebih besar dari susu. Juga rendah lemak,rendah kolestrol dan mudah diserap oleh tubuh.


KENAPA RAMAI TAKUT AMBIL ESP SHAKLEE?
  • Perubahan pada kulit wajah kita yang semakin cantik, halus,gebu dan berseri
  • Ia akan bantu hilangkan parut jerawat, bintik hitam, jeragat di muka.
  • Ia akan berikan tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  • Perubahan pada kulit yang semakin anjal dan anjalkan semula payudara yang kendur.
  • Kita akan rasa cepat kenyang dan secara tak langsung bantu dalam penurunan berat badan. 
  • Bagi ibu menyusu ia membantu tingkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak.
  • Ia juga bantu hasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim jadi sudah tentu bayi kita akan rasa cepat kenyang dan kuranglah ragamnya
  • Bagi ibu hamil, ia membantu dalam perkembangan fetus dan kesihatan ibu hamil di tahap optimum
  • Mereka yang alami masalah kesuburan, ESP akan bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna seterusnya menaikkan tahap kesuburan dan tingkatkan peluang ibu-ibu untuk hamil.

SIAPA PERLUKAN ESP?
  1. Ibu yang sedang hamil
  2. Ibu yang sedang menyusukan anak
  3. Mereka yang mahu kurangkan berat badan
  4. Mereka yang ada masalah kulit muka dan nakkan perubahannya
  5. Mereka yang baru lepas menjalani pembedahan
  6. Mereka yang mahukan tahap kesihatannya lebih baik 
  7. Mereka yang ada masalah sukar hamil
  8. Mereka yang mahu rasa aktif dan bertenaga sepanjang hari
  9. Mereka yang mahukan rasa bertenaga sepanjang berpuasa

Jadi sekarang dah tahukan Kenapa yang ramai takut nak ambil ESP Shaklee? Kalau ianya memberikan banyak manfaat dan kebaikannya sudah tentu ramai yang akan JEALOUS akan perubahan diri kita kan? Apa yang penting kesihatan kita akan lebih baik dari sebelumnya...
Segalanya Bermula Di Sini....


Untuk konsultasi percuma dan sembang-sembang pasal produk Shaklee...
Jangan segan-segan hubungi saya ya...


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....