Salam Ukhuwwah

Saturday, 6 December 2014

TIPS PERSIAPAN KEMBALI KE SEKOLAH

Pejam celik-pejam celik, lagi beberapa minggu permulaan sessi baru persekolahan akan bermula. Maka akan sibuklah ibubapa membuat bajet untuk keperluan sekolah anak-anak. Kalau anak seorang dan baru naik Tahun 1 sudah pasti mak ayah semua terlebih teruja kan...




Kasut lebih dari sepasang, baju kalau boleh hari-hari bertukar, beg sekolah yang canggih gitu, begitu juga dengan alat tulis, kalau boleh semuanya nak lengkap. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya. Bukan sahaja anak pertama, tetapi setiap kali ada anak yang nak masuk Tahun 1 saya memang akan teruja... Semua nak lengkap dan kalau boleh lebih daripada itu lagi.

Tetapi setelah dua, tiga tahun pengalaman. Sedikit-sedikit saya belajar untuk bijak berbelanja dan dalam masa yang sama saya mengajar anak-anak supaya mengguna pakai semula mana yang masih boleh dipakai.




Teringat pada masa zaman saya kanak-kanak dulu. Bila nak mula sesi persekolahan baru, kami bukan sibuk membeli beg baru, tetapi membasuh beg yang lama dan juga kasut yang lama serta mencari pensil dan alat tulis yang lama yang masih boleh diguna pakai. Tiada istilah membeli yang baru. Begitu juga dengan baju sekolah. Bukannya mak ayah tak mampu, tetapi mak mengajar kami untuk menghargai sesuatu barang yang masih boleh diguna pakai. Guna mana yang ada dahulu, jika betul-betul rosak barulah diganti dengan yang baru.

Tetapi anak-anak sekarang, bila sebut saja sesi baru persekolahan, semuanya macam...Yeah!!! semua baru... Mereka terlalu dimanjai dan terlalu mudah untuk mendapat sesuatu barang. Mungkin ibu-ibu dan ayah-ayah semua tak nak anak mereka merasai kesusahan yang pernah mereka alami. Sebab itu ibu-ibu dan ayah-ayah menyediakan segala keperluan mengikut keinginan anak-anak.

Jom ibu ayah kita atur perbelanjaan sekarang supaya tak garu kepala di kemudian hari. Disini saya nak kongsikan beberapa tips dan berkongsi idea mana-mana yang boleh menjimatkan ibu ayah untuk belanja persiapan kembali ke sekolah.


ANTARA KEPERLUAN ASAS





Baju sekolah : 3 pasang (tempah atau beli siap dan alter)
Baju sukan: 1 pasang
Kasut: 2 pasang
Stokin - 3 pasang
Baju Dalam - 4 helai
Seluar Dalam - 5 helai
Beg - 1
Alat tulis - bekas pensil, pensil, pemadam,pembaris, pensil warna, sharpener
Pembalut buku teks: 6 gulung


Tips beli baju sekolah :
- Baju 3 pasang memadai. Nanti tukar ganti sebab ada hari yang kena pakai baju senaman kan...
- Boleh beli jenama yang mahal contohnya Canggih kalau anak tak lasak.
- Ikut pengalaman saya anak-anak suka yang jenis kain licin dan bukan cotton 
sebab kata mereka tak panas. Biasanya saya beli jenama biasa sahaja tapi yang tahan lasak dan tak berbulu.


Tips beli kasut :
- Kasut 2 pasang. Kalau hujan ada gantinya.
- Kalau beli kasut tak perlu yang semua kain, sebab cepat koyak bila diberus.
- Jenama yang paling tahan lasak  BATA Spark atau Pallas dan biasanya lebih selesa.


Tips untuk beg sekolah :
- Tak perlu beli yang beroda kerana beg itu sangatlah berat tanpa buku
- Roda cepat rosak
- Harga pun mahal
- Memang tak digalakkan beg roda. Beli beg biasa lagi mudah.

Tips alat tulis :
- Biasanya saya beli dalam jumlah yang banyak
- Tapi saya suka pilih yang berkualiti sebab pensil yang tak berkualiti warnanya tak terang
- Biasa pensil sekotak sebulan dua aje. Pensil dan pemadam cepat hilang. Pilih yang biasa memadai.
- Pensil warna saya akan kumpul dalam bekas yang besar sebab semuanya akan cepat hilang. Bila pertengahan tahun saya akan guna pakai mana yang ada.
- Pengasah pensil beli jenis yang lekat dimeja. Hari-hari lepas tengok jadual saya akan asah pensil dan pensil warna mana yang dah kontot.


Apa-apapun ibu ayah kena bijak mengatur perbelanjaan dan jangan stress-stress ya... Buat persediaan awal supaya senang untuk cari saiz dan kalau ada yang perlu dibetulkan,dipotong atau sebagainya, kita masih mempunyai masa untuk membaikinya... Kalau rasa stress tu cuba amalkan B-Complex Shaklee dulu untuk membantu meredakan tekanan dan jangan lupa untuk anak kekal cergas dan cerdas sepanjang persekolahan dengan "SET CERDAS PINTAR" amalkan dari awal lagi.



Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang Set Cerdas Pintar

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....






No comments:

Post a Comment