Salam Ukhuwwah

Sunday, 23 November 2014

TIPS MERIAHKAN SUSU IBU : ANAK KENYANG IBU HAPPY

Seperti yang kita tahu susu ibu amat penting bagi perkembangan fizikal dan mental anak-anak. Susu dianggap sebagai kunci hubungan antara pemakanan dengan faktor kejiwaan serta kesan hubungan rapat antara nak dengan ibu. Apabila kita menyusukan bayi terdapat suatu perasaan yang sukar digambarkan. Betapa besarnya hikmah yang Allah kurniakan dari penyusuan ini.


Tetapi ia sesuatu yang mengecewakan bila ibu yang bersemangat untuk penyusuan secara eksklusif tiba-tiba susu badannya berkurang atau tak banyak. Jangan putus asa ya ibu-ibu semua. Cuba sedaya yang mungkin untuk perbanyakkan susu ibu-ibu. Jangan cepat berputus asa... 

Jom kita tengok "Tips-tips bagi hasil susu ibu lebih meriah".

TIPS MERIAHKAN SUSU IBU


1. NIAT
- Niat dari awal kehamilan lagi untk menyusukan bayi secara eksklusif sehingga berusia 2 tahun.

2. SEMANGAT
- Jangan cepat putus asa bila ibu-ibu perasan susu ibu makin berkurangan. Sebab kebanyakkan ibu-ibu akan mula berputus asa apabila lihat susu makin berkurang dan risaukan bayi tak dapat susu yang cukup. Tetapi sebenarnya menurut sebilangan pakar, jarang berlaku situasi dimana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi. Jadi, apa yang penting semangat ibu-ibu bagi meneruskannya.

3. KEKERAPAN PENYUSUAN
-  Biarkan bayi ibu-ibu menyusu sekerap yang mungkin mengikut kemahuan mereka dan susukan kedua-dua belah dada setiap kali ibu-ibu menyusukannya. Ini akan merangsang lebuh banyak penghasilan susu.

4. ELAKKAN KEKELIRUAN BAYI
-  Elakkan kekeliruan bayi dengan tidak memberi puting botol dan susu formula. Bila bayi sudah terbiasa dengan susu yang laju dan susu yang banyak iaitu susu formula ini akan menyebabkan bekalan susu ibu-ibu akan menurun. Jangan fikir jika susu ibu tidak cukup sebabnya bekalan susu ibu akan selaras apabila badan ibu-ibu menyesuaikan diri dengan permintaan bayi.

5. PERAH SUSU
- Perahkan susu ibu setiap kali selepas susukan bayi. Dengan memerah keluar baki susu ibu ianya akan membantu merangsang bekalan susu ibu-ibu dan simpan didalam peti seuk beku. Andai bayi ibu-ibu masih belum kenyang, ibu-ibu boleh tambahkan dengan susu tersebut. Bealajar cara teknik pam yang betul bagi menghasilkan susu yang banyak. Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam jadi...untuk mengelakkan bengkak susu, perah susu ibu setiap tiga hingga empat jam setiap sesi...

6. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH
-  Minum air putih 3L sehari bagi mengekalkan bekalan susu yang banyak. Minum sebelum dan selepas penyusuan. Sebabnya badan ibu akan kehilangan air yang banyak bila menyusukan bayi.

7. MENJAGA MAKAN DAN MINUM
- Ibu-ibu perlu berwaspasda pada makanan dan minuman yang ibu-ibu ambil. Ambil makanan yang boleh membantu ibu-ibu menghasilkan susu ibu dan makan makanan yang berkhasiat dan cukup nutriennya untuk dibekalkan kepada bayi ibu-ibu. Amalkan makanan yang seimbang dengan banyakkan pengambilan buah dan sayur dan makanan yang membekalkan sumber protin, zat besi dan kalsium yang banyak.  Contohnya air kurma merah, susu soya yang tiada gula dan dadih. Ia bagi membantu menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi ibu-ibu.

8. JANGAN STRESS
- Jangan terlalu stress jika ibu-ibu kekurangan susu. Sentiasa berfikiran positif, yakin dan syukur atas setiap titisan susu ibu yang Allah rezekikan. Bila ibu-ibu tenang ianya juga turut membantu menghasilkan susu ibu yang banyak.  Amalkan doa-doa dan mohon pada Allah moga dipermudahkan urusan untuk menyusukan bayi secara sepenuhnya...

.
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Ibu-ibu juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

- Baca doa untuk ibu-ibu- “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

- Baca surah Al-baqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun…InsyaAllah



Selain itu untuk membantu susu ibu-ibu agar lebih meriah, di Shaklee kami ada Set Penyusuan Shaklee iaitu suplemen bagi membantu menggalakkan dan menjayakan pengeluaran susu ibu-ibu.

Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....









No comments:

Post a Comment