Salam Ukhuwwah

Thursday, 13 November 2014

GANGGUAN KITARAN HAID TIDAK TERATUR

Gangguan kitaran haid tidak teratur.  Jangan pandang remeh ya akan masalah ini. Adakah ia sekadar masalah kecil atau boleh membahayakan? Ramai wanita yang tidak begitu mengambil berat akan kitar pusingan haid mereka kecuali jika mereka ingin hamil, betul tak? Haid yang tidak teratur boleh menjadi petanda kepada keadaan kesihatan yang lebih memudaratkan. Jadi kenalah juga ambil beratkan walaupun tak nak hamil...


KETAHUI PUSINGAN HAID ANDA

Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini biasanya terjadi di kalangan anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.

Manakala pusingan normal haid seseorang wanita adalah rata-ratanya sekitar 28 hari dan tempohnya adalah antara 2 hingga 7 hari. Tetapi bukan semua wanita mengalami pusingan haid yang normal. Ada yang pusingan haidnya 20 hari hingga ke 45 hari.

ANTARA SEBAB HAID TIDAK TERATUR

Terdapat pelbagai punca penyebab kepada haid tidak teratur antaranya ialah:

Gangguan hormon
- Ia mungkin boleh berpunca dari ketumbuhan kalenjar ovari. Gangguan hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak.

Masalah berat badan
- Terlalu kurus atau terlalu gemuk. Haid yang tidak teratur mungkin dialami oleh wanita yang kurus. Ianya adalah disebabkan lemak yang diperlukan untuk pembentukan hormon haid berkurang. Manakala wanita yang berlebihan berat badan mempunyai lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan. Lebihan hormon Estrogen akan menjadi punca haid tidak teratur.

Pengambilan ubat-ubatan
- Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu kitaran haid. Sesetengah pengambilan ubat boleh menyebabkan penghasilan hormon prolaktin yang tinggi. Pengambilan ubat-ubatan dalam tempoh jangkamasa waktu yang lama juga penyebab kepada gangguan kitaran haid.

Stress/tekanan
- Jangan dianggap remeh dengan masalah stress Anda kerana stress ini juga akan mengganggu kitaran haid Anda. Ianya akan mengganggu sistem metabolisma di dalam tubuh. Bila metabolisma terganggu secara tak langsung kitaran haid juga akan terganggu.

Menopause
- Apabila wanita yang berada di peringkat pra-menopause berlaku haid yang sedikit dan kekerapannya juga berkurang.

Penyusuan
- Penyusuan juga adalah penyebab kepada kitaran haid terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid.

Masalah gangguan kitaran haid tidak teratur akan menjadi masalah kepada wanita yang merancang kehamilan. Jadi ambil berat mengenai kitaran haid Anda dan tangani dengan sebaiknya jika Anda benar-benar merancang untuk hamil.

Sekiranya Anda mengalami masalah haid tidak teratur, GLA COMPLEX SHAKLEE mungkin boleh membantu masalah Anda dalam menstabilkan semula hormon dan membantu kitaran haid agar lebih teratur.



GLA Complex Shaklee yang diekstrak dari tumbuhan borage yang mengandungi kepekatan GLA yang lebih tinggi dari Evening primrose dan blackcurrant. GLA merupakan sumber terbaik Omega-6 dan ianya digabungkan juga dengan minyak sunflower dan vitamin E. Kombinasi ini sesuai untuk membantu dalam menstabilkan hormon dan kitaran haid.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....








No comments:

Post a Comment