Para nabi juga bersedih, bahkan Rasulullah s.a.w pun bersedih saat ditinggalkan oleh orang-orang disayanginya tetapi tidaklah keterlaluan dalam bersedih. Tidak salah untuk kita bersedih tetapi yang menjadi salahnya apabila kita suka memanjangkan kesedihan, seolah-olah tidak percaya lagi akan takdir qada' dan qadar dari Allah.
JANGANLAH KAMU BERSEDIH
Ayat dalam surah At-Taubah ayat 40
"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
Ayat dalam surah al-I'mran ayat 139
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
Dari ayat-ayat di atas nyatalah bahawa Allah melarang untuk bersedih secara berlebihan, bersedih akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir dan menunjukkan kelemahan diri. Melainkan bersedih kerana takutkan Allah. Allah akan sentiasa bersama pada meraka yang sentiasa mengingatiNYA. Sentiasa mengingati Allah dan berzikir walau dalam apa keadaan sekalipun. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.
APABILA BERSEDIH APA YANG KITA LAKUKAN?
Rasa sedih, terkejut, terkilan, perasaan bercampur baur apabila rindu mula bertandang sebab ayah pergi secara tiba-tiba tanpa sebarang sakit. Masa itu saya masih lagi belajar. Tetapi saya belajar menerima takdir yang Allah tentukan sebab setiap yang hidup pasti menuju ke sana jua. Sokongan dan kata-kata semangat dari keluarga memberikan kekuatan pada diri saya.
Apa yang kami sekeluarga lakukan ialah dengan selalu sedekahkan tahlil dan bacaaan Al-quran untuk menghilangkan rasa sedih di hati. Saat rindu bertamu saya luahkan pada kawan-kawan dan mereka begitu memahami dan sentiasa memberi kata-kata semangat serta sokongan.
Sekarang pula jika tersentap akan sesuatu perkara, perasaan sedih tetap ada dan belajar untuk lebih positif, pandang hikmah disebalik kejadian dan kesedihan yang Allah berikan serta banyakkan istighfar serta muhasabah diri atas kekurangan dan kekhilafan diri. Alhamdulillah kita akan rasa lebih tenang bila kita lebih positif.
Perkara yang dianjurkan oleh agama apabila kita dilanda kesedihan ialah:
1. Banyakkan istighfar dan memohon ampun dari Allah
2. Banyakkan berzikir La Haula Walaa Quwwata Illa Billah (tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
3. Amalkan membaca Hasbunallaahu Wa Ni'mal Wakiil ( cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)
4. Bacalah zikir-zikir lain serta doa yang membantu memberika ketenangan hati. Antara doa yang di amalkan oleh Rasulullah s.a.w bagi menghindar rasa kesedihan ialah:
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau." (HR. Abu Dawud)
InsyaaAllah mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita untuk tabah menghadapi segala dugaan tanpa kesedihan yang teruk dan sentiasa memandang positif dan bersangka baik pada Allah atas setiap yang berlaku.
No comments:
Post a Comment