Salam Ukhuwwah

Friday 28 November 2014

MASALAH MATI PUCUK: ISTERI DERITA SUAMI LEMAH



Bila kita lihat pada tajuk akhbar diatas bermakna begitu ramai sekali kaum lelaki mengalami masalah Mati Pucuk dan merupakan salah satu punca berlaku perceaian atau isteri curang. Kebiasaannya apabila perkahwinan yang lama yang masih belum dikurniakan cahaya mata, kebanyakkannya pula akan menyalahkan wanita sebagai puncanya.

Sehingga pernah kita dengar yang seorang ibu sanggup arahkan anaknya untuk berkahwin lain semata-mata belum ada cucu dan seratus peratus menyalahkan menantu perempuannya tanpa selidik terlebih dahulu akan keadaan kesihatan anak lelakinya.




Betapa bersabarnya seorang isteri apabila suami mengalami masalah mati pucuk tetapi tidak mengambil berat akan masalahnya. Jadinya penting bagi lelaki juga untuk ada ilmu mengenai masalah kesihatan mereka. Biasanya si isteri akan lebih ambil berat akan kesihatan lelaki kan? Sayangnya isteri pada suami tapi suami jangan buat sambil lewa pulak ya...  Suami pun kena sama-sama ambil berat akan masalah kesihatan meraka. Jom kita gali ilmu mengenai masalah kesihatan suami.

Antara masalah kesihatan yang biasa dialami oleh suami ialah masalah andropos, masalah kesuburan, masalah pembesaran prostat, kanser prostat, masalah sakit dantung dan masalah mati pucuk. Apa yang nak saya sembangkan hari ini ialah mengenai "Masalah Mati Pucuk".

APA ITU MATI PUCUK?





"Mati Pucuk" adalah istilah yang merujuk kepada kegagalan atau ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk melaksanakan fungsi seksual.


SIMPTOM-SIMPTOM


Sebelum menderita Mati Pucuk, seorang lelaki akan mengalami tanda-tanda awal atau dengan istilah lain yang disebut Lemah Tenaga Batin seperti:

~ Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
~ Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
~ Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks
~ Air mani yang tipis atau tidak pekat dan kental 

Istilah perubatan moden menyebut Mati Pucuk sebagai Impotensi dan Disfungsi Erektil. Kegagalan untuk mencapai ketegangan atau ereksi bukanlah satu penyakit, tetapi adalah petanda awal/ simptom. Antaranya puncanya ialah:

~ Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
~ Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
~ Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
~ Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
~ Masalah saraf, stress dan hilang keyakinan diri
~ Kencing dedas atau rasa tidak puas kencing
~ Kegagalan hati dan buah pinggang
~ Penyakit Parkinson
~ Angin ahmar
~ Kesan sampingan ubat-ubatan
Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.

Akibat dari masalah kesihatan rentetan dari penyakit tersebut ia memberi kesan kepada masalah Lemah Tenaga Batin:

~ Ketirisan air kencing ketika melakukan solat
~ Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
~ Kemurungan
~ Kebimbangan semasa hubungan
~ Masalah perkahwinan
~ Masalah kesuburan

Suami-suami perlu peka dan pertingkatkan tahap kesihatan dari sehari ke sehari. Lakukan aktiviti sihat dan hindari perkara-perkara yang tidak elok seperti merokok. Sama-sama bekerjasama dengan isteri bagi tingkatkan kualiti kesihatan sekeluarga.


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang Set Kesihatan Lelaki

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....









No comments:

Post a Comment