Salam Ukhuwwah

Wednesday, 26 November 2014

SUSU IBU BERKURANG APAKAH PUNCANYA?

Setiap ibu yang menyusu pasti melalui saat bila susu ibu tiba-tiba berkurang. Mesti rasa risau dan susah hati dengan keadaan ini. Biasanya ibu-ibu akan mengambil jalan pintas dengan memberikan susu formula kerana bimbang bayi ibu-ibu lapar.

Sebenarnya mengikut sebilangan pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi. Konsep yang sebenar ialah apabila semakin kerap ibu menyusu semakin lebih banyak susu yang dihasilkan.




Apa yang menyebabkan susu ibu-ibu ini makin berkurang? Apakah puncanya? Ibu-ibu kena selidik dan cari ilmu penyusuan sebanyak mungkin supaya bila berlaku hal sedemikian, ibu-ibu sudah cukup ilmu untuk menanganinya.

Kekadang bekalan ibu sudah mencukupi tetapi disebabkan teknik penyusuan yang tidak betul, mulut bayi tidak melekap secara elok ke puting ibu-ibu menyebabkan bayi tidak memperolehi susu secukupnya. Beberapa perkara ibu-ibu perlu prihatin terhadap bayi jika kekurangan atau tidak cukup bekalan susu ibu:
- kekerapan bayi kencing iaitu 5 hingga 8 kali sehari
- bayi ibu-ibu sihat dan aktif, kalau bayi diam dan lemah cepat -cepat bawa ke hospital
- keadaan najisnya berwarna kuning mustard pada hari kelima kelahiran
- puting ibu berasa pedih dan sakit apabila menyusukan bayi
- bayi yang sentiasa mengantuk dan ia perlu dirangsang untuk menyusu
- bayi ibu-ibu lebih cenderung menggunakan puting dan ini menyebabkan kurang penyusuan ibu-ibu


PUNCA SUSU BERKURANG




1. Kekerapan Menyusu Berkurang
- Terlalu terikat dengan rutin menyusu 4 jam sekali. Ia menyebabkan susu ibu makin berkurang kerana tiada rangsangan dari bayi. Sepatutnya menyusu mengikut kehendak bayi tidak kira masa. Semakin banyak menyusu semakin banyak bekalan susu ibu-ibu.

2. Kurang Mengepam
- Apabila kekerapan mengepam juga makin berkurang. Bayi makin kurang menyusu dan ibu-ibu pula tidak merangsangnya dengan mengepam maka makin berkuranglah rangsangan untuk menghasilkan susu. Lama kelamaan susu boleh jadi kering begitu sahaja. Ketahuilah ibu-ibu, lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

3. Period
- Bagi sesetengah ibu, masalah kekurangan susu akan berlaku bermula dari pertengahan kitaran (ovulasi) sehingga ke hari pertama atau kedua period, selepas itu ianya akan kembali normal. Tahap kalsium dalam darah wanita akan berkurangan dalam tempoh ini dan bagi ibu yang menyusukan bayi akan mengalami kekurangan susu.

4. Tidak Menjaga Makan dan Minum
- Keperluan kepada makanan yang sihat yang cukup nutriennya serta minum air putih yang banyak penting bagi menambah bekalan susu. Pengambilan kalsium yang mencukupi, air putih 3 liter sehari membantu ibu-ibu menambah bekalan susu. Untuk mendapat susu yang pekat, ibu-ibu kena banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging dan ayam.

5.  Stress
- Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.

InsyaaAllah dengan bertambahnya ilmu penyusuan ibu-ibu, tiada lagi masalah kekurangan bekalan susu pada bayi. Yang penting semangat dari ibu-ibu, usaha yang berterusan serta amalan doa dan zikir-zikir agar dipermudahkan buat ibu-ibu yang ihklas memberi susu buat bayi.

Keperluan suplemen juga penting bagi membantu menambah pengeluaran susu ibu-ibu. Kenapa penting suplemen untuk ibu-ibu? InsyaaAllah untuk entry akan datang kita sembang pasal tajuk itu ya...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 



Order Sekarang Set Penyusuan

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....





No comments:

Post a Comment