Salam Ukhuwwah

Friday, 21 November 2014

PETUA SEGAR SIHAT SELEPAS BERSALIN

Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini pada entry yang baru pula. Kalau semalam saya bercerita mengenai persiapan menuju kelahiran atau persediaan bersalin. Hari ini saya kongsi pula "Petua untuk ibu-ibu kelihatan segar-bugar selepas bersalin atau ketika dalam pantang"


Ramai ibu-ibu yang tidak begitu menitikberatkan kesihatan selepas bersalin kerana ibu-ibu menyangka mereka telah selamat melahirkan bayi dan tak perlu fikirkan akan kesihatan lagi. Sebenarnya semasa berpantanglah ibu-ibu perlu menjaga betul-betul akan kesihatan mereka. Kebiasaanya ibu-ibu akan mengalami beberapa masalah dan perlu diambil berat. Tak boleh pandang remeh akan masalah tersebut sebab takut akan memudaratkan diri ibu-ibu nanti. Disini saya akan berkongsi petua-petua yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu mengikut amalan orang-orang terdahulu.

Antara petua-petua yang biasa diamalkan ialah:

1) Merawat luka bersalin
- Semasa saya bersalin anak pertama saya tinggal agak lama di hospital kerana bayi saya mengalami sedikit masalah. Ketika itu doktor di hospital menyarankan saya untuk rendamkan punggung dan tempat jahit bersalin di dalam air suam yang bercampur dengan garam dan Alhamdulillah memang agak cepat lukanya sembuh walaupun pada mulanya risau jugaklah sebab takut pedih. Tapi sebenarnya ibu-ibu akan rasa lebih selesa. 

Atau ibu-ibu juga boleh mengatasi luka tersebut dengan cara:
i) menyiram air suam pada tempat luka serentak dengan keluar air kencing 
ii) dapatkan daun dan kulit pokok tanjung secukupnya dan rebus. Gunakan air rebusan tersebut untuk membasuh tempat luka jahitan
iii) amalkan memakan buah limau sunkist manis

2) Sakit atau pening kepala



- Biasanya selepas bersalin ibu-ibu akan merasa letih dan lesu. Ketika ini ibu-ibu perlukan rehat yang serta tidur yang cukup. Tidak cukup tidur kerana berjaga malam kerana menyusu dan menjaga bayi atau mungkin kesan selepas bersalin atau rasa tidak selesa dengan perubahan suhu badan akan menyebabkan ibu-ibu sakit kepala atau pening. 
i) sakit kepala akibat dari tidak cukup tidur, ibu-ibu boleh merawatnya dengan limau nipis atau limau kasturi. Potong buah limau dan lumurkan pada kulit kepala, biarkan sehingga ia kering kemudian barulah dibasuh. Lakukan sebelum ibu-ibu mandi pagi.
ii) sakit kepala akibat dari suhu badan, dandan dan ikatkan rambut ibu-ibu tinggi sehingga rambut tegang. Muka ibu-ibu juga akan turut merasa tegang dan ia dapat hindarkan ibu-ibu dari sakit kepala. Kalau boleh laibu-kukannya selama proses berpantang iaitu 44 hari.

3) Bengkak Mata
- Ibu-ibu yang sering berjaga malam dan kurang tidur kerana menjaga bayi akan memberi kesan kepada kesihatan. Antaranya bengkak mata atau kesan lebam di bawah mata. Apa yang ibu-ibu boleh lakukan ialah:
 i) sapu kulit limau nipis atau mentimun pada pelupuk mata
 ii) ambil lendir bahagian dalam kulit telur dan sapu pada pelupuk mata.

4) Muka Pucat
- Kebiasaannya ibu-ibu bersalin mengalami muka yang pucat dan untuk mengembalikan wajah berseri dan lebih segar, ibu-ibu boleh amalkan petua ini:
i) pakai bedak sejuk dari beras, caranya dengan menumbuk halus beras yang telah dibasuh bersama dengan sepotong kunyit hidup, kemudian sapukan pada muka dan juga leher dan jika siamalkan selalu aianya akan melembut kulit ibu-ibu juga ya..
ii) jadikan kunyit hidup muda sebagai ulam ketika makan nasi, ia amat membantu untuk mengembalikan muka ibu-ibu agar lebih kemerah-merahan.

5) Gatal Vagina
- Kurangnya penjagaan kebersihan pada vagina akan menyebabkan terjadinya gatal-gatal pada liang peranakan atau faraj. Ibu-ibu perlu menukar tuala wanita sekerap mungkin bagi mengelak berlakunya sebarang jangkitan. Antara petuanya ialah rebus 7 helai daun sirih bersama asam jawa sebesar ibu jari kaki, rebus sehingga mendidih dan tunggu sehingga kemudian gunakan air tersebut untuk mencuci vagina.

6) Sakit Payudara
- Antara punca terjadinya sakit payudara ialah:


i) ada jangkitan kuman - ibu-ibu perlu berjumpa doktor dengan kadar segera
ii) sakit kerana susu yang banyak walaupun setelah menyusukan bayi - ibu-ibu perlu pam untuk mengurangkan bengkak susu.
iii) perubahan suhu badan - ibu-ibu boleh ambil kain bersih, kemudian rendamkan dalam air panas dan tuamkan pada payudara yang sakit serta urut secara perlahan-lahan dan jika ibu-ibu ada mengambil sebarang jamu, perlulah ibu berhenti mengambilnya buat sementara waktu bagi mengembalikan suhu badan kepada normal.
iv) antara amalan orang-orang dahulu ialah dengan mengambil sarang tebuan tanah (sarang yang diperbuat dari tanah liat) dicampurkan dengan air asam jawa kemudian sapukan pada payudara yang sakit.

7) Banyakkan Air Susu



- Memang agak tertekan bila air suu ibu berkurangan. Jadi ibu-ibu boleh cuba amalkan
i) parut lobak putih kemudian dicampurkan dengan air suam, minum air tersebut 2 kali sehari.
ii) rebus jantung pisang dan dimakan sebagai ulam bersama nasi panas
iii) pucuk kaduk juga direbus dan dibuat ulam dan dimakan bersama nasi

8) Rahim Bengkak atau Longgar
- Selain dari mekan jamu, bertungku, betangas, berurut antara petua yang diamalkan oleh orang tua-tua ialah:



i) merendam 2 - 3 biji buah manjakani didalam air panas, setelah lembut, ditumbuk dan digentel kecil-kecil anggaran sebesar biji kacang kemudian ditelan pada awal pagi atau petang
ii) buah manjakani juga boleh ditumbuk lumat-lumat san dibancuh dengan air serta disapu pada ari-ari juga disekeliling pinggang dan belakang sehingga ke punggung

9) Perut Mengendur
- Biasanya perut ibu-ibu akan menggeleber dan mengendur selepas bersalin. Untuk mengempiskan perut ibu-ibu, antara petua-petua yang boleh diamalkan:
i) tumbuk lumat 2 setengah genggam lada hitam kemudian dicampurkan dengan 1 biji ragi tapai serta digaulkan dengan cuka dan sedikit air asam jawa, bila dah sebati sapukan pada perut dan sekeliling pinggang, boleh lakukan setiap pagi selepas bertungku
ii) campurkan air limau nipis dan air kapur sirih sebanyak 1 setengah cawan dan sapukan pada sekeliling perut dan pinggang serta boleh lakukannya sepanjang masa ibu-ibu berpantang

10) Bisa Ari-Ari
- Jika ibu-ibu terasa sakit pada ari-ari, amalkan meminum air panas yang dicampurkan dengan madu lebah sebaik sahaja terasa sakit yang mana madu lebah ini boleh membantu memecah angin dan mencairkan darah beku.

Apa-apa pun ibu-ibu perlu lalui saat berpantang dengan tenang dan sabar. Kesakitan badan atau rasa tidak selesa adalah lumrah bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Laluilah setiap kesakitan dengan penuh kesabaran dan tawakkal kepada Allah.


Sumber: Amalan ibu mengandung 
(Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood)


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....






No comments:

Post a Comment