Aha...sebut pasal kelahiran pasti setiap ibu dan bapa teruja membuat persiapan menyambutnya. Lebih-lebih lagi kelahiran anak pertama. Semua wanita mahu menghadapi saat kelahiran dengan tenang dan mudah tanpa sebarang masalah. Dan perkara itulah yang sering kita doakan.
Dalam persiapan bersalin atau persiapan menyambut kelahiran saya bahagikan kepada beberapa kategori:
1. Persiapan Kewangan
2. Persiapan Mental & Fizikal
3. Persiapan Bayi
4. Persiapan ke Hospital
PERSIAPAN KEWANGAN
Dalam hal ini suami isteri perlu merancang kewangan yang akan dibelanjakan bagi menyambut orang baru iaitu seperti:- Kos rawatan dan hospital semasa bersalin
~ perlu ambil kira hospital mana pilihan ibu-ibu serta berapa kos untuk rawatan tersebut
- Kos vitamin dan makanan tambahan
~ selepas bersalin ibu-ibu perlu mendapatkan nutrien yang secukupnya bagi mengembalikan kesihatan yang lebih baik terutama ketika menyusukan bayi
- Kos membeli pakaian ibu
~ ibu-ibu juga perlu menyiapkan pakaian yang sesuai ketika berpantang untuk keselesaan ibu sendiri
- Kos kehadiran keluarga
~ kehadiran ahli keluarga yang lain sedikit sebanyak memerlukan suami isteri memerlukan belanja yang lebih dari baisa. Jadi, rancang daan atur dengan teliti
- Kos peralatan bayi
~ untuk kelahiran pertama sudah tentu banyak yang perlu dipersiakan. Baju bayi, tilam, selimut, peralatan mandian dan lain-lain. Bersiap-sedia dari awal dan belanja dengan berhemah agar tidak keterlaluan membuat persiapan.
- Kos rawatan ibu dan bayi semasa berpantang
~ semasa berpantang ibu-ibu perlukan rawatan seperti berurut dan rawatan-rawatan lain. Untuk bayi juga jika terdapat masalah pada bayi. Semuanya perlu diatur secara teliti.
Perancangan yang teliti perlu terutama untuk keselesaan ibu dan bayi. Buat bajet sebaik mungkin supaya tiada berlaku pembaziran atau masalah kewangan menjelang kelahiran.
PERSIAPAN MENTAL & FIZIKAL
Ibu yang hamil perlu melakukan persiapan mental & fizikal secukupnya. Terutama bagi kelahiran pertama. Sejak dari awal kehamilan lagi ibu-ibu sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Antara persiapan mental yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu ialah:- Emosi ketika bersalin
~ kenal pasti emosi ibu-ibu yang mungkin berlaku semasa bersalin nanti. Jika terdapat perasaan takut atau tidak enak, cuba atasi semasa kehamilan lagi. Bersiap sedia dari awal.
- Kenal pasti tahap ketakutan
~ kenal pasti apa yang kita takiut, apa yang kita bimbang dan cuba atasi dari awal lagi. Banyakkan berdoa dan fikirkan perkara positif dan bayi comel yang akan kita lahirkan nanti.
- Kemahuan atau kehendak
~ dapat melatih diri ibu-ibu untuk mengenalpasti apa yang benar-benar diperlukan dalam rancangan bersalin. Ia memberikan kebebasan memilih dan bukan lagi berserah sepenuhnya pada pilihan doktor.
- Proses bersalin
~ apa yang ibu-ibu mahukan semasa proses bersalin. Banyakkan membaca apa yang perlu ibu-ibu lakukan untuk melalui proses bersalin dengan senang dan tenang.
- Meditasi bersalin
~ untuk menghilangkan rasa takut dan mengurangkan rasa sakit ketika bersalin perkara inilah yang saya amalkan semasa proses kelahiran. Banyakkan berzikir, baca doa dan mengingati perkara-perkara gembira dan perkara yang membuatkan kita rasa tenang.
Apa-apapun hakis perasaan takut dan kuatkan semangat. Bayangkan bayi comel kita yang bakal lahir itu setelah 9 bulan kita mengandung. Usah terlalu memikirkan apa yang bakal dihadapi semasa proses bersalin nanti. Dalam dunia ini wanita telah melahirkan berbilion bayi dengan selamat dan sihat. Berserah dan yakin dengan Allah. Percaya yang diri ibu-ibu mampu untuk melalui proses bersalin dengan tenang dan mudah seperti yang dilalui oleh wanita lain. Mereka boleh laluinya kenapa tidak dengan kita? Positifkan diri dan berdoa supaya Allah permudahkan untuk kita.
PERSIAPAN BAYI
Buat senarai apa yang perlu bagi ibu-ibu semua. Terutama untuk bayi kelahiran pertama. Senaraikan peralatan yang penting buat bayi anda. Contohnya:1) Peralatan bayi
• katil
• tilam dan sarung tilam
• bantal
• besen mandi
• peralatan mandi
• almari pakaian
2) Pakaian bayi
• baju lengan panjang/pendek
• lampin pakai buang cari yang newborn
• stoking
• sarung tangan
• tuala kecil/besar
• kain bedung
• topi
• selimut
• barut
• tisu basah
• beg bayi
Buat persiapan mengikut bajet ibu-ibu dan secara rapi. Jangan terlalu teruja menyediakannya. Buat secara sederhana sebab mungkin ibu-ibu akan terbeli barang yang tidak sepatutnya dan tertinggal barang yang mesti dibeli. Boleh dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman juga.
PERSIAPAN KE HOSPITAL
Setelah ibu-ibu telah sepakat dengan suami membuat pilihan hospital menjelang saat kelahiran, ibu-ibu perlu menyiapkan beg yang perlu dibawa ke hospital nanti. Siapkan lebih awal sebaik-baiknya apabila kandungan masuk ke bulan 9. Tetapi sebenarnya lebih awal lebih bagus sebab keberangkalian untuk lahir pra-matang pun ada.Senaraikan keperluan ibu dan bayi semasa di hospital nanti. Contohnya :
Keperluan Ibu
1. Telefon bimbit
2. Kad pengenalan ibu
3. Buku kad merah
4. Duit untuk keperluan ibu
5. Al-Quran untuk baccan sebelum bersalin
6. Bahan bacaan untuk menghilangkan kerisauan
7. Alat mandian, sikat, bedak
8. Kain telekung
9. Tisu
10. Tuala wanita
12. Stoking
13. Baju/seluar dalam
14. Tuala kecil/besar
15. Baju yang selesa
Keperluan bayi
1. Baju lengan panjang dan pendek
2. Stoking
3. Sarung tangan
4. Lampin pakai buang saiz newborn
5. Tuala kecil dan besar
6. Selimut
7. Kain bedung
8. Bantal sebiji
Isi dalam beg berasingan. Jangan terlalu banyak barang dan membawa yang tidak perlu. Anggarkan duduk hospital untuk jangkamasa 2 hingga 3 hari sahaja. Jika kekurangan nanti bolehlah minta tolong pada suami untuk membawanya.
Jadinya untuk persiapan bersalin atau persiapan meneju kelahiran ini seeloknya bersiap sedialah dari awal lagi. Rancang bersama suami dengan sebaiknya. Anugerah Allah yang bakal lahir ke dunia perlu kita raikan begitu juga akan kesihatan ibu-ibu semasa berpantang haruslah di jaga sebaiknya. Pengambilan nutrien yang cukup semasa mengandung dan selepas bersalin amatlah penting. Kami di Shaklee ada menyediakan set-set yang perlu oleh ibu hamil dan juga semasa berpantang serta ketika penyusuan.
Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH
Segalanya... bermula disini....
Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah
No comments:
Post a Comment