Salam Ukhuwwah

Saturday 22 November 2014

SEMBELIT: PENANTIAN SUATU PENYIKSAAN DAN KENAPA PERLU DETOX

Aha...macam tajuk novel la pulak. Macam best je tajuk tu tapi apa ceritanya. Menanti najis yang tak mahu turun-turun adalah suatu penyiksaan bagi yang menghadapi masalah sembelit. Jangan pandang remeh akan masalah sembelit kerana ia boleh memincangkan semua fungsi anggota badan kita. Bila lama tak membuang, kepala kita pening, duduk pun tak keruan, senak perut semua ada dan punca berlakunya penyakit buasir.



Sembelit berlaku apabila kekerapan membuang air besar semakin berkurangan dan ia bukanlah suatu penyakit tapi merupakan suatu gejala. Ibu hamil, ibu dalam pantang, kana-kanak dan orang tua adalah mereka yang kerap akan terkena gejala sembelit. Biasanya ianya di pengaruhi oleh amalan pemakanan yang tidak sihat seperti kurangnya minum air putih.

TANDA-TANDA SEMBELIT

Antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah sembelit ialah:
~ apabila jarang atau tidak membuang air besar bagi suatu tempoh yang lama
~ najisnya kering dan keras
~ perut kembung, keras, kejang dan sakit
~ gigi diketap dan muka kemerahan apabila menahan untuk buang air besar
~ ada calitan najis lembut di seluar dalam

SEBAB BERLAKU SEMBELIT

1. Kurang minum air
2. Kurang mengambil makanan yang berserat tinggi
3. Kurang pergerakan atau kurang bersenam terutama di kalangan orang tua
4. Selalu menahan diri dari membuang air besar
5. Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat penenang, ubat gastrik atau ubat batuk
6. Perubahan hormon disebabkan oleh hamil atau bersalin
7. Perubahan tempat tinggal seperti melancong atau mengembara
8. Penyakit atau keadaan yang tidak selesa seperti strok
9. Masalah kolon dan rektum
10. Masalah dengan fungsi usus seperti sembelit secara tiba-tiba

CARA MENGATASINYA

• Banyakkan minum air putih iaitu sebanyak 3 liter sehari
• Banyakkan makan sayur hijau dan buah-buahan yang tinggi kandungan serat
• Jangan menahan untuk buang air besar
• Banyak melakukan pergerakan dan selalu bersenam kerana apabila metabolisma meningkat proses peristalsis juga meningkat dan ia akan memudahkan proses membuang

KENAPA PERLU KEPADA DETOX?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Set yang dicadangkan untuk SEMBELIT ialah:-
1. Herblax (Ambil sebelum tidur kerana ia memudahkan proses membuang)
2. Alfalfa (Melembutkan najis)
3.Vitamin C (Mengukuhkan sistem imun badan dan usus)
4. Performance Drink (Menghalang dehidrasi)
5. Peppermint Ginger (Buang angin, perut kembung)


Fungsi Herblax



1. Membersih najis yang tersekat
2. Melancarkan proses pembuangan
3. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama dlm usus.
4. Membantu masalah sembelit kronik
5. Mengempiskan perut
6. Memberi kepejalan pada perut


Fungsi Alfalfa


Fungsi Alfalfa adalah sama seperti Herb lax iaitu membantu melembutkan najis. Cuma Alfalfa ini bersesuaian untuk ibu yang menyusu manakala herblax pula tidak sesuai di ambil oleh ibu yang menyusu bayi kerana bimbang akan memberi kesan kepada bayi.


Fungsi Peppermint Ginger


1. Membantu proses penghadaman
2. Melegakan ketidakselesaan perut dan usus
3. Menghilangkan kembung perut dan melegakan sakit perut
4. Membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus
5. Melegakan masalah pencernaan
6. Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut


Jangan biarkan masalah sembelit menhantui hidup Anda... Segera atasinya jika Anda mahukan kehidupan yang lebih tenang dan aman...


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah


***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....





No comments:

Post a Comment