Masalah yang boleh dikatakan semua kita pernah mengalaminya. Cukup seksa bila perut makin kembung. Sendawa lepas tak lepas aje dan nak kentut pun dia macam masuk balik dalam perut. Sampai ada duduk berjam dalam tandas tapi tak berjaya juga nak huang angin atau pooopoooo....
Kembung atau senak perut ni terjadi akibat angin yang banyak di dalam sistem pencernaan atau usus yang tak dapat dikeluarkan. Ia berpunca dari:
• Angin yang ditelan apabila kita dalam keadaan stress atau tertekan. Kalau anda perasan la kan? Bila kita stress perut ni rasa ketat semacam aje. Sebab masa stress tu dalam tak sedar kita dah menelan banyak angin. Suka makan laju, merokok atau gig palsu yang longgar antara punca kita sedut udara dengan banyak.
• Proses menghancurkan makanan oleh bakteria di dalam usus besar kita dimana makanan tidak dihadam secara elok. Bila dah tak hadam jadi terhasil gas seperti gas karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya methane.
Sendawa ini berlaku bila perut dah penuh dengan makanan. Tapi bila dah kerap sendawa kita mula menelan lebih banyak udara. Gas yang ditelan itu akan bergerak ke usus kecil dan sebahagiannya akan diserap, manakala setengahnya pula bergerak ke usus besar dan dikeluarkan melalui rektum sebagai kentut.
Tanda-tanda senak perut atau kembung ni bermula dengan:
- sendawa
- kentut yang kerap
- sakit atau senak di bahagian abdomen
- kembung perut atau perut mulai keras membuncit
Walaupun senak perut atau kembung bukan satu penyakit yang seruis tapi bila dah terkena tak tentu arah kita dibuatnya.
Elakkan dari makan makanan berangin seperti bunga kobis, kekacang, brokoli, kobis, bawang serta makanan yang bergoreng dan tinggi lemak.
Kurangkan merokok, jumpa doktor gigi untuk perbaiki dan kemaskan gigi palsu, kurangkan ambil minuman bergas, lebihkan minum air putih, kurangkan makan terutama pengambilan makanan bergoreng dan berlemak, serta jalankan rutin harian dengan bersenam supaya aktiviti usus juga bergerak, makanan yang susah nak hadam dapat dihadam dengan betul.
Bila dah jadi kembung atau senak perut segala ubat atau minyak panas kita nak sapu. Antara yang saya ambil bila berlaku gejala senak perut ialah Peppermint Ginger, Garlic Complex dan B-complex. Alhamdulillah boleh rasa perbezaan bila diri dah mula boleh kentut dan tak kerap sendawa lagi.
Hanya hubungi Noni
Hubungi saya dan saya sedia membantu
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri