Salam Ukhuwwah

Thursday, 4 June 2015

Badan lebam kerana digigit pelesit?

Pernah tak kalau bangun pagi-pagi terdapat kesan lebam di peha atau di kaki? Masa kecil-kecil dulu orang tua-tua selalu bagitahu yang kesan lebam tu bekas dari digigit pelesit atau polong. Saya tak pasti akan kebenarannya.




Tapi kalau ikut dari segi kesihatan kesan lebam dibadan adalah akibat dari kekurangan Vitamin C menyebabkan pendarahan pada mukosa, LEBAM, dan bintik kecil merah (petechiae). Keadaan ini juga dipanggil Skurvi dan berpunca daripada kerosakan bahan dalam sel yang membina saluran darah.

Disebabkan Vitamin C ini adalah merupakan vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan oleh tubuh kita. Jadi untuk mengekalkan badan kita sentiasa cukup vitamin C ianya perlu diambil dari semasa ke semasa bagi membolehkan fungsi tubuh yang memerlukan vitamin C mendapat bekalan yang secukupnya.

Okay, lepas ni bila nampak ada lebam-lebam pada badan tanpa sebab terlanggar sesuatu. Maknanya badan kita kekurangan Vitamin C. Satu lagi nak cara nak tahu cukup ke tidak Vitamin C dalam badan kita, bila kita gariskan badan kita dengan kuku ada tak kesan garisan putih di kulit. Kalau ada maknanya badan kita kekurangan vitamin C.

Jadi jangan ingat Vitamin C untuk cantik sahaja ya... Bila sebut Vitamin C mesti dok ingat kulit tegang, cerah berseri. Tapi...sudah semestinya la sebab Vitamin C membantu menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan kita.



Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

No comments:

Post a Comment