Salam Ukhuwwah

Saturday 8 August 2015

JANGAN PANDANG RINGAN PADA ZAT BESI

Zat besi merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Zat besi diperlukan tubuh untuk memindahkan oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh serta membantu otot agar dapat menyimpan dan menggunakan oksigen.



Akibat kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia. Nak tahu tanda-tanda anemia ini badan akan rasa letih lesu, pening seakan hendak pitam, rasa bercelaru, gelisah, tiada selera makan serta mudah pengsan.

Keperluan Zat Besi

1. Pada Ibu hamil
Ibu hamil perlukan kira-kira 30mg zat besi setiap hari. Kalau sebelum hamil keperluan zat besi hanya 15mg. Tapi bila hamil keperluannya bertambah kerana ianya membantu mengekalkan kesihatan ibu dan bayi. Ibu boleh mendapat Anemia jika kekurangan zat besi, risiko kematian ketika melahirkan, lahirkan bayi dengan berat badan yang kurang, janin dan ibu lebih mudah terkena jangkitan dan juga risiko untuk keguguran.

2. Pada bayi
Bayi yang kekurangan zat besi ketika janin lagi akan menyebabkan lahirnya pramatang atau bayi yang tudak cukup berat. Zat besi sangat diperlukan seawal kelahiran lagi bagi perkembangan otak bayi. Penyusuan ibu secara eksklusif amat perlu bagi mencukupkan zat besi pada bayi berusia 6 bulan ke bawah. Apabila uisa bayi mencecah 6 bulan ke atas keperluan zat besi makin bertambah dan perlu kepada makanan sampingan lain yang mengandungi banyak zat beri

3. Pada kanak-kanak
Kekurangan zat besi pada kanak-kanak akan menjejaskan perkembangan otak secara tak langsung akan jejaskan pelajaran mereka. Tahap pemikiran yang rendah dan menjejaskan masa depan mereka.

4. Pada remaja
Ingat bila anak dah besar dan meningkat remaja tak perlu lagilah titik beratkan akan zat besi. Rupanya pentung bagi remaja untuk mengambil zat besi secukupnya. Masa inilah otot mereka tengah membesar. Bagi remaja lelaki masa inilah otot dan pertumbuhan yang lain meningkat dengan cepat dan remaja perempuan perlukan zat besi terutama ketika menstruasi.

Jadi tak kira ketika mana jangan pandang ringan akan keperluan zat besi. Antara sumber makanan yg ada zat besi ialah sayuran berdaun hijau tua, roti wholemeal, biji-bijirin, kentang, daging merah tanpa lemak, prun, kismis dan kekacang.

Pengambilan Vitamin C akan membantu penyerapan zat besi di dalam badan kita. Secara tak langsung ianya membantu dari berlakunya anemia. Pengambilan zat besi tanpa penyerapan dari Vitamin C menyebabkan badan akan masih kekal kekurangan zat besi.

Inginkan zat besi dari sumber suplemen? 
VITALEA merupakan suplemen yang membantu menampung kekurangan zat besi. 


HUBUNGI...
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri / Pages AzRa Shoppe
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Saya sedia membantu kawan-kawan...

No comments:

Post a Comment