Sebut pasal diet nampak mudah aje. Tapi hakikatnya bukan senang nak turun berat badan setelah bertahun-tahun mengumpul lemak. Dan lemak-lemak tu pulak bukan senang-senang hati je nak tinggalkan kita.
Ada yang dah frust dan give-up bila diet tapi berat statik aje. Tak turun-turun malah makin naik pulak. Kalau hati yang tak kental memang hanyut la diet tu...
Antara tips yang saya nak share disini set target yang kecik dulu untuk turunkan berat badan. Contohnya berat badan anda 79 kg dan tinggi 163cm. Kalau ikut bmi antara 57kg - 65kg macam tu la. Tapi jangan target awal-awal untuk capai 57kg. 22 kg tu nak kena turun. Rasa macam tak mampu je. Tapi set kan dlm 10 peratus dulu. 79kg tadi lebih kurang 8kg nak kena turun. Dalam lingkungan 71kg berat yang perlu dicapai dulu. Rasa mampu je nak sampai situ.
Bila dah capai target 71kg tu target lagi untuk turun 10 peratus. Aha... baru lah nampak aje jalannya kan...tak adalah putus asa tengah jalan.
Kena ingat, proses nak turun berat badan ni bukannya dalam sekelip mata aje tau! Yang biasa adalah turun berat 1- 2 kg je sebulan. Aha...berat dah bertahun-tahun nak turun dalam masa seminggu...memang penatlah gitu. Memudaratkan diri dan bahayakan kesihatan.
Proses turun berat badan perlukan sokongan orang rapat, keluarga dan rakan-rakan. Motivasikan diri dengan baju-baju idaman anda atau gambar mereka yang dah berjaya turun berat badan.
Menurut kajian, penurunan berat badan sebanyak 10 peratus dari berat badan yang ada akan membantu mengawal bacaan gula darah, mengawal tekanan darah tinggi serta membantu bacaan kolestrol kepada paras normal. Bagi yang nak dapatkan zuriat potensi untuk hamil adalah lebih tinggi.
Jadi, selamat berjaya pada semua yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Kawal makanan yang kita ambil, elak makanan proses, elak makanan banyak gula dan tinggi garam...
Set Diet Shaklee yang boleh membantu anda tingkatkan metabolisma, kawal selera makan, bagi tenaga semasa diet, lawaskan proses pembuangan dan mejaga tahap kolestrol anda...
Luv Sharing
Noni ~ 0195553667
Pengedar Shaklee Kulim
No comments:
Post a Comment