Bermula dari hanya nak makan untuk diri, merebak kepada bagi kat anak-anak, kemudian maka dan mak mertua, last sekali Che' suami pun sama terlibat ambil suplemen Shaklee. Ya la, orang lelaki ni kan susah sikit kalau dengan vitamin-vitamin ni. Pastu bila terkena sakit pinggang dan suruh dia cuba amalkan Vitalea dan ostematrix akhirnya terus melekat untuk amalkannya.
Masa mula-mula ambil Shaklee memang tak fikir pun untuk serius berbisnes. Tetapi bila tengok dalam group support macam best aje dan bonus yang saya beli hasil dari makan sahaja pun dapat jugak, makanya berfikirlah saya. Kenapa aku tak buat serius aje bisnes Shaklee ni kan. Lagipun kawan-kawan pun ada tanya jugak. Jadi bermula dari situ saya godek-godek fail dalam group dan mula menggali ilmu. Alhamdulillah bimbingan dari mak, nenek dan adik beradik Shaklee sentiasa ada.
Bermulalah episod saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kulim seras kawasan sekitarnya juga ya. Macam Lunas, Sg Ular, Sg Kob. Boleh call, message atau whatsApp pada bila-bila masa sahaja. Kalau nak harga lagi ISTIMEWA join member lagi best...
Iya la kan, saya ni surirumah, bila anak-anak dah ke sekolah, tak ada apa nak buat. Jadi lebih baik saya lakukan sesuatu yang berfaedah. Adala juga duit poket saya sendiri. Best bila time dapat bonus atau istilah kami time "Rimau Mengaum". Tengok hasil usaha yang kita dapat hasil kerajinan diri.
Bila dah mula semestinya kena bagi komitmen. Mana boleh main-main dah. Kena jadi SID berilmu, bukan SID kosong, kosong.... Sebab ramai yang SID tapi tak berpengetahuan. Saya nak tergolong dalam kalangan orang yang ada ilmu dalam Shaklee. Nak maju kan? Kenalah sentiasa positif dan yakin. Tak boleh berputus asa. Yang penting kita enjoy!
InsyaaAllah, sikit-sikit mendaki lama-lama akan sampai ke puncaknya. Saya seronok dengan apa yang saya lakukan. Beli murah, amalkan, dapat kesihatan yang baik, share dengan kawan-kawan akan kebaikan amalkan Shaklee, Alhamdulliah banyak kebaikan yang saya dapat. Rezeki dari Allah semua. Inilah diri saya sekarang. Surirumah yang bekerjaya... ;)
No comments:
Post a Comment