Salam Ukhuwwah

Friday, 16 January 2015

ANAK TAK NAK KE SEKOLAH, TIPS PUJUK ANAK

Penggal persekolahan baru sahaja bermula seminggu yang lalu. Macam-macam kerenah dan keletah anak-anak ni. Ada yang begitu teruja, ada yang takut, ada yang nak suruh ibuayah tunggu sampai balik. Ada-ada aje dengan kerenah mereka.



Tetapi yang menjadi masalah sekarang, ada kalangan anak-anak kita masih lagi menangis walaupun dah masuk hari ketiga persekolahan. Ibuayah dah nak mula bekerja. Memang akan menguji kesabaran bila pagi-pagi lagi anak-anak dah buat perangai.

Jom ibuayah kita cuba amalkan tips yang ingin saya kongsikan disini. Harap tips ini dapat membantu ibuayah untuk memujuk anak-anak supaya mahu ke sekolah.

1. Pujuk anak supaya tidur awal
Jadualkan anak-anak supaya membiasakan diri untuk tidur lebih awal supaya senang bagi mereka untuk bangun pagi. Beritahu dan terangkan kenapa perlu tidur awal dan kebaikannya. Kadang-kadang anak lebih memahami bila kita cerita hal sebenar.

2. Berlembut dan beri perhatian
Pujuk anak-anak dengan lembut serta beri perhatian terhadap apa yang mereka ceritakan kepada kita. Tanya apa aktiviti yang telah mereka lakukan dan apa kebaikan yang dapat dari aktiviti tersebutl. Ajak mereka bercerita supaya mereka berminat untuk pergi ke sekolah.

3. Dengarkan luahan perasaan mereka
Jadi pendengar setia dan ajak mereka bercerita serta dengar luahan perasaan anak-anak. Mungkin ada sebab mereka tak nak pergi ke sekolah. Ada kawan-kawan yang suka mengusik ke, yang suka buat pada mereka ke. Sekurang-kurangnya kita tahu apa madalah mereka.

4. Selalu berikan nasihat dan motivasi
Anak-anak kita sememangnya memerlukan kata-kata semangat dan nasihat dari kita. Ceritakan apa akan jadi kalau kita tak bersekolah. InsyaaAllah mereka akan dengar kata-kata nasihat ibuayah.

5. Amalkan doa



Disamping tu, hendaklah kita selalu berdoa supaya Allah lembutkan hati anak-anak kita supaya rajin ke sekolah. Amalkan doa-doa dan surah yang melembutkan hari mereka.

Aha...bila anak-anak dah berjaya ke sekolah hargailah apa yang mereka buat. Puji atas apa yang telah mereka lakukan. Anak-anak seronok bila kita positif dan memuji mereka...

Segalanya... bermula disini.... 


Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH



***************************************


Salam Ukhuwwah buat semua...

Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin







































No comments:

Post a Comment