Ada orang seronok bila demam. Sebabnya, masa itulah orang demam akan dapat layanan istimewa. Segala kemahuan dipenuhi. Nak makan apa sebut aje kan... Tetapi malangnya orang yang demam pula tak berselera.
Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan). Ia terjadi kerana kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu badan yang melebihi daripada suhu biasa.
Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37°C (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang). Ketika kita demam, suhu badan kita meningkat melebihi 37.8°C yang di ukur di bahagian mulut. Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.
Suhu badan yang berubah dengan cepat boleh menyebabkan sawan atau tidak sedarkan diri di kalangan kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak yang berumur di antara enam bulan hingga tiga tahun lebih mudah kena sawan seperti ini.
Punca-punca demam adalah disebabkan oleh:
Jangkitan - boleh dikatakan hampir semua jangkitan pada manusia akan menyebabkan simptom demam. Contohnya ada jangkitan pada tonsil, jangkitan pada paru-paru, telinga, jangkitan pada kulit, jangkitan pada saluran kencing dan sebagainya.
Penyakit Auto Imune - akan menyebabkan simptom demam seperti penyakit lupus, arthritis, dan penyakit rheumatoid.
Kanser - seperti leukemia juga biasanya akan menyebabkan demam yang juga merupakan antara simptom terawalnya.
Tindakbalas Ubat - seperti tindakbalas antibiotik atau kanak-kanak adan demam selepas menerima suntikan.
Akibat dari Pembinaan Tisu - iaitu berlaku selepas hemolisis, surgeri dan lain-lain.
Radang Kulit - berlaku pelbagai jenis radang kulit seperti bisul dan jerawat
Biasanya sebelum demam kita akan mengalami simptom demam.
Antara simptomnya adalah:
3. Batuk-batuk yang kerap untuk selama beberapa minggu :
4. Sakit pada dalam telinga :
5. Pening-pening, terasa sakit dan berat di sekitar mata :
1. Batuk-batuk, sejuk dan menggigil, lemah, pening, hidung berair :
Ini merupakan simptom biasa jangkitan virus influenza selesema.
2. Sakit tekak yang teramat :
Sakit tekak yang luar biasa dan agak merimaskan pesakit boleh disebabkan oleh tonsillitis atau jangkitan pada tekak.
3. Batuk-batuk yang kerap untuk selama beberapa minggu :
Bagi pesakit yang mengalami batuk-batuk untuk beberapa waktu sehingga berminggu dinasihatkan segera mendapatkan rawatan. Ini merupakan antara simptom biasa bagi jangkitan pada paru-paru atau pun saluran pernafasan.
4. Sakit pada dalam telinga :
Anak-anak kecil yang dilihat menyentak-nyentak telinga barangkali mengalami sakit pada dalam telinga. Dan ini mungkin juga disebabkan oleh jangkitan pada telinga.
5. Pening-pening, terasa sakit dan berat di sekitar mata :
Simptom ini biasanya dialami ketika pesakit tunduk atau pun bersujud di dalam sembahyang. Dan ini merupakan simptom yang kerap berlaku pada pesakit sinusitis atau pun resdung.
Selain makan ubat, demam boleh dikurangkan dengan minum air yang banyak, bilas kepala dengan air banyak-banyak, urut permukaan badan dan berselimut.
Demam bukanlah penyakit yang serius dan memerlukan rawatan kecemasan. Ia lebih merupakan satu tanda penyakit lain yang wujud dalam diri seseorang itu. Tetapi kalau demam ini berlarutan sehingga dua atau tiga minggu dan suhunya pula sentiasa tinggi. Aha... yang ini perlukan rawatan dan pemeriksaan rapi. Ia perlu diselidiki dan diubati puncanya yang sebenar.
Demam dan sakit kepala boleh di cegah jika kita dapat meningkatkan dan menguatkan fungsi imun tubuh kita. Antara yang boleh membantu mengurangkan demam dan sakit kepala dan insyaaAllah berkesan adalah:
Nutriferon
Merupakan suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh atau immune booster. Ia lebih ketara berkesan ke atas mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti kencing manis, kanser, asthma, dan banyak lagi. Sangat penting untuk tubuh kita untuk menguatkan sistem imun.Nutriferon meningkatkan sistem imun adalah dengan cara menggalakkan setiap sel menghasilkan interferonnya sendiri.
Performance Drinks
Membantu mencegah dehidrasi. Ia membantu bendalir di dalam badan tidak terhidrat terlalu banyak atau kekeringan. Sebab itu bila minum performance drinks kita akan cepat rasa lega dan bertenaga.
Sustained Release Vita-C Plus
Membantu menguatkan sistem imun badan kita. Sebabnya bila kita sakit atau demam, badan kita sememangnya amat memerlukan Vitamin C yang tinggi.
***************************************
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...

No comments:
Post a Comment