Salam Ukhuwwah

Saturday, 3 January 2015

BADAN BERBAU TENGIK, KAWAN-KAWAN TAHAN NAFAS

Dressing dah lawa, mekap dah cantik tapi malangnya badan berbau tengik. Pernah tak korang alami pengalaman yang cam gitu. Lepas tu mulalah kita ni buat-buat cover hidung dan tahan nafas... Dan yang paling seksa bila kita duduk dalam satu kereta. Rasa nak buka semua tingkap tu....




Kesian kawan kita tu. Sebabnya tuan empunya diri kekadang tu tak sedar yang dirinya ada masalah bau badan. Apa yang terbaik, kawan yang paling rapat dengannya kena slowtalk la kan. Takkan nak biarkan selamanya kawan kita dalam keadaan badan berbau tengik. Kita jugak yang merana karang...

Badan berbau ni bukan sahaja pada orang yang berisi sahaja tetapi orang yang kurus pun ada juga yang alami masalah ini. Ia bergantung pada tahap perpeluhan seseorang. Ada orang yang kuat berpeluh dan ada sesetengah tu tidak berpeluh.

Peluh kita dihasilkan oleh dua kelenjar, iaitu kelenjar accrine dan kelenjar apocrine. Kelenjar accrine ianya berhubung terus dengan permukaan kulit, sifatnya tulen dan jernih seperti air. Tidak menghasilkan bau yang dikeluarkan sejak bayi, Fungsinya untuk mengawal suhu badan selain daripada membuang bahan buangan badan. Biasanya muncul di tangan, punggung, serta dahi.




Manakala kelenjar apocrine terdapat di tempat-tempat tertentu, terutama di daerah perakaran rambut, seperti ketiak, kemaluan, dan di dalam hidung. Cecair yang dikeluarkan lebih likat dan keruh.
Bersifat aktif selepas akil baligh. Kelenjar apocrine mengandungi lemak tepu dengan cecair lebih kental dan berminyak. 

Untuk lebih kita faham, bau badan terhasil bila lemak peluh kita bercampur dengan bakteria. 

MASALAH PENGHADAMAN
Berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna seterusnya menyebabkan bau badan. Selalunya segala makanan yang diambil akan bertukar menjadi sisa buangan atau toksin. Tetapi bila sistem penghadaman tidak betul, toksin yang sepatutnya keluar bertukar terus kekal di dalam badan.

PEMAKANAN
Ada beberapa jenis makanan yang jika kita ambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau. Mereka yang banyak makan daging, telur, ikan dan kacang/kekacang potensi utk dapat bau badan yang busuk adalah tinggi. Ini kerana makanan ini mengandungi banyak Choline (tidak mudah melalui proses metabolism). Kopi dan minuman berkafein dan makanan berempah juga menyumbang bau badan. Makanan berempah mempunyai bawang putih memberi bau pada badan terutama di pelipatan seperti ketiak.

PENYAKIT
Ianya berlaku apabila seseorang yang sebelum ini tak pernah mempunyai masalah bau tetapi tiba-tiba aje badan berbau busuk dan tengik. Masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid antara penyakit yang menjadi punca masalah bau badan.

GENETIK
Ada juga masalah bau badan disebabkan oleh genetik. Kalenjar mereka terlalu aktif jadi sentiasa saja berpeluh. Itu yang menyebabkan masalah bau badan.

CARA ATASINYA

Jadi untuk mengawal masalah bau badan yang tengik tu kita kenalah sentiasa menjaga kebersihan. Malu tau, badan berbau ni. Sah-sah orang akan kata kita ni jenis malas nak mandi kan...huhu.

Antaranya:
- kerapkan mandi
- pilih pakaian fabrik yang longgar dan selesa serta yang jenis serap peluh
- elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
- berhenti merokok

Alfalfa
Terkenal sebagai tumbuhan hijau yang kaya dengan klorofil. Dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang.unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.





Pengedar Sah Shaklee KULIM, KEDAH


Segalanya... bermula disini.... 


Order Sekarang ALFALFA COMPLEX

Nak buat pembelian? KLIK pada button dibawah



***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667

COD kawasan Kulim/Lunas dan pengeposan untuk satu Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

FB Nor Ni Azrah Azhar  Page ~ AzRaShoppeVitamin

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....











No comments:

Post a Comment