Kulit berminyak senang untuk ditumbuhi jerawat. Tak macam kulit normal atau kulit kering.
Peningkatan hormon terutamanya bagi anak-anak remaja membuat kelenjar minyak (sebace glands) membesar dan meningkatkan pengeluaran minyak terutamanya pada wajah. Jadi pengeluaran minyak yang berlebihan tu akan menutup pori-pori dan seterusnya akan menyebabkan jerawat.
Bila tiada rawatan yang dilakukan, makanya jerawat makin bermaharajalela tumbuh di muka. Pastinya akan menjejaskan penampilan kita dan buat kita rasa rendah diri aje...
Antara faktor kulit berminyak:
♧ Genetik♧ Pola pemakanan - cara pemakanan kita yang banyak mengambil makanan tinggi gula dan garam.
♧ Hormon - hormon yang tidak seimbang terutama dikalangan remaja. Masa usia remaja berlaku di mana terlalu banyak pengeluaran sebum (minyak di bawah kulit) berlaku secara tidak menentu. Hamil juga menyebabkan hormon kita tak seimbang. Kulit berminyak biasanya terjadi pada ibu-ibu hamil.
♧ Kosmetik - salah penggunaan kosmetik di mana tak sesuai dengan kulit muka kita.
Tips jaga kulit berminyak
♡ Jaga pemakanan dan pilih diet yang sesuai
♡ Pilih set penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit muka
♡ Hindari sabun yang mengandungi alkohol. Pilih yang semulajadi
♡ Basuh muka dengan air suam, bukan air panas
♡ Jangan terlalu kerap cuci muka sebab secara berlebihan akan menghilangkan sebum, kulit akan jadi kering, bersisik dan jadi gatal
Petua Kulit Berminyak
Ambil sebiji epal dan potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sampai halus tanpa guna air. Bersihkan muka dan kemudian sapu epal yang dikisar tadi ke muka. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam dan kemudian air sejuk.
Set Rawatan Dalaman
ESP, Gla, Vitamin C dan Vitamin E adalah suplemen yang sesuai untuk merawat dari dalam akan masalah kulit muka berminyak dan berjerawat.
ESP membantu menjadikan kulit lebih berseri. Menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit, meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan serta memberi ton warna kulit yang sekata.
GLA Complex merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses-proses badan yangg normal. Merupakan kombinasi dari minyak borage sebagai bahan utama yang mengandungi gamma-linolenic acid (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan juga vitamin E banyak membantu kesihatan kulit serta memulih dan memelihara kulit.
VITAMIN C sesuai diambil oleh mereka yg mempunyai kulit muka yang berminyak serta berjerawat. Kandungan antioksida di dalam Vitamin C yang membantu menjadikan kulit muka lebih sihat. Memiliki sifat antibakteria dan membantu daripada berlakunya infeksi kulit dan memcepatkan proses penyembuhan luka. Bagus untuk membaiki luka dan parut jerawat. Ianya sebagai penggalak penghasilan kolagen dlm badan. Bila kolagen banyak dalam badan ia akan menunda proses penuaan. Kelebihan vitamin C Shaklee ia merupakan Sustained Release iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan pada setiap jam.
VITAMIN E dapat mencegah pengeluaran minyak berlebihan sehingga secara tak langsung membantu mengatasi jerawat. Melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas yang dapat menyebabkan penuaan, mengurangi reaksi peradangan pada kulit.
Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...
FB ~ Nor Ni Azrah Azhar Page ~ AzRaShoppeVitamin
Sama-sama kita upkan diri kita supaya sihat, cantik dan berkeyakinan...
Jangan sampai kita terlalu biarkan masalah kulit berminyak ini ya. Amibil langkah yang sebaiknya supaya kulit lebih sihat dan berseri...
Lovesharing dari saya...moga ianya memberi manfaat buat sahabat semua...
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...
FB ~ Nor Ni Azrah Azhar Page ~ AzRaShoppeVitamin
Sama-sama kita upkan diri kita supaya sihat, cantik dan berkeyakinan...
No comments:
Post a Comment