Bagi ibu yang bekerja dari rumah atau surirumah mungkin akan ada masa yang lebih bersama anak-anak. Inilah suatu kelebihan bagi ibu-ibu bekerja dari rumah. Terutama bila anak-anak kita makin meningkat remaja. Tumpuan dan perhatian perlu lagi lebih.
Cara yang terbaik mendekati anak-anak yang makin meningkat remaja ini ialah dengan menghabiskan masa berkualiti bersama. Bukan masa kecil sahaja kita kena tumpukan pada anak-anak dan bila anak-anak dah meningkat dewasa kita biarkan mereka membawa haluan sendiri. Kasih-sayang yang berterusan, pengawasan perlu untuk mereka. Ditambah dengan keadaan yang dilingkungi pelbagai gajet.
Bawa mereka keluar menikmati alam semulajadi, joging bersama, berkelah dan yang penting solat berjemaah adalah antara yang perkara yang mendekatkan kita dengan anak remaja. Dengar cerita mereka, luahan, aktiviti mereka bersama kawan-kawannya disekolah dan bagi respin yang baik kepada mereka. Usah cepat mengkritik perlakuan mereka tetapi sebaiknya nasihat dan cakap secara berhemah.
Generasi Z ini perlukan jawapan bersama alasan sekali dari kita andai ada persoalan. Dan jawapannya perlu terperinci bersama dengan buktinya sekali...berbeza dengan cara kita dahulu...
Yang penting bual bicara kita dengan anak-anak tak pernah putus. Sentiasa mengingati dan berikan panduan yang baik buat mereka.
Moga anak-anak kita semua senantiasa dilindungi olehNya dan berjaya dunia dan akhirat.
Disamping itu jangan lupa berikan suplemen yang baik untuk kesihatan dan kecerdasan mereka ya... Mereka berhak untuk mendapatkan yang terbaik dari kita...
Hidup biar selamba dan sihat...
Segalanya... bermula disini....
***************************************
Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...
----> Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...
Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....
No comments:
Post a Comment