Salam Ukhuwwah

Monday, 22 June 2015

PELAN JANA PENDAPATAN CARA MURAH DAN MUDAH LEPAS RAYA

Kekeringan duit lepas raya memang satu igauan ngeri, betul tak? Nak-nak pulak penjawat awam yang saya dengar khabar akan terima gaji seawal bulan Julai dan untuk gaji seterusnya adalah pada akhir bulan Ogos.




Betul ke cam gitu? Kalau betul memang senak la jawabnya...dan kepada para penjawat awam beringat-ingatlah ketika berbelanja pada musim perayaan.

Andai kita tak ada punca pendapatan sampingan mahu pening kepala nak susun pelan perbelanjaan rumah. Tapi andai kita ada backup dari pendapatan yg lain insyaaAllah tak adalah rasa senak tu...

Mungkin anda masih buntu nak cari cara tambah pendapatan?
Disini ada pelan yang murah serta mudah untuk anda nak mulakan bisnes atau sudah masanya anda memulakan bagi tambah pendapatan.

Pelan jana pendapatan yang murah serta mudah untuk dimulakan...



Yes! Murah dan mudah kan?

Jadi peluang dah terbuka di depan mata untuk perbaiki masalah atau bagi meningkatkan taraf pendapatan keluarga...

Saya disini sentiasa terbuka untuk membantu...

HUBUNGI...
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Saya sedia membantu kawan-kawan...








Sunday, 21 June 2015

RESEPI KEGEMARAN SEKAYA TELUR TERENGGANU

Setiap kali puasa kuih sekaya telur ni boleh katakan selang sehari je buat. Sebab duduk jauh dari kampung jadi nak tak nak kena buat sendiri lah kalau nak makan tu...


Gambar ihsan Encik Google

Kalau dekat pasar Ramadhan di Terengganu memang mudah sangatlah nak dapatkan kuih ni.

Anak-anak pun suka sangat. Tambah ibu yang buat penuh dengan resepi kasih sayang gitu...hehe....bukan apa bila buat sendiri tu boleh lah kita ubah rasanya jangan bagi manis sangat...

Tapi dah hari ke empat puasa belum buat lagi kuih sekaya telur ni. Anak-anak pun dah mula tanya bila nak buat. Rasa-rasanya bolehlah buat hari ini...lagipun tahun ni berazam nak kurangkan ke pasar Ramadhan jadi kena pelbagaikan resepi dan asah skill gitu utk anak-anak....

Meh saya kongsikan resepinya...

Sekaya Telur Terengganu

7 biji telur
1 keping manisan atau gula melaka
1/2 cawan gula
Sebungkus santan seringgit
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-caranya:

- Satukan santan dengan gula dan gula melaka atau saya blend aje bagi mudah

- Tuang bahan tadi ke dalam telur kacau sampai sebati campur secubit garam

- Dah sebati tapis dan masukkan ke dalam loyang dan letak daun pandan yg dicarik

- Kukus lebih kurang 20 - 25 minit

- Dah masak bila sejuk letak dalam peti sejuk

Ehm...sedap tau makan sejuk-sejuk nak-nak masa buka puasa tu...

Aha...dah makan banyak makanan bergula sudah pasti metabolisma kita turun...



Jadi nak upkan metabolisma kita balik, tak nak bagi cepat letih atau mengantuk masa solat terawih...bancuh la satu sachet CINCH TEA atau boleh bawa bekal masa solat terawih tu...memang berkesan bagi saya...

Selamat Mencuba! 😊

HUBUNGI...
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Saya sedia membantu kawan-kawan...






Saturday, 20 June 2015

APA YANG NAK TAHU TENTANG YES PROGRAM SHAKLEE?

Masih tertanya-tanya tentang YES Program Shaklee?



YES adalah singkatan dari Young Enterpreneur System. Menariknya tentang program ini ialah pelbagai tawaran yang Shaklee berikan dan tawarkan. Bagi yang nak berjinak dengan dunia perniagaan terutama golongan muda yang ingin menjana pendapatan yang lebih inilah peluang bagi anda.

Program ini bermula pada Mei sehingga Oktober 2015.

Menarik tentang YES Program..

1. MODAL YANG RENDAH HANYA RM69 SAHAJA

2. PERCUMA 1 BOTOL VITALEA BERNILAI RM94 BILA DAFTAR AHLI
- Vitalea merupakan Multivitamin yang terbaik di dunia dan sempena 100 tahun ulangtahun usia VITALEA, Shaklee bermurah hati untuk memberi semua pelanggannya merasai kelebihan VITALEA.

3. BERJIMAT DENGAN SETIAP PEMBELIAN YES PACK
- Promosi 5% pada setiap belian set YES PACK



4. PENJIMATAN PEMBELIAN PRODUK SEHINGGA 15-20%

5. KEUNTUNGAN MILIK SENDIRI 100%

6. MATCHING BONUS 10 - 50%

7. BONUS DARI SHAKLEE YANG DIBAYAR PADA SETIAP 15HB

8. BONUS APABILA  KITA BERGANJAK DARI RANK KE RANK YG LAIN

9. BONUS KEPIMPINAN DAPAT RM10,000 DAN THROPHY

Mesti ada yang kata mustahil la sampai banyak tu sekali Shaklee nak bagi.

Sebenarnya ini yang Shaklee akan bagi bagi mereka yang berusaha lebih serta selalu positif.

Malah, siap ada CAR INSENTIF serta CONVENTION dan TRIP ke luar negara lagi.

ADAKAH ANDA AKAN BERGERAK SENDIRI?

Oh! Tidak...korang akan dibimbing dibawah group yg saling membantu sama ada melalui online atau offline. Korang boleh hadiri kelas2 atau seminar yang dah disedikan oleh Shaklee.

Jom anak-anak muda dan ibu-ibu semua. Inilah masanya kita nak tingkatkan taraf ekomomi keluarga kita. Peluang dag ada depan mata. Tinggal untuk kita ambil dan laksanakan sahaja.

Setiap kita ada keinginan dan impian untuk dicapai. Kenapa tidak kita gunakan peluang ini untuk capai impiqn kita biar jadi kenyataan.

Katakan YES untuk YES PROGRAM...

Caranya mudah sahaja...



HUBUNGI...
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Saya sedia membantu kawan-kawan...






Thursday, 18 June 2015

YES PROGRAM - PELUANG UNTUK TAMBAH PENDAPATAN YANG ALA-ALA...

Pendapatan yang ala-ala cukup tak cukup aje. Sebelum akhir bulan dah lemas paras-paras hidung. Jangan sampai hapus kepala sudah.



Bercakap berdasarkan pengalaman. Pengalaman mengajar kita untuk lebih berusaha dan beringat saat ada perkara kecemasan. Kalau gaji setiap bulan awal-awal lagi habis bayar ansuran kereta, rumah, bil-bil, pengasuh anak, perbelanjaan rumah, perbelanjaan tuisyen anak-anak. Kekadang perbelanjaan melebihi pendapatan. Memang sebelum akhir bulan tinggal nyawa-nyawa ikan untuk berbelanja.



Nak-nak sekarang harga barang yang makin meningkat dari sehari ke sehari. Kalau tak ada pendapatan sampingan memang sangat menyakitkan. Jika ada yang sampingan tu, Alhamdulillah bolehlah menampung apa yang perlu atau jadikan simpanan sebagai sumber tika ada perkara kecemasan.

Jadi apa yang perlu kita lakukan adalah jalankan langkah berjimat-cermat sebaik mungkin. Terutama tika tiba musim perayaan. Berbelanja ikut keperluan. Mungkin kawan-kawan boleh ikuti tips ini untuk langkah penjimatan pada musim perayaan ni.

1. Kurangkan mengunjungi dan berbelanja di pasar Ramadhan. Sebagai langkah penjimatan rancang menu harian dan cuba seboleh mungkin untuk masak sendiri.

2. Senaraikan keperluan hari raya dan beli awal. Jangan berbelanja saat-saat akhir sebabnya yang akhir itulah jadikan perbelanjaan kita jadi tak terancang.

3. Imbas kembali perbelanjaan tahun lepas. Buang mana yang tak perlu. Contohnya kuih raya yang orang tak sentuh jangan beli.

4. Pakai je mana yang ada seperti langsir ke. Boleh basuh dan tukar yang kita dah pakai pada dua atau tiga tahun lepas.

5. Ingat bulan Ramadhan bulan mengekang hawa nafsu dan raya pula bukan semua mesti baru. Tekadkan dalam diri.

6. Cari side income sekarang. Program YES Shaklee kan ada bagi tujuan untuk tambah pendapatan isi rumah.



Bukan masalah lagi bagi ibu-ibu yang berhasrat membantu suami untuk tambahkan pendapatan. Jika tak tahu nak mula dari mana dan apa bisnes yang harus dimulakan tapi hati tu nak sangat menolong suami bagi sama-sama menambahkan pendapatan tapi tak ada  kepakaran nak buat kuih atau menjahit. Anak-anak muda yang nak bantu keluarga dan kurangkan beban mak ayah, inilah peluang yang perlu kawan-kawan ambil.

Macamana nak buat? Nak tak saya ajarkan?

HUBUNGI...
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Saya sedia membantu kawan-kawan...



Wednesday, 17 June 2015

PUASA TAPI BERAT NAIK ?

Puasa tapi bila timbang berat badan meningkat. Macamana boleh jadi gitu? Rasa2 korang la kan bulan puasa patutnya kita kawal nafsu kita tapi makin bertambah pulak nafsu makan kita...



Apa sebabnya?

Sebab yang paling jelas ialah masa bulan puasa ni kita makan banyak makanan tinggi gula. Bayangkan hari2 waktu berbuka kita amnil makanan tinggi gula. Air manis, kuih-muih yang manis-manis, nasi pula tak cukup sepinggan. Tak masuk lauk pauk lagi yang ada gula tambahan. Pendek kata semua makanan ada gula.



Makanan bergula buat kita rasa nak makan lagi, nak lagi, rasa tak cukup.

Habis tu nak makan apa ya... Alahai...

Cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan memulakan berbuka di awal waktu dengan hanya beberapa biji kurma basah. Ianya juga bertujuan bagi memudahkan diri untuk bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang.

Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.

Begitulah puasa gaya Rasulullah. Kalau kita amalkan gaya puasa Rasulullah rasanya tak ada masalah kenaikan berat badan yg kita alami...


Apa-apapun SELAMAT BERPUASA, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Semoga puasa ini dapat mendidik jiwa kita, nafsu kita agar lebih bersederhana tetapi giat mengejar pahala ibadat...

Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)


Tuesday, 16 June 2015

MENCARI SHAKLEE DI KULIM/LUNAS/SG KOB ?

Masih tercari-cari vitamin yang perlu diamalkan tapi tak tahu nak cari mana dan nak ambil apa? Saya adalah Pengedar Shaklee di kawasan Kulim, Lunas, Sg Kob serta kawasan-kawasan sekitarnya.

Hanya call atau whatsApp saya. Penghantaran secara percuma atau masih keliru nak ambil apa untuk keperluan diri dan keluarga kita boleh set kan masa dan jumpa dimana-mana.



Konsultasi percuma, penghantaran percuma juga jadual cara pengambilan.

Atau berminat juga untuk dapatkan wang sampingan? Menampung sumber kehidupan yang kian meningkat? Ramai yang tanya saya boleh buat duit ke dengan Shaklee? Boleh kalau betul-betul istiqomah. Kami ada group support yang kuat untuk membantu anda...



Jadi tak perlu risau lagi nak cari pengedar. Anda sendiri dah jadi pengedar Shaklee...

Cari saya Noni Pengedar Shaklee Kulim

Hubungi saya dan saya sedia membantu
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

GEJALA SENAK PERUT SENDAWA TAK LEPAS KENTUT DALAM PERUT

Masalah yang boleh dikatakan semua kita pernah mengalaminya. Cukup seksa bila perut makin kembung. Sendawa lepas tak lepas aje dan nak kentut pun dia macam masuk balik dalam perut. Sampai ada duduk berjam dalam tandas tapi tak berjaya juga nak huang angin atau pooopoooo....



Kembung atau senak perut ni terjadi akibat angin yang banyak di dalam sistem pencernaan atau usus yang tak dapat dikeluarkan. Ia berpunca dari:

• Angin yang ditelan apabila kita dalam keadaan stress atau tertekan. Kalau anda perasan la kan? Bila kita stress perut ni rasa ketat semacam aje. Sebab masa stress tu dalam tak sedar kita dah menelan banyak angin. Suka makan laju, merokok atau gig palsu yang longgar antara punca kita sedut udara dengan banyak.

• Proses menghancurkan makanan oleh bakteria di dalam usus besar kita dimana makanan tidak dihadam secara elok. Bila dah tak hadam jadi terhasil gas seperti gas karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya methane.

Sendawa ini berlaku bila perut dah penuh dengan makanan. Tapi bila dah kerap sendawa kita mula menelan lebih banyak udara. Gas yang ditelan itu akan bergerak ke usus kecil dan sebahagiannya akan diserap, manakala setengahnya pula bergerak ke usus besar dan dikeluarkan melalui rektum sebagai kentut.

Tanda-tanda senak perut atau kembung ni bermula dengan:
- sendawa
- kentut yang kerap
- sakit atau senak di bahagian abdomen
- kembung perut atau perut mulai keras membuncit

Walaupun senak perut atau kembung bukan satu penyakit yang seruis tapi bila dah terkena tak tentu arah kita dibuatnya.

Elakkan dari makan makanan berangin seperti bunga kobis, kekacang, brokoli, kobis, bawang serta makanan yang bergoreng dan tinggi lemak.

Kurangkan merokok, jumpa doktor gigi untuk perbaiki dan kemaskan gigi palsu, kurangkan ambil minuman bergas, lebihkan minum air putih, kurangkan makan terutama pengambilan makanan bergoreng dan berlemak, serta jalankan rutin harian dengan bersenam supaya aktiviti usus juga bergerak, makanan yang susah nak hadam dapat dihadam dengan betul.

Bila dah jadi kembung atau senak perut segala ubat atau minyak panas kita nak sapu. Antara yang saya ambil bila berlaku gejala senak perut ialah Peppermint Ginger, Garlic Complex dan B-complex. Alhamdulillah boleh rasa perbezaan bila diri dah mula boleh kentut dan tak kerap sendawa lagi.




Hanya hubungi Noni

Hubungi saya dan saya sedia membantu
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)




Monday, 15 June 2015

TIPS RAMPING DI BULAN PUASA

Ramadhan insyaAllah bakal menjelma dlm beberapa hari saja lagi. Siapa nak ramping di bulan puasa ni, saya nak share sikit tips-tipsnya.


1. Makan ikut sunnah. Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang

2. Mulakan berbuka dengan buah kurma

3. Tinggalkan makanan dan minuman manis

4. Lebihkan minum air putih

5. Elakkan membazir membeli terlalu banyak makanan

6. Lakukan solat terawih, solat sunat tahajud dan solat-solat lain

7. Bersahur dengan protin yang tinggi bukan tinggi karborhidrat

8. Sentiasa kawal nafsu dari makan berlebihan

InsyaaAllah kalau betul-betul ikut tips diatas, tak mustahil anda akan kurang inci atau beberapa 'kg' sepanjang Ramadhan nanti.

Atau untuk kuatkan sistem pertahanan tubuh, bolehlah mengambil suplemen bagi memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita. Supaya kita tak merasa letih tetapi sebaliknya tetap bertenaga sepanjang hari...


Sertai Ahli sebanyak RM69. Mendapat harga yang lebih murah serta boleh menjana pendapatan jugak. Harga barang boleh miliki dengan harga ahli yang lebih berbaloi.

Macamana nak buat?

Hanya hubungi Noni

Hubungi saya dan saya sedia membantu
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)



Thursday, 11 June 2015

HAKIKAT YANG PERLU KITA HADAPI BILA TIBA-TIBA DIBERHENTIKAN KERJA

Apa yang perlu kita buat atau lakukan apabila tiba-tiba kita terima notis pemberhentian kerja daripada majikan. Hakikat yang nak tak nak yang mesti kita lalui...hidup mesti diteruskan dengan bebanan sumber kewangan.


Jadi penyelesaiannya untuk tambah pendapatan kita perlu jugak ada pendapatan sampingan. Bak kata pepatah "Sediakan payung sebelum hujan". Apa sahaja yang menambahkan pendapatan kita lakukan demi untuk kehidupan yang lebih selesa.

Tetapi ingat, biarlah halal dan terjamin. Janganlah sampai kita mudah tertipu dengan macam-macam skim dek kerana nak cepat dapat duit atau dapatkan sumber pinjaman dari sumber yang ragu-ragu. Cari cara punca nak tambah penadapatan yang selamat dan terjamin. Bersusah dahulu bersenang kemudian, bukannya bersenang dahulu kemudian merana.

Mengikut apa yang saya baca dari salah seorang yang dah berjaya menambahkan pendapatannya, beliau mulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Dari yang kecil kemudian kembangkan dan kembangkan seterusnya menjana pendapatan yang besar.

Kawan-kawan masih tercari-cari nak mula dari mana? Tak tahu nak cari bisnes apa? Salah satu yang terjamin, produk yang dah dikenali lama dan dah terbukti mampu memberi pulangan yang baik serta hanya bermula dengan modal yang kecil.

Bercerita mengenai seorang sahabat yang terpaksa ambil berhenti secara sukarela dan buntu apa yang dia nak buat jika tak kerja nanti. Dia dah mula amalkan suplemen dan dah rasai kebaiknannya dwngan set penyusuan. Secara tak langsung dia hanya bercerita pengalaman penyusuan dengan Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah hasil dari kongsi pengalaman dengan kawan-kawan sekerja ramai yang dah berminat untuk dapatkan darinya dan terus ambil peluang untuk bergerak secara lebih serius.

YES PROGRAM Shaklee yang sedang berlangsung sekarang memberi dan membuka peluang untuk kita memulakan bisnes kita sendiri dan kemudian berusaha untuk menambahkan sendiri pendapatan kita hanya dengan berkongsi pengalaman dan apa yang kita rasai. "Man jadda wa jada waman zaro'a hasoda". Siapa berusaha dia berjaya dan siapa yang menanam dia yang dapat hasil.



Macamana nak mulakan? Modal hanya srendah RM69 dan hanya ikut langkah yang diberi. Dan jika keliru atau perlu informasi yang lebih boleh terus hubungi saya. Saya akan beri tunjuk ajar dan cara yang sebaiknya untuk membantu kawan-kawan menambah pendapatan keluarga.

Berkongsi apa yang anda rasa dan kongsi ilmu yang ada! Tak rugi kalau kita kongsikan kebaikan dengan yang lain...


Hubungi saya dan saya sedia membantu
Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Tuesday, 9 June 2015

Tak seksa lagi nak sembuhkan luka jahitan

Siapa yang tak nak cepat baik kalau lepas pembedahan. Tak kira la apa jenis pembedahan sekalipun. Sama ada bersalin atau pembedahan lain. Luka yang lambat sembuh memberi risiko dan kesan yang tidak elok kepada pesakit.



Badan memerlukan vitamin C yang secukupnya untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bagi menggantikan sel tisu yang rosak.. Vitamin C dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak. Jadi kolagen inilah yang berfungsi sebagai agen penyembuhan luka. Vitamin meningkatkan kenjalan kulit seterusnya mempercepatkan proses membaik pulih tisu dalaman.




Pengalaman masa lepas bersalin. Ketiga-tiga anak saya memang saya amalkan makan oren sunkist yang manis. Alhamdulillah luka cepat baik dan cantik je. Tiada kesan parut yang ketara. Lagi satu saya tak alami masalah sembelit ketika berpantang. 

Oren salah satu sumber yang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Agak-agaknya berapa biji oren yang kita perlukan ya dalam sehari untuk dapatkan nutrisi yang cukup? Lagi satu vitamin C tidak disimpan dalam badan kita dan badan kita sendiri pun tak boleh nak hasilkan vitamin C. Jadi, kenalah cari sumber semulajadi yang selamat.


Sebiji Sustained Release Vitamin C ini mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Istimewa Sustained Release Vita C bertindak secara pelepasan jam demi jam selama 5 jam untuk memenuhi keperluan tubuh.


Ok, sekarang dah tak susah lagi untuk dapatkan nutrisi bagi kuatkan sistem imun kita dan bagi cepatkan proses cepat baik luka. Apa-apapun yang kita ambil mestilah konsisten dan berdoa pada Allah. Yang memulihkan segalanya adalah atas kehendakNya. Dan kita harus berusaha...

Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)





Thursday, 4 June 2015

Fresh Dari Laut!

Yummy! Yum...yum... kalau di kampung serba-serbi fresh. Mahal sikit pun tak apa. Sebab masih segar bugar.



Musim sotong di Pantai Timur. Musim orang candat sotong. Biasa kalau musim candat sotong musimnya sekali dengan buah gajus atau di Terengganu dikenali dengan "Jambu Golok".



Kebetulan pulak kusim cuti sekolah ni kena dengan musim sotong. Alhamdulillah...rezeki.


Inilah menu sayur lemak Jambu Golok bersama sotong...lama tak makan ni.


Ok yang ni memang faveret kami anak beranak. Sotong celup tepung. Kalau kat kedai makan sampai 10 -12 ekor. Memang mahal la. RM6-RM7 seekor. Tapi sebab fresh dan sotong pun lembut kira ok la...

Kolestrol dan karborhidrat pun tinggi sotong ni...
InsyaaAllah makan cara sederhana... tapi sebelum makan untuk kawal kolestrol dari melekat dekat badan kita kawal dengan Phytocol-ST.



Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)



Badan lebam kerana digigit pelesit?

Pernah tak kalau bangun pagi-pagi terdapat kesan lebam di peha atau di kaki? Masa kecil-kecil dulu orang tua-tua selalu bagitahu yang kesan lebam tu bekas dari digigit pelesit atau polong. Saya tak pasti akan kebenarannya.




Tapi kalau ikut dari segi kesihatan kesan lebam dibadan adalah akibat dari kekurangan Vitamin C menyebabkan pendarahan pada mukosa, LEBAM, dan bintik kecil merah (petechiae). Keadaan ini juga dipanggil Skurvi dan berpunca daripada kerosakan bahan dalam sel yang membina saluran darah.

Disebabkan Vitamin C ini adalah merupakan vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan oleh tubuh kita. Jadi untuk mengekalkan badan kita sentiasa cukup vitamin C ianya perlu diambil dari semasa ke semasa bagi membolehkan fungsi tubuh yang memerlukan vitamin C mendapat bekalan yang secukupnya.

Okay, lepas ni bila nampak ada lebam-lebam pada badan tanpa sebab terlanggar sesuatu. Maknanya badan kita kekurangan Vitamin C. Satu lagi nak cara nak tahu cukup ke tidak Vitamin C dalam badan kita, bila kita gariskan badan kita dengan kuku ada tak kesan garisan putih di kulit. Kalau ada maknanya badan kita kekurangan vitamin C.

Jadi jangan ingat Vitamin C untuk cantik sahaja ya... Bila sebut Vitamin C mesti dok ingat kulit tegang, cerah berseri. Tapi...sudah semestinya la sebab Vitamin C membantu menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan kita.



Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Wednesday, 3 June 2015

ANAK ADALAH CERMIN DIRI KITA

Setuju tak bila saya katakan anak itu adalah cermin diri kita? Cuba kita perhatikan tingkahlaku anak-anak kita. Ada tak dia tiru sikap kita sama ada yang elok mahupun tak elok. Dan itulah yang saya maksudkan anak adalah cermin diri kita.


Macam saya sendiri punyai anak yang paling besar berusia 15 tahun. Wajahnya rata-rata saya jumpa kawan-kawan dia orang cakap yang wajah anak saya sememangnya copy paste dari wajah saya. Dan apa yang saya nampak perilaku anak saya saling tak tumpah macam saya remaja dulu. Orang kata mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Tapi sekarang segala perangainya ikut perangai saya.

Masa inilah baru kita tahu betapa pedihnya hati ibu dulu kalau saya buat perangai. Allahu insaf dan menyesal. Ingatan buat diri saya dan juga kawan-kawan semua yang punyai anak yang masih kecil. Jaga perasaan amarah anda dan kawal perkataan serta tingkahlaku yang tak elok. Sebab contohlah kalau kita suka marah-marah atau yang jenis suka keluar segala mak nenek kalau hati tengah amarah kemungkinan untuk anak ambil sikap tak elok kita itu adalah tinggi.


Melentur buluh biarlah dari rebung. Bila buluh dah besar memang dah keras untuk kita lenturkan. Saya belajar dari kesilapan. Cuba perbaiki diri agar anak yang lain tak ambil sikap buruk kita. Anak adalah anugerah. Kitalah yang membentuk mereka dari sehelai kain putih kepada warna apa yang kita pilih.


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)






Tuesday, 2 June 2015

JUN PROMOSI UNTUK KESIHATAN DALAMAN CANTIK LUARAN

Setiap bulan pasti peminat-peminat Shaklee tertungu-tunggu promosi bulanan. Kita pun tak lama lagi insyaaAllah akan bertemu Ramadhan dan menyusul Aidilfitri pula lepas tu.



Nak berwajah baru? Nak berkulit berseri? Atau badan yang fit bergetah? Shaklee bagi peluang untuk kawan-kawan nikmati promosi ISTIMEWA bulan Jun 2015 iaitu promosi Vitamin C, Vitamin E serta set-set yang hebat yang terbukti segar bila mengamalkannya iaitu set hamil, berpantang dan set slimfit.

Aha! Walaupun semasa hamil atau pun dalam pantang tak semestinya kulit kita atau keadaan kita layu aje. Ibu2 pun nak berwajah berseri masa hari raya nanti biarpun masih dalam pantang... Rahsia sihat dalaman dan wajah berseri sudah tentunya SET BERSALIN.



Kawan-kawan yang pentingkan penampilan sihat dan berseri mesti rebut peluang PROMOSI JUN 2015.


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)


APA YANG KITA PANDANG BILA PERTAMA KALI JUMPA ORANG?

Dalam banyak-banyak bahagian kalau kita jumpa orang. Benda yang pertama kita pandang adalah wajah. Betul tak? Apa pandangan kita atau terdetik tak dalam hati kita untuk kita buat kesimpulan pasal muka orang tu?



Macam saya la kan, kalau tengok muka orang tu lesuh mesti balik nanti saya bercerita pada kakak ke atau kawan ke pasal muka orang tu. "Tadikan saya ada jumpa sorang ni, Ya Allah lesuh gebu je kulit dia. Rasa-rasa macamana dia jaga ya sampai cantik macam tu? Produk apa dia pakai ya?" Dan sebaliknya lah...especially kalau dia tu jual produk kecantikan. Mesti perkara pertama kita akan jeling pada kulit wajah dia semasa dia tengah promosi barangnya...hehe. Kebiasaannya macam itu lah.

Jadi kulit wajah kita ni memainkan peranan penting bila kita berjumpa dengan orang. Kalau kulit kita tak banyak masalah. Kita berkeyakinan tinggi aje. Tapi kalau kulit kusam, ada jerawat hitam. Perasaan rendah diri, malu, tak yakin akan penampilan diri, segan nak bercakap dengan orang semuanya ada dalam diri kita.

Menjaga wajah perlulah teliti dan sentiasa berwaspada akan barangan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Elak dari membeli produk yang mengandungi tinggmi merkuri. Periksa dulu apa kandungannya serta betul-betul mendapat kelulusan KKM. Awas! Jangan terlalu teruja untuk pulih masalah dengan cepat. Segala yang segera ini pastinya ada kesan dan akibatnya. Sebab masalah yang kita hadapi bukan pulih dalam masa 2 atau 3 hari atau segera juga tau!

Kenali jenis kulit wajah terlebih dahulu sebelum memilih produk yang betul. Sudah semestinya mencari yang sesuai, semulajadi, berkesan serta berkualiti dan memenuhi piawaian KKM. Suci dan halal juga perlu bagi umat Islam.

Promosi berganda untuk kecantikan kulit dari dalam adalah promosi terbaik menuju hari raya. Bolehlah kita beraya dengan wajah yang lebih berseri. Tiada lagi jerawat hitam, kulit kusam, muka berparut dan kulit berjeragat.




Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)