Salam Ukhuwwah

Friday, 3 October 2014

AMALAN ANGGUN BERSERI LUARAN DAN DALAMAN

Memang lumrah manusia sukakan kecantikan. Semua sukakan pada kecantikan, kacak, segak terutama pada pandangan orang tersayang. Macam kita sebagai isteri mestilah nak suami kita pandang kita berseri aje selalu kan?

Cantik yang sebenar adalah cantik luar dan dalam. Cantik yang disusuli akhlak yang mulia. Allah juga suka akan kecantikan tetapi janganlah kita sampai mengubah akan kejadian Allah semata-mata kerana nak cantik.


Antara amalan-amalan untuk cantik luaran dan dalaman ialah :-

1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. 
Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.

2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah. 
Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.

3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat. 
Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.

4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa.
 Terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.

5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita. 
Terutamanya, Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.

6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin.
Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokkanlah akhlakku.


7.  Amalkan membaca zikir untuk Anggun berseri luaran dan dalaman.
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

Si isteri mahukan cantik untuk suami dan begitulah sebaliknya juga supaya orang disekeliling kita sejuk aje mata memandangnya kan...

Insyaa Allah pasangkan niat yang betul dan jangan sampai kecantikan kita menjadikan kita jauh dari Allah tapi sentiasa mensyukuri dengan apa yang kita ada...

Segalanya Bermula Di sini....


***************************************

Salam Ukhuwwah buat semua...
Semoga Ukhuwwah kita terjalin erat...

---->  Saya Noni | Kulim | 019-5553667
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee...
Boleh terus hubungi saya...

Sama-sama kita upkan diri kita supaya lebih tampil berkeyakinan....












No comments:

Post a Comment