Salam Ukhuwwah

Thursday 28 May 2015

ANGGUR SEAKAN SEPERTI JANTUNG BANYAK KHASIAT UNTUK JANTUNG YANG SIHAT

Segugus anggur yang bentuknya seakan-akan jantung. Setiap buah yg Allah cipta pasti ada hikmahnya buat Umat manusia. Tinggal sahaja cara manusia mengamalkannya dan mengambil hikmah dari penciptaanNya. Termasuk tonik anggur Vivix ini yang manusia hasilkan dari hikmah adanya anggur.



Menurut kajian saintis anggur memang bagus untuk kesihatan jantung. Bila bercakap mengenai kesihatan jantung, sudah tentu ia berkait juga dengan penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, strok, kebas-kebas dan banyak lagi yang berkaitan dengan saluran darah.

Anggur muscadine adalah anggur liar yang berbeza dari anggur biasa. Ia memberi lebih faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Anggur ini mempunyai asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain dan ia juga telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.




Ramuan semulajadi kombinasi anggur muscadine, lobak ungu, elderberry dan knotweed jepun menghasilkan profil polyphenol (Resveratrol) yang kuat didalam VIVIX. Campuran inilah yg bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik melawan penuaan selular. Ia juga nyata mampu membantu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung, termasuk strok, darah tinggi, kanser, memelihara sel- sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Memperbaiki DNA - Dimana Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. DNA kita yang saban hari mengalami kerosakan antaranya oleh radikal bebas menyebabakan kita menjadi semakin lemah. Mereka yang menjalani rawatan pemulihan kanser sesuai mengambil vivix untuk mengembalikan sel tubuh yang lebih kuat.

Memperbaiki tenaga sel - semakin hari tubuh kita semakin hilang sel tenaga dek kerana faktor penuaan. Ia akan menurunkan juga fungsi sel. Ramuan vivix akan menggalakkan dan meningkatkan tahap tenaga didalam sel.



Tonik anggur hebat Vivix membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imun dan sendi. Badan kita yang semakin lemah, ingatan yang semakin sukar. Vivix membantu melawan penuaan tahap selular dan lebih dari itu.

Penemuan yang unik yang menghasilkan VIVIX ini memberi peluang kepada penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung dan penyakit lain dapat diperbaiki kepada tahap kesihatan kita yang lebih baik.


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)



Sunday 24 May 2015

SARAPAN NASI LEMAK DAH 2 BUNGKUS TETAPI BELUM LUNCH DAH LAPAR

Siapa sini faveret dia nasik lemak? Rata-rata rakyat Malaysia memang sukalah dengan nasi lemak ni. Sangat sedap dimakan terutama ketika sarapan. Nasi lemak, sambal tumis kaw, ayam goreng berempah dan telur mata. Pergh!! Lengkap dan cukup menyelerakan. Kena elok memang tak cukup sepinggan. Mahu 2 pinggan atau lebih.




Tetapi yang herannya, pekena nasi lemak dah bertambah-tambah. Belum waktu makan tengahari lagi perut dah mula berkeriuk dan mata dah mula layu. Eishk! Apahal pulak cam gini ni..... Nak tahu sebabnya? Aha...kalau nak tahu nasi lemak sebenarnya mengandungi Indeks Glisemik yang TINGGI. Dimana tenaga dilepaskan secara cepat. Takda simpan-simpan lagi dah. Buat kita rasa cepat letih, tak bertenaga, mengantuk dan cepat lapar. Kandungan karborhidratnya juga tinggi. Ia sangat tidak sesuai bagi pesakit kencing manis dan bagi yang merancang untuk turunkan berat badan.



Bila dah cepat lapar, kita pasti akan makan lagi. Dan makanan yang diambil masih lagi yang tinggi Indeks Glisemik. Dan perkara seterusnya berlaku. Lapar dan lapar dan lapar. Signal yang menunjukkan kita perlukan lebih air juga tapi kita sogokkan dengan makanan lagi kepada tubuh kita. Lama-kelamaan badan kita semakin hari semakin berisi.




Sebab itu saya suka ambil TEPUNG SOYA ORGANIK setiap hari. ESP yang tinggi kandungan protein dan RENDAH Indeks Glisemik amat sesuai diambil pada bila-bila masa. Kenyang, kenyang yang lama sebab tenaga dilepaskan secara perlahan. Bila dilepaskan secara perlahan badan kita tak cepat letih, masih bertenaga walaupun dah tengahari. Tak cepat lapar. Memang sesuai sangat untuk pesakit kencing manis, gastrik, yang berpuasa, mereka yang rancang untuk turunkan berat badan, ibu mengandung, ibu menyusu, ibu berpantang dan sesiapa sahaja yang mahukan tenaga, kesihatan yang lebih sihat atau inginkan kulit yang lebih mulus.



Tak cuba tak tahu kan? Bila dah cuba memang terus melekat sebab dah rasai kesan yang BAIK. Ada suami kawan saya yang dulunya tak suka langsung susu tetapi telah dipaksa minum oleh kawan saya tu, aha...sekarang terus melekat sebab dia perasan lekuk-lekuk jerawat dah hilang dan kulit yang mengelupas di tangan dah makin elok. Begitulah kuatnya penangan ESP bila dah amalkan secara konsisten. Bukan setakat kempis perut tapi kulit yang cantik.


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Saturday 23 May 2015

TIPS MUDAH ATASI MUKA MENGELUPAS KERING SELEPAS BERAKTIVITI TENGAH PANAS

Hari ini saya suka sangat nak kongsikan pengalaman saya dan juga anak perempuan saya untuk atasi masalah kulit muka mengelupas terutamanya lepas beraktiviti tengah panas. Macam anak saya kalau dia balik dari mana-mana camping memang cepat-cepat dia bergegas cari benda ni lepas siap bersihkan diri semua.



Yang paling best, muka yang mengelupas dan bertapuk gelap dan cerah lepas jemur panas tu cepat pulak hilangnya. Sampaikan kawan-kawannya sendiri hairan, apa yang anak saya ni pakai...?

Aha...nak tahu tak? 
Biasa kalau ikut kaedah tradisional kita tempek muka dengan minyak zaiton, aloe vera atau susu yang dicampur dengan madu. TETAPI kaedah saya guna pun senang tau...

Yang pertama...saya guna VITAMIN E Shaklee
Caranya mudah sesangat...Amalkan pengambilan Vitamin E Shaklee secara konsisten. Makan setiap hari. Kesannya dah boleh nampak dalam 2 minggu.


Kalau nak tahu, Vitamin E bukan hanya sekadar untuk makan sahaja. Tetapi boleh dibuat masker jugak ya, untuk hilangkan muka mengelupas dan kering kita tu...caranya hanya cucuk Vitamin E dengan jarum atau gunting sikit hujung kapsul Vitamin E, picit-picitkan untuk keluarkan isinya dan seterusnya sapulah di muka kita serata mungkin. Bila dah agak-agak dah kering lebih kurang 30 minit, bolehlah cuci sebersih-bersihnya. Muka akan rasa lebih lembap gitu...buatlah 3 kali seminggu. Boleh nampak kesan yang awesome tau!

Yang kedua...saya ambil ESP Shaklee
Apa yang perlu kawan-kawan buat hanya shake kan ESP setiap hari. Tak kiralah samada pagi ke, tengahari ke atau waktu petang. Yang penting hari-hari. Ada kawan saya ni bukan setakat muka mengelupas makin bersih tapi parut-parut jerawat dia makin ketara hilang.



Macam vitamin E juga tadi. ESP pun boleh dibuat masker. Saya suka sapu ESP sebab muka saya yang jenis berminyak ni dah kurang minyaknya. Sekarang muka saya lebih lembap dan makin cerah. Biasanya saya bancuh buat masker kosong aje, kalau nak lebih kreatif boleh campurkan dengan yogurt kosong ataupun madu.

Mesti ada yang tanya? Takkanlah kot ESP ni boleh cerahkan muka dan lembutkan kulit muka? ESP soya organik akan bantu lembutkan muka dan jadikan muka kita lebih cerah dan tak berminyak...kena buatlah kalau nak tahu hasilnya...

Manfaatkan apa yang ada di sekeliling kita untuk jadi lebih sihat dan lebih cantik. Cuma pastikan ia selamat digunakan. Macam saya dan keluarga saya suka manfaatkan produk Shaklee yang saya amalkan. Benda berkualiti jadi kesan pun pastilah TERBAIK...


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)


Wednesday 20 May 2015

BANGUN AWAL PAGI REZEKI MELIMPAH RUAH

Pilihan kita di awal pagi ada 2 sama ada nak terus sambung tidur atau kita bangun dan terus lakukan perkara-perkara untuk capai impian kita...



Saya petik coretan dari sahabat saya kak Wan yg saya hormati di FB nya...
"Nenek saya pesan bangun awal sebelum lalat bangun...nanti sihat tak kena penyakit, burung pun bangun pagi...senang dapat rezeki macam burung...!
Dari fikir logiknya pesanan nenek ni kan, lalatkan terbang bawak kuman, kalau kita dah bangun awal pagi, lalat tak sempat hantar kuman pada kita. Burung bangun terus terbang cari makan dan bawak pulang pada anak-anak di sarang. Kita pun rasa sihat, rezeki senang dapat sebab kita bangun awal..."

Aha...kan? Banyak hikmahnya dan banyak kerja yg dapat kita selesaikan bila bangun awal pagi ni.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” 

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. 

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: 
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi) 

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan” 
(Sumber: blog dunia autism Pak Yoep)

Jom kita sama-sama amalkan bangun awal pagi ni...sebab kebanyakan orang-orang yang berjaya memang dia yang jenis bangun pagi... hati tenang dengan tahajjud serta bacaan Al-quran dan kerja banyak dapat diselesaikan ketika anak-anak masih tidur...


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)

Saturday 16 May 2015

BERSIH SEGALA YANG BERSAWANG DI PAGI SABTU

Assalamu'alaikum...hai...hai...hai... Lebih kurang sebulan tak menjenguk disini. Beginilah lumrah manusia bukan senang nak istiqomah buat satu2 perkara. Hari ini cuti hujung minggu marilah kita mencuci apa yang patut. Housekeeping...housekeeping...housekeeping...




Blog yg hampir sebulan tak berupdate perlu bersih2 sikit. Macam rumah kita la kan...bila sebulan tinggal tanpa penghuni mesti habuk-habuk penuh, lantai nak kena mop dan labah-labah pun mula buat sarang.

Apa2pun selamat berhujung minggu. Rumah perlu dicuci dan dibersihkan. Lepas tu barulah seronok nak pi berjalan2 dgn suami dan anak2...


Luv Sharing
Noni ~ 019-5553667
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)