Salam Ukhuwwah

Wednesday 17 June 2015

PUASA TAPI BERAT NAIK ?

Puasa tapi bila timbang berat badan meningkat. Macamana boleh jadi gitu? Rasa2 korang la kan bulan puasa patutnya kita kawal nafsu kita tapi makin bertambah pulak nafsu makan kita...



Apa sebabnya?

Sebab yang paling jelas ialah masa bulan puasa ni kita makan banyak makanan tinggi gula. Bayangkan hari2 waktu berbuka kita amnil makanan tinggi gula. Air manis, kuih-muih yang manis-manis, nasi pula tak cukup sepinggan. Tak masuk lauk pauk lagi yang ada gula tambahan. Pendek kata semua makanan ada gula.



Makanan bergula buat kita rasa nak makan lagi, nak lagi, rasa tak cukup.

Habis tu nak makan apa ya... Alahai...

Cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan memulakan berbuka di awal waktu dengan hanya beberapa biji kurma basah. Ianya juga bertujuan bagi memudahkan diri untuk bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang.

Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.

Begitulah puasa gaya Rasulullah. Kalau kita amalkan gaya puasa Rasulullah rasanya tak ada masalah kenaikan berat badan yg kita alami...


Apa-apapun SELAMAT BERPUASA, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Semoga puasa ini dapat mendidik jiwa kita, nafsu kita agar lebih bersederhana tetapi giat mengejar pahala ibadat...

Noni ~ 019-5553667
atau email saya di norni.azrah@gmail.com
FB Azra Azri
Pengedar Shaklee Kulim
(921341)


No comments:

Post a Comment